Assalamualaikum semua.. Harini nak share pasal Langkawi lagi.. Tapi kali ni pi balik hari saja. Sebab nak survey hotel. Bulan 8 kami nak ke Langkawi satu family. Ingat nak bawak sekali makcik pakcik and tokwan aku jalan-jalan. So, nak ambik la yang betul dekat pantai. Yang keluar bilik, terus jumpa pantai. Nak relaks2 ja. Takut tokwan tak larat nak jalan-jalan. Hes 94 years old already.
So, aku beli tiket feri online. Dekat Langkawi Ferry Line ja. Senang sikit. Sebab boleh bayar online. Disini jugak boleh beli sebulan awal tak salah aku. Kalau ada available ticket la. Sebabnya ferry ni ikut cuaca jugak. Kalau dulu sama ja waktu dia. Tapi sekarang kena ikut cuaca. Waktu dia pun dah berterabur. So kalau beli di ferryline ni senang sikit. Tapi waktu perjalanan dia tak banyak. Ada pagi & petang ja. Kalau nak banyak lagi kena beli dari kaunter di jetty sendiri. Aku suggest beli tiket ke Langkawi through Langkawi Ferry Line ni, sampai ja Langkawi, terus beli tiket balik di kaunter. Tiket pergi kena simpan ya. Haritu Kastam mintak cek tiket sampai Langkawi. Habis beg aku beterabur depan dia cari tiket.. 😂
Kalau jadual di reschedule pun. Dia akan email & message number phone kita macam diatas ni untuk inform. Masa ni kami beli tiket pergi pukul 8AM & balik pukul 5PM. Tapi dah reschedule ke 5.30PM. Yeay lama sikit di Langkawi. Haha walaupun setengah jam, sangat berharga ok.
Masa ni tak ramai orang. Jadi ok lah. Tak risau sangat. Tapi masa beratur nak masuk ke feri tu memang kena beratur berjarak-jarak. Cumanya dalam ferry ni takdak penjarakan sosial. Semua sitting macam biasa. Tapi mask and hand sanitizer jangan lupa na. Always pakai.
(Ferry yang kami naik. Lawakan laut..)
Masa sampai dah nearly pukul 10AM. Tunggu kereta sewa dan arrange everything dah nearly 10.30AM. Kami dapat Vios dengan harga RM50 sehari (sebab kami bukan guna 24hours, kalau Vios 24hours paling murah aku dapat haritu RM90/day).
Tadi kami tak breakfast. So sekarang lapar gila. Maka jom lah kita serbu my favourite restaurant. Restoran Kak Aniiiiiii!!!
RESTORAN KAK ANI ni terletak di Jalan Padang Matsirat, betul-betul depan stesen Petronas Kelibang. Lauk favourite aku of course sama ja. Ayam phad phet, ayam goreng dgn sambal belacan terangkat dia. Nampak tak Petronas depan tu, penat Sis angkat pinggan, nak bagi nampak Petronas Haha 😂
Last makan sini masa bulan Februari haritu. So harini kita lepas geram. Lama sangat dengan PKP nya bagai. Finally dapat jugak makan my favourite food nih.
Oklah, dah setel makan, kami nak ke Delta Chenang Resort. Nak survey bilik and nak booking siap-siap. Sebab my mom and my sister betul-betul nak duduk depan laut. Takmau seberang jalan untuk ke laut macam Cenang View Hotel haritu.
Sesampai ja kami di Delta ni, kami dilayan dengan baik sekali oleh pekerja-pekerja depa. Siap bawak tengok chalet-chalet yang ada. Siap buat tour la pendek katanya. Bukak bilik and bagi tengok sendiri dalamnya macam mana. Memang terbaik la servis depa.
Kawasan disekeliling pun bersih. Bagi yang nak kan ketenangan, aku recommend stay disini ja. Sebenarnya, owner Delta ni kawan parent aku. Dulu dia cikgu sama dengan parent aku. Sebab tu parent aku suka stay sini dari dulu. Tapi susah nak booking online, sebab tu kami selalu ambik hotel lain. Tapi kalini mai tengok sendiri, alhamdulillah banyak dah berubah.
Bilik-bilik di chalet 3 segi ni dah buat baru. Toilet semua dah upgrade baru. Kalau tak, kena turun tangga nak ke toilet. Sekarang tak payah tangga-tangga lagi.
Ni bilik dia, cantik and bersih. Tak berpasir macam kebanyakkan bilik di tepi pantai. Diatas ni gambar bilik untuk 3 orang. Luas dan selesa. So kami decide nak ambik dua chalet untuk 3 orang and dua chalet untuk 2 orang. Kalau ada tambahan later boleh tambah tilam ja (RM30/day). So ada 2,3 jenis jugak bangunan dekat Delta ni. Ada chalet 3 segi tadi, ada jugak bangunan dua tingkat dengan cabin.
Cabin tu yang macam ni la. Dibuat dari container. Yang ni mahal sikit compared to other bilik. Sebab dia baru kot kan. Yang ni kami tak tengok pun bilik dia macam mana. Sebab kena naik tangga. Haha
Bangunan dua tingkat tu macam bangunan di gambar atas. Bangunan baru. Semua motel ni terletak betul-betul didepan pantai. So ambik ja bilik mana pun.
