Thursday, December 24, 2020

Throwback Kelantan Terengganu


Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi. Masa 2015-2017 dulu paling banyak pergi Kelantan/Terengganu sebab my brother belajar di UiTM Machang. So kalau abah rindu ja, mesti sampai punya sana. Haha sejak Covid ni susah sikit la nak berjalan ke sana.. Huaaa 😢

Selalu sebelum bertolak ke Kelantan, kami akan singgah makan di Haji Jamil Gulai Ikan Temenung di Kuala Kedah dulu. Abah panggil kedai ni kedai Gulai Ikan Ceroi (Cair). Gulai ikan dia tak pekat sangat, just nice. Makan pulak panas-panas. Perghhh~ Surrrrr~ Kalau makan gulai ikan ni, kena makan dengan kicap baru terangkat. Especially kalau makan dengan Kicap Mudim. Uihh~ Best siot~

Aku paling suka pergi Kelantan ni sebab scenery sepanjang jalan tu. Especially di kawasan Tasik Banding ni. Hijauuuuu ja. Sangat sangat tenang rasa masa tu. Macam therapy. Sebab tahun 2016 adalah tahun paling mencabar bagi aku. Aku rasa aku ada mild depression waktu tu. Rasa-rasa sendiri la. Takdak pi jumpa doctor pun. Tapi alhamdulillah, abah & mama banyak bawak jalan-jalan masa tu. So tak teruk sangat.

Ok lah, jom throwback ke Kelantan & Terengganu. Aku paling suka berhenti di Puncak Banjaran Titiwangsa ni. Sebab pemandangan dia indah sangat. Menenangkan. Time berkabus la paling best. Sejuk ja. Nyaman~


Kalau sampai sini mesti akan singgah rehat-rehat, makan burger. Kadang-kadang makan kueh pau. Sambil minum kopi. Haha feeling abes.. Rindunya nak kesitu lagi. Masa tahun 2016 ka 2017 tah. Surau dibuat baru, selesa dan luas. Tapi masa ambik air sembahyang. Uiii bergetar tulang hitam 😂

KELANTAN

Dulu abah suka singgah pasaraya TokWanMat ni. Dia kata dia punya kedai 😂 Sebab dia pun Tok Wan Mad jugak.. Haha kalau masuk dalam ni pusing-pusing ja la. Takdak nak beli apa sangat. 


Ikhsan Google Maps

Dulu kami suka stay di Pekan Tanah Merah Baru. Dekat situ ada satu hotel nama Mad Inn Lodge.. Memang abah cari yang macam nama dia ja. Haha.. Bilik dia biasa ja. Tapi selesa dan murah la. Pekerja ramah pulak tu. Terletak berdepan dengan 7E. Senang nak menyopping..

Yang aku suka dekat sini adalah kedai-kedai makan dia. Semua kedai makan dekat kawasan ni boleh dikatakan sedap-sedap belaka. Masakan tak manis and lebih menepati citarasa tourist macam kami ni. Macam kedai Umi ni. Selalu kami makan dinner ala Thai dekat sini. Ada jugak kedai ayam penyet sedap dekat sini.. Serius kena cuba~


Ikhsan Google Maps

Pagi-pagi pulak dah ada jual macam-macam dekat bawah hotel. Yang aku terkejut sebab pagi-pagi dah ada jual pisang goreng bagai. Kalau di Kedah, petang baru ada. Ni pagi-pagi pun dah ada orang goreng cucur pisang, ubi and keropok lekor. Cucuk-cucuk pun ada. 


Tapi aku paling tunggu time malam, sebab ada Brothers Nik Fried Chicken ni.. Kami suka ambik Sotong XXL dan aku suka jugak sosej cheese dia. Makan panas-panas tu uiiii... Surrr... Lagi sekali.. Hahaha 


Sempat ha rakam video kakak tu potong sotong 😂


Kalau breakfast pagi-pagi, abah suka sangat bawak kami makan di Medan Bentara ni. Ada 1 kedai dekat hujung sekali sebelah kiri. 


Nama Halim Kafe.


Ni ha nasi yang kami selalu makan. Dia macam nasi Kak Wok kan tak? Orang Kelantan paggil nasi apa ya ni? Suka sangat makan sini.

