Tuesday, September 29, 2015

SINGAPORE 3: UNIVERSAL STUDIO!!!!!!!!

YEAP! YEAP! 
THE TIME HAVE FINALLY COME..
TEMPAT YANG AKU PALING 
TERINGIN NAK MASUK
YIHAAAA~

(sumber: sentosa.com.sg)

So pagi tu pukui 8.30 pagi
kami sama2 breakfast dekat Burger King.  
Berdekatan Bugis Station.
Kat sini ada tanda halal.

So pagi2 dah breakfast omputeh ko...
Sosej, egg & cheese, croissant
and hashbrown.
Oh my! Sedap weyh...


Ham & Cheese Omelette Platter
(sumber: burgerking.com.sg)

Awat Malaysia takdak 
breakfast camni aa?
Croissant tu series sedap.
Lembut~ Rasa cam kat Parihhh~ 
Amboih~ Slang kunun~

Ok ok jom pi USS..

Naik MRT dari Bugis Station ke
Outram Park Station turun di sini
and naik MRT ke Harbourfront Station,
pastu jalan ke Vivo City 
(tingkat 3 tak salah)
and naik monorail dengan tiket 
berharga 4 SGD per entry.


(sumber: sentosa.com.sg)

Masuk ja Sentosa Island kita bebas nak
naik monorail ni ke kawasan2 
lain dalam island ni.
Waterfront, Imbiah & Beach Station.

Ok masa sampai lebih kurang 9.00am.
So bergambar dengan logo USS depan tu.
Wajib!


Pastu terus berator..




Penat jugak beratoq banyak ni pun.
Tu kira tak ramai sangat tu.
Tak fit langsung la aku ni.
Kevin Zahri!!! Help!!!
Giteww~

Masa sampai tu memember aku cakap
first ride yang kita kena naik is 
TRANSFORMERS!!
So once pintu dibuka, kita kena berlari!!!
Minda & badan aku dah penat balik.
Aku risau gila. 
Sebabnya depa jalan pun aku kena ligan.
Kalo depa lari aku nak kena 
ligan ganda dua gamaknya.
Soranx kaki panjang, soranx jalan laju
aku jalan kedek ja sebab kaki aku pendek.
Hahaha cam penguin..

By this time flu aku pun dah hilang.
Sembuh teruih after all the excercises..
Elok ja scan tiket dekat pintu masuk 
kawan-kawan aku teruih lari.

Sampai dekat kawasan NEW YORK 
aku dah flat pun.
Sampai last2 aku cakap,
"KORANG LARI JE, 
KALO SEMPAT AKU NAIK,
KALO TAK SEMPAT AKU 
TAK NAIK PUN TAKPE!"
Masa ni aku dah redhooo..

Sampai ja depan TRANSFORMERS RIDE
dengan penuh kegigihan,
waiting time adalah 5 minutes.
So jalan nak masuk ke ride tu agak dalam
and u have to queue.
Seb baik la 5 minit ja.
Kawan aku pernah tunggu 3 jam!
Sabaqnya depa ni... RESPECT!


Satu line ja kira ok la kan~ 

Tapi memang berbaloi all the penatness.
Sangat bes rupanya ride ni.
Its a 6D ride I guess.
Haha tapi memang syok!
SEBAB DAPAT TGK ABG BUMBLEBEE 
& ABG OPTIMUS PRIME!

My advice is, kalo hampa ada duit lebih
sila la beli EXPRESS PASS 
yang berharga 30 SGD
untuk koranx masuk every ride
 yang ada the express way!
Or express pass 50 SGD untuk
 unlimited excess ke setiap
ride & show dalam tu.

You still have to queue
 among those with this passes.
But the queue is not too long la.
And you dont have to run.. BONUS!!
Hahahaha

ADA 7 KAWASAN DALAM NI TAU

1. HOLLYWOOD
2. NEW YORK
3. SCI-FI CITY
4. ANCIENT EGYPT
5. THE LOST WORLD
6. MADAGASCAR 
7. FAR FAR AWAY

HOLLYWOOD


Tempat ni ala-ala
HOLLYWOOD BOULEVARD gitu.
With the palm trees and all.






Masa kami mai sini baru lepas

Kerismas, siap turun salji ha~
Haha yeay~~~

Siap ada walk of fame dimana semua orang
bleh la bergambar dengan MARILYN MONROE 
and banyak lagi artis Hollywood yang legend2.

Masa aku nampak Marilyn Monroe,
dia tengah melambai2 nak masuk 
dalam bangunan balik
maksudnya dah habeh sesi bergambar.



Masa nak balik sangat-sangat dah, 
nampak SANTA CLAUS plak.
Tapi tak sempat nak amek gambar 
betui-betui sebab terlalu penat.
Lagipun santa tu cam kalut ja.. Hahaha
Tapi sempat la candid jugak gambaq dia.

Masa makan tengah hari, 
member2 aku decide nak makan kat 
MEL'S DRIVE IN!







