Saturday, November 14, 2020

Langkawi Februari 2020

Assalamualaikum. Jumpa lagi dalam blog kalini. Haritu bulan 2, sebelum PKP start, kami sekeluarga sempat bercuti ke Langkawi lagi sekali.. Kalini abah belanja semua sefamili. Adik aku dari KL pun balik dengan famili dia. Nak bawak anak-anak saudara aku jalan-jalan. 

Kalau dengan famili aku ni, confirm sesudah subuh dah kena keluar rumah. Sebab nak spend masa lama di Langkawi. Bukan selalu boleh pi... Pukul 5AM dah kena bangun. Mandi dan sembahyang dulu sebelum bertolak. Kadang-kadang breakfast, kadang-kadang tak sempat pun. Tapi dekat jetty ada kedai bukak (ada jual kuih pau), ada 7E jugak. Tapi bukak a bit lambat (PKP) kadang-kadang tak sempat nak beli pun. Tapi kalau lapar sangat dalam feri ada jual-jual jugak, maggi cup, keropok, and air-air.

Naik ja feri, semua pakat sambung tidur. Bangun awal sangat kan.. Tapi best jugak tidur dalam feri, sebab sedar-sedar ja dah sampai. Tak sempat nak mabuk. Haha

Kami sampai Langkawi dalam pukul 10.30 AM.. Jejak ja kaki ke Langkawi ni, lapaq selalu aa. Kali ni kami makan brunch di Pusat Perdagangan Kelana Mas. Dekat kawasan ni masa aku kerja sini dulu, pukul 8 AM dah banyak kedai bukak. Pagi-pagi pun dah meriah dengan lauk. Sekarang ni, ada la 1,2 kedai yang bukak. Tapi aku tak tangkap pulak gambar. Sorry ya. Haha lauk dekat sini boleh la nak melapikkan perut tu. Aku nampak ada ayam goreng dengan gulai/kari ayam. Dah cukup dah bagi aku. Makan ja apa yang ada. Hehe kalini tak sempat dah nak ke Kak Ani, lapar sangat dah masa ni. So apa ada, kita bedal. Janji perut kenyang.

Lepas makan, kami decide nak ke GALERIA PERDANA, nak lepak-lepak dulu sementara tunggu check in hotel. Alhamdulillah cuaca elok sangat harini. Galeria Perdana ni aku suka sebab dia ada aircond. Langkawi ni panas, Galeria ni ja tempat lepak yang sejuk sikit and murah tiket masuk dia. Haha .. 

Galeria Perdana ni terletak di Jalan Ayer Hangat, Kampung Kilim. Lebih kurang 20 minit dari Jetty Langkawi. Kalau nak mai sini boleh la waze kan ja.. 

Harga tiket: 

Dewasa (My Kad) RM 5
Kanak-kanak (My Kad) RM 2
Adult (Without My Kad) RM10
Child (Without My Kad) RM 4

Sangat murah bagi aku. Dari dulu sampai sekarang, harga dia sama ja. Dalam Galeria ni pulak menempatkan hadiah-hadiah, cenderamata and anugerah yang diterima oleh Tun Mahathir & Tun Hasmah masa Tun M jadi PM Malaysia yang keempat dulu.

Apa yang buat aku suka tempat ni adalah hadiah-hadiah yang dia terima tu. Sangat cantik buatan dia. Memang rare la bagi aku. Contoh macam gambar diatas ni. Cantikkan...

Tempat ni luas. Ada 3 bahagian. Blok A, B & C.. Jadi jangan terlepas langsung tau. Kena tengok semua.

Kalau rasa penat sangat berjalan di Blok A & B, boleh la rehat-rehat dikawasan ni. Ni laluan nak ke Blok C.. View taman diluar pun lawa. Dan kawasan bawah di pintu masuk pun ada banyak tempat duduk. Bagi yang tak larat tu, boleh la rehat-rehat dulu. Sini jugak, wheelchair friendly 😊 Don't worry..


