ALOR SETAR KU SAYANG
SERIOUSLY , KEBANYAKKAN
KAWAN-KAWAN AKU
KAWAN-KAWAN AKU
KALAU DATANG ALOR STAR
MEMANG NAIK PENING
MEMANG NAIK PENING
TAK TAU NAK BAWAK JALAN MANA.
KAWAN ADIK AKU DATANG KEDAH,
BALIK JA TEMPAT DIA,
BOIPREN TANYA SYOK
KE GI ALOQ STAQ..
KE GI ALOQ STAQ..
"TAK SERONOK PUN~"
"CHOIIIIIII!!!!"
JAWAP AKU DI DALAM HATI
HAHAHA TAPI AKU PUN TAKTAU
NAK BAWAK GI MANA.
NAK BAWAK GI MANA.
KAT ALOR SETAR NI
BOLEH DIKATAKAN YANG SYOK PUN
BOLEH DIKATAKAN YANG SYOK PUN
CUMA KEDAI MAKAN DIA JA.
MURAH DAN SEDAP.
KALAU SPISIS TAK MAKAN BANYAK
MALAM TAK MAKAN
AKU NAK BAWAK GI MANA.
SEDEY BETUI!
OK LA.. BIAR LA DIA NAK KATA BORING KA
TAK SYOK KA,
TAK HAPPENING KA
GASAK DIA LA,
NI AKU NAK UP SATU ENTRY
TENTANG TEMPAT-TEMPAT
YANG BLEH DILAWATI KAT ALOR SETAR
TERMASUK LA KEDAI MAKAN
SILA LA ENJOY NO!
TEMPAT MELAWAT/
BERSHOPPING:
BERSHOPPING:
Kedah ni adalah Negeri
tertua di Malaysia
tertua di Malaysia
dan di Asia Tenggara
(sumber: memori-kedah.com)
Jadi banyak tempat-tempat
bersejarah ada di Kedah ni.
bersejarah ada di Kedah ni.
Dan di Aloq Staq sendiri ada
beberapa tempat bersejarah
beberapa tempat bersejarah
yang boleh dilawati.
Ada yang percuma lagi.
Yang tu yang aku nak cerita tu.
Sesapa minat sejarah,
bleh la datang Aloq staq ni.
bleh la datang Aloq staq ni.
Kalo tak minat tak payah la datang sini.
Bleh ke Langkawi shopping coklat.
Thank you.
Thank you.
Antara tempat-tempat aku nak cerita:
1. PEKAN RABU
2. MUZIUM PADI
3. PUSAT SAINS KEDAH
4. GUNUNG KERIANG
5. BALAI NOBAT
6. BALAI BESAQ
7. MUZIUM DIRAJA KEDAH
8. MUZIUM NEGERI KEDAH
9. MENARA ALOR STAR
10. BALAI SENI
11. MASJID ZAHIR
12. MUZIUM KOTA KUALA KEDAH
13. PI KUALA KEDAH TENGOK BOT PI LANGKAWI
14. RUMAH KELAHIRAN DR MAHATHIR
15. RUMAH MERDEKA
16. PEKAN CINA
(MURAL DR M & TUNKU ABD RAHMAN)
(MURAL DR M & TUNKU ABD RAHMAN)
17. ISTANA ANAK BUKIT
18. TAMAN JUBLI EMAS
19. TAMAN JUBLI PERAK
20. SAWAH PADI/BENDANG
JOM TENGOK SATU-SATU
PEKAN RABU
(credit to: sinarharian.com.my)
Ni Pekan Rabu Lama
Pekan Rabu ni dulu ada
ditengah-tengah pekan Alor Star.
Sekarang dah diubah ke
bangunan Ukir Mall
ditengah-tengah pekan Alor Star.
Sekarang dah diubah ke
bangunan Ukir Mall
Dekat dengan kawasan
bulatan Teluk WanJah.
bulatan Teluk WanJah.
Tapi sementara sahaja,
sebab nak upgrade
sebab nak upgrade
Pekan Rabu yang lama
bagi jadi lagi best.
Huhuhu
bagi jadi lagi best.
Huhuhu
(credit to utusan.com.my)
Ni yang dekat UKIR MALL
Pekan Rabu ni adalah
tempat orang berniaga
tempat orang berniaga
kueh-kueh tradisional,
macam kueh karas, kueh loyang,
bola rotan (ni makanan tau
bukan bola sepak takraw tau)
bukan bola sepak takraw tau)
cakar ayam, peneram, dodol,
emping, serunding pun ada.
Macam-macam lagi la.
Yang lain-lain tu macam
baju-baju, telekung,
baju-baju, telekung,
tudung, sejadah, barang rotan,gamat,
produk-produk kecantikan pun ada.
Jadi, boleh la datang sini
shopping-shopping.
shopping-shopping.
Selalu mak-mak suka la kesini.
Anak-anak tak la kot.
Unless,ada yang nak beli
baju kurung or tudung kan.
baju kurung or tudung kan.
Dibuka tiap-tiap hari.
Sila sila, jangan malu-malu.
Sila sila, jangan malu-malu.
