Sunday, September 27, 2020

LANGKAWI 2019


Assalamualaikum. So hari ni rasa nak bercerita pengalaman ke Langkawi yg tah ke berapa ribu kali. Cuma bezanya kali ni aku ke Langkawi dengan sepupu dan keluarga dia.

So I declare myself as their tour guide lah. Sebab masing-masing ada yang dah lama tak ke Langkawi. Dan lagi 1, aku ja yang hafal jalan dekat Langkawi tu 😆 Sebab pernah kerja sana tahun 2012. 3 bulan ja pun. Habis seLangkawi aku pusing. Tapi, kawasan yang ada signboard ja la. Kalo ke dalam dalam, tak berani kita awak... 

Oklah, masa disana kami sewa kereta VIOS with my fathers friend. RM90/day.. Ok la tu sebab kami pergi musim cuti, weekend lagi.. Last minute pulak tu cari kereta. Alhamdulillah ada jugak kereta bawah RM100 dan muat dengan selesanya untuk 5 dewasa & 2 kanak-kanak.


Kami naik feri pukul 11.30pagi sebab my aunt nak kena masak dekat anak-anak teruna dia di rumah dulu sebelum keluar. Dengan tak breakfastnya pagi tu. Semua dah lapar and perut masuk angin atas feri. 

(Peringatan! : Eat something before you travel ya, nanti lapaq mampuih la hampa nak makan pa ataih laut tu.. Wait! Wait! Tu duluuuu, sekarang feri dah ada kantin kecik. Ada jual keropok, megi cup dan air kotak.. Pergi makan kau sana 😂 Masa ni aku taktau lagi ada jual-jual semua tu. Tapi tiba-tiba nampak abang kapal bawak kotak jual makanan tu semua. Macam steward/stewardess atas kapal terbang la, tanya lorong ke lorong tu.. Boleh la beli. Tapi depa ni pun satu, laju sangat tanyanya. Tak sempat otak nak proses, dah hilang dari pandangan 😂)

So sesampainya ke Langkawi dah pukul 1.30 tengah hari, anak sedara aku dah bising, "Lapaq Auntie Nana. Tolong la carikan kedai makan untuk saya..." (Anak sedara aku memang suka cakap bahasa baku campur KL campur Kedah..)

Aku pun bedesup bawak VIOS tu ke kedai makan favourite aku. Nama dia KAK ANI NASI CAMPUR.. Sesapa yang pernah baca previous post tau kot I'm obsess with this kedai. Semua sebab padphet, ayam goreng & sambal belacan pedas ternganga dia. Hahaha musim PKP ni bukak agak lambat, dalam pukul 10 camtu. Tapi lauk dah banyak. Masa aku kerja di Langkawi, pukul 8 pun dah penuh lauk. Sebab pkp, orang tak ramai kot. So lauk tak sebanyak dulu.

Ok ok.. Dah makan kenyang dah.. Alhamdulillah dapat bawak anak sedara aku makan. Sebab sepanjang jalan dia asyik cakap, "Sabarlah wahai perut!".. Tention Auntie Nana hang nak bawak kereta 😅 

Ok next destination, of course la check in hotel dulu.. 6 bulan cari hotel. Last minute jugak, dapat la book 1 hotel ni. CENANG VIEW HOTEL.

Terletak berhadapan dengan McDonald dekat Underwater World tu. Kedepan sikit. Aku suka jugak stay sini. Bilik agak murah and parking senang. Tapi kena parking dibelakang hotel laa. Jangan risau. Dekat belakang pun ada pintu masuk ke lobby.


Ni pintu masuk dari depan. Sebelah kanannya ada kedai coklat, sebelah kiri pulak ada tempat makan untuk breakfast saja rasanya. Dekat hujung sebelah kanan pun ada satu restoran makanan Thai. So dekat la dengan tempat makan. Don't worry. Nak ke pantai kena jalan sikit la, dalam 10 minit macam tu.


Reception


Lift pun ada. Hehe

Ni pulak harga bilik per night.

Kami book bilik untuk 4 orang (RM180/night) dan 2 orang (RM130/ night) with no view. Ok la selesa sangat. 

Dekat tingkat atas ada swimming pool. Dari situ boleh nampak Pantai Cenang. Jauh la tapinya. 


Sayup ja kan. Hahaha Tapi boleh la kalau nak fefeeling syahdu dengan pandangan laut tu kan..So, aktiviti 1st day cuma nak berehat ja. Malam nya kami nak keluar makan di food truck. Last datang Langkawi rasanya tahun 2017, takdak lagi food truck ni.. 

Ok food truck ni terletak depan sikit dari Underwater World. Cari signboard Delta Chenang Resort, food truck tu ada disini. 

Ada macam-macam jenis makanan tapi sayang meja makan very limited. Sebab kawasan tu kawasan tumpuan jugak.  Ada yang jual buah-buah, jus, cucuk-cucuk, burger & western, nasi lemak and nasik campur. Ada macam-macam lagi la. Tapi, emmm kedai yang aku makan tu kan. So so ja. Dia bukan food truck. Tapi kedai dia terletak di kawasan food truck. Koteow goreng kosong ja, ada la kerang 2,3 ketul. RM 8... 