Dua patung pakai kimono dari Jepun ni memang favourite aku. Ada banyak patung-patung lain lagi dekat sini. Aku boleh duduk berejam admiring this dolls. Seram tapi suka 😂

Tak salah aku patung-patung ni ada di tingkat 2 di Blok B. Ada jugak koleksi keris, tembikar, macam-macam lagi. Banyak betul hadiah Tun terima sampai boleh bukak Galeri. At least ada la jugak tempat nak melawat kalau mai Langkawi ni. Orang yang hargai seni boleh la mai melawat sini. Murah ja bayaran dia. (Sorry la gambar kembang-kembang, ada gambar yang throwback ja. Hehe) 

Di Blok C kalau tak salah, sebelum keluar dari Galeria ni, ada barang-barang pameran  macam kereta and motor, juga keretapi kecik macam mainan tu & kapal terbang kecik. 3 kereta dekat gambar atas ni antara aku punya favourite. Vintage cars has always been my favourite. Oh Emm Gee.. And laluan berpusing dia ni aku rasa sesuai la untuk yang ber'wheelchair', sebab tu aku kata wheelchair friendly. Hehe

Aku suka tengok senibina bumbung dia. Cantik sangat. Kalau masuk tu, sila la langut/panggung kepala tengok diatas ni ha. Berbaloi sakit tengkok.. 😂

Anak saudara aku tengok ja keretapi kecik, apa lagi, "Nak api! Nak api!"... Sambil meraung. Hahaha rasa macam nak call Tun M mintak pinjam. Selagi tak dapat tuuu... Gambar atas ni sebelum sedar ada keretapi kecik.. Haha teriak sampai kena balik la cerita dia..

Ok ni aku share antara barang pameran favourite aku.


The Wright Brothers and their Wright Flyer.


Sculpter crystal yang cantik. Aku suka tengok alunan rambut tu. Very nice!


Kereta F1.. Smart siot!


Nama boat ni Puteri Hanna. Berangan la macam aku punya sebab nama nak sama. Haha kesiannnn~


Yang sebenarnya, kalau datang Galeria ni aku suka lepak cafe dia ja. Ni gambar lama. Dalam ni masa dulu-dulu ada nasi lemak, sosej cheese, maggi cup and air-air paket. Lepas penat tour this Galeria, aku suka la makan-makan disini. Tapi masa bulan 2 haritu, cafe dah ditutup. Tak sure la tutup sebab Covid or apa. Harap dah habis Covid nanti dibuka balik la ya. Seronok lepak-lepak sini. 

Ok, lepas dah habis ronda dalam Galeria Perdana ni, dah pukul 2PM, kami terus check in hotel. Hotel yang sama macam last time kami dekat sini. CENANG VIEW HOTEL (share lagi sekali ya).


Ni room rate dia. Ok jugak harga dia. Agak murah bagi aku and bilik dia pun kemas and cantik. Bilik baru. Yang penting ada lift. Sebab ada a few hotel di kawasan Cenang ni takdak lift. Agak susah untuk mak aku nak memanjat tangga. 


Kami ambik bilik family room with no view. Siap ada connecting room. Senang nak mengacau sikenit dua orang tu. Haha

Kolam renang pun ada diatas.. Untuk kanak-kanak dan dewasa. Famili aku suka la mandi kolam, mandi laut. Aku suka berenang atas katil ja. Nyaman~ 😁

Playground pun ada. Seronok la sikenit dua orang tu.


Tapi nampak tak view belakang tu. Cantik kan? Sebab tu nama dia Cenang View Hotel. Haha memang nampak view Pantai Cenang tu dari kejauhan.

Malamnya kami makan-makan di Kuah. Dekat situ ada satu deret kedai makan, terletak betul-betul dekat depan Baron Waterfront Hotel, menghadap jalan. Banyak pilihan dekat sini. 

Masa makan sini, kami jumpa Lan Solo. Haha.. Tapi segan (malu) nak tegur.. Hehe tapi sempat lagi snap gambar curi sebab nak tunjuk dekat mak aku, dia tak berani nak kalih tengok.. Kesian Lan takdan nak ready.