MUZIUM PADI
Muzium Padi ni plak
terletak berdekatan
kawasan Gunung Keriang.
terletak berdekatan
kawasan Gunung Keriang.
Kalau bukak waze sampai la.
InsyaAllah
InsyaAllah
Tiket masuk:
(Mungkin berubah untuk cuti sekolah)
(Mungkin berubah untuk cuti sekolah)
RM 5 untuk dewasa
RM 2 untuk budak-budak
Waktu buka: 9am-5pm
Dibuka setiap hari
Jumaat tutup 12.30-2.30
Dalam muzium ni ada
la penerangan mengenai
la penerangan mengenai
kegiatan penanaman
dan penuaian padi.
dan penuaian padi.
Ada jenis-jenis padi.
Alatan-alatan yang digunakan untuk
tuai padi, tanam padi
dan semua yang berkaitan dengan padi
Mesin padi saja takdak.
Ada jugak kawasan
untuk tangkap gambar
untuk tangkap gambar
Boleh la berlakon macam
tengah menanam padi,
tengah menanam padi,
bajak sawah dengan kerbau.
Tapi yang paling best
tu tingkat atas sekali.
tu tingkat atas sekali.
Kena naik tangga pusing-pusing.
Macam masuk gua ooo.
Macam masuk gua ooo.
Dekat atas tu ada pelantar
yang berpusing 360 darjah.
So, kita boleh tengok pemandangan
yang berpusing 360 darjah.
So, kita boleh tengok pemandangan
sekitar Gunung Keriang tu.
Bukan betul-betul tau.
Semua tu lukisan semata-mata.
Artis-artis dari Korea,
(bukan Super Junior or Big Bang tau)
Iaitu pelukis-pelukis dari Korea
telah melukis lukisan-lukisan
yang super real ni.
yang super real ni.
Dasyat kan?
Tapi dia punya view
breathtaking baq hang.
breathtaking baq hang.
Memang best sangat.
Sejuk ja atas tu (sebab ada aircond)
Kita rasa mcm dok atas puncak gunung oo.
Aku penah dengar orang
sebelah aku cakap
sebelah aku cakap
"Cantik kan lukisan dia"
"Laaaa lukisan ke?
Ingat kan betul-betul tadi"
Ingat kan betul-betul tadi"
Camtu la real dia.
Nak tau best tak best kena la datang
and tengok sendiri.
Nak tau best tak best kena la datang
and tengok sendiri.
Hahahaha
(tiba-tiba gelak)
PUSAT SAINS KEDAH
Ok, Pusat Sains ni kalau
bawak budak-budak best la.
bawak budak-budak best la.
Banyak benda yang boleh dipelajari.
Tapi masa mula-mula dulu
aku pun naik syok jugak.
aku pun naik syok jugak.
Masuk free sahaja.
Jumaat tutup.
Hari raya pun tutup rasanya.
Jangan dok assalamualaikum
depan gate tu plak nanti.
Huhuhu
(#mudahterhibur)
depan gate tu plak nanti.
Huhuhu
(#mudahterhibur)
Ada banyak station-station
yang boleh di explore
yang boleh di explore
oleh anak-anak anda dan
anda yang berhati kanak-kanak
anda yang berhati kanak-kanak
dan anda yang memang minat sains.
Ada penerangan kat setiap station
So parents boleh la tolong explain
dekat anak-anak.
Jangan anak ternganga dekat sebelah,
dekat anak-anak.
Jangan anak ternganga dekat sebelah,
mak pak pulak yang syok main.
No no no no
Sepupu aku paling suka
rumah gempa bumi.
rumah gempa bumi.
Dan kawasan bencana alam.
Ni masa begegar~
Ni sebelum begegar~
Ada tsunami, puting beliung.
Boleh la cuba-cuba tengok.
Aku punya favourite is penimbang
berat badan ikut planet.
berat badan ikut planet.
Favourite planet aku Pluto la.
Paling ringan.
Paling ringan.
Kahkahkah
(#terhiburlagi)
(#terhiburlagi)
Ni ha penimbangnya~
Orang selalunya tak ramai.
Senang parking.
Kalau nak ramai pun
dekat Kids Pavilion la.
dekat Kids Pavilion la.
Banyak budak-budak.
Jangan berebut dengan
budak-budak tu sudah la.
budak-budak tu sudah la.
Kesian. Bagi can la budak-budak main.
GUNUNG KERIANG
Mitos Gunung Keriang
(rujukan: Tok Wan aku dan
laman web rasmi Gunung Keriang)
laman web rasmi Gunung Keriang)
Gunung Keriang ni dikatakan berasal dari
sebuah kapal yang telah di sumpah
jadi batu oleh Sang Gelembai.
sebuah kapal yang telah di sumpah
jadi batu oleh Sang Gelembai.
Katanya Sang Gelembai hendak
berkahwin dengan
puteri diatas kapal tu.
berkahwin dengan
puteri diatas kapal tu.
Tapi di tolak, Sang Gelembai jadi marah
dan terus menyumpah
kapal tu menjadi batu.
Termasuk la semua yang ada
didalam kapal tu.
dan terus menyumpah
kapal tu menjadi batu.
