Friday, July 12, 2019

HATYAI SONGKLA LAST WITH TOK (Songkla Zoo, Coco One at Night, Lunch by The Beach)

Assalamualaikum semua..

Disember 2018 kami masuk Hatyai lagi,  
sebab Tok teringin pi sana.

Kali ni kami bawak our whole family,
termasuk la my two cute nephew,
adik ipar & cousin yang tak pernah
masuk ke Siam lagi...


Tapi sebelum masuk tu,
kita kena isi perut dulu dengan
nasi lemak marvellous pakcik aku.
Hehe bismillah~

Oklah, jom jom masuk Siam.
Sepatutnya, kami ke Phattalung.
dekat Lotus Lake.
Tapi, my Grandma teringin 
nak masuk Zoo Songkla.

SONGKLA ZOO

Kami ikutkan ja.
Pak Chu pulak Tok nak ke mana
pun memang dia bawak punya.

Dekat Songkla Zoo ni,
bayaran masuk dia murah ja.
150 Baht per head.

Masuk dengan kereta sendiri boleh,
nak jalan kaki pun boleh.

Tapi sejujurnya, aku recommend
naiklah kereta sebab besaq gila zoo ni.

Masuk ja dalam zoo ni,


PakChu bawak kami straight ke
The Seal Show & Penguin Palace.


Ni bayar lain pulak.
Adult 20B
Child 10B

Murah ja..


Masa ni budak-budak sekolah
ramai yang tengok sekali.
So kami terpaksa duduk ke belakang sikit.
Ok la, janji nampak jugak.. Hee~

Openingnya,
ada la a few cute Penguin
berkawad ramai-ramai, and then,
berenang-renang dalam kolam.

Ada videonya tapi dah terdelete pulak.
Sekejap sangat peguin tu pun~


Lepastu, ada pulak seal
mai berenang-renang,
and main bola, menari.
So cute meh~

Bila dah habes ja persembahan,
you can ask the seal to kiss you,
BUT
for a price~~~
Hahaha


Bayar la berapa pun,
macam sedekah la untuk depa.

Lepas tu, kami naik van,
and terus menuju ke tempat harimau.
Untuk tengok harimau makan.


"Suriram ram ram, surirammm~~"
Rimau nyanyi..


Dia acah-acah kan daging tu,
and harimau tu akan lompat
untuk makan daging tu~
Sampai jatuh rimau tu dalam air a few time..
Kesian~ Diperkotak katikkan gitu~
Huuuuu~~

Tabah la eh rimau~
Sabor je la ye~

Masa ni semua dah penat sangat.
Dengan my nephew tak makan lagi.
Kami pun dah lapaq.

Last aku and my nephew masuk
duduk dalam van,
termasuk la Tok..

Panas sangat di luar,
memang tak tahan.

Lepas dari tengok harimau makan,
semua dah tak larat nak jalan lagi.
Pak Chu decide nak singgah
di Aviary.

Tengok burung.

👆
Sangat sesuai nak bergambar~

Serious tempat ni lawa gila.
kami tak masuk pun tengok burung,
tapi sempat lagi tangkap gambar
seround dua.


Ada la seketui burung atas kepala
masa ni, jadi la dapat jugak sekeping..

Kawasan ni sejuk sikit.
And ada laluan untuk wheelchair.
Jadi Tok boleh la enjoy tengok burung.

Lepas habis kawasan ni,
kami decide nak round and
tengok binatang-binatang ni,
dari dalam van ja.

Yang sempat aku nampak
Beruang Matahari dengan zirafah ja.
Lepas tu aku tak sedar dah.
Hahaha


Tu ha beruang mataharinya..
Pakai zoom dari dalam van ja.
Tak turun dah~ Haha

Kawasan zoo ni besar,
and ada kawasan haiwan tertentu.
Maksudnya kalau harimau,
harimau saja.

And semua binatang ni terletak
berjarak sikit from each other.
So that, kita boleh berhenti kereta
and enjoy the animal show,
lepastu naik kereta lagi and
tengok another pulak.

Quite worth it la bagi
aku dengan bayaran 150B tu.


Ha~ Pakchu suruh tangkap gambar disini.
View dia cantik.
Kalo tengok betul-betul,
nun belakang di sana tu, ada laut.
Ni aku tangkap dari dalam van ja.

