Wednesday, July 17, 2019

KRABI-HATYAI-SAKOM BEACH 2018 (LAST DAY)

(TESCO LOTUS,
BANG DON SEAFOOD
RESTAURANT
& OUR DRIVER)

Pagi semua~
Bangun harini terus 
ke cafe resort untuk breakfast.


Ada nasi goreng, sosej,
telur mata, telur rebus,
bubur, roti & koayteow goreng.



Air ada coffee, tea
& fruit juice jugak.


My plate~

Alhamdulillah.
Simple but nice.

Kami check out dah tengah hari.
So, sementara tunggu 
lunch siap dekat Sakom Beach ni,
kami dibawa ke Tesco Lotus.

Saja Pak Chu bawak jalan-jalan.

So, dah masuk ni,
takkan jalan-jalan saja,
tangkap gambar la~~


Mr Bun, tempting sangat
makanan dia.
Tapi tak beli pun sebab 
taktau halal or not.


Impress Chocolate.
Cute chocolate,
harga pun murah, 15B ja.


Million Brownie.
Kami beli yang biasa ja.
15B/piece.
Manis sangat.
Not a fan~


Tapi paling terliur tengok
kueh pau ni~
Yang bunga-bunga tu
nampak macam best ja.
Nak beli tapi tak tau halal or not.
Sebab pekerja dia takdak
dekat kedai masa ni nak tanya pun.


Lastly, kami beli kasut
for anak-anak sedara
yang kiut miut tu.


Dah penat jalan-jalan dalam ni,
perut pun dah lapar,
so kami terus menuju ke
BANG DON SEAFOOD 
RESTAURANT 


Aku suka sangat sayur tempura tu.
Yang pic kedua tu,
ikan mangga. 
Sedap jugak.
Recommended dua-dua ni~

View dekat tempat ni
cantik sangat.
Boleh la tangkap gambar.


Kalau dah habis makan tu,
boleh la melengung dekat pondok ni.
Sambil tengok ke laut sana.
Feel sangat masa ni,
sebab dah nak balik.
Sedey der~

Kadang-kadang depa bagi bantal.
Boleh tidur dekat pondok tu
lepas habis makan.
Hahaha


Cantikkan~


Huhu ok lah~
Dah nak balik Malaysia.
Bye-bye Thailand~
Til we meet again..

Chan Rak Khun~
Assalamualaikum~

P/S:

Kepada fan PakChu (Hehe)
yang berminat nak guna
perkhidmatan dia,
boleh search facebook
PAKSU JOHAN.

Kesian hampa dok msg aku
sorang-sorang mintak.
kadang-kadang takdan nak reply.
Sorry na~


Dalam ni dah ada nombor 
PakChu letak sekali.
You guys can DM him 
or whatsapp him for
package yang sesuai.


Yang tengah tu Pak Chu,
kanan sekali driver kami 
nama Ali, sorang lagi tak ingat.
Hehe sorry~

Buhbye~









KRABI-HATYAI-SAKOM BEACH 2018 (DAY 3)

(ELEPHANT SANCTUARY,
FLOATING MARKET,
ASEAN NIGHT MARKET
& BARBECUE
AT SAKOM BEACH)

Pagi ni bangun pagi
and breakfast sedap lagi.
Ada padkrapow.
My favourite.


Tapi harini ada jugak kueh pau.
Yippeee~


So harini lepas check out,
sebelum van bertolak aku ke
7E dulu nak bye bye~


Haha taklah nak beli
Machiato Coffee dekat All Cafe..
Yang ni pun sedap jugak.

Ok lah, Pak Chu kata 
jom rehat-rehat sambil
tengok gajah dulu.

So kami singgah 
ELEPHANT SANCTUARY dulu.


Yang kiri tu tengah 
menari nari sebenarnya.
Takdak lagu pun.
Senang hati naw gayanya.

Dekat sini boleh la nak
elephant ride bagai.
Tapi aku tak naik pun.
Kami tak support.


Tapi kami bagi gajah makan.
Tu kat atas tu dok mintak makan.
50Baht untuk sesikat pisang.

