Untuk ke Homestay Kampung Tok lembut ni,
boleh ikut Temoyong ataupun
Pantai Cenang & Pantai Tengah.
Kalau ikut Waze or Maps lagi senang.
Jangan lupa cari signboard ni.
Homestay ni tepi jalan ja,
tapi kena tengok betul-betul.
Takut terlepas pandang.
Kalau dari Temoyong,
homestay ni disebelah kiri,
kalau dari Pantai Cenang or Pantai Tengah
homestay ni disebelah kanan.
Ok, homestay ni terletak di
Jalan Pantai Tengah.
Lebih kurang 2 kilometer ja ke
Pantai Tengah and Pantai Cenang.
Kalau drive dalam 5 minit dah boleh sampai.
Yang buat aku jatuh chenta dengan homestay
ni semata-mata sebab konsep
Rumah Kayu dia ja.
CANTIK KAN?
Jarang la tidur rumah kayu punya homestay.
Ni first time.
Langkawi sangat la panas bila musim panas.
Hahahaha isn't it obvious??
Rumah ni tidaklah sejuk diwaktu siang
na kawan-kawan sekelian.
So agak panas.
Ada 2 bilik tidur yang dilengkapi
dengan penghawa dingin.
So kami siang-siang kalau tak jalan
mana-mana memang terperap dalam bilik.
Malam-malam maybe ada nyamuk,
so disediakan kelambu sekali.
Unikkan?
Cheq suka sangat~
Ada tilam extra lagi as requested.
Thank you so much.
Sebenarnya ada 4 tilam extra,
tapi aku mintak lagi 1.
Plus boleh request nak check in awal.
Ikut kekosongan la.
Sebab hari Jumaat,
The boys nak pergi sembahyang Jumaat.
Antara yang disediakan di homestay ni
adalah:
Semua yang dinyatakan dalam gambar ni.
And boleh check it out sendiri di
laman mukabuka homestay ni 👇
Yang penting ada Astro Njoi & Wifi.
Ni antara gambar yang aku sempat snap:
Ni ruang tamu.
The boys sleep here.
Belakang tu meja makan.
Siang hari kami buka tingkap.
Siap belakon iklan Adabi lagi.
Hahaha
Tapi rumah-rumah lain tutup.
Maybe macam tu sejuk lagi kot.
(Tapi kalo tutup camna nak
belakon iklan Adabi?)
Ni pulak dapur.
Yang penting ada rice cooker
dan alatan memasak yang lain.
Sebab esok paginya
nak masak nasi lemak!
Nak berkelah dekat Pantai Cenang.
Yippeee~
Dekat luar ada mesin basuh.
Tapi hati-hati kalau sidai baju,
sebab ada baju kami yang hilang.
Kasut pun kalau boleh bawak
masuk dalam rumah.
Pendek kata, jagalah barang berharga anda.
Another friendly reminder from me 😁
Ada 2 toilet yang sangat bersih.
Ada hot shower lagi.
Toilet duduk bukan cangkung.
Good! Sebab masing-masing lutut
tak boleh bengkok.
Huhuhu
Malam-malam kalau rumah kayu
macam ni mesti la sejuk kan.
Nasib baik bukan atap zink.
Kalau dak, gigilllllll, menggigil akuuuu~
Macam balik kampung
time puasa dulu-dulu.
Nak bangun sahur tak mampu.
Sejuk, sedap tidur.
Tapi kan, apa yang penting adalah
view diaaaaaa~
Tada~~~~
Aku suka sebenarnya view sawah ni.
Feeling sangat kan?
Ada 4 buah rumah ja dekat sini.
Siapa cepat dia la yang dapat~
Haha
Tambah pulak ada ndoi ni..
Hehe orang utara panggil ndoi/buaian.
a.k.a. hammock.
Dengan angin petang sepoi-sepoi bahasa,
tambah pulak bunyi ayam berkokok,
burung berkicau, pokok buluh depan
tu berlaga-laga.
Nikmat sungguh la.
Betui-betui mendamaikan.
(Amboi skemanya bahasa. Hahaha)
Ni view dia lagi.....
Tu pokok buluh yang dok berlaga-laga tadi.
Sebelah kiri atas.
Ni view sesudah subuh.
Tenang ja tengok kan?
Kalau lapar tapi malas
nak jalan jauh-jauh cari makan,
jangan risau!
Depan and tepi homestay ni ada restoran.
Order la nak makan apa.
Tapi tak sure siang dia buka ka dak.
Oh iya, kok lupa.
Ni ha ada kolam renang.
Untuk kanak-kanak saja na.
Kalau orang dewasa pun boleh.
Tapi sampai lutut ja la..
Ada pondok guard and gazebo jugak.
Boleh la lepak petang-petang.
Bawak la chess ka, Saidina ka.
Hahaha sambil teman anak mandi tu kann~
Nak berkelah and BBQ kat situ pun boleh.
Kalau ada yang teringin nak try,
boleh contact no yang
tertera di pondok guard ni.
Kalau tak nampak:
RIZAL: 012-3353872
RASHDI: 012-2736860
UNTUK CHECK IN /CHECK OUT
ASMADI: 011-12523655
Masa check in, Encik Asmadi akan
serahkan kunci dan boleh buat
payment dekat dia jugak.
Tapi aku whatsapp En Rizal dulu
untuk tanya kekosongan.
So sesiapa ja yang nak try stay sini.
Just give this guys a call.
Sangat senang nak berurusan.
Good job.
Oh lupa, sini jugak ada disediakan
alatan untuk BBQ.
RM25 satu set.
Sila la try ya~
KADAR SEWA:
RM 300 semalam (hari biasa)
RM 350 semalam (cuti sekolah)
Check in: 2.00 PM
Check out: 12.00 PM
Pendek kata, memang aku suka duduk sini.
InsyaAllah akan repeat lagi next time.
Suasana dia best and nyaman.
Dengan keserabutan aku dengan
masalah kerja,
stay sini, sikit sebanyak boleh
releasekan tension aku.
Alhamdulillah~
So korang, kalau nak lari dari hiruk piruk
kesibukan kota (keluar lagi ayat skema)
sila la cuba-cuba stay dekat
HOMESTAY KAMPUNG TOK LEMBUT ni.
✌ ✌ ✌
Ok ok next entry nak cerita pasal
pantai-pantai indah yang ada di Langkawi
yang sesuai untuk berkelah pulak.
Stay tuned...
Other Langkawi Post:
Langkawi Kak Yan Nasi Campur & Makam Mahsuri
Langkawi Kak Ani Nasi Campur & Wildlife Park
Langkawi Galeria Perdana & Underwater World
Langkawi: Pantai-Pantai di Langkawi
No comments:
Post a Comment