Assalamualaikum. Macam biasa la blog aku ni, kalau tak ke Thailand mesti ke Langkawi. Haha so 17hb Disember haritu abah nak memancing dengan kawan-kawan dia di Penarak, Langkawi. Atas chalet terapung. So, kami yang dekat rumah ni pun nak menyibuk jugak nak bercuti ke Langkawi. Tapi nak stay di Cenang la. Takmau join geng memancing abah. 😁
Masa 17hb tu aku hantar abah ke jetty Kuala Kedah. Punya la jemnya kawasan jetty tu. Ramai betul orang nak bercuti ke Langkawi. Runsing aku fikir parking hari kami nak ke Langkawi 19hb nanti. Tapi dekat kawasan jetty tu ada 4 ke 5 kawasan parking jugak. RM 10 ja sehari. Memang murah.
Kami ambik tiket pukul 7.30pagi. 6.30pagi kami dah keluar rumah. Tak sempat nak tangkap view pagi ni. Sebab pakcik tiket tu macam suruh cepat. Banyak feri ke Langkawi pagi tu. Siap ada feri tambahan. Paling awal masa aku pergi pagi tu pukul 7pagi. Tu pun penuh. Dasyat..
Masa atas feri ni, baru aku sedar, tak semua feri sediakan perkhidmatan kedai yang jual air dan keropok tu. Feri yang kami naik ni sempit seat dia. Tak boleh nak tidur langsung. Nasib la pihak ferry bukak cerita Tamil best punya (filem Theri). Tapi sayang cerita tak habes, kami dah sampai Langkawi. Tapi aku tau, mesti hero dia si Vijay Joseph tu menang punya. Haha
Masa kami sampai jetty, macam biasa kita kena isi 'fuel' dalam badan dulu, so kami beli Starbuck ni. Disebab kan hujan so kita ambik Hot Caramel Macchiato. Sedap jugak eh minum panas-panas.
Lepas dah membeli, aku call pakcik Ki, kami selalu sewa kereta dekat dia di Langkawi ni. Abah ambik Almera, tapi boleh pulak Pakcik Ki lupa roadtax kereta tu mati. So dia bagi Avanza dekat kami dengan harga RM120/day. Masa ni kereta semua mahal, and kebanyakkannya dah habis. Dasyat no kali ni. Selalu ada ja kereta sewa ni. Kali ni habis terus. Punya la ramai orang serbu Langkawi. Ni mesti pasal geng ferry merayu haritu. Sebab PKP ramai tak datang Langkawi. Sekali yang datang, kauuu......
Pagi-pagi keluar rumah selalunya kami tak makan. Tapi masa sampai jetty Kuala Kedah, ada kedai dah bukak. So kami beli kueh pau sorang satu buat lapik perut.
So, sesampainya di Langkawi ni, aku terus drive ke KAK ANI NASI CAMPUR favourite aku tu. Alhamdulillah phad phet dengan ayam goreng dah siap. Kalini tambah sayur sikit, baru best. Haha Ya Allah, sedapnya (terliur pagi-pagi buta tengok gambar ni)......
Check in hotel pukul 3petang, masa kami setel makan baru pukul 11pagi. Adik aku cakap dia nak ke klinik Mahsuri di Pantai Tengah, sebab dia jadi bengkak tongsil. Dia pernah ke klinik Mahsuri ni and ubat dia bagus walaupun harga a bit mahal. Mahal takpa, janji sembuh. Tapi sayang, klinik tutup. So kami pergi ke 1 lagi klinik yang lain. Murah tapi tah pa pa ubat yang dia bagi. Nasib ada farmasi depan klinik. So kami beli ubat di situ ja. Alhamdulillah sembuh dah adik aku makan ubat farmasi tu. Hmmm..
Kami pick up abah di jetty lepas dia dah habis memancing and terus ke Haji Ismail Group. Abah nak makan dekat kedai-kedai di kawasan tu. Sementara dia makan, kami pun menyopping la apa lagi.