Ada lagi satu kedai kami selalu makan kalau time bukak puasa. Restoran Tepi Sungai nama dia. Aku suka sebab ada ayam percik. Hehe tapi jarang la makan sini, sebab pagi dah makan nasi kak wok dekat atas tu ha~ Kenyang la. Petang kalau lapar, kami beli cucur-cucur dekat bawah tu ja. Or beli maggi cup dekat 7E.


Kalau dah datang Kelantan ni, kadang-kadang kami akan lajak ke Kota Bharu jugak. Selalunya kami stay di De Viana Hotel. Dia macam hotel apartment. Bilik dan rumah dia sangat selesa. Semalam rasanya dalam RM250-300 macam tu. Aku book thru Booking.com, memang senang.


Tengok dalam rumah dia. Ada sterika & sejadah jugak. Bilik bersih, air laju. Memang best lah stay sini. Kolam renang ada di bawah hotel. Tapi disebabkan dekat sangat dengan kaunter, so segan lah nak mandi sini.


Depan De Viana Hotel ni pulak ada McDonald. Depan McDonald pulak ada Wakaf Che Yeh. Memang strategik lah tempat ni. Ada sekali tu masa kami stay masa bulan puasa. Tiba-tiba pukul 4 pagi ada orang ketuk pintu bilik. Dia siap sediakan sahur lagi~ Kami taktau yang De Viana ni ada sediakan sahur. Kami dah beli McDonald masa tu. Chicken Foldover lagi. Punya la kenyang. Hahaha alhamdulillah..


Ni la sahurnya. Nasi goreng dengan ayam kicap ja. Sedap bukan main. Teringat sampai sekarang.

Ada sekali tu masa kami disana jugak, kawan abah ajak datang rumah di Pasir Mas. Ada reunion. Ni la first time aku makan Murtabak Raja dengan bubur asyura Kelantan style. Boleh tahan eh sedap dia. Murtabak tu kalau tak ingat orang belakang dah habis dekat aku tu 😂


Murtabak Raja


Bubur Asyura.

Kalau kami tak stay di Kota Bharu, kami mesti akan ke Terengganu. Suka jalan-jalan tepi laut dia yang cantik tu. Tapi tak mandi la. Tak berani. Hehe

TERENGGANU


Ni pantai taktau la dekat mana. Kami singgah pun sebab abah nak ke toilet. Ada masjid dekat situ. Cantik laut dia. Tenang ja~


Kalau dah sampai Terengganu ni, tak sah la kalau tak cari keropok lekor. Selalu kami memang akan singgah Kak Yah Keropok Lekor ni. Sebab dulu, kami pernah ikut trip rombongan sekolah abah ke sini. Tak ingat dah sekolah mana. Kami singgah and makan keropok lekor Kak Yah ni. Ya ampunnnn~ Isi ikan sesaja. Sekarang macam dah kureng sikit, ka selera aku dah berubah. Tapi aku dapat rasa, rasa dia dah tak sama macam dulu. Sekarang macam banyak tepung. Eh sekarang pulak. Masa kami sampai last dekat sini dulu. 


Tapi kedai ni still our No 1 Choice, unless someone can suggest another kedai yang sedap keropok lekornya di Kelantan & Terengganu ni, sila la bagitau eh.. Ni kami makan disini. Keropoknya still sedap. Cuma isi dia tu ja, kurang isi ikannya dari dulu bagi aku. Tu jah~


Lagi satu kalau dah sampai Terengganu ni wajib la cari celup-celup tepung ni. Ada sekali tu, gigih cari celup-celup tepung ni sampai ke food court Pantai Batu Buruk. Sebab dulu memang selalu kesini kalau nak makan-makan petang. Taktau kata dah pindah ke tepi pantai dekat kawasan Mahsuri tu. So apa ja yang ada dekat sini kami bedal. Makan la kami cucuk-cucuk ni. A bit keras bagi aku 😭


Kali ke berapa tah kami ke Terengganu ni baru la jumpa Trizai Celup Tepung ni. Terletak di Kampung Penarik, Permaisuri. Dekat sederet pantai ni ada banyak gila kedai celup tepung ni. Aku tak tau nak pilih yang mana. Tapi sebab pernah tengok iklan Trizai ni dalam FB, tu yang singgah tu.


