Sunday, December 6, 2020

Hatyai Throwback 2017: Flood at Khlonghae Floating Market, Dinner at Ban Laem Pho & Nurlaila Restaurant

Assalamualaikum semua. Disebabkan Covid masih berleluasa, dan nak masuk Thailand pun tak boleh lagi, harini rasa macam nak throwback la cerita-cerita ke Hatyai tahun 2017 haritu. 

Ok lah, ceritanya bermula macam ni, abah aku pencen tahun 2016. Disebabkan dia kerja di banyak tempat, from one school to another school and last sekali di Jabatan Pendidikan. So sepanjang tahun 2016 & 2017, ada ja member-member dia buat makan-makan sempena pencen dia. The last one adalah di Ban Laem Pho (Lampho) berdekatan Tasik Songkhla masa Januari 2017 haritu.

JANUARI 2017
Hari Pertama

Pagi tu kami bertolak dari Alor Setar ke Bukit Kayu Hitam & parking dalam Kompleks Bebas Cukai, rasanya dalam RM16 ja per day.. Dari situ kami jalan kaki ja ke border Danok. Dalam 5-10 minit perjalanan.

Masa sampai border Danok tu, aku pun selfie la dengan parent aku, tiba-tiba ada polis Siam ni mai dekat and cakap "No picture", "Delete".. Pastu dia mintak aku tunjuk gambar yang aku tangkap tu, lepas dia tengok selfie ja, dia cakap, "Ok, ok".. First time.. Selalu aku tangkap ok ja. 30 tahun dah dok keluar masuk Thailand, baru aku tau tak boleh tangkap gambar dekat border tu. Nasib baik la takdak apa. Hehe tapi gambar Borderpass ni pun aku tangkap jugak. Cuma dia tak nampak ja. Huhu kami guna borderpass ja, sebab murah. 

So, masuk ja dalam Danok tu, kita sambar nenas sebungkus. Haha hujan-hujan ni makan nenas dia memang sedap. Sebab dia manis dan pedas.. Pelikkan, ada serbuk cili, asamko & garam.

Untuk ke Hatyai, kami naik van putih yang besar tu. Ada ja di sekitar kawasan Danok ni van-van nya. Satu van tu dalam 1500baht. Boleh tunggu orang lain naik sekali, so that boleh 'tong-tong' or boleh ja naik dan jalan terus, tapi tetap kena bayar 1500baht. Perjalanan dari Danok ke Hatyai lebih kurang 1 jam 40 minit macam tu. 

Masa sampai ke Hatyai abah terus suruh driver hantar ke Yong Dee Hotel. Ni antara hotel famous jugak dengan orang Malaysia (orang Malay bak kata depa di sana) kalau sampai ke Hatyai. Dia macam 2 ★ ja, tapi selesa dan murah dan dekat dengan kawasan makanan halal dan shopping-shopping di sekeliling pekan Hatyai tu. Masa ni abah ambik bilik double queen bed (macam diatas, forgive my sexy models), dengan harga RM90/night ja. Tu pun memang gamble ja, sampai terus tanya di kaunter. Nasib baik ada bilik kosong. With free wifi lagi. 

Dia akan bagi password ni masa check in. Jangan hilangkan. Masa ni aku tinggalkan dalam bilik sebab kami nak keluar makan, sekali masuk bilik, dah hilang dah. Pelik betul. Masa pergi mintak lagi sekali siap kena berleter lagi dengan auntie jaga kaunter tu. Haha..

Masa kami sampai sini, dah tengah hari, so abah ajak makan di Salma Restaurant yang ada berdekatan situ. Kena jalan sikit la. Aku tak hafal jalan dalam ni, aku cuma ikut abah ja.


Abah order tomyam putih campur, telur dadar, sayur campur dengan daging masak merah ja. Makanan dia boleh tahan. Sedap la jugak. Aku suka tomyam di Hatyai ni, sebab dia ada campur ikan siakap. Sikit-sikit ja la, bukan seekor. 

