Tuesday, March 28, 2017

PANTAI-PANTAI BEST DI PULAU LANGKAWI



Assalamualaikum semua.

Dah jadi kebiasaan kalau pergi 
Pulau Langkawi mesti nak
 stay tepi pantai kan?
Ok so kali ni aku nak
 update pantai-pantai
yang aku SELALU DAN BIASA pergi 
dari kecik sampai 
sekarang ni yang ada around Langkawi.

PANTAI CENANG


The famous Pantai Cenang ni memang
selalu jadi pilihan aku and family.
In fact, kalau ada kawan-kawan nak ke
Langkawi pun aku akan 
rekemenkan hotel/motel
around Pantai Cenang ja, senang.
Cenang Senang. Hahaha

Kenapa Pantai Cenang?

1. Sebab sini ada banyak hotel dan motel
yang affordable a.k.a. murah.

Termasuk la yang betul-betul
 terletak depan pantai.
Around RM150 ke RM200 
dah boleh dapat tepi laut.
Seberang jalan pun banyak hotel/motel.
Jalan kaki ja dah sampai.
Seberang jalan ni murah lagi,
yang RM70 pun ada.
Tapi kipas la. Panas panas. 
Tak tahan. Hehe

Untuk dapat harga yang lebih murah,
boleh la cek Tripadvisor (my favourite),
Booking.com (my favourite jugak), 
Trivago or mana-mana
enjin pencari hotel yang lain.


Ni view dari depan bilik kami
Bilik dia 2 Star ja.
Tapi view depan bilik memang berbaloi-baloi.
Harga bilik pun murah RM90 tak salah aku
untuk family room masa kami tempah.
Tahun 2014 dan bukan musim cuti.

2. Banyak sangat kedai makan.

Segala jenis ada. Seafood ada,
Arabic ada, Italian ada.
Kedai roti Bread Story ada (my favourite lagi)
Macam-macam ada. 
Pilih saja.

3. Uptown/Night Market

Ada macam-macam barangan yang
ada dijual dekat Pantai Cenang ni.
Ada cenderahati, macam-macam lagi.
Cenang waktu malam memang 'hidup'.
So dari Underwater World,
membawa la ke Laman Padi,
ada macam-macam kedai, 
gerai jualan, gerai makan dan restoren.
Ronda la sampai sakit kaki tu.
Kalau sakit kaki tu Spa pun banyak...
Kalau tak cukup ronda sambung esoknya pulak.
Hehe

4. Pantai Yang Bersih


Ni pantai yang paling dekat dengan
Underwater World Langkawi.
Sebelah ja.
Berdepan dengan DELTA MOTEL.

Family aku kalau booking homestay
yang jauh dari pantai.
Pagi-pagi kami akan berkelah disini.
Menu utama setiap kali of couse la
Nasi Lemak and Sandwich.

Taraaaaa~
Nampak sedapkan?
Hehe


Best berkelah sini~


My granddad enjoying the air laut.
Turun sampai situ ja, naik balik.
Sejuk dia kata. Haha so cute~



Ni tokwan kami dari belakang.
Cucu suruh pegang cap sat.
Dia pun 'pegang' di kepala.
Teruih jadi HIPSTER!
Hahahaha

5. Aktiviti Pantai

Sini ada macam-macam aktiviti pantai,
dari banana boat, parasailing,
jet ski, island hoping.
Tunggu pilih ja.
Yang percuma sunbathing.
Haha

6. Tempat lawatan menarik

Ada Underwater World 
bagi pencinta haiwan laut,
dan Laman Padi,
bagi yang nak merasa bersawah padi
or yang nak makan tepi bendang.
(nanti akan diupdate di entry yang lain)

7. Cenang Mall and Shopping Heaven


Ok, kat sini jugak ada Cenang Mall.
Sori gambar a bit gelap. Berniat.
Takdak la banyak sangat kedai dalam tu.
Tapi ada dalam ni ada Starbuck, 
KFC, Oldtown White Coffee,
Tealive, The Loaf and banyak lagi.
Yang penting, dalam ni ada mesin ATM.
Hehehe

Kat luar ada banyak lagi kedai
yang kita boleh 'serang', 
memang seronok la Pantai Cenang ni.
Shopping sesaja.
Dari cenderahati sampai la ke barang kraf.
Semua ada kat sini.


One of the kedai yang jual barangan
cenderamata hasil kraft.


Cute ja gendang ni. Hehehe


Kedai jual sunglasses pada 
harga yang murah~ Suka~

Tapi ada jugak Bar and Pub,
so maybe a bit bising.
So pandai-pandai la pilih hotel nanti,
kalau anda bukan kaki stay up. 

So bagi yang pening-pening nak stay mana
tu especially untuk release tension.
Aku rekemenkan Pantai Cenang ni.
Tapi time cuti sekolah,
weekend, LIMA dan Le Tour De Langkawi,
kena booking awal. 
Selalu penuh, fully booked.
Siapa cepat, dia dapat. 😆

PANTAI TENGAH



Pantai Tengah dengan Pantai Cenang ni
terletak bersebelahan each other ja.
Gambar ni diambil masa aku and family
stay di Charlie Motel, Pantai Tengah.

Masa kami mula-mula sampai sini,
ombak dia memang kuat.
Memang puas mandi laut 
kalau ombak kuat ni.

Sama macam Pantai Cenang, sini ada 
banyak aktiviti air, macam banana boat,
parasailing semua.

Cuma yang membezakan takdak
night market and all the fun macam di
Pantai Cenang ja.
Tapi kalo dari sini ke Pantai Cenang
tak sampai 5 minit drive pun.
So you guys can stay here and still can
enjoy the Pantai Cenang nightlife.