Termasuk la semua yang ada
didalam kapal tu.
Diikutkan cerita,
didalam Gunung Keriang ni
ada sebuah gua yang dulunya
didalam Gunung Keriang ni
ada sebuah gua yang dulunya
ada banyak pinggan mangkuk.
Jadi zaman dulu,
penduduk kampung banyak
pinjam pinggan mangkuk ni
untuk kenduri kendara.
Tapi disebabkan ada yang
tak pulangkan balik
tak pulangkan balik
dan tak ganti balik lepas pinjam.
Maka pinggan mangkuk tu pun
lenyap tanpa khabar berita.
Huhuhu
lenyap tanpa khabar berita.
Huhuhu
Sekarang tak ada lagi
yang boleh pinjam.
yang boleh pinjam.
(Tu la len kali pinjam
bagi la balik no.)
bagi la balik no.)
La ni semua tu tinggal mitos sahaja.
Gunung Keriang ni seronok
kalau lepak-lepak time petang.
kalau lepak-lepak time petang.
Masuk free you.
Dulu masa kecik-kecik bapak aku suka
bawak kesini tengok beruk.
bawak kesini tengok beruk.
Apa yang best tak tau la.
Bila beruk tu datang dekat,
bedesup lari tinggal selipar.
bedesup lari tinggal selipar.
La ni dah banyak berubah.
Beruk dah tak banyak.
Ada la 3,4 ekor kat tong sampah.
Dekat sini banyak jual batu-batu kristal.
Sesiapa yang berminat boleh la
datang tengok-tengok.
datang tengok-tengok.
Aku tak tau pulak berapa harga dia.
Lagi 1, Gunung Keriang ni tempat rekreasi.
Taman Permainan pun ada.
Yang bestnya dekat sini adalah kedai makan dia.
Ada satu kedai dekat tengah-tengah sikit.
Dekat dengan tasik buatan manusia ni.
Aku suka koteow goreng
dengan Ais Kacang (ABC) dia.
dengan Ais Kacang (ABC) dia.
Sedap. Kena dengan tekak aku.
Jemput-jemput la makan
sini petang-petang.
sini petang-petang.
Redup. Kat sini jugak ada
keropok lekor sedap.
keropok lekor sedap.
BALAI NOBAT
(rujukan: Laman Web Rasmi Balai Nobat)
Balai Nobat ni terletak depan Masjid Zahir.
Dalam ni ada alat-alat muzik Nobat
(Kumpulan Muzik Diraja Istana).
Kalau ada upacara pertabalan or
kemangkatan or
kemangkatan or
perkahwinan diraja ataupun
upacara-upacara rasmi
Nobat ni akan dipersembahkan.
Antara alat-alat muzik dia adalah:
Mahara, Nafiri, Gendang, Gong Dan Serunai
Bangunan ni tak boleh masuk.
Hanya orang tertentu saja boleh masuk.
Boleh datang untuk tangkap gambar dan berposing
saja di luar Balai Nobat ni.
Kat pintu gerbang ni pun favourite spot
untuk pengantin bergambar jugak~
Ni masa hari nikah adik aku.
Untuk outdoor photoshoot ❤
BALAI BESAR
(sumber: Paklong, aku sniri,
web rasmi Balai Besar)
web rasmi Balai Besar)
Bangunan ni dibina oleh Almarhum
Sultan Muhammad Jiwa
Sultan Muhammad Jiwa
Zainal Abidin Mu'adzam Shah II.
Balai Besar ni fungsi dia adalah sebagai
Balai Rong Seri atau Balai Penghadapan.
Kat sini la aku selalu
main masa kecik dulu.
main masa kecik dulu.
Dulu kat belakang Balai Besar ada satu kapal.
Aku selalu excited kalau nampak kapal tu.
sebab dia ada di darat dan bukan dilaut.
Hahaha
sebab dia ada di darat dan bukan dilaut.
Hahaha
Kapal tu digunakan untuk perarakan
masa Jubli Perak dulu.
Sekarang kapal tu ada dekat Muzium Negeri.
Pak Long aku kerja disini sebagai Penjaga.
So sebagai anak saudara dia,
aku selalu la dibawak kesini
oleh Pak Long aku
oleh Pak Long aku
untuk main-main dikawasan ni.
Sebab dia luas dan redup.
Lagipun dia kena babysit aku..
Kehkehkeh
Kehkehkeh
Balai Besar ni tempat Diraja.
Hanya akan dibuka kepada
rakyat dengan kebenaran
rakyat dengan kebenaran
SULTAN KEDAH SAHAJA
Contohnya
Masa sambutan Jubli Emas
Sempena 50 tahun pemerintahan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
TUANKU AL-HAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
Masa tu ja rasanya Balai Besar dibuka
untuk rakyat masuk dan
tengok sendiri Balai Rong Seri tu.
untuk rakyat masuk dan
tengok sendiri Balai Rong Seri tu.
Jadi aku nasihatkan untuk hari-hari biasa
kalau Penjaga tak bagi masuk
Or tak bagi tangkap gambar dalam
kawasan bangunan ni,
kawasan bangunan ni,
maka janganlah melawan penjaga tu.