Yang penting kena ada kopi la atau cafe yen dalam bahasa Siam. Aku ni mengantuk sokmo kalau dah makan tengah hari. Sebab petang ni nak berjalan, kena la order makjun salasa ni (sila tengok Laksamana Do Re Mi)... Haha.. 

Ni menu dengan harga dia as in 2017. Satu page ja. Haha Boleh tahan kan. Tak la mahal sangat. Aku ingatkan mahal gila. Abah memang suka makan di Salma ni. Especially masa breakfast. 


Gambar repeat yang lama 😂

Aku suka sebab ada English breakfast ni. Memang puas makan. Wifi free and laju pulak tu dekat sini. Yang tu penting sekali. Hehe 

Masa balik, abah nampak kedai jual kopi ni yang terletak dihadapan Hotel Yong Dee. Dia cakap teringin kopi panas. Aku on ja~ Harga dia pun murah.

Tapi aku ambik air Blueboy ni. Air sirap biasa ja tapi disebabkan dia tambah air ais krim soda, maka bom kebabomm la rasa dia. Sedap!! Kalau ada sirap yang hijau tu lagi sedap. Lagi recommended..

So kami balik bilik untuk solat and relaks dulu. Petang ni nak ke Khlonghae Floating Market and dinner di atas air di Ban Laem Pho (Lampho). Masa ni sebenarnya hujan tak berhenti, dari pagi kami sampai di Bukit Kayu Hitam, sampai la ke malam. Hujan seharian. 

Abah pun sembang dengan guard Hotel, sebab dia boleh cakap bahasa Inggeris. Abah suruh carikan Tuk Tuk untuk bawak kami ke Khlonghae Floating Market, lepastu ke Ban Laem Pho dan hantar ke Hotel balik. Lepas sembang punya sembang dengan driver Tuk Tuk tu, guard tadi mintak 800 baht. Tu pun 300 baht dia ambik dekat dia. Kesian driver Tuk Tuk tu, dah la Ban Laem Pho tu jauh. Adoi nasib nasib. 


Masa sampai di Khlonghae Floating Market, terkejut aku tengok, sampan berenang-renang. Haha nampak tak air naik sampai meja makan. Masa ni pulak hujan tak berhenti lagi, renyai-renyai. Driver Tuk Tuk cakap, dah 2 hari Hatyai hujan tak berhenti. Sebab tu air naik.


Semua peniaga sampan naik berniaga di atas. Boleh tengok dalam bulatan tu. Crowded la sikit, tapi sama ja makanan yang dijual dalam sampan dengan atas ni.


Aku beli Coconut Pudding ni ja la, makan dengan gula. Panas-panas sedap. Malam dah nak dinner dekat Ban Laem Pho. Sebab tu tak beli banyak.


Antara makanan lain yang dijual atas ni.


Lukchup pun ada ❤

Sori la, gambar screenshot dari video ja. Sebab masa ni tak pandai nak ambik-ambik gambar post dalam IG lagi. Hehe..

Ok ok, next stop adalah kawasan Ban Laem Pho pulak. Masa kami naik Tuk Tuk nak ke Ban Laem Pho ni, rasa lenguh gila kaki-kaki semua. Dalam 20-30 minit jugak perjalanan, baru sampai sini. 


Masa ni teruja ja aku tengok sebab dia makan atas air macam dekat atas ni. Huhu seram tapi best. Biasa la gayat air. Ada eh gayat air? 😂 Kedai makan ni terletak di kawasan Songkhla Lake kalau tak salah aku. Mula ingat laut, tapi bila tengok peta rupanya kawasan tasik ja. Tapi dia bergabung dengan laut. So maybe ni kawasan air tawar. Sesuai nak membela siakap. Hehe pepandai ja..


Tengok la jalan dia. Kalau terpeleot, mau jatuh pelepop dalam ayaq tu, dok kelupoq sakan la dalam tu, dah la tak reti berenang. Ngeri Nak bila dipikiaq. Haha jadi jangan fikir bab air tu, jom kita fikir bab makanan, mesti tak ngeri... 😂 Kat bawah ni antara lauk yang kami pesan.