Masa tengah tunggu 
geng trip yang lain balik
dari naik gajah ni,
disediakan buah-buahan 
untuk kita makan.

Aku tak makan pun,
sebab dok asyik sangat
dengan coffee machiato tu.
Haha~

Lepas dah selesai dekat sini,
kami terus bertolak ke
RNR Kannitha lagi
sekali untuk lunch.


Kalini order air Blueboy
hijau yang dicampur
ice cream soda.
Sedap!
Recommended!
Try la~
Memang air wajib kalau 
masuk Thailand nih~

Kalau takmau air manis.
Ada free flow air masak
and air sejuk.

Sampai ja Hatyai, 
kami terus ke 
KHLONGHAE
FLOATING MARKET dulu.

Lepak-lepak,
beli makanan untuk
kepuasan hawa nafsu.
Hahaha






Aku beli yang ni.. 👇


Favourite ni..
Thai pancake makan dengan nyoq
or kelapa~ Hee~
Yang ni dibuat dari 
telur and tepung rasanya.


Thai coconut pudding.
Cara makan, tabur ja gula tu.
Rasa nyok lemak lemak
tu memang sedap gila.
Taboq plak gula tu~
Perghhhh~

Tapi baik-baik kalau
makan time panas.
Melecuq lidah uiii~

Dua dua sedap.
20B/item ja~


Sotong and sosej.
Sosej pulut and cheese 
favourite aku and adik aku.
Sos hijau tu sedap.


Ni adik aku beli sebab dia
suka sangat dim sum.
Tapi yang ni kulit dia tebal sangat.
Tak best~


Lukchup ni wajib ha~
20B/sebekas.


Seluar pendek untuk anak sedara.
50B sehelai.


Replika Tuk Tuk for my uncle.
Tak ingat berapa.
Rasanya antara 
200-300 Baht satu.

Oklah, dah puas shopping sini,
jom kita sambung shopping dekat
ASEAN NIGHT MARKET pulak.

Dekat sini macam-macam 
ada jual, sama ja dengan
floating market tadi.

Baju, beg, souvenir,
casing phone, jam,
makanan (penting).
Hahaha macam-macam lah.





Aku macam biasa kalau
dah nampak makanan,
yang lain dah tak pandang.
So aku beli kulit ayam ni,
yang aku ingat tongkeng.
Tapi sedap~

So, lepas dah habis shopping sini,
kami terus ke D'Aman Resort
untuk check in.

Malamnya, kami ada BBQ
by the beach.

PakChu punya family,
dah berkumpul and
masakkan untuk kami.


Ada ikan sardin bakar,
ketam, ayam, udang 
kerang and tomyam.
Ada jugak buah-buahan,
laksa siam dengan somtam.

Bini Pak Chu memang pandai
buat somtam and laksa siam.
Tapi dia guna kuah masak lemak.

Aku tak makan laksa tu,
sebab makanan dah penuh 
dalam bilik tu ha~
Hahaha

Lagipun, penat tak hengat harini.
So tak lalu sangat nak makan.

Lepas BBQ, 
aku terus masuk bilik
and tidur.

So sad sebab esok dah
habis dah vacation kami.
Ok lah~
Night pepol~
Ratree Sawad~












KRABI-HATYAI-SAKOM BEACH 2018 (DAY 2)

(ISLAND HOPPING, SNORKELING
KILANG GAJUS & BAAN MA-YING)

Alhamdulillah semalam boleh
tidur lena walaupun ada bau.

So, pagi hari kedua ni,
 jam 7AM (Msia), 
kami turun untuk sarapan di hotel.
Makanan halal semestinya.

Food choice dia baq hang~~
Lain la sikit dari breakfast
yang dok biasa makan di hotel kan?


Ada ayam macam masak padprik tu,
chicken wing, sosej, chicken slice,
telur mata & nasi goreng.


Memang sedap~
Especially, nasi goreng and ayam tu..


Siap makan tepi pool lagi.
Nanti boleh upload kat ig,
dengan hashtag
#breakfastbythepool
Hahaha

Tapi aku risau sebab dari semalam hujan.
Hopefully masa island hopping &
snorkeling harini hujan berhenti la.

