Wednesday, April 12, 2017

OFF TO THAILAND AGAIN (BAN PRAKOB / SAKOM BEACH)


Assalamualaikum...
Finally another vacation to
our 2nd favourite country (yeah!)
Thailand..

Again we only travel around
south of THAILAND.
Hehehe 


Nasi lemak anyone?
Sebelum berangkat kena
la isi perut dulu, takut lapar.
Sebab agak jauh ke dalam.
Ni pakcik aku masak.
Memang sedap baqhang.
Teringat-ingat aku sampai sekarang.

Ok la, trip kali ni rasa macam nak
tidur tepi pantai pulak.
And nak pegi rehat-rehat ja,
So my dad pegi survey dengan 
kawan-kawan dia di 1 hotel ni 
di SAKOM BEACH.

Disebabkan kali ni nak bawak
my Tok and Tokwan.
Tempat ni memang sesuai sangat.
Sangat tenang..
Sesuai nak berehat-rehat.


So setibanya kami di border
BANPRAKOB/DURIAN BURUNG,
Kami pun tinggal kereta di situ 
and masuk ke Thailand (Siam)
menaiki van silver yang besar tu.
Muat untuk 10 orang.


Nak selesa 9 orang la.
Sebab dah campur tour guide
and driver, jadi 10 orang
agak sempit laaa..
Siap ada wifi lagi dalam van.
Memang terbaik.

Bayaran yang dikenakan oleh tour guide
adalah 2000Bath/head.
So dalam duit kita dalam 
kegawatan ekonomi ni,
adalah RM250 la lebih kurang.

RM250 tu termasuk chalet. 
(Bilik 2 orang)
Makan 3 kali.
Kami cuma makan lunch untuk hari pertama,
dinner beli sendiri di Khlonghae,
breakfast esok paginya dengan lunch sebelum balik
termasuk dalam pakej.
RM250 tu termasuk jugak transport, 
tiket masuk Gua Komunis, minyak
dan upah travel guide & driver.

Dah 2 kali sebenarnya kami 
jalan-jalan Siam and tidur
di Sakom Beach ni.
Kali pertama bawak family sebelah abah.
Kali kedua kami bawak family sebelah mama.
Tok sebelah abah pun ikut lagi kali ni.
Happy betul tok boleh jalan-jalan.
Hehehe

Tempat pertama yang ditujui adalah:
KHAO NAM KHANG TUNNEL
(Terowong peninggalan KOMUNIS suatu masa dulu)


Terletak di dalam kawasan
Khao Nam Khang National Park.


Dibuka setiap hari dari
8.00AM to 5.00PM

Bayaran masuk yang dikenakan
Adalah RM15 or 100Bath
(Ikut current exchange rate)


Mula-mula kita kena masuk 1 dewan.
Dimana disini akan ditayangkan video
mengenai perjuangan komunis
menentang tentera British dan Thai.
Dan akan ditayangkan macam mana
mereka berlatih and berperang.
Later, membawa kita kepada macam 
mana tunnel-tunnel ini tercipta.

Pada tahun 1987, komunis-komunis ni
menyerah diri pada tentera Thai.
Pihak Thai memberi 2 pilihan kepada
tentera komunis yang menyerah ni,
untuk balik ke Malaysia atau
untuk terus tinggal di Thailand
dan mendapat status kewarganegaraan.

Sesetengah yang pilih untuk tinggal 
di Thailand telah ditempatkan 
di perkampungan sekitar kawasan ni.

Salah seorang dari mereka,
 Encik Leong Yee Sing,
sekarang menguruskan sendiri
kawasan terowong bersejarah ini.


Ni adalah ENTRANCE masuk ke gua.
Mula-mula memang nampak seram.
Sebab tinggalan sejarah kan?
Thats my TokWan by the way.
Huhuhuhu....

Tapi bila masuk, rasa tenang ja.
Nyaman sangat~


Kita kena mendaki anak tangga 
yang agak tinggi bagi aku.
(Gambar last adalah gambar pintu keluar)

Tok, mama and adik bongsu aku tak join.
Aku and makcik aku pun ingat
nak panjat separuh jalan ja, 
nak tengok dalam tu macam mana.
Sekali tour guide tak bagi patah balik.
Rugi katanya dah bayar RM15.