So lepas dah setel bab zoo,
kami terus ke Masjid Songkla dulu,
untuk sembahyang.

THE CENTRAL MOSQUE OF SONGKLA

Sini la masjid yang orang
Malaysia akan mai untuk kahwin tu.
Hmmm


View dalam masjid.

Ni depan masjid.
Siap ada ditanam pokok kurma lagi.
Cantik view dia~

Ok lah, lapaq ni..
Jom makan di
CHALEE D'HATYAI


Ada la beca ni ha~
Boleh tangkap gambar..
Lakonan yang depan tu boleh tahan eh~

Macam biasa kalau bab makan ni,
Pak Chu punya pilihan tak pernah
mengecewakan........

This restaurant I tell you~~
Memang sedappp~


Lauk simple ja,
ada Tomyam Campur,
Sayur, Siakap 3 rasa.


Tapi aku punya favourite ni..
Shrimp Cake dia.
Ya ka? Rasanya nama dia shrimp cake.
Hehehe
Sedap.
Adik aku cakap masin,
tapi lidah aku rasa ok ja.
Last-last mak melantak sorang nok~
Pueh hati den~ 😋


Lepas dah habis makan,
akan dihidangkan sekali buah.

Dulu dah pernah sampai sini.
Tapi dulu nama dia
DHATYAI RESTAURANT

Agaknya dah bertukar Tuan,
tapi makanan still sedap..

Harga tak tau nak agak.
Sebab semua ni dah masuk
pakej dengan PakChu.
Rasanya kali ni,
RM300 perhead.

Ok la kan~

Berbaloi dapat pi jauh.
Tapi RM300 tu tak temasuk
tiket masuk zoo &
penguin and seal show na.

Ok lah~
Sebab dah kenyang,
dan dah petang,
kami terus berangkat ke
KHLONGHAE FLOATING MARKET


Biasa la tempat ni wajib bagi kami.
Kami shopping makanan ja pun.
Saja nak bagi adik aku, adik ipar
& cousin untuk shopping-shopping
and experience floating market ni.

Aku tengok depa shopping
baju, kasut, and souvenir.

Seronok sebenarnya bawak orang
yang tak pernah jalan-jalan Siam ni.
Seronok tengok depa enjoy.
Walaupun masing-masing penat
tak tau nak habaq kannn~


Disebabkan selalu sangat ke sini,
aku tangkap-tangkap gambar ja la..
Atas ni adalah the other side of Khlonghae.
Bahagian yang takdak perahu~ Huhu


Aku beli lukchup ni ja,
sebab malam ni dah nak dinner,
takut kenyang sangat..
Satu bekas ni 20B ja~


Lepas tu, kami terus ke
ASIAN NIGHT MARKET

Yang ni nanti aku cerita.
Tunggu la blog ke berapa tak tau.
Hahaha

Sebab dah tak larat sangat nak shopping,
kami pun terus cari 7 Eleven untuk shopping.
Yihaaaa~


Ni adik aku punya tangkapan.
Air Arabus tu sedap sangat.
Aku suka la, ada yang kata light sangat,
ada yang kata biashe biashe.
Harga 35B satu..

Sedap bagi aku.
Try la kome.
Eh kat Malaysia pun dah ada kan?
Tapi mahal la dari harga Thailand ni.

Ok la,
so bila malam menjelma..
Tententen

Kami pun terus ke
COCO ONE BEACH
untuk dinner.

Selalu lunch ja kat sini,
tapi kali ni kami dinner pulak.
Dapat la tengok night view disini.


Ni yang Pak Chu orderkan untuk kami.
Ikan tu tak sure masak apa.
Kerabu tu pun sedap.

Lagi satu ni menu baru yang 
Pak Chu perkenalkan,
terus melekat dihati..


Nama dia Hormok Kaley
(according to Pak Chu)
Atau Hormok Curry.
Kalau dalam menu, dia tulis
Steamed Seafood with Curry Paste.