Masa masuk HIG ni, banyak coklat yang dah habis. Yang ada pun paling banyak aku tengok haritu Daim dengan Pepero ja.
Kawasan coklat ja ramai orang, kawasan pinggan mangkuk lengang 😂
Mom & sis beli gunting dapur sambil cuci mata tengok benda lain yang dijual. Serius betui depa berbincang no?
Kami ambik coklat sikit.. Pepero tu untuk orang KL yang nak balik Kedah minggu depan.. Orang ramai gila masa ni. Tapi masa kami nak bayar dah takdak orang. Nasib baik kalau tak sakit lutut nak berdiri lama. Haha
Lepas setel, kami pun terus menuju hotel. Jam baru pukul 2 petang, tapi kami cuba luck, mana tau bilik dah siap. Kalini kami tidur di Cenang View Hotel lagi. Aku booked through Booking.com dengan harga RM126/night. Ok sangat bagi aku harga tu. Kami ambik bilik untuk 4 orang dengan 2 queen bed. Boleh tengok aku tulis blog pasal hotel ni disini. Petangnya kami rehat ja. Abah memancing semalaman dia tak tidur. So dia agak penat.
Malamnya abah and mama nak dinner di foodtruck Chenang ja. Tapi aku and adik aku takmau makan dekat situ.
So kami dua beradik terus ke Cenang Mall, nak makan Sushi King. Alhamdulillah orang tak ramai sangat masa ni.
Kami order Grand Mix Bento..
Chicken gyoza yang sedap and juicy ni..
And of course a bunch of sushis~
So ni dinner kami malam tu. Pekerja semua ramah dan membantu. Terbaik lah Sushi King Chenang Mall.. Respek!
Lepas habis makan, aku ajak adik aku lepak di Dataran Chenang yang terletak betul-betul depan Chenang Mall tadi. Selalu lepak siang ja kawasan pantai dia. Taktau pulak malam-malam ada apa kawasan ni. Terkejut jugak aku tengok kawasan Pantai Chenang ni waktu malam. Happening no. Haha..
Masa kami sampai, ada disediakan kerusi-kerusi kecik atau beanbag and meja kecik untuk orang minum-minum, hisap sisha tepi pantai.
Siap ada pertunjukkan api lagi. Seronoknya tengok. Nasib dah kenyang, kalau tak memang aku join minum-minum dekat sini. Hehe
View waktu senja di Chenang Beach. Masa ni ada lagi yang naik banana boat bagai. Gelap-gelap tu haa~ Haha berani betul.
Kalau mai Chenang ni jangan lupa tangkap gambar dekat tulisan Pantai Chenang ni ya. Kena tunggu turn la. Orang ramai.
Masa kami disini, ada banyak stall dibuka. Katanya ada event Festival Komuniti Usahawan Kraf. Sampai bila event ni taktau la. Nasib orang dah start ramai datang sini. Hopefully dapat la membantu peniaga-peniaga tempatan kita ni. InsyaAllah..
Kawasan Chenang ni sangat la susah nak parkingnya. Jadi kalau nak ke Dataran Chenang ni, silalah parking di Chenang Mall (ada di belakang). Sejam pertama RM2.00, jam yang berikutnya tambah RM1.00. Ok la tu bagi aku. Bukan taktau kawasan Pantai Chenang ni mana ada parking sangat. Park ja kereta dibelakang Chenang Mall, and jalan-jalan la di kawasan Chenang ni. Malam-malam happening kawasan ni. Kedai makan pun banyak.
Dah setel feeling-feeling tepi pantai, adik aku cakap dia tak mau balik hotel lagi. Masa ni aku teringat 1 tempat ja yang sesuai nak lepak malam-malam, Baron Bay Bistro yang dah lama aku tak pergi tu.
So aku ajak adik aku ke Baron Bay Bistro ni, untuk minum-minum sambil merasa angin laut. Dulu selalu lepak sini malam-malam makan roti canai. So malam ni, kita throwback balik zaman-zaman tu..
