Assalamualaikum. Jumpa lagi dalam blog kalini, still pasal Langkawi. Haha So finally the time has come for our August family trip. Tapi sedihnya makcik (my mom sister) and tokwan (my mom father) tak jadi ikut. Tokwan risau dia tak larat nak jalan. So kami just bawak my uncle (my dad lil bro) saja la.. So pepagi buta kami dah naik ferry untuk ke Langkawi.
Masa ni hand sanitizer tu tak lepas dari genggaman la. Face mask on selalu. #staysafe Masa nak naik feri di Jetty Kuala Kedah pun kena beratur sebelum boleh masuk ke dalam. Punya la panjangnya line. Lepastu kena scan MySejahtera dipintu. Dia cuma bagi masuk 10-20 orang ja sekali masuk (tak salah aku, tapi dia akan bagi masuk sikit-sikit la).
Bila dah sampai Langkawi nanti, di pintu keluar (Arrival) akan ada segerombolan orang menyambut kedatangan kita. Dikiri dan dikanan macam dekat atas tu. Semua pakat tanya, "kereta sewa bang", "kereta sewa kak".. So bagi yang belum dapat sewa kereta tu, tak payah risau, di Langkawi ni banyakkkkk~
Sementara my dad menguruskan kereta sewa, my sister and I pun apa lagi, lari-lari ke Starbuck sebab kononnya perlu kopi untuk tenaga haritu tapi last-last ambik Chocolate Cream Chip jugak. Yang tu ja yang aku kenal pun.. Nasib baik orang belanja, kalau tak pakai tak rasa la.. Thank you sis for this!
Dah sampai ni, haruslah lapar tergedik-gedik, so kami pun terus menuju ke restoran Kak Ani (macam biasala). Sebab adik aku yang tinggal di KL, dah lama tak makan sini plus kami pun teringin nak makan sini. Dan macam biasa jugak lauk aku seperti diatas. Samaaa ja~
Ni lauk yang ada masa kami sampai jam 10.30 AM, bakar-bakar pun ada, jadi kira ok la untuk brunch. Sebab my dad suka makan kalau ada bakar-bakar, kalau takdak pun dia kena makan jugak, sebab anak-anak dia semua suka makan sini. Haha
Ni la phad phet favourite aku.
Bakar-bakar yang dicari bapak aku..
Dan ayam goreng yang baru angkat panas-panas. Juicy and crunchy. Adoi lapaqqq.... Tolong...
Lepas lunch, sementara nak tunggu check in, kami ingat nak lepak HIG dulu. Nak beli coklat nak makan-makan sambil lepak pantai. Saja nak kill the time. Sebab check in agak lambat.
Ni waktu check in di Delta Cenang Resort, pukul 3PM, check out pukul 12PM. Tapi a few days sebelum sampai Langkawi, aku ada call pihak Delta and minta nak check in awal. Dia cakap kena call hari sampai, sebab takut orang sebelum kami takmau check out lagi. So masa semua busy shopping di HIG, aku call Delta lagi sekali & dia cakap pukul 1PM dah boleh check in. Alhamdulillah.. Kalau dak, mesti ke Galeria Perdana lagi sekali. Haha
Dalam HIG, anak sedara aku dah dapat lori sebijik 😂 Alhamdulillah! Selepas tarik muka 14inci sebab mintak tak dapat-dapat. Finally, boleh la adik angkut pasir dari kanan ke kiri kan adik? (sebab tak boleh angkut jauh-jauh kan)..
So lepas semua shopping, kami pun bergerak ke DELTA CENANG RESORT yang terletak di Pantai Cenang, bersebelahan dengan Underwater World ja. Nasib dah booking siap-siap haritu. Orang agak ramai masa kami kesini. Lepas freshing up & solat, abah ajak makan-makan di pantai tepi airport. Nak makan laksa power. Orang punya lah ramai. Semua nak makan laksa terus tak jadi.
Tapi aku sempat ambik pasembor ni. Semua ni dalam RM16. Ni memang favourite aku dari zaman kerja sini lagi. Sedap wey.
So, petang ni adik lelaki aku akan sampai Langkawi. Dia kerja, so terpaksa naik bot asing dari kami. Abah ajak lepak di Restoran depan Langkawi Parade. Sebab dulu dia selalu makan sini. Sedap katanya. Tapi, frust betul. Dah tak se best dulu. Abah aku order cendol. Ceroi ja (cair). Kena tanya 2,3 kali dulu baru hantar. Tak guna santan pulak tu. Laksa dia pun tak best. Ntah la. Serba tak kena.
So sesampai ja kami ke jetty, adik aku belum sampai lagi. So kami decide nak masuk KFC & tunggu dalam KFC ja. Masing-masing beli makanan lagi sebab kedai tadi makan tak best. Tak puas hati. Kalau KFC ni memang confirm la puas hati. 😂 Lepas adik aku sampai, kami singgah satu kedai ni di kawasan Kedawang, sebab adik aku yang baru sampai tu tak makan lagi.