TOLONG dengar cakap!.
Geram ja aku dengan sorang reporter ni.
Dia nak masuk dalam Balai Besar ni.
Pak Long aku tak bagi sebab dah malam.
Kalau siang pun tak boleh masuk sesuka hati.
Bukan rumah pak hang!
Dia tanya Pak Long aku,
"Lu sapa tak bagi masuk dalam ni?"
Oh my, nasib baik la Pak Long aku tegas.
"Saya Penjaga sini la!"
Ketegaq betui.
Ada la sebab dia tak bagi masuk!
Ada la sebab dia tak bagi masuk!
Sebab apa? Sebab ni tempat diRaja
bukan merket (market).
Kena hormat la kan tak?
Kena hormat la kan tak?
Bagi yang tertanya-tanya
dalam dia macam mana.
dalam dia macam mana.
Macam ni la, kosong.
Takdak apa kalau takdak event.
Takdak apa kalau takdak event.
Tapi boleh tangkap gambar depan gate tu.
Sebab dia cantik.
Ni bangunan original.
Bangunan lama yang masih cantik
dan dijaga dengan rapi.
Ni bangunan original.
Bangunan lama yang masih cantik
dan dijaga dengan rapi.
Selalu Balai Besar ni menjadi port pilihan
pengantin untuk tangkap gambar.
Baru nampak macam Raja Sehari.
MUZIUM DIRAJA KEDAH
(sumber: Famili, Wikipedia
& web muziumkedah)
& web muziumkedah)
Muzium Di Raja Kedah ni terletak
di sebelah Balai Besar ja.
di sebelah Balai Besar ja.
Muzium ni dulu adalah bangunan Istana Lama.
Dikenali sebagai Istana Kota Setar dan
dikenali jugak sebagai Istana Pelamin
(sebab dulu berlangsung istiadat perkahwinan
DiRaja paling besar putera puteri
Almarhum Sultan Abdul Hamid)
Ada beberapa orang Sultan Kedah
pernah tinggal disini dulu.
pernah tinggal disini dulu.
Bangunan ni telah diibina
pada tahun 1735 oleh
pada tahun 1735 oleh
Almarhum Sultan Muhammad Jiwa
Zainal Abidin Mu'adzam Shah II
(sumber: muziumkedah.gov.my)
Dalam muzium ni ada disimpan
macam-macam harta-harta diraja.
Khazanah diraja.
Kira ada harta pusaka Diraja negeri Kedah la
senang cerita.
Ada jugak sejarah &
mitos negeri Kedah.
mitos negeri Kedah.
Ada info-info mengenai
Kesultanan Negeri Kedah.
Kesultanan Negeri Kedah.
Senjata-senjata, dokumen
dan macam-macam lagi.
dan macam-macam lagi.
Kalau nak tau datangla tengok sendiri.
Bagi yang minat sejarah
memang seronok la dekat sini.
memang seronok la dekat sini.
Masuk: Free
No picture allowed.
Kecuali kawasan hadapan sahaja.
~Sampai kawasan ni saja~
Masa lawatan:
Dibuka setiap hari kecuali raya
Dari 9.00am-5.00pm
Jumaat rehat 12.30pm-2.30pm
MUZIUM NEGERI KEDAH
(credit to: MuziumKedah webpage)
Yang baru ni aku masuk sekali ja.
Tu pun sebab masa tu dia
buat Pameran Hantu.
buat Pameran Hantu.
Masa tu kena bayar
berapa tak tau tak ingat.
berapa tak tau tak ingat.
Kalo yang lama aku penah pergi.
Dia best sebab ada
orang-orang kecik, miniature.
orang-orang kecik, miniature.
Dia tunjuk kehidupan masyarakat kampung.
Memang best! Aku suka yang lama.
Update: Memang ada lagi patung-patung
kecik ni. Hahaha me likey.
Gambar atas orang main sepak raga.
Bawah orang main nobat.
Yang baru ni setau aku
dalam muzium ni ada
dalam muzium ni ada
Dewan pameran, bengkel,
perpustakaan
perpustakaan
dan mini teater.
(sumber: web rasmi Muzium Kedah)
Bayaran masuk: Free
Waktu Lawatan:
Setiap hari 9.00am-5.00pm
Tutup hari Raya
Jumaat tutup 12.30pm-2.30pm
MENARA ALOQ STAQ
(sumber: Menara Alor Setar webpage)
Menara Alor Setar ni sama la
macam menara yang lain.
macam menara yang lain.
Bleh la naik atas untuk
tengok pemandangan Kota Setar.
tengok pemandangan Kota Setar.
Ataupun kalo kaya sikit boleh la naik
makan-makan kat atas Restoran Berputar.
makan-makan kat atas Restoran Berputar.
Untuk naik ke Observation Deck dia
Untuk pemegang MYKAD
Dewasa: RM8
Bebudak: RM4
Orang luar/ International
Adult: RM12
Child: RM6
Untuk RESTORAN SRI ANGKASA
RESTORAN BERPUTAR
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat
dari pukui 12.30pm to 11.00pm
Aku pernah makan sini, bos belanja.
