Sunday, December 6, 2020

KE TANJUNG DAWAI MENCARI IKAN BILIS (DIS 2020)

 
Assalamualaikum. Kalini nak cerita trip cari ikan bilis di Tanjung Dawai dengan mama & sibling. Sebab adik aku teringin nak beli ikan bilis, ikan masin semua lah. Lepastu teringin nak makan Mee Udang sama. Dari Alor Setar ke Tanjung Dawai cuma ambik masa 1 jam ja lebih kurang. So kami bertolak lepas Zohor. (Selalu kalau masuk kawasan Merbuk ni mesti rindu sangat dengan UiTM. Walaupun cuma duduk 1 tahun setengah ja, tapi dia punya memori tu.. Aduh aduh gitu. Haha.. Merapu dah tu).

Finally, sampai jugak di Arked Tanjung Dawai ni.. Orang agak ramai masa kami sampai. Parking pun susah sebab kawasan dia a bit sempit. Ramai pulak orang kali ni.

Turun ja kereta, aku dah berlari dulu ke Jetty Tanjung Dawai ni. Sebab nak tangkap gambar laut. Obses dengan laut kekdahnya.. 

Dari Jetty ni boleh naik bot ke Pantai Merdeka. Dekat sana ada jual makan-makan (food court), & makanan kudap-kudap. Street food la lebih kurang. Boleh jugak kalau nak mandi-mandi pantai. Chalet pun ada dekat Pantai Merdeka ni. Aku pernah stay di salah satu Chalet di Pantai Merdeka ni masa camp Tingkatan 2 dulu. Tapi tu cerita 22 tahun dulu laaa... 

Sekarang senang la dah ada jetty di Pantai Merdeka. Dulu masa aku dekat UiTM, dalam tahun 2002 macam tu, aku ikut member pergi Pantai Merdeka dari Tanjung Dawai. Sampai ja Pantai Merdeka takdak jetty. Kena terjun dalam laut nak oiii.. Apa ke J nya. Dah la aku pendek. Terjun ja air dah paras paha. Nasib laaaa~ Terpaksa la randuk air and jalan-jalan di pantai dengan seluar basah lencun 😭

Tu dulu la. Sekarang dah ada jetty senang sikit. Dulu bayaran cuma RM1 one way. Sekarang dah naik ke RM3 one way.. Ni aku sertakan harga bayaran untuk naik bot.


Tenang ja laut dia. Sebab tu tengok ja laut boleh jadi penawar untuk stress aku. Selalu aku lari ke Langkawi, but this time Tanjung Dawai pun ok dah.. New place to lepak.. Cheaper lagi. Hehe Kuala Kedah tak boleh nak lepak selalu sebab sedih tengok feri Langkawi. Nanti dia memanggil.. Dah la tak mampu.. 😭

Ok lah, dah puas dah tangkap gambar sana sini. Jom kita shopping. Masa ni adik aku dah rambang mata, semua dia nak ambik. Haha aku yang tak pandai masak ni tengok-tengok ja la. Tangkap gambar sana sini. 

Dekat sini pun kena patuh sop ya. Naik di tangga tengah, turun di tangga hujung sekali dekat sebelah jetty tadi. Tempat ni agak sempit, jadi agak perlu bersesak-sesak. Kalau takmau berlaga bahu, cakap ja "Excuse me, tumpang lalu".. Jangan la dok "ish" sana sini.. Panas-panas ni kang jadi aksi lain karang. Cewah~ Ok la ni aku share sikit apa ja yang ada dijual dekat dalam Arked Tanjung Dawai ni..

Ikan bilis. Macam-macam gred ada.

Ikan masin 

Sotong kering, Lala kering 

Keropok lekor pun ada 

Pes-pes. Pes tomyam, ikan bakar, daging bakar, stim limau, padprik & rempah-rempah kari pun ada. 

Pekasam ikan dan daging. Semua jenis ikan darat. Nak yang mana ambik ja.. Aku tak reti nak makan sangat pekasam. Boleh tengok ja la.. Hehe 🤭

Sagon/ sagu pun ada.. Ni kena makan baik-baik, kalau tersedak takut jadi naga.. 😂 Oh lupa nak cakap, arked ni ada 2 tingkat. Tingkat bawah ada kedai makan, ada kedai jual mainan macam tu.. Dekat atas baru ada ikan bilis bagai tu.. Dibukak hari- hari dan tutup dalam pukul 6 petang macam tu.

Siap boleh QR Pay lagi. Hebat ah.. Kalau datang sini, mintak la no phone sebab peniaga dekat sini ada buat COD and pos jugak. Adik aku cakap dalam Shoppee pun ada dijual hasil laut dari Tanjung Dawai ni. Hebat hebat 👍 Respek 💪

Dekat bahagian bawah di tepi-tepi jalan pun ada banyak jugak orang menjual. Aku nampak ada air-air, buah-buahan, kacang-kacang, buah berangan. Ada jugak sata goreng.