Tempat dia cantik sebab betul-betul tepi laut. Kalau siang nampak la lautnya, kalau datang malam boleh rasa angin laut yang sepoi-sepoi bahasa tu ja la..
Aku order teh tarik, tapi ternampak pulak roti canai dalam menu. Maka aku pun terorder sekeping. Roti dia sedap. Crunchy di luar and lembut di dalam, kuah kari ikan pun sedap dan pekat. RM 2 ja. Teh tarik mahal sikit, RM4..
Adik aku pulak order roti banggali cicah kaya dengan milo ais ni. Tapi roti banggali dia a bit hangit diatasnya 😢 Dua-dua ni berharga RM6/each.
Makanan dah pelbagai dekat sini. Harga pun ok. Affordable. Tapi dia punya lambat masih sama. Dari dulu sampai sekarang 😂 Semua yang kami makan tadi plus teh o panas abah aku, semua sekali RM22. Hmmm.. Rasa ok tak harga ni? Hehe.. Standard harga hotel la bagi aku.
Dekat luar Baron ni jugak ada banyak gerai-gerai makan & ada jugak ride untuk kanak-kanak dan orang dewasa naik. Macam di Dataran Lang haritu. Seronok tengok famili lepak-lepak sini. Ada jugak yang berkelah di tebing-tebing laut. Yang dating pun ada. Kikiki habis ja throwback disini, kami pun terus menuju ke hotel. Nak tidur... Esok dah nak balik.
2nd Day: Balik Day
Pagi ni celik ja mata, abah ajak cari breakfast. Kami pun terus menuju ke kawasan Kampung Tok Lembut sebab dekat situ ada kedai makan yang jual roti canai and nasi lemak, nasi campur.. Tapi masa kami sampai, kakak pelayan tu tak tengok langsung kami. Kami order roti pun dia suruh duduk dulu, baru order. Tapi malangnya kakak yang ambik order tu ignore kami. Memang orang ramai, tapi takdak la ramai sangat sampai perlu untuk ignore kami ni. Ok lah, since dia busy gila kan, kami pun terus naik kereta dan membawa diri ke kedai lain. Banyak lagi kedai makan pagi sekitar jalan Pantai Chenang ni. Lagi ramah pun ada. #bittersiot
So kami berhenti di Warung Mat Roti Canai Sempoi ni. Ada roti canai dan nasi lemak kuning. Kami duduk ja terus dia datang ambik order. Walaupun orang ramai. Relaks ja dia layan kami #masihbitterdengankedaitadi
Aku order roti canai banjir dengan teh tarik ni. Alhamdulillah sedap! Aku suka sangat makan dengan kuah dhal and sambal ikan bilis. Terbaik lah 👍 Semoga Allah mudahkan rezeki anda semua. Siap cakap terima kasih bila kita dah bangun. Baguih baguih 👏👏👏.. Respek!
Kami check out pukul 11.30pagi. Masa ni memang taktau nak kemana. Tapi sebelum apa-apa, jom Starbuck dulu buat isi fuel. Hehe
Tadi adik aku tak join breakfast sekali, so kami decide nak terus ja lunch di kedai Kak Yan Nasi Campur. Lauk dia banyak jenis. Boleh tengok disini. Aku ada tulis sebelum ni.
Aku makan ni ja. Lauk dia banyak sampai taktau nak ambik lauk apa. Haha tapi aku rasa dekat sini specialnya adalah celup-celup tepung dia. Ada udang dan ketam. And banyak lagi lauk lain. Aku ambik ayam rendang, labu air, petola and sambal kerang. Liat betul sambal kerang dia. Lenguh rahang mengunyah. 😂 Aku cari jugak kerabu bronok, tapi takdak. Hehe so kita makan ja apa yang ada.
Total semua ni, termasuk 2 air sirap & 100 plus, RM27.. Aku rasa ok sangat tu untuk 3 orang makan.
Abah ambik sup daging ni. Tak sure berapa ringgit. Tapi sup dia sedap and daging pun lembut. Recommended!