Bayangkan tokwan yang umur 90 tu pun
boleh naik sampai atas.
Kami yang muda ni dah tekelepek penat.
 Tapi takpa tak payah risau.
Atas tu ada kerusi.
Boleh la rehat-rehat.

Dalam tunnel ni sejuk.
Mula ingatkan pasang aircond.
Tapi bukan sejuk aircond.
Macam naturally sejuk. 
Mungkin sebab lubang 
pengudaraan yang bagus.


Dalam terowong ni terbahagi 
kepada beberapa bilik.
Antaranya, meeting room, 
emergency kitchen, firing range, 
telegram room, sick bay
and banyak lagi.

Kami tak melawat semua sebab letih. 
Kena panjat tangga lagi dan lagi.

Katanya tunnel ni ada 16 pintu,
So kami keluar ja dari one of the pintu,
terus menuju ke tempat bersukan.


Ada kawasan bermain bola keranjang,
conference hall, wedding room, kitchen,
restroom and banyak lagi.


Conference hall


Jalan menuju ke wedding room

Papan tanda ke tempat-tempat lawatan.

Masa tour guide cakap, 
"Atas tu wedding room"
Aku, abah and paklong aku 
berebut-rebut lari nak pi tengok.
I wonder why~ 


Macam ni ja bilik pengantinnya.
Hahaha
Selalu org pompuan ni suka la 
tengok bilik pengantin.
Yang lagi 2 org tu pasepa taktau?
Hahahaha


Nak turun pun satu hal jugak ni.
Sayup ja aku tengok mama and tok 
aku kat bawah melambai-lambai.

Pesanan aku adalah, kalau ada sakit lutut
or semput or sakit-sakit 
seangkatan dengannya,
Better jangan naik.


Duduk la kat bawah bagi makan ikan,
 atau tengok monyet dalam sangkar.
Boleh la kan nak isi kekosongan
sementara tunggu geng-geng masuk
terowong turun~ 

Antara pameran lain yang ada, adalah:-

HISTORICAL MUSEUM 
1. FOR REMEMBRANCE

Nampak tak gambar Tunku Abdul Rahman pun ada.
Sori sangat aku tak baca apa yang ditulis masa ni.
Aku lebih excited nak masuk gua.
Haha

Disini dipamerkan barangan, alatan,
senjata & pakaian yang dipakai oleh komunis.

2. FOR FALLEN SOLDIER

Tugu peringatan komunis-komunis 
yang dah terkorban.

Tempat ni memang terletak jauh ke dalam
kawasan selatan Thai.
Kalau sesiapa yang berminat
dengan sejarah macam aku,
boleh la ajak tour guide ke sini.

Sebab takda public transport yang 
masuk sampai sini rasanya.

Ok, dah tengah hari ni.
Lapaq gila baq hang.
Jadi off to lunch....

COCO ONE RESTAURANT,
COCO ONE BEACH


Subhanallah~
Cantik gila tempat ni.
Jauh tepencil sorang-sorang dia.
Tapi tempat ni memang gorgeous.


Dia punya landskap, 
angin yang sepoi sepoi bahasa tu.
Memang terbaik lah~


Aku sampai ja tempat ni terus jatuh cinta.



Tapi yang paling aku tak sabar adalah
makanan Thaiiiiiiii~


Ni la meja kami.
Aku sangat suka tomyam & kensom.
Ni sebab orang Thailand sendiri yang masak.
Rasa dia lain, lebih original.
Haha

Banyak lagi meja diluar.
Tapi sebab panas.
Kami makan di dalam saja.

Sejujurnya la kan.
Makanan dia agak let down sikit bagi aku.
Sebab maybe apa yang kami order tu kot.


1.Tomyam putih,
2.Telur dadar,
3.Sup daging kering
(Menurut tour guide) 
4.Udang masak masam manis &
5.Sayur campur,

Tapi sebenarnya dekat luar dari
restoran ni ada banyak sangat 
port-port "baik punya"
yang kita boleh tangkap gambar.