Ada ketam black pepper.


Sotong bakar~


Sayur brokoli dan cendawan.


Udang masak masam manis.


Of course kena ada tomyam campur jugak.

Makanan dia sedap. Harga aku tak sure sebab dibelanja sempena pencen abah aku yang dah nak setahun usianya tu. Haha.. Tapi masa ni memang tak boleh nak feel sangat makan. Satu, sebab hujan lebat and air dia macam bergelora. Jadi agak panik dengan hujan merecik-merecik tu. Kedua, sebab kedai tutup pukul 8PM, so pekerja dia macam kemas-kemas meja disekeliling kami. Macam bagi hint suruh cepatkan makan. Adoi~ Tak feel langsung. Mana nak tau kedai tutup pukul 8PM. Tapi kawasan  sekeliling memang dah gelap masa ni. Lampu jalan pun ada 1,2 ja. Patut la tutup awal kedainya.


Masa nak patah balik ke depan kedai, mak aiiii~ Tengok la air dia, punya beralun. Seram wei~ Teringat cerita Lake Placid. Buaya jengoi kepala. Huaaaa~ Jalan laju-laju....

Masa on the way balik ke Hotel, tiba-tiba Tuk Tuk kami rosak. Dia macam meletup dekat ekzos and keluarkan api. Macam spark tu. So kami berhenti tepi jalan, nasib la dah keluar dari kawasan restoran yang gelap tu. Macam dah masuk kawasan pekan kampung sikit. Masa tengah tunggu Tuk Tuk penyelamat sampai, air lecah di tepi-tepi jalan tu merecik-recik and kena kami dalam Tuktuk tu. Hadoi~ Lawak betul. Tempat aku ada jugak penutup, mama dah basah lencun. 

Elok pulak dalam basah-basah hujan dan lecah tu, mama sakit perut. Macam-macam hal... Kami pun terus turun ke kedai bundle berdekatan. Masuk-masuk tu mama terus jalan straight ja ke toilet. Yang abah aku ni dok explain dekat pekerja kedai tu, "Toilet, toilet", "Tandas, tandas".. Dia tak faham, lepas tu pekerja tu tiba-tiba ambik 1 boxer and letak atas kaunter, abah aku dah panik, "Bukan, bukan, nak pinjam tandas, bukan nak beli boxer" 😂😂😂 Halaaa~ Kelakar amat la masa tu. Nasib tuan kedai yang jaga kaunter tu faham bahasa Melayu, kalau tak, abah dapat boxer baru. Terhibur sekedai malam tu. Hahaha

Masa Tuk Tuk 'baru' sampai, dia kena tarik Tuk Tuk yang rosak tu and bawak driver Tuk Tuk rosak tu balik rumah dulu. Sebab esok dia nak mintak tolong kawan dia tu ambik anak dia pergi sekolah. Masa sampai rumah dia, dia cakap, 'Rumah saya'.. Haha macam nak jemput mai lagi lepas ni ja kekdahnya. Lambat jugak kami sampai hotel. Puas betul berjalan malam ni. Haha

Malam tu, memang tidur nyenyak la tiga-tiga orang. Penat, macam-macam jadi hari ni. Aku la ni, dok berdoa nak new adventure. Sekali kau~ Haha

Hari Kedua


Pagi hari kedua ni, kami terus cari breakfast di kedai sekeliling Hotel. Ada kedai jual roti canai dengan nasi campur as breakfast. Tapi tak ingat dah kedai nama apa. Yang pasti harga dia lagi murah dari kedai-kedai yang aku dah pernah try sebelum ni. Aku and abah makan roti canai cicah dengan kuah rendang daging. Susah masa ni nak cari kedai jual roti canai dengan dhal atau kari ni. Mama makan nasi dengan siakap kengsom sepotong. Alhamdulillah. Pagi ni dah nak balik.. Seronok jugak kali ni walaupun ada scene drama memenatkan semalam. Tapi alhamdulillah everything still went well. 


