Tuesday, November 17, 2020

Langkawi With Family: August Trip (Part 2)

 

Assalamualaikum, sambung balik jom~ So lepas habis kami meronda Wildlife Park, kami ingat nak ke Cable Car, macam biasa la, tempat wajib. Tapi pusing punya pusing cari kedai makan tengah hari, kami dah terlajak dari Cable Car.

Ada satu kedai makan di simpang traffic light dari Cable Car tu, takdak nama. Tapi masa scan My Sejahtera dia tulis FF Food. Tapi dia dekat simpang 3 ni la. Hahaha nanti aku pergi lagi, aku tangkap gambar eh. Makanan dia banyak walaupun dah pukul 3PM. Banyak kali jugak kami makan disini. Kalau jumpa sila la singgah. Kalau straight ke atas akan terus ke Cable Car. Dari kanan tu dari Kuah, kalau sebelah kirinya ada Dewan Orang Ramai. 

Petangnya macam biasa la, harus mandi pantai. And aku macam biasa la, join bebudak ni main pasir. Hahaha tapi kali ni dah dapat lagi sorang satu lori. Alhamdulillah tak payah berebut.

Malamnya kami decide nak makan di Food Truck ja. Walaupun tau dah makanan mahal & yashe-yasye je tapi disebabkan kali ni dah tak larat nak jalan ke Kuah, food truck pun boleh lah. Aku pun makan Char Koeyteow ja. Boleh la. Not bad. Harga dia dalam RM8 (tak termasuk telur) macam tu. Tapi air bandung dia lawa eh. Bukan main lagi kaler dia. Haha boleh la untuk makan malam, lepas makan ni siap tapau dimsum dengan cucuk-cucuk lagi. Supper katanya.. Haha ok ok.. Jom tidur dulu, esok nak ke Makam Mahsuri pulak. 

HARI KETIGA


Pagi ketiga ni cuaca agak redup. Sejuk ja makan breakfast dengan angin pantai bertiup tu. So kita ambik pinggan ni, tangkap gambar and then share di IG #nasilemakbythebeach #breakfastbythebeach 👍😂


Pagi ni aku join depa mandi, lepas adik aku cakap, "Kakak ni tak best dah aa".. Adoiii~ Sebagai kakak yang sebenarnya best, aku pun join ja la~ Langit dah mendung masa ni. Tapi sebab dah start turun kan. Selagi tak hujan, jangan naik. Hehe


Inilah dedugung sebelum dihentam ombak 😆


Nasib la dia mendung cepat pagi ni. Dapat la aku naik awal. Hahaha walaupun tadi rasa macam tak mau naik. Tapi tengok ja langit macam tu, terus rasa nak naik awal. 


Harini kami keluar lambat sikit, sebab nak makan tengah hari dulu. So abah cakap jom try makan dekat kedai ramai, so kami singgah la RESTORAN KAK YAN NASI CAMPUR. Kami pernah mai, tapi orang ramai gila. Kali ni ok la~ Tak ramai sangat. So jom kita try kedai ni. Yang paling aku teringin nak try is KERABU BRONOK. Katanya dekat sini ja yang ada jual.


Pilihan lauk dia pun banyakkk sangat. Tapi masa ni aku kenyang breakfast lagi. So aku taktau nak makan ka dak. Aku cari phad phet sebenarnya. Bila takdak tu cam potong sikit aa.. Ngengada~


Last-last aku meratah ja la. Ambik ayam bakar, sosej, bergedil, sayur bayam & yang paling ditunggu, kerabu bronok! Yeay~ Dapat jugak rasa. Sekali bila gigit, oo macam makan tulang ayam putih tu ja. Lembut tapi keras. Camna eh nak explain. Haha tapi pakcik aku cakap dia pernah makan, lagi lembut dari ni. So taktau la sebenarnya rasa bronok ni macam mana. Haha


Dah selesai makan, so jom kita ke Makam Mahsuri. Lama tak mai sini. Aku suka ke sini pun sebab dalam ni ada jual kuih peneram sedap. Tapi nak masuk semata-mata nak beli kuih peneram macam tak patut pulak. Haha 

MAKAM MAHSURI ni terletak di Kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Harga tiket masuk dalam ni murah ja. Dewasa: RM10, Kanak-kanak: RM 6. Murah ja kan.. Boleh la masuk sini sedekahkan al-fatihah untuk Mahsuri bt Pandak Mayah.