Silalah berposing sakan.
Bak kata mat salleh,
"Knock yourself out"
Lupa sekejap aku dekat tomyam bagai tu.


Di depan pintu masuk.


Aku paling suka and in love
dengan kerusi yang penuh teddybear tu.
Ya ampun, comey gila.


Ni pulak di kawasan luar restoran 
yang menghadap pantai.
Sila la bergambar sepuas-puasnya.

Kat sini jugak ada chalet.
Tapi tak banyak bilik.
Kalau tengok pada gambar diatas.
Belakang tu siap ada waterpark.
Nampak tak yang sotong tu.
Di luar bilik chalet pulak ada swimming pool.
Rasanya ada beberapa ja bilik 
untuk 2 org dengan harga RM250,
and 1 rumah dengan harga RM900.


Ni ha bilik dia, bukak pintu
terus terjun kolam renang.

So, lepas puas ambil gambar sana sini,
kami pun terus ke hotel untuk cek in.

D'AMAN RESORT

Hotel ni nama D' Aman Resort,
Yang terletak di tepi pantai Sakom Beach.
Harga chalet yang aku tau dalam 
RM150 ke RM200.
Kalau tak salah aku la.


Bilik dia kecik ja.
Toilet pun bersih (penting!)
Katil luas la, super single.
Tapi a bit keras.
Selesa ja bagi aku.
Sebab badan dah penat,
nampak ja katil. 
Terus gedebum!

Pemandangan di sekitar D'Aman Resort.









1. Pantai bersih & boleh mandi.

2. Makanan di retoren sedap.
(Tapi agak lambat)

3. Wifi laju.
(Cuma di kawasan restoren sahaja)

4. Kolam renang ada.
(Lelaki cuma boleh mandi siang,
perempuan malam)
Ini kawasan Islam.
I think we should respect that.

MARINA BEACH AGAIN!

Petangnya lepas mandi and sembahyang,
Kami terus menuju ke MARINA BEACH,
Jumpa akak mermaid.


Bawak tokwan, paklong, maklong 
yang tak pernah sampai sini lagi.
Lepas lepak-lepak makan 
aiskrim nyok/kelapa, 
beli cenderahati mermaid,
pastu lepak-lepak layan angin laut.


Ni antara gerai-gerai yang ada di Marina Beach.
Kalau nak "shi-shi" boleh cari
restoran-restoran or kedai berdekatan.
Selalu di charge 5 Baht sekali masuk.

Sini banyak cenderahati berbentuk mermaid,
patung and keychain mermaid.
Mermaid lover, knock yourself out!
Dah penat lepak-lepak,
maka kami pun terus berangkat keee~

KHLONGHAE FLOATING MARKET



Selalu pukul 5 ptg (waktu Malaysia)
baru kami ke sini.
Selalu stay sini sampai malam.
Surau ada disediakan,
tapi aku rasa agak crowded.
Jadi kami selalu jamak ja.

Ok, jom shopping makanan!!! 


Yang macam ikan sebelah kanan
tu macam otak-otak.
Sebelah kiri tu my favourite kueh.
Macam kueh cara. 


Gambar kiri tu pun aku suka.
Grilled seafood.
Dia punya sos sedap.
Aku suka beli sotong,
selalunya ada telur dalam tu.

Dekat sini, memang macam-macam 
jenis makanan ada.
Macam biasa yang disampan kena
mintak sijil halal dari 
Jabatan Agama Islam Thailand
baru boleh meniaga.
Jadi makanan di sampan halal.
Yang atas kena tengok-tengok sama ya.

Ok ni antara makanan yang
aku suka beli everytime aku
sampai Khlonghae Floating Market ni.


Gambar atas kiri is
kuih yang berbentuk macam kueh cara.
Atas dia letak kelapa parut.
Wajib beli everytime aku datang sini.
Cuma 20 Bath ja.

Bawah adalah Nasi Kaomok.
40B ja.

Yang panjang-panjang tu,
Beef/Chicken Skewer,
30Bath tak salah aku.
Rasanya beef mahal sikit.