Sebelum balik, abah ajak singgah Hatyai Plaza dulu. Cuci-cuti mata. Ish~ Bergurau ka Pakcik Mad ni, mana boleh cuci mata ja, kena la beli. Hahaha dapat sambaq tshirt sehelai. Jadi la buat semangat nak balik Malaysia 😜

Lepas habis ja shopping dan cuci mata dalam ni, kami terus menuju ke Hatyai Bus Station, naik minivan ke Danok. Harga tiket tak salah aku tak sampai RM10 pun. Maybe dalam 40baht lebih kurang. Tapi renyah sikit sebab kena tunggu penuh dulu baru jalan, plus dia berhenti banyak tempat macam naik bas la. Tapi sebab naik van kan susah sikit nak keluar masuk. Kami duduk belakang sekali sebab Danok tu macam last stop. Senang yang lain nak keluar nanti. 

Masa ni, abah mintak driver berhenti di Nurlaila Restaurant di pekan Danok, dia suka sangat makan situ. Nanti aku cerita di bawah sambungan pasal Restaurant Nurlaila ni.

MAC 2017

Tengah aku rehat-rehat dalam bilik, tiba-tiba abah bagitau, esok dia nak ajak makan di Restaurant Nurlaila yang terletak di Pekan Danok. Makan ja, lepastu balik. Masa tu rasa nak melompat la, seronok sangat boleh masuk negera nenek moyang ni. Walaupun cuma nak makan tengah hari ja. Hahaha


Dari border Danok (anak panah merah dekat atas tu). Kita kena berjalan dalam 10-15 minit sebelum sampai ke Restaurant Nurlaila ni. Jalan straight dan kena pusing ke kanan. Dari tepi jalan tu akan nampak dah signboard "NURLAILA" macam dekat bawah ni.


Kena tengok betul-betul ya, takut terlepas. Makanan di restoran ni memang sedap. Abah pulak kalau makan disini memang dia order ikut napsu. Hahaha memang kenyang sampai nak jalan balik pun malas. Dibawah ni antara makanan yang kami order. Ops! Abah order.. 😁


Daging masak merah ni wajib la. Penyeri..


Ni abah punya favourite. Asparagus Goreng. Aku tak makan sangat, tapi sebab abah dah order kan, makan la sebatang dua, nak ambik hati...😅


Ikan Siakap Steam yang dah takdak rupa ikan. Sedap tapi masam sikit.


Free ulam dan belacan to wash all those heat away. Gitu~ Pembuka selera ni free di kebanyakkan restaurant di Thailand.


Tomyam campur ni wajib la. Kalau tak, tak laju la makan. (Yaka?) Hmmmmm 😏


Kerabu sotong ni memang family favourite. Siapa yang suka sotong and rasa dari bunga kantan tu wajib try.


Telur dadar ni wajib la. Penambah selera. Selalu kalau lauk nak habis. Telur ni banyak membantu untuk menghabiskan nasik 😂


Last sekali air kelapa aka ayaq nyioq kena la ada. Makan pedas-pedas, boleh panas badan. Minum air ni boleh la sejukkan badan balik... Hehe macam suis pulak no..


Ni antara menu yang kami pernah ambik jugak dulu, lebih kurang ja kan. Cuma beza dia siakap 3 rasa dengan sup tulang cabai berenang dekat atas tu. Tapi, tak pedas mana pun. Masa makan waktu ni, aku dengar akak-akak kedai tengah bergaduh dengan cicak dekat kaunter. Tapi aku malas nak layan sebab nikmat sangat makan makanan dia. Sedap-sedap semua. Haih~ Bila la sempadan nak buka lagi, teringin nak makan masakan Thai asli lagi 😭

Balik ja dari makan, sementara nak sampai ke border memang banyak dugaan dia. Hahaha.. Banyak pitstop ooo..