Kalau hampa rajin, bawak la kereta tu pi cari makan dekat kedai lubuk buaya ka apa ka nama dia tu. Kalau rajin lagi, pi la Kuah, banyak jugak kedai makan best. Nak best lagi, dekat Underwater World tu ada McDonald. Silakan la makan disitu.. Hahaha

Lepas makan ingat nak jalan- jalan kawasan Cenang tu, tapi penat sangat, semua patah balik ke hotel. Nak tidur... Esok full activity.

2nd Day

Hari kedua ni, kami punya aktiviti tu nak ke Underwater World Langkawi sebab anak-anak sedara dengan Auntie Nana ni semua minat binatang. So, dalam pukul 10 pagi macamtu kami keluar breakfast. Makan nasi lemak dekat-dekat kawasan Cenang tu jugak, lepastu terus ke Underwater World! Yeayyy! (Seronok lebih dari budak-budak).. 

Bukan apa, last time nak masuk sini rasa mahal yakmat. Tapi sebab kali ni bawak orang dan depa request nak masuk sini. Kita bawak laaa...

Tiket masuk as in 2019 ada di bawah 👇

RM 36 tu mahal yakmat la bagi aku. Hahaha.. 

So, macam biasa dalam ni ada haiwan-haiwan lautnya. My favourite of course la anjing laut & penguin. So comey. Ni ha aku letak sikit view dalam dia.

Ni anjing laut tengah pusing-pusing.


Penguin feeding. Comel yakmat.. Nak sekor please 😆


Arowana yang ada di pintu masuk.
So sementara orang belikan tiket,
boleh la tengok Arowana ni.


Comel sangat cara dia timbul dari bawah tu. Haha


Udang lawa. Apatah nama dia.


My favourite Nemo..


Ikan kerapu gergasi. Besar betul!

Lepas dah puas tengok binatang ni semua. Kami decide nak rehat-rehat dekat Cable Car. Sebab aku suka dia punya kawasan tu. Macam sebuah little town. Haha

Tapi sebelum sampai ke Cable Car ni, aku selalu akan berhenti di Petronas Telaga Harbour ni. Ambik gambar sekeping dua. Sebab aku sangat suka air laut dia. Cantik sangat.


Posing la sesuka hatimu. Takdak sapa larang 😂


Langkawi Cable Car

Tak buat apa pun dekat sini, aku ja seronok tangkap gambar sana sini. Sebab ada banyak jugak tempat yang instaworthy. Jadi apa lagi, knock yourself out la.. Haha

Punya la excited sampai sini sebab dah banyak kedai baru. Ada Subway and Hot & Roll. Dua-dua my favourite. Tealive pun ada. 7 Eleven pun dah ada. Haha excited aku.


Nampak tak 7 Eleven tu. Haha jauh sangat ambiknya.


Subway


Hot & Roll


Tealive disinun....

Cantik kan kawasan dia. Dulu kalau stress kerja, aku akan lepak sini on weekend. Dulu memang mampu lepak ja la. Nak makan tak mampu. Mahai naw naw. Sebab tu aku excited sangat banyak dah kedai bukak. Boleh la nak makan sambil lepak-lepak.


Food court ni dari dulu ada, tapi pilihan makanan tak banyak yang berkenan di hati.


Sekarang dah boleh order macam-macam.
Contohnya dekat Lapaq Ayaq Cafe ni.
Harga pun ok.

Tapi dulu, aku punya port lepak bukan dekat bawah-bawah ni. Haha aku naik atas terus. Dekat atas dulu ada kedai burger. Feeling gila makan burger atas Gunung Mat Chincang sambil tengok laut. Hahaha

Dulu mampu la nak naik atas tu selalu. Sebab tiket RM15 ja.Masa mula bukak Cable Car ni, tiket RM10 ja. Sangat la murahnya. Sekarang bukan main kau harga dia. Tak mampu akak Dik Non. Mahai nak mampuih. Orang tempatan nak naik pun takut. Nasib baik la dah naik 4-5 round. Hampa pun bawak turun la sikit harga tu. Orang mai jauh nak cuti-cuti bajet. Ni pi taram sampai RM50 termasuk pakej-pakej mengarut tu buatpa. Tolong consider na. Thank you!


Sri Kandi ni antara tarikan baru di sini.
Tapi tak masuk pun la.
Ingat tutup...


Fish spa pun ada. 
Boleh la rendam-rendam kaki.

Balik ja dari Cable Car. Kami terus cari kedai makan. Aku lupa la nak ambik gambar kedai. Nama kedai ni masa check in My sejahtera katanya FF Food Cafe, tapi dalam maps nama dia Warung Seri Nelayan. Dekat sini pukul 3 pun lauk still banyak lagi. Alhamdulillah kenyang. Sekarang nak balik rehat-rehat sat. Petang nanti nak lepak Pantai Cenang pulak.