Tu wajib la aku beli...

Ada lagi 1, spiral potato.
Tapi tak sempat nak snap gambar,
aku sudah ngap dulu.

And lagi 1, air Blue Boy kaler hijau
yang dicampur dengan air aiskrim soda.
Oh my, sedap gilos..


Ni yang kaler merah.
Beli dalam cup besar,
minum la dalam bilik nanti.
Puas hati. Huhuhu


Ok ni barangan yang aku shopping.
Kasut untuk diri sendiri 100B,
Cute Socks 5 pasang untuk 100B,
Keychain (assorted) 10B per keychain,
Cat Tshirt for Baby Nephew 50B
 & Monkey Shirt with pant 150B.

Since dah malam,
driver kata dia nak bawak
ronda-ronda pekan Hatyai.

Dia taktau ka aku lapar gila ni.
Pukul 9 baru sampai resort.
Jom mandi, mencekik, 
sembahyang & tidur~
Zzzzzzzzzzz

Pepagi esoknya kami turun untuk sarapan
di Restoran di Resort ni.
Macam biasa sebelum makan,
semua busy online.
Wifi kuat la katakan.


Ni sarapan masa 1st time kami stay sini.
Asalnya mintak roti telur ja.
Sekali dia kasi roti canai,
telur letak tipi, dengan kari ayam.
Abah kata, "Makan, jangan kata pa.."
Hahahahahaa


Ni kami punya breakfast 2nd time ke sini.
Ada nasi goreng seafood & sup.
Ada jugak roti bakar with jam.
Minuman ada hot coffee & tea
atau air mineral.
Ni tour guide yang urus,
kami makan ja.
Telan~

Di resort ni, makanan dia sedap sebenarnya,
cuma bagi aku servis agak lambat.
So kalo rasa-rasa nak makan sini,
order awal-awal, pastu terus turun makan.


Ni kami punya lunch masa 1st time kesini.

Siakap stim,
Daging masak merah,
Kerabu sotong,
Sayur campur,
Udang masak asam
(yang dalam bekas tomyam tu)
& telur dadar.

Abah order siakap stim sebab
tok tak boleh makan pedas,
sekali siakap stim dia pedas ternganga.
Tapi series sedap gila!

Kat tepi pantai ni jugak,
Disediakan tempat untuk BBQ.
Tour guide kami cakap,
kalau nak BBQ, dia bawak pegi beli
seafood, and malamnya 
dia akan tolong bakar.
Kalau malas nak pegi pasar,
bagi ja duit dan dia akan urus semua.
Bila dah siap, turun makan ja.

Tengah hari kami check out keluar
dari hotel and terus menuju ke Hatyai.
Sebabbbbbbbb~
Semalam bukan main shopping
Di Khlonghae Market,
Dah habes ja semua pakat naik van.
Lupa dekat kerusi roda tok aku.

Sebelum tu, ada macam pasar tani
berdekatan dengan kawasan hotel.
Ada jual ikan bilis, telur masin
and macam-macam lagi makanan.

Ni keropok, coklat, jeli,
3 for 100B.

Macam-macam hasil laut.
Semua celup tepung.
Yang paling kanan tu ikan pari.
Ada udang, 3 ekor 10B (secucuk)
Murah sangat.

Telur masin kembar.

Ikan bilis

Kami shopping sikit-sikit ja kat sini.
Tak plan pun nak berhenti sini.

Sekarang sambung cerita pasal
kerusi roda tok aku.

Sesampainya ke Khlonghae,
kami memang bernasib baik sangat.
Sebab pihak pengurusan
Khlonghae Market ni simpan kerusi roda tu.

Memang terbaik lah pihak pengurusan!
Salute!

Khlonghae sebelum buka,
kosong and lengang ja.

Selepas semua dah senang hati,
perut kami pulak susah hati.
Sebab dah tengah hari, lapar!!!

So, sepatutnya kami lunch di 
Coco One Beach lagi,
tapi terpaksa tukar ke.....