Especially yang ni. Ayam L dia besar gila. Seketul ni 50baht ja. Aku suka makan dengan nasik khaomok/briyani, tapi susah nak jumpa. Kalau pulut ayam banyak la. Tapi tak reti sangat nak makan pulut ayam. So kita beli seketul buat ratah-ratah ja. Hehe


Dugaan kedua adalah pelam Harum Manis Thailand ni. Dia manis dan sedap, tapi tak sama dengan Perlis punya la. Boleh bungkus bawak balik atau suruh dia potong siap-siap and masukkan dalam plastik macam buah-buah dekat bawah ni.


Yang ketiga adalah buah potong ni, selalu lepas lunch memang akan cari buah-buah potong ni. Selalu aku akan ambik nenas la. Tapi kadang-kadang honeydew. My favourite jugak~

Ok la, tu ja nak throwback today. Rasa rindu nak masuk Siam lagi, plus aku tengah stress ni, asyik ingat nak jalan ja. Biasa la musim-musim Covid ni. Sabar ja la. Aku doa kan kita semua sama-sama kuat menghadapi pandemik ni. Semoga siapa ja yang ada masalah, moga Allah permudahkan untuk kita semua hendaknya ya. InsyaAllah. Aminnnn~ Ok lah, nak tidur dulu. Assalamualaikum ❤




KE TANJUNG DAWAI MENCARI IKAN BILIS (DIS 2020)

 
Assalamualaikum. Kalini nak cerita trip cari ikan bilis di Tanjung Dawai dengan mama & sibling. Sebab adik aku teringin nak beli ikan bilis, ikan masin semua lah. Lepastu teringin nak makan Mee Udang sama. Dari Alor Setar ke Tanjung Dawai cuma ambik masa 1 jam ja lebih kurang. So kami bertolak lepas Zohor. (Selalu kalau masuk kawasan Merbuk ni mesti rindu sangat dengan UiTM. Walaupun cuma duduk 1 tahun setengah ja, tapi dia punya memori tu.. Aduh aduh gitu. Haha.. Merapu dah tu).

Finally, sampai jugak di Arked Tanjung Dawai ni.. Orang agak ramai masa kami sampai. Parking pun susah sebab kawasan dia a bit sempit. Ramai pulak orang kali ni.

Turun ja kereta, aku dah berlari dulu ke Jetty Tanjung Dawai ni. Sebab nak tangkap gambar laut. Obses dengan laut kekdahnya.. 

Dari Jetty ni boleh naik bot ke Pantai Merdeka. Dekat sana ada jual makan-makan (food court), & makanan kudap-kudap. Street food la lebih kurang. Boleh jugak kalau nak mandi-mandi pantai. Chalet pun ada dekat Pantai Merdeka ni. Aku pernah stay di salah satu Chalet di Pantai Merdeka ni masa camp Tingkatan 2 dulu. Tapi tu cerita 22 tahun dulu laaa... 

Sekarang senang la dah ada jetty di Pantai Merdeka. Dulu masa aku dekat UiTM, dalam tahun 2002 macam tu, aku ikut member pergi Pantai Merdeka dari Tanjung Dawai. Sampai ja Pantai Merdeka takdak jetty. Kena terjun dalam laut nak oiii.. Apa ke J nya. Dah la aku pendek. Terjun ja air dah paras paha. Nasib laaaa~ Terpaksa la randuk air and jalan-jalan di pantai dengan seluar basah lencun 😭

Tu dulu la. Sekarang dah ada jetty senang sikit. Dulu bayaran cuma RM1 one way. Sekarang dah naik ke RM3 one way.. Ni aku sertakan harga bayaran untuk naik bot.


Tenang ja laut dia. Sebab tu tengok ja laut boleh jadi penawar untuk stress aku. Selalu aku lari ke Langkawi, but this time Tanjung Dawai pun ok dah.. New place to lepak.. Cheaper lagi. Hehe Kuala Kedah tak boleh nak lepak selalu sebab sedih tengok feri Langkawi. Nanti dia memanggil.. Dah la tak mampu.. 😭

Ok lah, dah puas dah tangkap gambar sana sini. Jom kita shopping. Masa ni adik aku dah rambang mata, semua dia nak ambik. Haha aku yang tak pandai masak ni tengok-tengok ja la. Tangkap gambar sana sini. 