Pukul 9AM (Msia) kami kena berkumpul
depan hotel sebab nak naik Tuk Tuk
ke tempat bot.

Ok, sebelum pergi island hopping 
& snorkeling ni, aku suggest
untuk beli 2 barang ni..


Water shoes socks


Waterproof underwater
pouch ni.

Especially bagi yang tak dak Go Pro
dan barangan seangkatan dengannya la.

Harga dua barang ni, RM5/item
di Shoppee pee pee pee pee..

Tapi dekat Krabi ni pun ada jual.
Tapi a bit mahal la.

Socks tu sangat sesuai nak
berjalan di kawasan berbatu
and tak payah risau
kalau-kalau kasut putus kena air.
Socks ni selesa dan
kaki pun tak la berpasir.

Pouch tu pulak boleh letak phone
and masa snorkeling nanti 
boleh la rakam gambar ikan 
berenang-renang.

Kalau rasa perlu, beli la,
aku suggest ja.

Ok ok.. Done iklan.
Jom kita 
ISLAND HOPPING

So, pukul 9AM (Msia),
semua dah berkumpul depan hotel.
Kami naik Tuk Tuk yang size
macam bas tu, besar la kekdahnya.

Untuk ke pantai cuma ambik
masa 10 minit ja naik Tuk Tuk tu.
Ka sebab dia bawak macam har~~
Hmmmmm..

Driver ni dia bawak Tuk Tuk
 tu laju-laju and then
break mengejut.
Banyak-banyak kali.
Saja nak melawak~

Dalam trip kami ada baby.
Kami yang dewasa ni pun nak jatuh.
Bayangkan mak budak tu peluk
baby dia cmna.
Adoiii~~

Sampai ja pantai,
kami kena berjalan lagi 5 minit
ke tempat bot.


Lepas dah naik bot masing-masing,
kami terus menuju ke
RAILAY BEACH.


Cantik kan kekdahnya~


Dekat sini la ada
PHRA NANG CAVE
yang batu macam kepala gajah tu 👆
Nampak dak?
Ka aku sorang ja nampak 
cam kepala gajah?

Dengarnya dalam dia cantik.
Tapi masa ni serious tak tau sangat
pasal tempat ni.
So, kami tak masuk pun,
just ambik gambar di pantai ja.


Matahari tinggi kan~
Why not..


Apa benda ni?
Terjumpa tepi pantai.
Macam cantik pulak~


Dekat sini jugak ada
satu hotel taraf 5★
Nama JAYAVADEE RESORT.

Cantik!
Tengok dalam web la.
Tapi memang tak boleh
masuk ke dalam.
Siap ada guard jaga lagi.

Kalau tengok di Trip Advisor pun,
harga dia dalam RM20,000/night.
Bukan calang-calang.

Patut masa aku tanya guard kat situ,
 harga semalam berapa,
guard tu suruh cek online sendiri.
Hahaha
Nampak naw teman ni muke
misekin ye~~

Lepas dah tangkap-tangkap
gambar dekat pantai ni,
kami pun naik bot balik
untuk ke tempat snorkeling.

OMG! OMG!
Excited tapi takut..
Hahaha (gelak nervous)

Tempatnya dekat
CHICKEN ISLAND/ KOH KAI


👆
Sebab ada batu macam
kepala ayam dekat situ.

Masa ni dah suspen.
Sebab aku tak pandai berenang.
Walaupun pakai vest tu,
tapi aku akan jadi panik
kalau kaki tak jejak tanah.
Gitu~~

So, elok ja boat berhenti,
tiba-tiba PakChu jerit
"Snorkeling! Snorkeling! Jom!"

Makkkkkkk~~ Nak teriak ceq...
Takut, tapi nak terjun jugak..
Acaner tu?

Lepas berdoa dan bertawakal.
Aku pun turun pelan-pelan ke tangga.
Orang lain dah berenang-renang
ke hulu ke hilir dah.


Adik aku yang nak ajar aku
berenang tadi pun
 dah jauh dah ke sinun.
Aku dok kodek kaki di tangga lagi.