Ni ha kedai satanya. 4 biji RM2 ja. Ada sata ayam, daging dengan ikan. Aku ambik sata ikan dengan daging ja. Tapi abang ni baik, dia bagi 5 biji.. Thank you thank you. Moga murah rezeki hendaknya. Aminnn... 🤲

Ni rupa dia. Cuma isi sata dibalut dengan kulit popia. Aku rasa dia a bit manis. Tapi sata ikan sedap. Recommended.. Daging pun rasa isi dia. Sedap jugak. Cuma a bit too sweet for my liking. Mak aku cakap memang rasa dia patut macam tu.. Haha nampak sangat tak pandai makan 😂

Kedai gunting rambut ni tahan lama betul. Dari aku kecik datang sini, dah ada dah kedai ni. Vintage sangat. Hehe

Ok lah, dah setel dekat arked ni, nak cari Mee Udang pulak. Tapi adik aku tak puas lagi. Dia nak singgah kedai lain pulak. Ada 2 kedai yang jual hasil laut yang sama macam di arked. So kalau agak2 terlupa barang nak beli, malas nak patah balik, boleh la singgah kedai-kedai ni. Tapi adik aku cakap, di sini a bit mahal dari di arked. So pilih la mana yang terbaik.. 😁

Jalan ke depan sikit, kami jumpa restoran ni nama RUMPUN MAMBU.. Masa sampai baru sedar, dulu dah pernah makan dekat sini. So aku tukar dish dari nak makan Mee Udang ke Nasi Goreng Udang. Haha begitu cepat hati manusia berubah. 

Ni ja menu yang ada, plus goreng-goreng. Tapi yang famous dekat kedai ni memang Mee Udangnya.

Ni Nasi Goreng Udang. Udang tak kedekut. Tak salah aku sepinggan nasi ni RM15, dapat sekali telur dadar, sup & papadom.. Ni antara menu lain yang dimakan oleh famili aku.

Nasi Goreng Ayam 

Mee Kuah Tulang

Nasi Goreng Pedas Giler. Giler ah. Pedas wey. Yang ni sedap. Sayang la aku ada gastrik, kalau tak mesti aku order yang ni. Dengan pedas, dengan panas. Adik aku dah macam mandi dah. Peluh lencun. 😂 Tapi sebab sedap. Habis sepinggan dekat dia. 

Ni kami bungkuskan Mee Udang untuk abah di rumah. Kemarin dia pergi memancing tak tidur malam. So, kami tapau kan ja untuk dia.

Ni rupa mee udang masa aku and member datang sini. Udang ni dia pilih sendiri di kaunter. Harga lain la kalau dah udang besaq penampaq ni.. Mee Udang, Mee Kuah Tulang dua-dua harga RM15/each.. Kami makan nasi goreng udang 1, nasi goreng ayam 1, mee kuah tulang 1, nasi goreng pedas giler 1, bungkus mee udang 1, ais kacang 2, teh ais 2 & teh o ais 1. Semua RM83 ja. Bagi aku murah jugak la. 

Tapi aku rasa mee udang and udang dalam nasi goreng tu a bit manis. Mee tulang sedap. Tak manis. Tapi boleh la makan cerita dia. Sedap jugak. Sebab tu kot tempat ni famous. Alhamdulillah kenyang jugak akhirnya. Udang dia fresh wey... Yang tu best! 👍


Dekat belakang restoran ni pulak, bila petang ada jual macam-macam. Tapi rasanya weekend ja kot dia bukak. Tak sure lak aku. Kami pergi hari Sabtu. So ada jual baju-baju, mainan, lokching and macam-macam lagi. Walaupun dah kenyang tapi still boleh beli lokching lagi. Hahaha orang belanja, ambik ja..

Yang bestnya, dia terletak betul-betul tepi pantai. Memang feel habis kalau makan tepi laut ni, dengan udang freshnya. Best weh~

Pantai dekat Tanjung Dawai ni tak berombak sangat. Tapi tak nampak pun la orang mandi ka apa. Tak sure selamat atau tak nak mandi sini. 

Siap ada unggun api. Tapi apinya takdak la. Hehe..

Ok tu ja nak cerita pasal trip singkat kami mencari ikan bilis di Tanjung Dawai. Tapi sebelum tu nak cerita jugak pasal 1 kedai sedap ni nama Naim Gulai Sembilang. 

Dia terletak one way ja dengan jalan ke Tanjung Dawai. Alamat kedai ni, F54, Jalan Tanjung Dawai, Kampung Sungai Pial, 08110 Bedong, Kedah. So kalau mai tengah hari, sila la singgah lunch disini. 

Masa tu, aku and member aku order Gulai Ikan Semilang ni, seekor belah 2. Besar ikan dia. Dia serve panas-panas dalam mangkuk tanah ni. Menggelegak lagi tu..

Macam-macam ikan lagi ada. Tapi sebab nama kedai dia gulai sembilang, so kena la makan gulai sembilang dia. Haha 

Kami jugak order udang butter. Kena selak sikit la baru jumpak udang.

Sotong Celup Tepung 

Sotong Goreng Kunyit 

Ulam dibagi percuma.. So kami tak order sayur.

Ha~ Kalau makan gulai kena la padankan dengan kicap Mudim ni. Memang terangkat ah.. Sedap baq ang.. Hehe tapi series kedai ni memang aku recommend.. Sedap wey. Dok teringat tapi tak mampu nak pi lagi.. Sebab Covid ni kan. Income pasang surut. Hehe InsyaAllah one day. Hampa mai la tau~

Ok tu ja cerita kali ni.. Thank you yang sudi baca. See you next post ya. Assalamualaikum..




No comments:

Post a Comment

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....