Masa masuk ja, kita akan dihiburkan oleh Kumpulan Gamelan Kota Mahsuri ni & jugak Kumpulan Kabus Kota Mahsuri. Depa mainkan lagu traditional & lagu lama. Berhenti sekejap and dengar ya. Berbaloi.. Sedap 👍

Silap tak request lagu 4 Dara haritu. 


Inilah Makam Mahsurinya. Tempat Mahsuri disemadikan selepas dibunuh. Kecik-kecik dulu kalau mai sini, mesti abah akan cakap, "Sedekah Al-fatihah".. So kalau hampa mai, sedekah la al-fatihah. Ada jugak yang tinggalkan bunga dekat sini. 


Ada jugak tugu lembing ni, sebab Mahsuri ditikam dengan lembing kan. Eee geram betul aku bila ingat balik. Betapa bahayanya mulut manusia ni. Siapa ja yang tak tau cerita Lagenda Mahsuri ni, kesian dia. Keluarga Mahsuri berhijrah dari Siam (Thailand) ke Langkapuri (Langkawi). Ayah Mahsuri nama Pandak Mayah & mak Mahsuri nama Endak Alang. Mahsuri digambarkan sebagai seorang yang sangat cantik dan lemah lembut orangnya. Sampai jadi buah mulut orang. Mahsuri kemudian berkahwin dengan Wan Darus iaitu adik kepada Datuk Pekermajaya (wakil Sultan Kedah di Langkawi, si Penghulu). Masa Wan Darus keluar berperang, Mahsuri tinggal dengan keluarga dia. Ada la seorang penyair ni mengembara dan sampai ke Langkawi, keluarga Mahsuri baik dengan dia. Sebab dia selalu datang rumah parent Mahsuri untuk bersyair. Nama laki ni Deramang. So family Mahsuri jadi famous la sebab ramai yang datang rumah parent dia untuk dengar Deramang bersyair. Kakak ipar Mahsuri, Wan Mahora ni rasa jealous sebab Mahsuri dah jadi famous. Lepas Mahsuri lahirkan Wan Hakim, ada satu hari tu Deramang datang rumah Mahsuri untuk jaga anak Mahsuri si Wan Hakim tu, sebab Mahsuri kena ke bendang. Wan Mahora ni pun nampak ja si Deramang ni masuk rumah Mahsuri, terus la dia create fitnah kata Mahsuri dan Deramang ada affair. Jahat tau!

Datuk Pekermajaya masa tu termakan la hasutan bini dia, and hukum Mahsuri supaya dibunuh. Deramang pun dihukum bunuh jugak. Mahsuri kena ikat dipokok and masa ditikam dengan lembing, lembing tu tak dapat tembus badan Mahsuri. Sebab sakit ditikam berkali-kali & disiksa, dia pun bagitau la, dia cuma boleh ditikam dengan keris nenek moyang dia ja yang ada di rumah. Sebelum meninggal, Mahsuri cakap, dia tak halalkan darah dia yang tumpah ke bumi Langkawi. Dan dia sumpah Langkawi akan jadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan.

Aku pernah tanya member aku, betul ka Langkawi jadi padang jarak padang tekukur. Dia kata betul. Dulu Langkawi takdak apa. Sekarang baru la Langkawi naik dengan pembangunan sampai la terkenal macam sekarang sebagai salah satu tempat pelancongan paling famous di Malaysia. 

Masa kena tikam tu, darah yang memancut keluar berwarna putih, katanya nak menunjukkan yang Mahsuri tu tak bersalah dan difitnah. Ada jugak rumor mengatakan tu sebenarnya susu. Sebab dia kan baru bersalinkan Wan Hakim. Tapi apa-apa pun, dia tak patut ditikam cuma kerana fitnah mulut. Sedih sangat. bayi still kecik kot. Wan Darus yang marah & kecewa, (dah la baru balik berperang, kalah perang pulak, bini kena fitnah & dibunuh pulak) bawak anak dia Wan Hakim balik ke Siam. Katanya famili Mahsuri sekarang berada di Phuket.

Mengikut salah seorang tour guide kami masa kami ke Phuket, dia kata, Persatuan Sejarah Kedah ada jejak famili Mahsuri ni. Keturunan keenam Mahsuri dibawa dan disekolahkan di Kedah. Tapi something happen dekat bapak dia, jadi dia terpaksa balik ke Siam semula. Tapi lepas tu depa jumpa pulak Aisyah, yang dikatakan keturunan ketujuh Mahsuri. Tapi katanya Aisyah bukanlah keturunan ketujuh yang pertama sekali dilahirkan. Yang pertama sekali dah kahwin. Tapi Aisyah still legit nya keturunan Mahsuri yang ketujuh. Dia dibawa ke Malaysia and menjadi sangat famous. Ramai sangat yang datang melawat dia. Sampai lepas dia kahwin, husband dia tak bagi lagi orang datang melawat isteri dia. So tinggal la depa di Thailand sana.