Memang best sebab makanan dia banyak gila.
Sebab masa tu bulan puasa.
Penuh meja haaa~
Sila la cuba no.
Untuk keterangan lanjut boleh visit IG
wms_360
Untuk promosi dan pakej-pakej yang ada.
BALAI SENI NEGERI KEDAH
(sumber: Laman web rasmi Balai Seni)
Balai seni ni terletak sebelah ja
dengan Balai Besar.
dengan Balai Besar.
Depan Masjid Zahir jugak.
Macam biasa la kalau Balai Seni mesti ada
lukisan-lukisan hasil karya
anak-anak tempatan
dalam dan luar Kedah.
Dulu aku masuk sekali,
Yang aku faham cuma lukisan pemandangan.
Yang lain-lain tu aku tak faham.
Aku bukan anak seni.
Kali ke 2 aku masuk adalah masa ada buat
Pameran Dinotrek.
Semangat nak tengok Dinosaur baq hang~
Masuk adalah percuma
Dibuka setiap hari
9.00am-5.00pm
Kecuali Jumaat tutup pukul12.30pm-2.30pm
Dan tutup time Raya.
MASJID ZAHIR
(sumber: SinarHarian, Wiki
& Laman Web Rasmi)
& Laman Web Rasmi)
Mengikut Sinar Harian,
Masjid Zahir adalah
Masjid Zahir adalah
antara 10 buah masjid tercantik di dunia.
Yang lain dari luar negara.
Yang ni ada dalam Malaysia.
Mai la melawat,
takkan segan kotttt~
takkan segan kotttt~
Masuk FREE,
dibuka SETIAP HARI
dibuka SETIAP HARI
Tapi jangan masuk saja.
Mai la solat sunat 2 rakaat,
Pastu sedekah la sikit
kat tabung masjid.
kat tabung masjid.
Kikiki
Masjid ni jugak dikenali
sebagai Masjid Diraja,
sebagai Masjid Diraja,
sebab dia terletak dekat dengan
Istana Pelamin tadi.
Istana Pelamin tadi.
Masjid ni dibina diatas
tanah pusara wira-wira Kedah
tanah pusara wira-wira Kedah
yang gugur masa dok pertahan
Kedah dari Siam dulu.
Kedah dari Siam dulu.
Dan masjid ni dibina atas usaha
YTM Tunku Mahmud
YTM Tunku Mahmud
Ibni Almarhum Sultan Tajuddin
Mukarram Shah.
Mukarram Shah.
MUZIUM KOTA KUALA KEDAH
Muzium ni terletak di Kuala Kedah.
(Obviously)
Dibina oleh orang-orang Melayu atas perintah
Almarhum Sultan Abdullah
Mukarram Shah II
Mukarram Shah II
Ibni Almarhum
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin
untuk dijadikan benteng pertahanan
dari serangan musuh.
dari serangan musuh.
Terutamanya Siam.
Dalam ni ada sebuah rumah api
yang dikenali sebagai
yang dikenali sebagai
"Rumah Pelita"
Ada jugak meriam-meriam peninggalan yang
dibeli dari Belanda & British.
Dan ada sebuah istana lama
yang dah dijadikan muzium.
yang dah dijadikan muzium.
Dalam muzium ni ada
barangan-barangan yang dijumpai
barangan-barangan yang dijumpai
masa kerja cari gali dilakukan kat tempat ni.
Dan ada jugak penerangan tentang sejarah
tuntera Jupun, sejarah mengenai
Kota Kuala Kedah ni sebagai
pusat perdagangan
pusat perdagangan
dan macam-macam lagi sejarah
yang hampa kena mai dan baca seniri.
yang hampa kena mai dan baca seniri.
Port favourite Pengantin
tangkap gambar jugak.
tangkap gambar jugak.
Masuk FREE jugak
Waktu Lawatan pun sama
Tiap-tiap hari bukak
9.00am-6.00pm
Jumaat 12.30pm-2.30pm tutup
PI KUALA KEDAH TENGOK
BOT PI LANGKAWI
BOT PI LANGKAWI
(credit to: langkawi-ferry.com)
sebelah kiri tu Jambatan Tok Pasai
sebelah kanan tu jeti pi Langkawi
petang2 melepak layan angin laut
tepi ni memang best
Tepi Muzium ni petang-petang ada la
orang dok jual kopok leko
dan macam-macam kudapan lagi.
Ramai jugak yang dok mai melepak sini.
Sambil-sambil dok feel kena angin laut,
sambil makan kopok leko tu
boleh la jeling-jeling ke laut tu..
Bye bye boat yang
bertolak nak ke Langkawi tu
bertolak nak ke Langkawi tu
ataupun bot-bot nelayan
yang baru balik tangkap ikan.
yang baru balik tangkap ikan.
RUMAH KELAHIRAN DR MAHATHIR
Dr Mahathir ni anak Kedah.
Kalau nak mai tengok rumah kelahiran
Dr Mahathir mai la Alor Star.