DAY 2


Harini abah aku nak bawak cucu-cucu dia tengok ikan pulak, so kami ke Underwater World la. Terletak berdepan ja dengan hotel Cenang View. Harga tiket, aku letak lagi sekali ni. Dibuka hari-hari, cuma masa tutupnya berbeza. Weekend tutup lambat sikit.


Dulu masa masuk sini RM28 untuk dewasa. Tu zaman dulu la. Masa tu pun rasa mahal sangat dah. Sekarang lagi la rasa mahalnya. Haha nasib baik ditanggung sepenuhnya. Dekat pintu masuk pun dah ada 1 aquarium besar. Di dalam lagiiii la~ 


Seronok betul aku kalau dapat tengok ikan ni. Rasa tenang. Macam therapy kan tak? Ikan di kawasan pintu masuk ni besar-besar. Anak sedara aku mula-mula takut. Tapi lama-lama ok la...


Mula-mula kita akan masuk ke kawasan ikan air tawar ni. Dalam ni jugak ada burung-burung. Masa aku pergi bulan 12 tahun lepas, ada burung berak and landing tepat dekat pipi anak sedara aku. So hati-hati na. Haha


One of the aquarium. Cantikkan. Kalau ada aquarium besar macam ni dalam rumah, penuh dengan ikan, tenangnya rasa. Haha


Flamingo pun ada.


Kalau masuk sini, seal dengan penguin antara haiwan yang wajib dilihat. Aku akan spend time lama jugak dekat kawasan seal ni.  



Seal tu suka pusing-pusing kalau ada yang tengok dia. Haha nakai naw naw~ Selalu takdak orang sangat kawasan seal ni sebab orang akan bertumpu dekat penguin. So kalau duduk sini sesorang dapat la feeling-feeling macam seal tu seronok hampa ada situ. Haha kesian dia tau~ Layankan dia please..


Penguin-penguin dalam ni teramat la comelnya. Masa kami sampai tu around pukul 10AM ke 11AM, feeding time dia. Masa ni orang ramai tapi ada 2 tank penguin. So takdak la berebut-rebut sangat nak tangkap gambar.


Yang dua ekor ni sempat pulak melawat aku. Bukan main depan lagi depa terapung. Yang belakang tu nengok aje pe'el dua ekor ni. Haha


Yang ni tak tau la apa cerita. Geram ja aku tengok dok tersadai macam tu 😂 Berjemur ka tersangkut? Hmmm.. 


Di kawasan penguin ni nanti akan ada tangga untuk turun ke tunnel ni, nanti kita boleh tengok penguin berenang-renang. Tapi masa kami sampai ni feeding time. So tengok air ja la.. No penguin.. Semua busy makan.. Huhu


Tempat paling best dalam ni is tempat macam diatas ni. Boleh tengok ikan berenang atas kepala, kiri and kanan kita. Dalam ni ada ikan besar-besar. 


 Especially ikan kerapu ni. Besar gila wey~

Dekat kawasan ni jugak ada kerusi untuk yang penat berjalan. Boleh duduk-duduk tengok ikan. Rehatkan minda. Lepas dari tank besar ni, kita akan masuk ke kawasan dengan aquarium kecik-kecik. Dalam ni la ada segala nemo, dory bagai. Memang cantik. And kawasan dia gelap. So peratikan anak-anak anda ok.


Ni salah 1 favourite aku, black nemo. Cantik sangat colour dia. Berkeping gambar depa ni aku ambik. Haha


King Crab. Bukan main garang lagi muka.


Salah satu spisis of eel.. Dibelakang ada Dory tengah berenang mencari Merlin. 


Dalam ni jugak ada 1 kolam yang dipenuhi dengan ikan pari. Macam-macam jenis ikan pari ada dalam ni. 