Oh Datuk Pekermajaya dengan bini dia si Wan Mahora tu pulak dibunuh oleh tentera Siam. Langkawi musnah lepas kalah perang dengan Siam. Situ la bermulanya padang jarak padang tekukur tu, tak salah aku la. Sebab Kedah selalu kalah perang dengan Siam masa tu. Ni seperti yang dicerita tour guide (dia orang Malaysia) masa aku di Phuket la. 


Dalam Kota Mahsuri ni jugak ada perkampungan Melayu tradisional iaitu Perkampungan Kedah. Dalam ni ada Rumah Penghulu, Rumah Mahsuri & Teratak Sri Tama (Rumah Panglima Hitam) yang dibina mengikut style rumah Kedah pada zaman dahulu. Diatas ni adalah Rumah Penghulu. 



Dalam ni ada display persembahan perkahwinan di Kedah (rasanya). And ada jugak pameran baju-baju lama, macam kebaya and baju kurung. Ada jugak potret Mahsuri & keluarga. Potret Aisyah pun ada dalam ni. 


Rumah Penghulu ni besar and view dekat beranda dia pun lawa, nampak satu perkampungan yang cuma ada 3,4 buah rumah tu. Hihi gurau.. Rumah Penghulu kena la besar sebab penghulu ni dulu adalah wakil Sultan. Jadi orang selalu bertandang ke rumah penghulu untuk mesyuarat, nak mengadu masalah semua. Series rumah ni masih cantik and kuat. Aku tak masuk kedalam dalam sangat, cuma di depan ja. Sebab banyak habiskan masa dekat beranda ni.


Ni gambar Wan Aisyah dan suami dia. Sama cantik sama padan kan. Ada yang kata keturunan Wan di Kedah (sebelah my mom) asalnya dari keluarga Mahsuri jugak. So aku selalu la berangan melawat kubur nenek moyang bila melawat Makam Mahsuri ni. Tapi sekali Tokwan aku cerita keturunan kami asal Pattani daa (Wan dari Siam jugak). Haha 


Diatas ni adalah carta salasilah keturunan Mahsuri.


Diatas ni adalah Rumah Panglima Hitam (Teratak Sri Tama). Kalau tak salah aku Panglima Hitam ni orang Datuk Pekermajaya, dia la yang pi tangkap Mahsuri tu. Dalam rumah ni takdak apa pun, tapi cukup untuk menggambarkan macam mana keadaan dalam rumah Melayu lama yang simple. Ada beranda, ruang tamu and jugak bilik dengan katil. 


Ni kawasan beranda.


Ni bilik yang dah diterokai oleh anak sedara aku. Dia panjat kerusi tu, lepas tu dia lompat. Terkejut mak nok. Nasib baik rumah ni kuat. Adoi la~ 


Ni la rumah Mahsuri dari depan. Rumah Mahsuri ni adalah rumah model masyarakat Kedah pada zaman dulu. Bukan la rumah sebenar Mahsuri. Rumah dekat Kedah ni dibina agak tinggi sebab takmau alatan rumah rosak masa banjir. Rumah ni jugak katanya dibina tanpa paku. Bawah rumah tu sejuk, jadi sesuai la nak beristirehat petang-petang. Sampai sekarang pun still ada rumah-rumah macam ni di Kedah cuma bahagian bawah dah ada rumah batu separuh. Teringat rumah TokWan aku, petang-petang main tuju guli dekat bawah. Dan selalunya aku kalah. Humphh~


Ni bahagian pelantar di bahagian dapur. Boleh la nak membasuh bagai dekat sini. Ni gambar lama tahun 2012. Kali ni aku tak naik ke atas. Sebab orang ramai gila dalam rumah ni. 


Didalam rumah ada potret lukisan wajah Mahsuri. Anggaran ja katanya. Tapi lepas Aisyah wujud, semua kata muka dia macam Mahsuri. Mungkin juga, takdak sapa pun tau. Sebab yang pernah tengok Mahsuri pun semua dah takdak. Tapi lukisan ka Aisyah ka, dua-dua cantik~ ❤


Dibahagian dapur ada Kukoq Nyiok ni atau Kukur Kelapa. Masa kecik dulu pernah try, tapi sakit pinggang bila guna. Hahaha nostalgia betul la.