Hehe.. Elok pukul 6pm, my aunt gerak, "Jom la kakak, kita pi pantai". Aku punya mata masa tu, ada batu besar dok tahan. Tak boleh buka. Penat sangat.. Lepas 15minit pujuk aku bangun. Finally.... 6.30 petang kami keluar hotel ke pantai. Walaupun boleh jalan kaki, tapi sebab penat sangat, aku drive jugak kereta tu. Bengong gila masa ni. So aku banyak kena tangkap gambar ja. Haha


Ramai gila orang masa ni.


Gambar wajib kalau sampai 
Pantai Cenang ni..


Sambil layan sunset,
sambil ambik gambar..


Cantik sangat sunset tepi pantai ni..
Berbaloi la Makcik aku gerak tadi 😂

Kami stay sampai 7.30 petang, anak sedara aku sempat mandi and main-main dekat pantai. Lepas puas layan bebudak ni and pakcik, makcik & sepupu aku main laut dan bergambar, kami balik ke hotel untuk sembahyang Maghrib dulu. 

Malamnya kami keluar lepak di Dataran Burung Helang

Dekat sini ada mainan kanak-kanak ni yang boleh naik dengan bayaran RM20, for 10 minutes only. Budak-budak boleh naik, mak bapak budak pun boleh naik. 

Toys pun ada dijual dekat sini. Haha parent hati-hati aa.. 

Lepak ambil-ambil angin memang feel betul kawasan ni. Angin pantai kan. Menambahkan mengantuk ja. Hahaha 

Pukul 10 lebih kami bertolak balik ke hotel, sebab masing-masing dah lapar. Tak makan malam lagi. Pakcik makcik aku decide nak makan dekat food truck semalam. Aku and cousin-cousin aku decide nak makan makanan 'mahal tapi berbaloi'...

MCDONALD!! 😂 Tarapapapaaaa

Zaman sekolah dulu. My cousin and I akan berjalan 500 meter from school to the nearest McDonald just untuk bergosip. Hahaha memories sangat...

Ok lah, berakhir sudah hari kedua. Esok pagi nak check out dah. 😭

Plan hari ketiga.. Nak shopping coklat dan beli pinggan mangkuk di Hj Ismail Group..

Day 3

Pukul 9 pagi nephews and cousins and aunt and uncle aku (berapa banyak and daa), semua nak mandi kolam dulu. So aku punya tugas pagi ni, cari nasi lemak RM 1.20 di kawasan Pantai Cenang ni. Sebab aku tak suka mandi kolam or pantai sangat. Haha


Kedai ni terletak di Jalan Pantai Tengah. Atas sikit dari The Villa Langkawi. Kalau mai awal. Ada macam-macam jenis nasi lemak. Ada ayam, udang, ikan.. Ada jugak kueh-kueh 3 biji RM1 ja... Oh bagi yang rasa lauk tak cukup tu, ada jugak telur mata and telur rebus yg dijual berasingan. Sila lah mai melawat. 

Dah setel mandi dan sarapan, kami pun packing-packing nak check out dari hotel. So sad... Takpala, nanti kami mai lagi no...

Di Haji Ismail Group, semua pakat memborong. Aku ja yang cari kerusi berdekatan toilet nak duduk and rehat. Sebab penat memandu 3 hari straight. Haha 

Tengok ni depa shopping. Beg besar ni full 2 beg. Sampai jeti, kena seret (tarik) beg ni, sebab berat sangat nak angkat. Disebabkan feri pukul 3 petang, kami pun singgah food court jeti dulu untuk makan tengah hari. 

Aku makan nasi ayam ja dengan cousin aku. Yang lain makan nasi apa tah, ada sambal berapi ka apa.. Haha


Luas jugak food court ni. Ada macam-macam kedai. Ada nasi ayam, nasi mamak, goreng-goreng. Boleh la, sementara nak tunggu feri sampai. 

Ok lah, nak balik dah. So sad. 3 hari 2 malam paling penat, tapi berbaloi sebab bawak family jalan-jalan. Walaupun tak sempurna mana percutian kali ni sebab aku penat, tapi aku harap famili aku seronok la regardless. Haha ok la. Next post pun cerita ke Langkawi jugak. Tapi with MY OWN FAMILY. Ok, tungguuu.... 

Assalamualaikum.. ❤️


Other Langkawi Post:

Langkawi Kak Yan Nasi Campur & Makam Mahsuri

Langkawi Kak Ani Nasi Campur & Wildlife Park

Langkawi Delta Cenang Resort

Langkawi Galeria Perdana & Underwater World

Langkawi Memory: Artisan Pizza, Cable Car, CD Motel, Laksa Power, Wan Thai, De Baron Bistro, Langkawi Craft Complex

Langkawi Island Hopping

Langkawi: Pantai-Pantai di Langkawi

Langkawi: Homestay Kampung Tok Lembut

Langkawi: Kak Ani Nasi Campur 2017

Favourite Place In Langkawi


No comments:

Post a Comment

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....