Boleh la tengok ikan-ikan ni gliding swiftly dalam kolam tu.. Aku tak sure la boleh sentuh or not tapi kolam dia kita boleh celup tangan. Haha reacheable. Like petting zone punya kawasan. Aku rasa la. Tapi takyah sentuh la na. 

Seronok la bebudak ni dok fish fish dalam tu. Kita pun tumpang seronok bawak depa, sebab tau depa enjoy punya. Dalam ni aku punya favourite masih penguin. Dari aku kecik sampai besar penguin la yang paling aku suka tengok dekat dalam ni.


Kalau jalan-jalan dalam kawasan ni, tiba-tiba ternampak kawasan diatas, tu maksudnya nak habis dah la trip hampa. Boleh keluar and tangkap gambar di luar ni. Cantik jugak sebab ada kawasan air terjun and ada kolam ikan koi jugak diluar ni.

Dalam Underwater World ni ada jual macam-macam sebelum jumpa pintu keluar. Ada jual cenderahati, tshirt langkawi, and yang paling bahaya adalah mainan. Hahaha baik-baik la bawak anak kecik tu. Harga dia pun bukan kaleng-kaleng. 

Masa ni makcik aku suruh beli minyak gamat. Dia nak yang dalam Underwater World jugak. Hahaha beli ja la.. Harga sama ja dengan di luar. So beli ja. Dah orang pesan kan. Di pintu keluar Underwater World ni, kita akan automatik keluar ke kedai duty free dia. Sesapa nak beli coklat ka periuk ka boleh la shopping disini. 


Round dalam ni pun dah penat. Tapi still nak ke Gunung Mat Chincang. Dekat sini boleh rehat-rehat. Tapi yang penatnya dari parking lot nak masuk ke dalam tu jauh yakmat. Parking lot yang paling dekat a bit mahal. Kami kena RM10 haritu. Yang jauh sikit tak ingat pulak berapa. Maybe dalam RM5 macamtu. 

Masa sampai sini, disebabkan selalu sangat ke sini. Parent aku decide nak duduk ja dekat kawasan tu. While aku and adik-adik aku jalan-jalan cari makan walaupun baru lepas makan 😂 Seronok sebab dalam ni dah banyak kedai makan affordable. Tapi kami beli Tealive ja sebab cuaca panas kan. Huhu

Sebab tunggu kami pusing-pusing lama sangat. Mak abah aku dah bawak budak-budak ni main air. Dekat tengah-tengah kawasan Cable Car ni ada air pancut macam dekat atas. Saja nak bagi budak-budak tu seronok main air. Lagipun panas. Kesian depa. Tapi aku tengok mak abah aku yang paling enjoy sekali main air ni. Hehe kereta sorong tu kami sewa di Langkawi. Tak sure sehari berapa. Rasanya dalam RM50 ja sehari untuk 2 stroller. Boleh cari page FB Stroller Rental Langkawi.

Balik dari Cable Car ni, semua pakat tergolek atas katil. Petang ja semua pakat terjun kolam. Aku ja masih berselimut. Haha penat oo walaupun jalan-jalan macam ni ja. 


Sebelah malam nya kami decide nak makan asing-asing. Ada yang nak makan McDonald, ada yang nak makan nasik. So kami berpecah. McDonald terletak betul depan Cenang View Hotel ni. Tak payah jalan jauh-jauh, McCafe pun ada.

Ni yang famili aku makan dari kedai makan bersebelah dengan Cenang View Hotel. Apatah nama kedai ni. Boleh tahan la makanan dia adik aku cakap, harga dia pun boleh tahan. Seratus lebih jugak semua ni. Standard la. Seafood kan. Hehe

OK habis dah percutian kali ni. Penatnya ya ampunnn... Tapi puas sebab boleh spend masa dengan sikenit berdua tu. Masa nak balik, aku keluar ke toilet and dapat tangkap gambar diatas ni. Laut dan Gunung Keriang. Hehe.. Ok nanti aku sambung lagi blog aku. Langkawi punya cerita lagi. Tungguuu~ Assalamualaikum! 😊







No comments:

Post a Comment

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....