Tapi disebabkan keinginan
nak rakam gambar ikan menggunakan
pouch 5 hengget dari Shoppeee
dan phone yang dibeli singgit
dari Maxis, aku pun turun la
sambil tangan pegang tangga.


👆 Camtu ha~~
Boleh la kan..
Hahaha

Dengan sebelah tangan
pegang tangga,
sebelah lagi pegang phone.
Dapat la aku seketui dua gambar ikan.


Maaf ye~ Rakam video ja..
So ni screenshot punya gambar.
Tapi edit sikit-sikit,
boleh la kan~~
Hahaha
(P/S: Ada sesapa nak derma Go Pro?)




Tapi tangga memang aku conquer la.
Jangan sentuh na~
Hahahaha



I is jealous~👆


👆 I is jealous ver 2~ 😭

Lepas dah puas
kodek-kodek ditangga,
kami pun dibawak
pulak ke TUP ISLAND.


Dekat sini baru la
syiok ambik gambar,
rakam video, sebab air dia
jernih gila...
👇

Ikan pun banyak
and berenang disekeliling kita.
👇


👆 Kena jeling~~
(Maap again, ambik dari video ja.
Go Pro anyone?) 😂

Memang aku enjoy gila dekat sini.
Walaupun matahari tegak
ja atas kepala.
Padahal brader~~~
Janji kita enjoy~!
Hahahaha


Bot orang 👆
Sebab nampak cantik,
kena ambik gambar sekeping~


Ramai gila orang~


View sekitar Tup Island.
Cantik kan laut dia?
Arghhh~ Rindu!


Yang ni pun edit dari video..
Go P.... Nevermind~~

Pulau ni view dia breathtaking sangat!
Teringat-ingat sampai sekarang
walaupun dah setahun..
Takpa nanti kita mai lagi no...



Dekat sini terletaknya
THALE WAEK (seperated sea),
bila air surut,
akan ada satu laluan pasir
yang menghubungkan 2 pulau.
Koh Dam Kwan &
Koh Dam Hok.
So boleh la nak merasa jalan
tengah-tengah laut.

Pakcik aku pi, masa nak
tengah hari dah.
Air pasang, naik sampai pinggang.
Nasib baik sempat jugak cross.
Tapi dia lupa phone di poket.
Maka, bye-bye la phone..
Sedih kan?

So kalau nak menyeberang,
make sure mai pagi na.

Ok lah, dah tengah hari sangat ni.
Penat snorkeling and
berenang dengan ikan lagi~

So its time for lunch.
Bot bawak kami ke
PODA ISLAND


Pulau-pulau dekat sini memang
cantik and bersih sangat.
Memang feel abes kalau
nak berkelah dekat sini.

Tapi ingat!
Lepas makan, kena kemas balik na~
Sampah buang!
Jangan buang sisa makanan
atas pasir, sebab boleh menjemput
makhluk-makhluk tak diingini.
Sila jaga kebersihan pulau.
(Wah rasa macam kerja dengan
Jabatan Alam Sekitar Krabi)

Masa dapat makanan tu,
aku excited bukan main,
sebab lapar sangat kan..

Sekali masa bukak bungkusan,
crushed sat ceq..


Ada chicken drummet
and sayur ja.
Lepas tu ada chilli flakes.

Tapi sejujurnya bersyukur jugak la.
Kenyang jugak..
Alhamdulillah~

Lepas dah setel makan,
kami pun bertolak balik
ke hotel...

Kami naik Tuk Tuk yang sama.
Dan driver tu masih memandu
secara loqlaq..

Sampai ja bilik,
semua pakat gedebum, tidur.

Tapi aku and adik aku
singgah 7E cari teh ais dulu.
Hahaha

Pukul 5PM (Msia)
kami dimintak turun lagi
sekali depan hotel dan naik van
ke CHAO FA PIER.

Tapi sebelum tu kami singgah
KILANG GAJUS dulu.


Dekat sini ada jual product of Thailand.


Paste tomyam, tom kha,
green curry, semua ada.