D'HATYAI RESTAURANT


Pergh! Pergh! Pergh! 
Kat sini masakan dia memang 
sedap gilaaaaaa~
Ya Allah, tolong la
datang cuba sendiri.
#ekspresiterlampau


Restaurant pun cantik.
So, disini, finally,
kami berjumpa dengan 
Tomyammmmm!

Uih sedap siot tomyam dia,
Ada jugak lauk-lauk lain 
Macam.....



Kerabu Terung Bakar
Siakap 3 Rasa
Ayam Masam Manis
Sayur Campur.
Oh lupa letak telur dadar.
Wajib!

Makanan dekat sini semua sedap!
Memang puas makan sini.
Recommended baq hang.
Kami memang bercita-cita
Nak datang sini lagi...
Untuk lunch ja...
Hahaha

So dah puas-puas makan,
Maka its time for us untuk
bertolak balik ke Durian Burung.

So sad....
Takpa, theres always a next time.
Kannnnnnn....

Ok, bye!
Tq for reading.
Sorry tak banyak nak cerita 
Sebab percutian ni cuma
2hari 1 malam.

Alhamdulillah~

P/S: Harga mungkin berubah dah na,
ikut tour guide and current exchange rate.






41 comments:

  1. Sorry blh saya dptkan contact no org yg arrangekan pakej ni.. sy berminat dgn pakej ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai izzulfa, boleh bg email so dat i can email his number to you... :)

      Delete
    2. hai sis sy pn berminat boleh email ke sy jgk shima.espy89@gmail.com

      tq sis

      Delete
    3. Dah emel sis. Sorry for late reply. Busy skit...

      Delete
    4. emel jugak detail tourist guide ni tq hadirahsyakirahharun@gmail.com

      Delete
    5. Nk mintak tolong email tour guide bleh tak zalinizah75@gmail.com . Tq

      Delete
  2. Hi, sy pn nak jugak..bole emel pd sy kim_eryza91@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Salam Sis, menariknye..boleh emel jugak ke?tq..oregano3010@yahoo.com.

    ReplyDelete
  4. Tq for sharing dear. Tlg emel tour guide ye littlecaliphs.darulaman@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Hai sis...bleh saya tau mcm mn nak book d'aman resort tu??? Cari kay trivago ang apps travel yg lain xde pon reaort d'aman tu????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis. Slalunya tour guide yg booking kan unt kami. Kalo dlm tripadvisor ce cari Leela Resort. Tp x sure bleh booking or not.

      Delete
  6. Sis, mohon share details tour guide tu kat latingirl.aloha82@gmail.com.
    Tq sis

    ReplyDelete
  7. Minat nak g cuti sek bln 12 ni...emailkan tour guide contact tu...rashina_hashim@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. sis, mohon share tour guide contact di email : cendohom@gmail.com

    ReplyDelete
  9. mohon share tour guide contact di email ahmadfirdaus5567@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Mohon share tour guide contact di email naashamira@gmail.com
    Tq miss nana

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing. Boleh e-mail ke sy nombor tour guide tu. kuzaimahcheali@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing. Boleh e-mail ke sy nombor tour guide tu. kuzaimahcheali@gmail.com

    ReplyDelete
  13. boleh emailkan detail tour guide tu kat saya. piqasamingin@gmail.com. tq

    ReplyDelete
  14. Hi boleh email detail tour guide tu. azierAli@gmail.com thank you

    ReplyDelete
  15. Minta email no van Tu shiqimsalleh@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Hi boleh email detail tour guide tu. skunk4546@yahoo.com.. thank you

    ReplyDelete
  17. Hi boleh email tourist guide tu x ? nurhasliza2983@gmail.com

    ReplyDelete
  18. Nak jgk no tour guide . Email kepada sy nor_sallehudin@yahoo.com

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum. Boleh email no tour guide ke alamat ni? nurulizza.mohdnoor@gmail.com

    ReplyDelete
  20. Tak perlu tour guide bagai, bazir duet😁.Masuk dengan kereta sendiri lebih enjoi, dokumen & insuran buat kat Changlun. Beli sim card Thai & guna goggle map, selamat mengembara🚗

    ReplyDelete

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....