Dekat sini pun kena patuh sop ya. Naik di tangga tengah, turun di tangga hujung sekali dekat sebelah jetty tadi. Tempat ni agak sempit, jadi agak perlu bersesak-sesak. Kalau takmau berlaga bahu, cakap ja "Excuse me, tumpang lalu".. Jangan la dok "ish" sana sini.. Panas-panas ni kang jadi aksi lain karang. Cewah~ Ok la ni aku share sikit apa ja yang ada dijual dekat dalam Arked Tanjung Dawai ni..

Ikan bilis. Macam-macam gred ada.

Ikan masin 

Sotong kering, Lala kering 

Keropok lekor pun ada 

Pes-pes. Pes tomyam, ikan bakar, daging bakar, stim limau, padprik & rempah-rempah kari pun ada. 

Pekasam ikan dan daging. Semua jenis ikan darat. Nak yang mana ambik ja.. Aku tak reti nak makan sangat pekasam. Boleh tengok ja la.. Hehe 🤭

Sagon/ sagu pun ada.. Ni kena makan baik-baik, kalau tersedak takut jadi naga.. 😂 Oh lupa nak cakap, arked ni ada 2 tingkat. Tingkat bawah ada kedai makan, ada kedai jual mainan macam tu.. Dekat atas baru ada ikan bilis bagai tu.. Dibukak hari- hari dan tutup dalam pukul 6 petang macam tu.

Siap boleh QR Pay lagi. Hebat ah.. Kalau datang sini, mintak la no phone sebab peniaga dekat sini ada buat COD and pos jugak. Adik aku cakap dalam Shoppee pun ada dijual hasil laut dari Tanjung Dawai ni. Hebat hebat 👍 Respek 💪

Dekat bahagian bawah di tepi-tepi jalan pun ada banyak jugak orang menjual. Aku nampak ada air-air, buah-buahan, kacang-kacang, buah berangan. Ada jugak sata goreng.

Ni ha kedai satanya. 4 biji RM2 ja. Ada sata ayam, daging dengan ikan. Aku ambik sata ikan dengan daging ja. Tapi abang ni baik, dia bagi 5 biji.. Thank you thank you. Moga murah rezeki hendaknya. Aminnn... 🤲

Ni rupa dia. Cuma isi sata dibalut dengan kulit popia. Aku rasa dia a bit manis. Tapi sata ikan sedap. Recommended.. Daging pun rasa isi dia. Sedap jugak. Cuma a bit too sweet for my liking. Mak aku cakap memang rasa dia patut macam tu.. Haha nampak sangat tak pandai makan 😂

Kedai gunting rambut ni tahan lama betul. Dari aku kecik datang sini, dah ada dah kedai ni. Vintage sangat. Hehe

Ok lah, dah setel dekat arked ni, nak cari Mee Udang pulak. Tapi adik aku tak puas lagi. Dia nak singgah kedai lain pulak. Ada 2 kedai yang jual hasil laut yang sama macam di arked. So kalau agak2 terlupa barang nak beli, malas nak patah balik, boleh la singgah kedai-kedai ni. Tapi adik aku cakap, di sini a bit mahal dari di arked. So pilih la mana yang terbaik.. 😁

Jalan ke depan sikit, kami jumpa restoran ni nama RUMPUN MAMBU.. Masa sampai baru sedar, dulu dah pernah makan dekat sini. So aku tukar dish dari nak makan Mee Udang ke Nasi Goreng Udang. Haha begitu cepat hati manusia berubah. 

Ni ja menu yang ada, plus goreng-goreng. Tapi yang famous dekat kedai ni memang Mee Udangnya.