Birthday Tun M adalah pada 20/12/1925
Anak bongsu dari 9 adik beradik.
Bapa: Mohamad bin Iskandar
Ibu: Wan Tempawan bt Wan Hanafi
Alamat ke rumah kelahiran Tun M:-
No 18, Lorong Kilang Ais Off
Jalan Pegawai, Seberang Perak,
05000 Alor Setar, Kedah
Disini ada gambar-gambar
Tun M masa muda, masa rumaja,
dan ada jugak barang-barang asal
Tun M masa muda, masa rumaja,
dan ada jugak barang-barang asal
dalam rumah ni.
Mangkuk Tingkat @ Sia' ni bapak Tun M
selalu bawak bekal nasi goreng
untuk pekerja-pekerja dia.
Selain tu ada beberapa rumah kayu lain
kat sekeliling kawasan ni.
kat sekeliling kawasan ni.
Berfungsi sebagai balai pameran
dan auditorium.
dan auditorium.
Dimana dalam tu ada cerita pasal Tun M.
Macam favourite food dia
(kueh karas..kikiki sama)
(kueh karas..kikiki sama)
Yang best. ada cerita mengenai
tukang jahit baju-baju Tun M
(Tokwan iols la, cerita lama)
tukang jahit baju-baju Tun M
(Tokwan iols la, cerita lama)
Dan macam-macam lagi
cerita mengenai Tun M.
cerita mengenai Tun M.
Tokwan kami
Tun M ni masa berniaga
dekat Pekan Rabu memang baik la
dengan tokwan aku.
dengan tokwan aku.
Masa dia jadi Perdana Menteri pun
dia tak sombong
dia tak sombong
dia still datang and tempah baju
dengan tokwan aku.
dengan tokwan aku.
Kalo dia sujud dalam TV
masa semayang raya
masa semayang raya
bleh la nampak tag nama
"W.A.Rahman" kat baju dia.
"W.A.Rahman" kat baju dia.
Excited la kami. Masa tu kecik lagi.
Punya la syok. Budak-budak kannnn~
Masuk adalah percuma.
Macam biasa.
Buka Selasa-Ahad (10.00am-5.00pm)
Jumaat tutup 12.00pm-3.00pm
Isnin & cuti am & cuti sekolah tutup
RUMAH MERDEKA
Rumah merdeka ni
rumah peninggalan
rumah peninggalan
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.
Terletak di belakang
Hotel Royale, Jalan Putra.
Hotel Royale, Jalan Putra.
Kenapa Rumah Merdeka?
Sebab kat rumah ni la
Tunku menguruskan semua hal-hal
untuk mendapatkan kemerdekaan
Tunku menguruskan semua hal-hal
untuk mendapatkan kemerdekaan
dengan kawan-kawan dia.
Banyak sejarah dalam rumah ni.
Masih lagi kukuh.
Dalam ni boleh la kita tengok
bilik tidur, meja makan termasukla
barang-barang peribadi Tunku.
Mai la tengok sniri na.
Orang lain masuk sini
tengok sejarahnya.
Aku masuk sini tengok perabotnya.
Hahahaha
Orang lain masuk sini
tengok sejarahnya.
Aku masuk sini tengok perabotnya.
Hahahaha
Masa lawatan:
Selasa-Ahad (10.00am-5.30pm)
Jumaat tutup 12.00pm-3.00pm
Isnin tutup teruih :D
Oh masuk free ja~~
But no camera or phone allowed
in here okay~
But no camera or phone allowed
in here okay~
PEKAN CINA & PEKAN MELAYU
(MURAL DR M & TUNKU ABD RAHMAN)
(credit to: hmetro.com.my)
Ok Pekan Cina & Pekan Melayu tahun ni
menjadi tarikan ramai.
Sebab adanya 2 mural
yang besar, yang baru siap.
yang besar, yang baru siap.
1 gambaq Tun Mahathir,
1 lg gambaq Tuanku Abdul Rahman.
Bagi aku kawasan ni ada
nilai heritage dia tersendiri.
nilai heritage dia tersendiri.
Bangunan-bangunan lama yang dijaga elok
dan adanya kedai-kedai makan hipster.
Memang syok kalo jalan-jalan sini.
Mural-mural ni terletak
tak jauh dari Balai Seni.
tak jauh dari Balai Seni.
Kena pandai tanya la.
Sebab dia tersorok skit.
Selalu bawak kereta memang
tak dan nak tengok kiri kanan.
tak dan nak tengok kiri kanan.
ISTANA ANAK BUKIT
(credit to: Wikipedia)
Ok, Istana yang tersergam indah
yang berwarna kuning keemasan ni
adalah Istana Anak Bukit.
yang berwarna kuning keemasan ni
adalah Istana Anak Bukit.
Ni la tempat kelahiran &
kediaman rasmi Sultan Kedah
kediaman rasmi Sultan Kedah
TUANKU AL-HAJ ABDUL HALIM
MU'ADZAM SHAH
MU'ADZAM SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
Bukan semua boleh masuk ke dalam ni
melainkan dengan jemputan khas sahaja.
Dulu istana ni dibuka kepada umum.