Dibahagian bawah rumah jugak ada lesung hindik/ lesung padi ni, yang diguna untuk ketuk padi. Boleh la try guna kalau kesini. Ada macam-macam lagi dekat bawah rumah Mahsuri ni. Pengisar padi pun ada rasanya. Dulu masa kecik-kecik boleh try pengisar tu dengan padi betul. Tapi sekarang tak tau la. Sebab orang ramai pakat berehat di bawah rumah. Takdak ruang nak menyendeng. Hehe


Disini jugak ada Telaga Mahsuri, dimana dikatakan air telaga ni ada khasiatnya tersendiri. Boleh jadi awet muda gitu. Air ditelaga ni tak pernah kering dan air dalam telaga ni jugak dikatakan lebih sejuk berbanding air telaga lain disekitar Langkawi. Ada juga dijual air telaga yang dah ditapis bersebelahan dengan telaga ni, boleh la beli kalau tak lalu nak minum air telaga tu directly.


Dalam Kota Mahsuri ni jugak ada 3 stall yang menjual kuih tradisional iaitu Kuih Karas, Kuih Loyang dan my favourite, Kuih Peneram. Kalau sampai sini aku recommend beli kuih peneram, panas-panas tu makan. Dia crispy di luar and lembut di dalam. Memang sedap sangat senah oiii~


Nampak tak diatas tu, dia baru goreng peneram. Panas-panas tu terus makan~ Pergh~ RM3 ja tak salah aku untuk sebungkus tu.


Ni adik aku tengah explain, kalau sesat dihutan, jumpa ja pokok ni, ketuk bahagian yang dia pegang tu. Dia akan bunyi bergema dan boleh alertkan orang kat mana hampa dok ada. Nice tip bro~ Jangan masuk hutan eh..


This is me being creative la konon, tangkap gambar anak sedara dalam kuih peneram. Hebatkan makcikmu ini. 😂


Ni kuih karas, favourite Tun M.


Ni pulak stall kuih loyang. ada 2 jenis kuih loyang yang dijual disini, satu yang manis tu, satu lagi pedas, savoury la. Aku prefer yang manis lagi. 

So, dibawah ni aku letakkan antara barang pameran lain yang ada di dalam Kota Mahsuri ni.


Ada congkak gergasi ni. Boleh la berlakon main congkak, sebab buahnya takdak. 


Beca. Menggamit memori sangat. Kecik-kecik dulu balik tadika mesti balik naik beca. Sebab my cousin punya TokWan bawak beca. Sambil naik tu sambil menyanyi. Feeling abes~ Baru 5,6 tahun dah pandai feeling...


Buaian pun ada. Boleh la naik sambil menyanyi lagu "Laju laju buaiku laju"~ Gitu~


Ada jugak kedai jual t-shirt batik Mahsuri ni. Baju-baju dia lawa. Aku ingat nak ajak la the whole family beli, so that hari last boleh pakai sedondon. Tapi, yang lengan pendek pun dah RM60, tak mampu semua. Hehe


Bagi yang dahaga sepanjang tour dalam Kota Mahsuri ni, jangan risau. Dalam ni ada kedai runcit. Ada jual air, aiskrim, keropok, mainan (yang ni yang mencabar ni). Hahaha boleh la shopping dalam ni. 


Kalau nak tengok teater pementasan Mahsuri boleh la masuk ke sini. Tapi tak sure la pulak pukul berapa start tayangannya. 


Sebelum keluar dari Kota Mahsuri ni, dijemput la singgah ke Muzium Mahsuri dulu. Dalam ni ada macam-macam pameran berkaitan Mahsuri. Dari sejarahnya, keluarganya. Semua ada.


Didalam jugak ada kawasan tayangan, boleh la tengok tayangan cerita Mahsuri dan ada jugak cerita berkaitan Langkawi. Ada kerusi and tempat ni ber aircond. Haha tu penting.


Dipintu masuk Muzium ada replika mini rumah Melayu lama ni. Comey sangat, so aku tangkap gambar sekeping. Dalam ni jugak tak dibenarkan untuk tangkap gambar sebenarnya. So aku just snap gambar rumah ni (sebab dia comel) dan TV dibilik tayangan ja. Sekadar nak kongsi di blog. 

Sebelum keluar juga, sila la beli barangan souvenir dia. Ada fridge magnet, tshirt, kipas and ada jugak toys for kid. Macam kedai atas ni jual minyak gamat, keropok and gula-gula. Kipas pun ada. Sesuai la untuk beli sebab cuaca di Langkawi memang panas. Nasib masa kami ke sini agak redup. Selamat duit~ 😁

Habis ja pusing-pusing dalam ni, kami terus ke Jetty, sebab adik lelaki aku nak kena balik dah. Esoknya dia kerja. So sad.. Dah besar, semua ada komitmen masing-masing kan. So, kami yang ada ni meneruskan ja lah, percutian yang belum selesai ni. Tapi, jom balik sembahyang dulu. Petang nanti abah ajak lepak dengan kawan-kawan dia makan seafood.