Adik aku order nasi ayam berempah ni. Sedap jugak katanya. Tapi tak ingat la apa nama kedai. Sebab dia tepi jalan ja. And aku pulak dah penat masa ni, memang moody ja. Hahaha Ok la, terlebih makan semua orang malam ni. Jom tidur dulu, esok pagi nak mandi laut. Yihaaa~
HARI KEDUA
So pagi ni, berbekalkan kupon complimentary breakfast ni, pukul 8.00AM, kami semua pakat ke cafe untuk breakfast.
Ada nasi lemak dengan bihun goreng. Ada jugak roti and buah-buah. Wah~ Banyak jugak kami makan pagi ni. Hahaha free kann~ Harap bertahan la sampai tengah hari.
Lepas semua dah breakfast, apa lagi... Mandi time... Masa ni semua terjun laut. Aku macam biasa la malas. So lepak ja tepi laut sambil layan anak sedara aku angkut pasir guna lori HIG dia. Kawasan depan Delta ni ombak dia agak kuat, tapi tak la kuat sampai bahaya. Boleh survive lagi. Haha
Tapi penat jugak la nak melawan ombak tu, tengok pakcik aku dah tergolek-golek. Dia baru nak rehat tepi-tepi ja, tapi tak boleh sebab ombak kuat jugak walaupun dah sampai pantai. Haha kesian beliau~
Harini cuaca elok, semalam agak mendung, so harini kami decide nak jalan-jalan ke WILDLIFE PARK pulak. Bawak sikenit dua orang tu tengok binatang lagi sekali. Wildlife Park ni terletak di Lot 1485, Jalan Ayer Hangat,Kampung Belanga Pecah, 07000 Langkawi, Kedah. Ikut jalan nak ke Idaman Suri tu, tapi straight lagi. Kalau tengok kiri kanan hutan tu, jangan panik, jalan straight lagi sampai la jumpa bangunan putih ni sebelah kiri. Dalam Langkawi ni kalau agak-agak nak tersesat jangan risau, jalan straight ja, mesti lepas tu jumpa signboard, ikut la signboard tu nanti sampai la ke mana-mana. Hahaha apa punya tip daaa~
Harga tiket seperti yang tertera diatas. Untuk pemegang MyKad murah la dari pelancong. Dan dia akan mintak IC setiap seorang. Maybe takut ada yang tolong belikan untuk tourist kot. Entahlah~
MyKad Holder:
Adult RM30
Kid RM22
Senior Citizen RM22
Makanan Haiwan:
1 pack RM 8
Operation Hours:
8.30am - 6.00pm
(Open daily)
Dulu-dulu aku selalu jugak masuk sini, tapi dulu harga tiket cuma RM15 untuk dewasa. Lepastu a few years back ada naik jadi RM26, masa tu terkejut gila aku, sebab semua tiket lawatan di Langkawi semua dah naik harga. So dah lama la aku tak masuk ke sini. Kalini dah naik pulak jadi RM30. Sebab nak bawak cucu jalan-jalan, maka abah redha~ Kikiki
Ada jugak pakej macam dekat atas ni. Contoh, pakej 1: 2 dewasa + 2 kanak-kanak + 2 pack makanan= RM108. Lawak pulak kalau la hampa sedar, untuk tourist dia letak amount dalam nombor, tapi untuk MyKad dia eja Seratus Lapan Ringgit macamtu. Hahaha Agak jauh beza amount dia. Ok la kita 🙊 kan aja... 😉
Masuk ja dalam kita akan disambut oleh Blue and Gold Macaw. Punya la bising masa ni. Katanya musim mengawan sebab tu bising. Hahaha meriah betul menyambut orang-orang yang masuk~ Specialnya di Wildlife Park ni, kita boleh bagi makanan dekat haiwan-haiwan dalam ni. Sebab tu dia ada jual food pack. Tapi tengok jenis haiwan la. Bukan semua kita boleh bagi makan kan.
Masuk kedalam lagi kita akan jumpa kawasan flamingo, ikan, dan itik.. Dekat kawasan ni boleh bagi makan. Selalunya bagi fish food pallet la. Jangan bagi sebarangan ya. Kang mati binatang dalam ni. Makanan boleh dibeli di pintu masuk. RM 8 ja, agak-agak nak besedekah, beli la banyak sikit.
Yang ni lemparkan ja makanan tu, berebut la satgi. Anak sedara aku suka bagi makan ikan ni. Terhibur dia..
Untuk itik ni boleh suap dengan tangan ja. Letak atas tangan tu karang pandai la dia menyudu. Adik aku cakap rasa geli-geli ditangan. Haha
Ok dibawah ni aku share la sikit binatang apa yang ada dalam Wildlife Park ni ya. Ingat buaya tak boleh bagi makan tau 😂 And makanan untuk haiwan-haiwan dalam ni bukan boleh bagi sebarangan. Kena ikut diet yang sesuai. Dekat sangkar or di kawasan tu nanti akan ada ditulis makanan apa yang boleh dibagi dekat haiwan-haiwan dalam ni.