If im not mistaken. Tapi ada orang masuk
sampai ke bilik Sultanah.
Jadi istana ni ditutup.
Jadi istana ni ditutup.
Kecuali la untuk upacara-upacara khas.
Dalam ni ada Zoo Istana.
Tak salah aku semua binatang peliharaan
Tuanku Abdul Halim.
Aku penah tengok kat TV
Tuanku ada bela burung Enggang
Tuanku ada bela burung Enggang
yang manja sangat dengan Tuanku.
Aku tak pernah masuk dalam istana ni,
In shaa Allah one day,
ada rezeki sapa tau kan.
ada rezeki sapa tau kan.
Tapi dengarnya dalam Istana ni
memang cantik.
memang cantik.
So, kalo nak mai tangkap
gambaq depan gate
gambaq depan gate
yang tesergam indah ni boleh la.
Kalau takdak upacara apa-apa
pintu akan sentiasa ditutup.
pintu akan sentiasa ditutup.
Boleh la tangkap gambaq kat sini.
Selalunya jadi port favourite Pengantin.
Ni baru betul Raja Sehari.
Huhuhu
TAMAN JUBLI EMAS
Taman jubli emas ni
adalah taman rekreasi
adalah taman rekreasi
yang dibina sempena
sambutan Jubli Emas
Pemerintahan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Sultan Kedah.
sambutan Jubli Emas
Pemerintahan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Sultan Kedah.
Terletak di Jalan Suka Menanti.
Bersebelahan Pejabat Tanah
dan berhadapan dengan
bangunan JPJ Baru.
bangunan JPJ Baru.
Kat sini petang-petang
memang ramai orang.
memang ramai orang.
Ada macam-macam
aktiviti yang boleh dibuat kat sini.
aktiviti yang boleh dibuat kat sini.
Termasukla berkelah dengan famili.
Sebab ada tasik di taman Jubli ni.
Boleh bagi makanan kat ikan lagi.
Kalau rasa nak jalan-jalan
tapi taktau nak pi mana tu
tapi taktau nak pi mana tu
mai la lajak sini.
Boleh relaks-relaks.
Katanya ada skatepark & horse ride.
Taman mainan pun ada.
Nak main belon buih tu pun ada katanya.
Tak pernah try lagi la.
TAMAN JUBLI PERAK/
TAMAN RIMBA
Taman Jubli Perak atau
lebih dikenali sebagai Taman Rimba
lebih dikenali sebagai Taman Rimba
ni pun sama, tempat rekreasi jugak.
Pagi-pagi Jumaat & Sabtu aku selalu
datang sini untuk senamrobik.
datang sini untuk senamrobik.
Dari kecik bapak aku akan
bawak ke sini untuk
bawak ke sini untuk
main-main dan berlari-lari
and makan buah-buahan.
Pagi-pagi selalu orang
datang joging-joging,
datang joging-joging,
jalan-jalan, ber Taichi dan
makan-makan kat sini.
makan-makan kat sini.
Dulu dekat sini ada
nasi lemak daun pisang.
Tak salah aku sebungkus 6kupang.
Tapi tu dulu la, sekarang dah takdak.
Tapi tu dulu la, sekarang dah takdak.
Cuma tinggal kenangan ja la..
Kawasan ni petang-petang
banyak parent
banyak parent
bawak anak-anak main
dekat taman permainan.
dekat taman permainan.
Ni papan gelongsor legend ni.
Dari aku kecik sampai besaq ada lg.
Ada jugak food truck yang
juai buah dan cucuk2 tu.
juai buah dan cucuk2 tu.
Sate ikan pun ada tak salah aku.
Jadi yang nak mai beriadah tu.
Jemput-jemput la mai sini.
SAWAH PADI
Haaaaaa....
Last but not least orang kata.
Last but not least orang kata.
Sawah Padi aka Bendang!
Lahai sedih betui aku dengar orang
dok panggil padi tu
dok panggil padi tu
Pokok Padi la Pokok Beras la.
Ish! Ish! Ish!
Pi la mana-mana sawah
and tangkap la gambar.
and tangkap la gambar.
Memang cantik tambah
time padi masak tu,.
time padi masak tu,.
Hijau Kuning ja nampak.
Kat kawasan Gunung Keriang tu pun banyak.
Berenti tepi jalan.
Snap la gambar sekeping dua.
Kedah kan Negeri Jelapang Padi.
Hijau Kuning tanahku.
Mai la melawat Aloq Staq
na hampa-hampa semua.
na hampa-hampa semua.
Tapi Kedah ni banyak lagi
tempat-tempat menarik.
Antaranya:-
Ladang Anggur di Sik
Terletak di Kampung Ternas, Sik
Boleh beli anggur kat sini
dengan harga berpatutan.
Dibuka dari 9.30am-6.30pm
The Carnival Water Theme Park di Sg Petani
Bayaran Masuk:-
Dewasa RM25, cuti RM30
Kanak2 RM19, cuti RM24
Terletak belakang
Cinta Sayang resort ja.
Bagi aku bayaran masuk
agak mahal sebab
tak banyak yang ada dalam ni.