Macam Cenang jugak,
hotel and motel disini memang 
akan fully booked kalau musim cuti.
So kena booking awal-awal jugak.

PANTAI TEPI AIRPORT



Cantikkan?
Ada ja orang mandi manda di sini.
Tapi jarang la nak jumpa.
Kalau ada pun budak-budak ja.

Apa yang famous kat sini?
Mesti la gerai-gerai makan dia
yang banyak gila tu.
Macam-macam jenis.

Tapi, kalau dah sampai sini,
aku and family akan terus ke
LAKSA POWER
Cendoi pun ada...


Memang power beb laksa dia.
Masa aku mula-mula makan dulu,
memang sedap. 
Sampai teringat-ingat.
Kali kedua pergi macam manis sikit.
Macam laksa penang pun ada.

Tapi tak pernah putus asa.
Tetap pergi and sampai sekarang
memang menjadi port favourite aku.
Tapi bukan laksa yang aku berkenan tu,
PASEMBUR dia tu yang buat aku termimpi tu.
Adoi sedapnyaaa.... Teringat-ingat aih!


Sedap nyaaaaa~ 😭

Ni view sekitar pantai tepi airport ni,
dikawasan laksa power tadi.




Memang makan tepi pantai betul lah~



So jangan lupa cari lori kecik putih
and signboard "LAKSA POWER" ok?

Oh tapi, ada banyak lagi kedai lain disini.
Laksa Ikan Sekoq pun ada.


And banyak lagi kedai makan lain.
Sila sila la menjamu selera.

Naik kapai pi Pulau Tuba,
Jangan jatuh dalam ayaq,
Mai cik oi mai la cuba,
Jangan lupa lepaihtu bayaq.

Hahaha hentam ja la no.
Janji ujung dia rhymes giteww~

PANTAI PASIR HITAM


Ok pantai ni memang unik.
Sebab pasir dia hitam.
Obviously~!

Kalau ikut mitosnya, 
ada sorang nelayan
yang dah mungkir janji
 dengan ikan duyung.
Jadi ikan duyung tu pun 
sumpah la pasir pantai
tu jadi hitam tanda dia marah.

Tapi tu mitos ja, sebenarnya 
pasir hitam tu adalah 
campuran beberapa mineral
yang menyebabkannya berwarna hitam.

Untuk ke pantai ni, 
kena turun tangga sikit.
Dekat bahagian atas, 
ada kedai-kedai menjual baju,
barangan cenderahati
dan ada jugak kedai-kedai makan.

Jadi kalau lapar boleh la stop sini,
untuk shopping atau isi perut tu.


Lepas tu boleh la main-main
 pasir kat bawah ni.
Wajib datang ok, and tengok sendiri. 

TANJUNG RHU


Pantai di Tanjung Rhu ni sangat cantik,
bersih dan tenang.
Tiada aktiviti sangat yang boleh dibuat disini.

Dengarnya hotel-hotel 
berdekatan agak mahal.
Tapi aku pun dah lama
 tak tidur kawasan ni.
Agak jauh dari sebarang hiburan.
Hiburan apa tu?
Maksud aku untuk 
shopping or jalan-jalan
waktu malam macam di Pantai Cenang.

Tapi bagi yang mencari ketenangan.
Yang jauh dari hirup piruk dunia 
(Tudia..)
Boleh la kesini.


Ada gerai-gerai kecil yang boleh
dituju bagi sesiapa yang 
hendak membeli-belah.


Bagi aku kawasan ni agak sunyi.
Jadi aku jarang bawak 
kawan-kawan aku ke sini.
Tapi kalau dah datang Langkawi
and nak explore every place,
sila la datang kesini.
Menenangkannn~

TELUK YU


Terletak ke atas sikit dari Pantai Pasir Hitam.
Berdekatan Pusat Kraf.
Teluk Yu ni bagi aku takdak apa sangat.
Cuma boleh la datang rehat-rehatkan minda.
Nama pun pantai, deruan ombak dia tu.
Uihhhhhh~~~
Menenangkan~

Dah berapa banyak ayat tenang aku 
keluarkan dalam blog ni agaknya.
Haha


Aku rasa ada nampak 
budak-budak kecil
mand-mandi di gigi pantai 
masa datang sini haritu.
Tapi atas pengawasan orang dewasa la.
Cuba tengok air dia tu.
Dalam rasanya.
Hehe tetiba seram sorang-sorang.

HARBOUR PARK,
JALAN PANTAI KOK


Ok, masa ni dibenarkan untuk turun and
ambik gambar and feeling-feeling nak
fliphair, fliptudung bagai.
Sekarang tak sure.

Tapi air laut dia memang cantik sangat.
Kaler biru hijau.
Tapi dalam gambar ni nak hujan,
so kawasan sekeliling agak gelap.
Tak dapat nak capture 
kaler air laut tu.
Nanti kalau datang lagi 
aku tangkap gambar lain.

Ikut ja jalan Pantai Kok,
sampai la tempat ni.

Boleh jugak nak rehat-rehat 
and berkelah di Pantai Kok.
Laut dia memang cantik.

Aktiviti disini ada DUCK TOUR.
Dengan bayaran RM38 per head.

(kredit to: http://www.langkawi-insight.com)

Kalau teruskan lagi ikut jalan ni,
akan sampai ke Cable Car 
Gunung Mat Chinchang.
Booth tiket Duck Tour ada di
 pintu masuk Cable Car ni.


Ok, ok, next entry nanti aku nak
bercerita mengenai pengalaman 
ISLAND HOPPING pulak.
Huhuhu so, stay tuned~







No comments:

Post a Comment

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....