Ni rupa dia masa 1st time kami makan.
Masa ni jatuh chenta ni.
Sebab pedas nak mam~~~~

Tapi yang kali kedua dah tak pedas,
sebab Tok tak boleh makan pedas.
Jadi kurang kick.
Hahaha

Demimu Tok, no problem~

Dalam dia ada seafood macam ketam,
crab stick, ikan, memang sedap.
Aku suka la~

Lain lidah lain selera dia kan.
Sesapa yang nak try something
yang baru, boleh la try rasa menu ni.
Recommended!

Ok kat bawah ni ada a few view
dekat kawasan luar restoran.
Boleh la posing sana sini..




Belakang dia laut~
Tapi harus la tak nampak kan~
Hahaha



Lepas ja makan, kami terus check in hotel.
Hotel wajib la kalau dah sampai
kawasan Sakom Beach ni.

D'AMAN RESORT


Bilik kami 👆
1500B pernight.
With 2 single bed.
Ada peti ais & tv.
Channel Siam semua,
cakap Siam lagi...

Kami sampai sini pun dah malam sangat.
Dah malam-malam ni,
tidur terus laaa~~~


Pagi-pagi bangun, terus ke cafe dia.
Ada breakfast disediakan.
Selalunya ada nasi goreng, roti, bubur.
Jadi la buat lapik perut kan.
Alhamdulillah~


Lepas makan, lepak pantai la.
Bagi bebudak ni main pasir.
Tapi depa reyau (nangis) la pulak.
Budak bandor, tak pernah rase pasir.
Hahaha~~

Pukul 12PM, kami check out.
Nak balik Malaysia dah~
Wuuuu~~~ Sedey nihhh~

Sebelum tu, kami singgah
makan tengah hari by the beach.
Gituuu~~

BANG DON SEAFOOD RESTAURANT

Ni favourite Pak Chu, 
kalau dah sampai Sakom, 
mesti dia bawak singgah makan sini.
Maybe dia suka konsep makan 
dalam pondok/ dangau ni 👇


Ok, ni lunch kami..


Berderet you~
Tapi highlight dia..


Udang bakar & ketam ni la.
Sedap nok.


 Kisahnya, patut semalam ada
barbeque by the beach,
tapi sampai di Hatyai dah lambat,
so kami makan dinner di Coco One Beach.

Jadi barbequenya patut berpindah ke hari ni.
Tapi tu lah, tak sempat nak ke pasar,
lagipun panas, so Pak Chu order
seafood banyak-banyak untuk kami.

Oh lupa, ni menu baru jugak bagi aku.


Pak Chu nak bagi rasa telur belangkas ni.
Tapi aku tak reti makan,
sebab dia letak pelam muda
so terpotong rasa telur belangkas tu.
Huhu

Lepas habis makan boleh la
posing-posing tepi laut
macam TokMa and cucu dia ni..
Laut dia lawa sangat~


Ok lah, dah puas makan,
jom la balik ke Malaysia balik..
Til' we see you again Thailand.

Ok, trip ni, memang yang terakhir
untuk Tok aku.
Alhamdulillah dapat fulfill 
one of her wish.

Sebab dia suka jalan-jalan Thailand.
Tengok binatang.
Tu memang favourite dia.

And seriously, aku happy sebab
nampak Tok happy setiap kali
kami bawak dia jalan-jalan.
Alhamdulillah~

Alhamdulillah jugak, 
masih diberi peluang untuk spend time
dengan Tok walaupun tak
sekerap cucu-cucu lain,
but we did try our best.

I may not be a big help,
but I want you to know,
I do love you so much Tok.

Banyak benda yang jadi,
before you were gone,
and I'm sorry that it happen,

But regardless apa pun yang jadi,
I still love you, and I miss you lots.

Tok meninggal dunia on 
23rd of May 2019.
Dibulan Ramadhan yang mulia.

Innalillahhiwainnalillahhirojiun
buat Tok, Risiah binti Mat Jam.

Semoga roh Tok tenang disana,
dicucuri rahmat olehNya,
diampunkan segala dosa hendaknya
dan semoga Tok ditempatkan 
bersama mereka yang beriman.

Mintak semua yang baca blog kali ni,
tolong sedekahkan al-Fatihah
 for my GrandMa.

Al-fatihah~


"DariNya kita datang,
kepadaNya kita kembali"

Assalamualaikum~
























No comments:

Post a Comment

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....