Balik-balik keliling
lazy river & jakuzzi dia saja.
Untuk locker dia.
dikenakan bayaran RM 23.
RM 13 untuk locker
dan RM 10 unt deposit.
Pelampung free,
tapi selalu habis awal~
Bawak budak-budak
memang bes la.
Cinta Sayang resort ja.
Bagi aku bayaran masuk
agak mahal sebab
tak banyak yang ada dalam ni.
Balik-balik keliling
lazy river & jakuzzi dia saja.
Untuk locker dia.
dikenakan bayaran RM 23.
RM 13 untuk locker
dan RM 10 unt deposit.
Pelampung free,
tapi selalu habis awal~
Bawak budak-budak
memang bes la.
Kolam Air Panas Ulu Lengong di Baling
Pusat Air Panas yang beroperasi 24jam.
Boleh pi rendam kaki or mandi-mandi.
Ada penginapan selesa disediakan.
Pantai Merdeka dekat Kuala Muda
Sesuai untuk relaks2
di tepi pantai,
di tepi pantai,
mandi manda atau
makan-makan ditepi pantai.
Ada laksa, ais kacang..
Macam-macam lg la.
makan-makan ditepi pantai.
Ada laksa, ais kacang..
Macam-macam lg la.
Tanjung Dawai, Kuala Muda
Kalau nak beli ikan masin ka,
ikan bilis ka,
ikan bilis ka,
keropok ka mai la sini.
Kat sini jugak ada jeti.
Boleh naik bot disini kalau
nak ke Pantai Merdeka.
Rasanya tambang tak mahal mana
RM4 kot pergi balik.
Tapi tu aa kena tunggu ramai
baru bot jalan.
Kat sini jugak ada jeti.
Boleh naik bot disini kalau
nak ke Pantai Merdeka.
Rasanya tambang tak mahal mana
RM4 kot pergi balik.
Tapi tu aa kena tunggu ramai
baru bot jalan.
Chandi Lembah Bujang
Terdapat bekas-bekas tapak
candi-candi dan peninggalan
artifak-artifak pemujaaan
agama Hindu-Buddha
candi-candi dan peninggalan
artifak-artifak pemujaaan
agama Hindu-Buddha
dari zaman sebelum Masihi lagi.
Sesapa nak belajar sejarah
sila la melawat tempat ni.
sila la melawat tempat ni.
Gunung Jerai di Yan
Gunung Jerai ni tempat
yang seswai sangat
yang seswai sangat
nak tengok matahari terbenam.
Ada resort kat atas tu.
Kot-kot nak rasa tidoq ataih gunung.
Tree top Walk Sungai Sedim di Kulim
Laluan kanopi Sungai Sedim
ni titi gantung dia
ni titi gantung dia
sepanjang 1.5km. Jadi sambil bejalan tu
bolehla menikmati keindahan alam.
bolehla menikmati keindahan alam.
Gitu~ Bawah tu ada air terjun~
Sapa suka nature sila la mai sini...
Pasar Kemboja di Pendang
Sapa suka shopping baju-baju
boleh la mai sini.
boleh la mai sini.
Mak-mak sekelian mai mai..
Baju beg tudung murah-murah depa kata.
Tasik Pedu di Padang Terap
Abah kami suka la mai mancing sini.
Ni memang port terbaik untuk kaki pancing.
Dulu ada resort,la takdak dah rasanya.
Dulu ada resort,la takdak dah rasanya.
Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam
Tak payah tunggu pi langkawi nak
shopping coklat dengan perfume.
Mai ja Bukit Kayu Hitam.
Agak-agak bawak passport,
lajak pi Danok nu.
lajak pi Danok nu.
Makan daging bakaq dia... Sedap.
Kawasan Air Terjun di sekitar Kedah
Air Terjun Batu Hampar di Bandar Baharu
Air terjun Titi Hayun
Air Terjun Puncak Janing di Padang Terap
Air Terjun Lata Mengkuang, Sik
Air Terjun Tupah di Merbok
Taman Rekreasi Bukit Wang
Lata Bayu, Baling
Tu ja serba sedikit pasai Aloq Staq dan Kedah.
Tapi Kedah ni yang paling famous
adalah Pulau Langkawi.
adalah Pulau Langkawi.
Destinasi percutian pilihan ramai
dan paling popular.
dan paling popular.
Especially untuk pasangan-pasangan
yang baru kawin dan nak pi honeymoon.
yang baru kawin dan nak pi honeymoon.
Tapi yang tu akan diceritakan di dalam
entry yang akan datang la na.
entry yang akan datang la na.
UPDATE:
Okay ada 1 lagi tarikan yang baru ditambah
di Alor Setar.
ECORIDE!!!
Terletak di hadapan Balai Besaq.
Dibuka dari 4pm-11pm
RM20 per ride.
Ada yang panggey Tuk Tuk
Tapi aku tengok lebih kepada beca modern.
Sapa mai LoqStaq bleh la mai try.
Ok la! Jumpa di entry
makan-makan sekitar Aloq Staq~
makan-makan sekitar Aloq Staq~
Bye~
No comments:
Post a Comment