Ada sotong


Ikan


And udang dalam pelbagai saiz.


Ni harganya... 


Sambil makam sambil mengadap pantai nan indah di belakang Trizai ni. Ada banyak lagi kedai lain disekeliling ni. Pilih ja yang mana berkenan. Masa ke Trizai ni last la kami ke Terengganu. Lepas tu dah tak pergi lagi. So tak try pun kedai-kedai yang lain tu. InsyaAllah one day kalau ada rezeki boleh explore lagi Kelantan Terengganu ni. I loike~ ❤


Again, masa ni aku depress teruk. Nasib la abah selalu ajak ke Kelantan Terengganu ni. Dia tau anak dia gila stereng, dia bagi ja aku drive. Langsung tak kacau. Hehe.. tengok kehijauan hutan, kebiruan air laut, dapat tengok alam indah ciptaan Allah. Tenang rasa.. Alhamdulillah~ 😢 It helps..


Masjid Kristal dah banyak kali pergi, tapi masa pergi tak pandai tangkap gambar lagi. So sayang.. Gambar kembang-kembang. Antara tempat lain, kami selalu pergi is Pasar Payang.. Adik aku meniaga bihun sup masa tu, so kami kadang-kadang akan ke Pasar Payang untuk beli rempah sup and rempah-rempah yang lain. Kadang-kadang beli jugak keropok lekor. 


Sebelum balik Kedah, kami akan patah balik ke Machang untuk hantar adik lelaki aku ke rumah sewa dia. Kalau nak balik tu, kami selalu akan singgah di satu kedai tepi jalan ni yang menjual akok. Tapi aku paling suka kuih dekat atas ni. Kuih beko nama dia. Ya ampun! Sedap... Tapi makan pelan-pelan, takut tersedak kelapa parut dalam dia.. Tesedak nyoq orang Kedah selalu kata..

So sebelum balik ke Kedah banyak jugak pitstop kami. Selalunya kami akan singgah makan di PUNCAK MUTIARA CAFE.


Cafe ni terletak di Kampung Pelet, Penang. Tapi sekarang dah tutup and ada kedai lain dibuka. Tapi tak sure nama apa. 


Tempat ni luas and besar. Ada banyak gazebo disediakan untuk kita pilih. Dulu kalau boleh makan disini memang habis hati la. Sebab kedai dia a bit mahal bagi marhaen macam kami ni. So dapat makan sekali sekala memang seronok sangat.


Masa mula-mula dulu semua ok, tapi makin lama makin kureng servis dia. Pekerja dia kebanyakkannya bukan orang tempatan. Lain yang kita order, lain yang sampai. So sad... Macam diatas ni, aku order chicken chop with black pepper sauce. Tapi yang sampai lamb chop. Nak cancel and order yang lain pun, lambat.. Redho ja la makan apa yang ada.


Paling famous is Briyani dia la. Ni briyani ayam kampung goreng. Sedap. Rindu la pulak nak kesini lagi~ Haih~


Tapi kalau tak singgah Puncak Mutiara, selalunya kami akan makan Mee Udang Sungai Dua. Ni kami makan di Mee Udang Selera Sri Tambang, Sungai Dua.


Aku tak fan sangat mee udang ni, sebab dia a bit manis. So aku selalu order koteow goreng udang ni instead. Ni dua orang makan ye~ Sebab tu banyak. Hehe


Tapi paling legendary kalau balik dari KL ka Kelantan ka, mana-mana pun lah. Kami akan singgah RNR Gurun untuk solat. Jadi dekat sini paling sedap, paling best adalah nasi lemak bungkus dia. Pekena pulak dengan kopi ais. Perghhh~ Hahaha

Ok lah, tu ja nak cerita. Tu ja yang ada gambar pun. Banyak gambar dah hilang sebab bertukar phone. Throwback ni pun sebab rindu sangat nak ke Kelantan/Terengganu lagi. Ntah bila la ada peluang lagi. InsyaAllah, kalau ada lagi nanti aku post lagi. Confirm. Haha 

Ok ok thank you sudi singgah~ Assalamualaikum ❤✌















No comments:

Post a Comment

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....