Ni Nasi Goreng Udang. Udang tak kedekut. Tak salah aku sepinggan nasi ni RM15, dapat sekali telur dadar, sup & papadom.. Ni antara menu lain yang dimakan oleh famili aku.

Nasi Goreng Ayam 

Mee Kuah Tulang

Nasi Goreng Pedas Giler. Giler ah. Pedas wey. Yang ni sedap. Sayang la aku ada gastrik, kalau tak mesti aku order yang ni. Dengan pedas, dengan panas. Adik aku dah macam mandi dah. Peluh lencun. 😂 Tapi sebab sedap. Habis sepinggan dekat dia. 

Ni kami bungkuskan Mee Udang untuk abah di rumah. Kemarin dia pergi memancing tak tidur malam. So, kami tapau kan ja untuk dia.

Ni rupa mee udang masa aku and member datang sini. Udang ni dia pilih sendiri di kaunter. Harga lain la kalau dah udang besaq penampaq ni.. Mee Udang, Mee Kuah Tulang dua-dua harga RM15/each.. Kami makan nasi goreng udang 1, nasi goreng ayam 1, mee kuah tulang 1, nasi goreng pedas giler 1, bungkus mee udang 1, ais kacang 2, teh ais 2 & teh o ais 1. Semua RM83 ja. Bagi aku murah jugak la. 

Tapi aku rasa mee udang and udang dalam nasi goreng tu a bit manis. Mee tulang sedap. Tak manis. Tapi boleh la makan cerita dia. Sedap jugak. Sebab tu kot tempat ni famous. Alhamdulillah kenyang jugak akhirnya. Udang dia fresh wey... Yang tu best! 👍


Dekat belakang restoran ni pulak, bila petang ada jual macam-macam. Tapi rasanya weekend ja kot dia bukak. Tak sure lak aku. Kami pergi hari Sabtu. So ada jual baju-baju, mainan, lokching and macam-macam lagi. Walaupun dah kenyang tapi still boleh beli lokching lagi. Hahaha orang belanja, ambik ja..

Yang bestnya, dia terletak betul-betul tepi pantai. Memang feel habis kalau makan tepi laut ni, dengan udang freshnya. Best weh~

Pantai dekat Tanjung Dawai ni tak berombak sangat. Tapi tak nampak pun la orang mandi ka apa. Tak sure selamat atau tak nak mandi sini. 

Siap ada unggun api. Tapi apinya takdak la. Hehe..

Ok tu ja nak cerita pasal trip singkat kami mencari ikan bilis di Tanjung Dawai. Tapi sebelum tu nak cerita jugak pasal 1 kedai sedap ni nama Naim Gulai Sembilang. 

Dia terletak one way ja dengan jalan ke Tanjung Dawai. Alamat kedai ni, F54, Jalan Tanjung Dawai, Kampung Sungai Pial, 08110 Bedong, Kedah. So kalau mai tengah hari, sila la singgah lunch disini. 

Masa tu, aku and member aku order Gulai Ikan Semilang ni, seekor belah 2. Besar ikan dia. Dia serve panas-panas dalam mangkuk tanah ni. Menggelegak lagi tu..

Macam-macam ikan lagi ada. Tapi sebab nama kedai dia gulai sembilang, so kena la makan gulai sembilang dia. Haha 

Kami jugak order udang butter. Kena selak sikit la baru jumpak udang.

Sotong Celup Tepung 

Sotong Goreng Kunyit 

Ulam dibagi percuma.. So kami tak order sayur.

Ha~ Kalau makan gulai kena la padankan dengan kicap Mudim ni. Memang terangkat ah.. Sedap baq ang.. Hehe tapi series kedai ni memang aku recommend.. Sedap wey. Dok teringat tapi tak mampu nak pi lagi.. Sebab Covid ni kan. Income pasang surut. Hehe InsyaAllah one day. Hampa mai la tau~

Ok tu ja cerita kali ni.. Thank you yang sudi baca. See you next post ya. Assalamualaikum..




Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....