Ni view depan bilik. Pagi-pagi takdak kerusi-kerusi ni, tapi bila dah nak masuk tengah hari depa akan start pasang. Tapi taktau la sewa berapa kerusi ni. Kena bayar ok... Sekeliling hotel jugak ada pintu pagar kayu. And pintunya akan dikunci bila malam (tak salah aku).. So tak payah risau. Sangat privacy.
Masa booking, pihak Delta cuma ambik RM100 dulu. Sebab depa risau, kalau-kalau ada PKPB lagi, nanti tak mampu nak refund balik. Ni aku sertakan roomrate dia sekali. Boleh call depa directly untuk booking. Nanti bayar booking online ja. Transfer duit dekat depa. No telefon dia as in gambar diatas 04-9551307 (as in Julai 2020).
Ada breakfast percuma jugak. Ada nasik lemak, roti and bihun/mee/koteow goreng. Buah pun ada. Air panas and juice pun ada. Kira ok la, tak payah pikir dah bab makan pagi kalau stay sini.
Kalau nak makan tengah hari and malam disini pun boleh. Kot la malas nak keluar pergi cari makanan diluar. Hahaha boleh order dari Che Bedah Cafe ni yang terletak dalam kawasan hotel. Kalau nak order dari foodpanda pun boleh. Nanti dia hantar sampai depan bilik.
Ok setel dah kerja rini. Memandangkan lambat lagi nak balik, so kami pun decide nak lepak Cable Car lagi. Mak aku dah runsing. Dia tak suka ke situ. Parking jauh dengan entrance. Panas pulak tu. Hahaha tapi sebab anak-anak dia gedik sangat nak pi situ. Dia redho ja la.
Masa sampai situ, aku cuma beli Hot & Roll and adik aku lukis inai di tangan. Dulu kalau datang Langkawi, kami dua orang mesti akan lukis inai sebagai souvenir. Kenang kenangan orang kata.
Selalu kami buat dikedai ni la. Dalam RM 10-15 untuk design biasa. Booth dia terletak di hujung sekali.
Masa masuk toilet dia aku amaze. Amboi lawanya. Hahaha boleh pulak amaze dengan toilet eh.. 😂
Masa dah setel kerja yang tak kerja sangat di kawasan Cable Car ni, kami decide nak ke Pantai Pasir Hitam. Serious seronok dulu kalau datang sini. Boleh makan nasi goreng ayam. Boleh shopping tshirt and souvenir. Tapi masa sampai sini, sedih pulak tengok. Banyak kedai tak bukak. Ada a few kedai ja yang masih hidup.
Masa semua orang sibuk beli seluar pantai and baju kelawar, aku lari-lari nak tangkap gambar laut. Kalau nampak selamat aku nak turun and tangkap gambar pasir yang hitam tu. Tapi kecewanya Iols. Pasir dah tak sehitam dulu (tengok gambar diatas).. ðŸ˜
Ni gambar pantai masa tahun 2003.. Syo syaddd... Bezanya kannn.. Kenapa ya.. Ada sapa-sapa tau what happen?
Lepas 'pau' abah seluar pendek sehelai, abah ajak cari makan petang. Dia suruh cari Restoran yang ada sup-sup or goreng-goreng. Punya mencari sepanjang jalan. Takdak pulak yang dia berkenan. So kami decide nak ke Haji Ismail Group. Dekat situ ada food court, boleh la makan dan shopping. Gambar makanan takdak sebab tak menarik. Haha
Masuk HIG, kami beli coklat as souvenir. Tu pun berejam dalam HIG ni. Rambang mata, semua nak diambiknya. Kalau family aku wajib ambik Pepero, Whittakers dengan Kinder Bueno. Tapi masa ni banyak coklat favourite takdak. So kami ambik Pepero, Kisses dengan Snickers. Tu pun sebab adik aku mintak. Kalau dak pakai tak beli la. Hahahalaaaaa nak kena balik dah. So sad man ðŸ˜
Habis dah adventure kali ni. Masa sampai Kuala Kedah, tengah sunset. Punya la cantik. Aku punya asyik ambik gambar sampai terpisah dengan family aku. Siap kena marah lagi. Kehkehkeh Tapi worth it la kena marah. Sebab aku memang suka sangat tengok sunset. Tenang ja rasa. Lagi tenang sebab boleh jalan-jalan Langkawi. Walaupun cuma sehari. Maybe sebab since PKP bulan 3 tu, memang tak berani nak ke mana-mana. Dapat spend half day di Langkawi pun dah bersyukur sangat rasa. Alhamdulillah..
Ok jumpa next trip. Langkawi di bulan Ogos pulak. Bye~ Assalamualaikum! 🙋
Other Langkawi Post:
Langkawi Kak Yan Nasi Campur & Makam Mahsuri
Langkawi Kak Ani Nasi Campur & Wildlife Park
Langkawi Galeria Perdana & Underwater World
Langkawi: Pantai-Pantai di Langkawi
Langkawi: Homestay Kampung Tok Lembut
No comments:
Post a Comment