Siap ada snek dari zaman
kecik-kecik dulu.
Terthrowback sat aku~

Kokomass

Coklat Susu Lembu

Choki Choki

Ada jugak dijual cenderahati.
Boleh la beli untuk family
or kawan-kawan.



Yang cam Tuk Tuk tu la
yang kami naik ke island hoping tadi.
Tapi panjang lagi~


Abah tengah pilih T-shirt
untuk my Chu.


Aku beli yang ni ja~
Dahaga~


Cafe pun ada dekat luar.
Tapi tak test pun air dia.
Next time maybe~

Oklah, jom jom 
lapaq taktau nak habaq dah ni~

CHAO FA PIER


Bayaran untuk bot.
Hari ni memang hari
naik bot sedunia.
Huhuhu



Ada jugak kedai makan disekeliling pier ni.



Kami naik bot dari pier ni,
untuk makan malam di
floating restaurant bernama
BAAN MA-YING.


View sekitar pier ke Baan Ma-Ying


Kami lalu kawasan kampung.
Naik kayak ja depa pun.


Hijau~ Hijau~ Everywhere...

BAAN MA-YING
Halal restaurant~


Masa sampai sini makanan
semua dah siap.
Ada siakap, sup, kepah,
udang & sayur.

Nampak simple ja,
tapi sedap weyh..

Lagi satu, view dia spectacular sangat.
Kebetulan masa ni nak sunset dah.
Memang cantik.


MasyaAllah.
Another experience
yang menenangkan dan
menyenangkan..


Lepas dah makan,
semua pakat ambik gambar
kenang-kenangan dekat
Baan Ma-Ying nih..

Masa nak balik ke hotel,
van tinggai kami di
MASJID BAN AO NANG


Masjid ni terletak
tak jauh dah dari hotel
So, boleh la jalan-jalan
sekitar kawasan pekan Krabi ni.

Macam-macam ada jual dikawasan ni,
tapi aku aim satu ja,
aku nak beli banana pancake dia.
(Roti canai pisang tu~)


Jalan-jalan, terjumpa la
MR PANCAKE ni.


Aku beli pancake banana chocolate ni.
40B ja~ Sedap~
Tapi tak sesedap yang aku
makan di Songkla.
Yang tu penuh dengan pisang.
Kira kalau makan,
terpejam la mata.
Hahaha

Sampai ja depan hotel,
aku and adik aku terus masuk~~
7 Eleven~~ Ting Tong~~


Dalam ni sebenarnya ada
ALL CAFE


Air coklat dia sedap.
40B ja.
Recommended.
Sila la try na~

Bawah ni ada a few gambar kedai
and restaurant yang ada
disekitar kawasan ni.


Kedai jual barangan souvenir.



Bola ada, vest ada~
Bayblade takdak na~


Restaurant halal
BANGBOO RESTAURANT.
Aku tak makan sini,
tapi nampak Tomok post
makan dekat sini.
Nak tau sedap ka dak tanya dia.
Hehe


Fresh seafood dimana-mana~


Buah-buahan~


Another pancake stall~

Kawasan Krabi ni memang
kawasan islam.
So, tak susah nak
dapatkan makanan halal.


Boleh rent motor jugak.


Kalau penat jalan,
boleh la massage.
Thailand kalau takdak
massage tak sah..
Hehe

Oklah....
Setel dah 2nd day,
kami masuk tidur dulu na.
Esok nak ke Sakom Beach.
Tidur sana pulak...
Sedey~

Ok, goodnight 😫😪
Assalamualaikum~

P/S:

Sorry, nak cerita sikit
tentang island hoping tadi.
Semua pulau ada
National Park nya.


Bayaran masuk pun sama.
400 B for adult
200 B for child


Siap ada insurance cover
kalau-kalau anything happen
to you masa dalam
National Park ni.

Oh ya,
yang ni penting!

No drone allowed ya~
Nanti kena denda 1000B.


Refer papan kiri sekali.

And jugak ada disertakan
tempat berkumpul in case
berlaku Tsunami..

Take note ya~

Ok lah, tu ja.
Bubbye~







Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....