Ni dwarf Crocodile. Kemetot ja~
Crocodile besar ni dulu diletak dalam bekas kecik ja macam bekas dwarf crocodile tadi, lepastu aku mai a few time dia dah takdak. Kali ni mai, haa kau, punya le besar tempat dia. Siap ada geng lagi dalam ni.
Fennec Fox yang comey. Suka tengok telinga capang dia tu.. Siang hari is tidur time for them... Shhhh~
Ular sawa ni boleh dibelai-belai. Nak angkat tak berani, sebab pernah kena sekali dulu di Dataran Lang, ular tu kencing. Cis!
Kawasan dalam ni macam bird sanctuary. Burung-burung dilepas. Tapi landak, kancil and a few other haiwan akan diletak dalam kawasan berpagar.
Sebelum sampai kawasan terbuka macam dekat atas tu, kita kena lalu satu sangkar burung ni. Burung-burung dalam ni dipanggil Love Bird. Sebab they come in pair & setia dengan pasangan masing-masing sampai la ke hujung nyawa. Amboi macam tajuk drama pulak. Sweetkan. Size dia kecik ja. Cute sangat. Dalam ni kita boleh bagi burung-burung ni makan bird seed. Make sure makanan tak jatuh ke lantai, takut dia turun makan, kita tak sedar, takut terpijak. Kalau mati atau cedera burung-burung dalam ni, kena denda RM300. Sebab ada kes orang terpijak burung ni. Sedihnya. Jadi hati-hati ya. Watch your step!
Dulu dalam sangkar love bird ni jugak ada sang kancil ni. Boleh dekat and bagi makan. Sekarang dah duduk dalam kawasan berpagar. Boleh tangkap gambar dari jauh ja la.
Ni tahun 2012-2013 tak salah aku. Masa ni seronok betul boleh bagi makan sang kancil legend ni. Selalu tengok kartun ja, sekarang boleh tengok depan mata. Halus betul kaki dia kan.. Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk (kartun kancil & buaya zaman dulu)... Hehe
Ada monyet jugak. Tu tengah mintak makanan la tu. Dulu ada sekor nama Puteri. Comel sangat. Masa sampai ni tak nampak dah Puteri. Sedih~
Arnab dalam ni kita boleh pegang, belai, and bagi makan. Tapi masa PKP ni dia tak benarkan masuk ramai-ramai. So kena ikut turn. Aku tak masuk pun la.
Ni gambar throwback. Masa ni punya la ramainya geng rabbit ni. Kalau kita bagi makan lambat, dia akan lompat naik atas paha. Haha sampai aku menjerit sebab terkejut. Ni gambar tahun 2012-2013..
Dalam ni burung-burung dilepas. Especially merak. Ada banyak. Tapi dalam banyak-banyak, yang ni cantik. Sayang dia tak kembangkan ekor dia.
Tapi yang paling cantik yang aku jumpa dalam Wildlife Park ni, burung merak kat atas ni (2012-2013). Dia macam nak albino tak albino kan. Haha badan dia yang bawah tu colour biru putih. Cantik sangat~
Ada jugak pameran educational macam atas ni.. Yang ni menunjukkan size telur burung dari yang kecik sampai la yang besar. Yang paling besar of couse la Ostrich. Ada jugak kulit ular sawa and a few more bahan pameran lain.
Dalam ni jugak ada small cafe ni. Ada jual sosej, nugget, benda-benda macam tu lah. Kami cuma beli air & aiskrim ja masa ni. Layan sikenit berdua tu penat berjalan tengok binatang.
Lepas dah habis jalan-jalan dalam kawasan ni, kita akan keluar ikut Wildlife punya souvenir shop. Burung kakak tua ni antara barang yang ada dalam souvenir shop. Tapi taktau la sekadar hiasan atau memang dijual.
Keychain pun ada. Yang ni special sikit sebab sama dengan patung "TeT" (cat) anak sedara aku. Cute! Tapi sikenit tu tak nampak. Kalau nampak mau dimintaknya ni. Haha
Oklah dah setel jalan-jalan dalam Wildlife Park ni, rasa macam panjang sangat pulak, nanti aku sambung di Part 2 untuk sambungan hari ke 2,3 & 4.. Ok dadaaa~ Assalamualaikum~ ❤
Other Langkawi Post:
Langkawi Kak Yan Nasi Campur & Makam Mahsuri
Langkawi Delta Cenang Resort
Langkawi Galeria Perdana & Underwater World
Langkawi Memory: Artisan Pizza, Cable Car, CD Motel, Laksa Power, Wan Thai, De Baron Bistro, Langkawi Craft Complex
Langkawi Cenang View Hotel, Food truck, Underwater World, Petronas Telaga Harbour, Cable Car Gunung Mat Chincang, Dataran Lang, Nasi lemak RM1.20, Foodcourt Jetty
Langkawi Island Hopping
Langkawi: Pantai-Pantai di Langkawi
Langkawi: Homestay Kampung Tok Lembut
Langkawi: Kak Ani Nasi Campur 2017
Favourite Place In Langkawi
No comments:
Post a Comment