Lepas makan, aku teringin nak ke Beras Terbakar di Padang Matsirat. Sebab dah lama sangat tak kesini. Rasa macam nak tangkap-tangkap gambar disini.
Dulu kalau kesini (masa aku kecik la) boleh lagi korek-korek tanah tu and ambik beras yang terbakar tu untuk tengok sendiri. Tapi kalau korek selalu habis la berasnya. So sekarang dia pagarkan kawasan beras terbakar tu and letak beras yang terbakar dalam display box ja.
Dalam rumah ni la terletaknya kawasan beras yang dibakar tu. Sekarang makin lawa eh rumah tuan rumah ni. Cantik kawasan dia. Bersih dan terjaga.
Ni kawasan beras terbakarnya.
Dikelilingi pagar yang makin cantik.
Ni display berasnya dan sambil-sambil tu boleh jugak menderma.
Yang dalam pinggan tu la beras terbakar.
Beras terbakar ni terjadi selepas kematian Mahsuri. Masa tu Siam datang dan serang Langkawi. Datuk Pekermajaya (abang ipar Mahsuri yang mengarahkan Mahsuri dibunuh tu) risau beras akan diambil oleh Siam, jadi dia suruh la orang kampung bakar beras-beras tu. Sebab kalau Siam rampas, beras-beras ni akan jadi bekalan tentera Siam sepanjang ada di Langkawi. Mana aci~ Dah la kena attack, dok support makan depa pulak. Ekeleh~
Beras ni pulak dibakar dikawasan rumah Encik Ku Halim bin Ku Hassan. Baik betul tuan rumahnya bagi orang masuk dalam kawasan rumah dia untuk lihat sendiri beras terbakar ni.
Di kawasan sekitar jugak, ada orang jual macam-macam, batik, baju, topi, baju kelawar, gamat and cenderahati. Boleh la shopping-shopping disini sebelum balik tu.
Warung and gerai-gerai makan pun ada disekitar kawasan ni.
Abah makan sengkuang palit ni, harga dalam RM3. Dulu masa aku kecik 20sen ja. Kalau ada RM1, 5 keping aku beli 😂
Aku beli air limau asamboi ni la~ Panas-panas ni, tak sior teman nak makan sengkuang palit aih~
Sebelum balik, aku teringin betul nak singgah di kawasan PEMANDANGAN INDAH yang terletak di Jalan Padang Matsirat ni. Kena parking dibawah and naik tangga untuk tengok view yang indah tu. Disebabkan tak pernah singgah sini, so teringin sangat nak tengok apa ada dekat atas tu.
Ni view Jalan Padang Matsirat dari atas.
View from look out point..
Boleh nampak airport dan pantai tepi airport.
Sangat cantik view dia, sesuai untuk tangkap gambar. Ni my mom and dad tengah dating. Haha ok la, janji dapat tengok apa ada atas tu. Kalau tak, sekali lalu teringin nak singgah. Finally, sampai jugak.
Tapi tu la, hasil dari memanjat tadi. Serumah sakit lutut. Hahaha.. Kesian~ Kesian~ Sebelum balik, kami singgah HIG lagi sekali sebab abah nak beli towel murah and my sis nak beli tshirt Langkawi. Aku pulak tidur dalam kereta sebab penat panjat bukit ciput tu. Hahaha..
Oklah, nak balik dah. feri kami pukul 5.30 petang. Orang ramai time ni. Feri Kuala Perlis boleh pulak ada orang yang tak datang. Seat 1-20.. Dekat 1/2 jam announce. Tak sampai-sampai jugak. Last-last kami naik feri 5.40 petang. Apa la~
Memang ramai manusia time ni..
Kami naik feri sebelah kanan. Nampak lama tapi seat dia selesa compared to feri yang mula-mula kami naik sebelum ni. Tapi sebelum naik jangan lupa cek in dulu na. Ok lah, bye Langkawi. Nanti kami mai lagi~ Assalamualaikum~~~ ❤