Sampai di motel, sempat la jugak aku mandi freshkan badan. Peluh macam apa lagi harini. Petang ni abah kata nak makan seafood tepi sungai. Kami yang lain punya la excited sebab lama tak makan seafood berhidang macam tu. So petangnya, abah bawak kami ke RESTORAN ABANG MAT GAJAH, di Taman Nilam, Langkawi. Dekat dengan jetty nak ke Kilim Geoforest. Tu pun memusing cari. Susah betul.


Ni antara makanan yang diorder oleh kawan abah aku. So, camnilah.. Haih~ Im a bit disappointed because I thought there will be tomyam or kengsom. Coz I've been craving for that since balik dari Makam Mahsuri tadi. Well, the food is not bad at all. Semua ok. Cumanya, ketam & udang di bakar & steam, so takdak rasa disitu. Yang ada pun gulai ikan & sotong celup tepung. Hmmm.. Camna ya nak cakap. Tak kena citarasa, tapi boleh laaa.. Alhamdulillah jugak laaa.. Kenyang jugak.. Aku tak makan nasi sangat sebab rasa padanan dia tak sesuai. So aku meratah ja la. Adik aku cakap gulai sedap. 


Betul abah aku cakap sebelah sungai. Dengan bot-botnya. Masa ni nak tangkap gambar, tapi sebab dah Maghrib kan. Risau tertangkap gambar benda lain. Ni pun crop dari video kawan abah aku ja. Dekat sebelah kedai ni jugak ada taman permainan. Sapa-sapa yang ada di Langkawi nak makan di tepi sungai macam ni, silalah melawat Restoran Abang Mat Gajah ni, dia ada set nasi juga, serendah RM25 untuk 2-3 orang makan.

Lepas habis makan malam, kami semua bertolak la ke Kuah. Ingatnya nak rehat-rehat di Dataran Lang sambil makan-makan kuaci. Tapi sayang sekali, masa kami sampai tu dah pukul 9PM. Dataran dah ditutup. Sebab covid ni jadi dia tutup awal. So kami pun bergambar la di pintu gerbang ni.


Dikawasan ni ada lampu-lampu. Cantik sangat nak bergambar.


I do LOVE Langkawi.... ❤😍


Di bahagian dalam pintu gerbang tadi pun sesuai nak tangkap gambar. Cantik! Kereta putih tu kereta sewa yang aku bawak. Kami sewa 2 kereta, Avanza and Vios. Lebih kurang RM60/day. Murah sebab PKP kot. Pelancong kurang.

Balik dari sini, aku bawak adik bongsu aku, mama and anak sedara aku jalan-jalan ke Pantai Tengah. Rupanya banyak lagi hotel dalam tu, tapi nampak macam semuanya hotel mewah ja. And jalan dia a bit sepi. Pusing-pusing kejap, lepastu terus balik motel. Tidur. Esok dah nak balik 😭

HARI KEEMPAT
(NAK BALIK DAH WEY)


Im sooooo gonna miss the sound of the wave. Like seriously. Haha lepas breakfast pagi ni, kami semua terus turun ke pantai untuk mandi for the last time. Cuaca elok pagi ni. Alhamdulillah.


Main la anak-anak. Esok tak jumpa dah 'asyir' ni. Dulu si abang takut pasir. Kalau kena tu teriak la, dia rasa kotor kot. Sekarang bukan main lagi. Sampai balik ja KL, adik aku kena belikan pasir mainan tu bagi depa main dalam kolam angin.

Kami check out lambat sikit and lunch di salah sebuah Restoran tak jauh dari Kak Ani, sebab abah nak try kedai lain sikit dari yang lain katanya. Dan aku kuciwa lagi sekali sebab takdak phad phet jugak 😂


Kami naik feri pukul 3PM macam tu, sampai dalam pukul 5PM, so no sunset. Ni gambar haritu. Aci la nak jugak nampak sunsetnya. Haha oklah, takat tu ja la percutian kami kalini. Lepastu Covid mengganas sampai la sekarang ni (Nov 2020). Kena duduk rumah due to PKPB. Take care semua. Thank you sudi melawat page ni. Salah silap mintak maaf ya. Assalamualaikum... ❤


Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....