Restoran fast food, mcm biasa la ada
beef burger, chicken burger, fish burger 
and macam2 lagi...
Sini memang HALAL. 
Aku ja tak tau. 
Aku pi order fish burger.



Pas makan tu kami dihiburkan dengan 
3 orang akak yang cecomel.
Depa ni dikenali sebagai MEL'S DINETTE.
Depa akan nyanyi lagu2 
rock and roll and lagu2 lama.
Lagu omputeh la tapinya. 
Memang best, lagu sedap2. 
Aku paling suka Mr Postman
dengan My Bf's Back.
Aku enjoy gila masa ni...

Kalo kedai plak aku cuma masuk
Minion Mart, Hollywood Brown Derby
 dengan Universal Studios Store.






 Sweater ni rasanya dalam 90 SGD++
Teringin jugak tapi otak dok
pi convert wpun dah warning diri.


Mug atas tu taktau berapa.
Tapi next time memang nak kena beli.
Yang tengah 12.90 SGD
Yang bawah 19.90 SGD


 Cookies~


The fluffy unicorn~


Stocking Holder~
The best gift ever katanya~


Botol Air/Sipper 26.90 SGD

Aku memang minat Minion.
Dan aku pun bershopping dalam
Minion Mart nih.


Pastu, harusla berposing dengan 
patung dia kat luar sinun..

Okay, ni antara pemandangan

sekitar Hollywood nih.









Marilyn's
Sini ada juai Rosted Turkey Legs.
Besaq gila, aku tengok ada akak
ni makan sorang dia.
Cam barbarian dah.
Hehe

NEW YORK


Rides yang ada kat sini cuma
SESAME STREET SPAGETTI CHASE.


Pastu favourite aku adalah 
LIGHTS! CAMERA! ACTION! 
HOSTED BY STEVEN SPIELBERG.

Dia akan tunjuk camna Mr Spielberg
buat movie. All the side effects.
Memang maveles!!


Entertainment yang ada 
di New York ni adalah 
SESAME STREET STAGE SHOWS





Pastu bleh la bergambar dengan

character-character dia.
Sebab aku minat Cookie Monster, maka...
Kecelekak (bunyi kamera) sekeping~

Hahahaha aku yang dah dewasa ni pn terhibur.
Pas pegi USS ni, aku mula kenai karakter 
Sesame Street, kalo dak aku kenai
Big Bird, Elmo & Cookie Monster ja..
Hahaha

Okay ni antara pemandangan 

sekitar New York street yang 
sempat aku screencap dari video aku,
& dari kamera kawan-kawan aku.














Kekdahnya gambar ni nak
tunjuk muka penat gila...
Hahaha

Pastu kawan-kawan aku cakap

depa nak tengok Sesame Street.
Maka kami pun....





Bagi aku memang berbaloilah
mai tengok Sesame Show ni.
Boleh rehat-rehat kaki.
Lagu-lagu dia best.
Cerita pasal Kerismas plak.
Memang best la kan
untuk orang tua berjiwa
kanak-kanak cam aku ni.
Haha

SCI-FI CITY

Kat sini famous ride dia mestilah
TRANSFORMERS RIDE


(sumber: sentosa.com.sg)

Dia macam 6D Cinema yang aku biasa naik
di Langkawi and Sg Petani.. Cumanya..
Lebih happening bagi aku.
Kawan aku cakap 20D. Haha
Kereta dia bergerak-gerak
and the battle seems real.
Memang BEST SANGAT sebenarnya,
patut la member2 aku
 beriya sangat suh lari
dan beratur bagi sempat.
Hahahaha berbaloi baloi...

Ada lg 1 ride yang cam best
nama BATTLESTAR GALACTICA.

Tapi masa ni tak bukak lagi.
Tapi depa dok test over and over again.
So aku cuma snap gambaq ja la.
Member aku pi baru ni
Dia kata bes nak mam........
:D

Pastu kami tunggu abang Optimus keluaq
untuk greet peminat.



Sempat amek gambaq..
Memang bes.. 

Kedai dia pun bes.
Barangan Ya Allah geram tengok.
Tapi bajet limit punya pasai.
Jadi lupakan sajalahhhh~
Gambaq pun aku tak upload
sebab frust tak bleh beli 
tumbler Bumblebee.
Hahaha

Ni antara gambaq2 yang

dan ambik...






ANCIENT EGYPT



Ancient Egypt ni masa masuk ja
dah bertemu dengan patung anubis
yang banyak gila dok kawai tempat ni.

Dalam kawasan Ancient Egypt 
ni jugak ada satu ride yang seram gila.
Nama dia REVENGE OF MUMMY!!



Kat dalam ni la~


 Lepas melalui jalan seakan maze
yang berliku-liku,
baru la jumpa mummy bawah ni.
Pastu beratoq la tunggu turn.


Ride ni bukan seram, tapi pening.
Sebab ni high speed roller coaster gitu.
Sat dia jalan ke depan,
Satgi dia rentap ke belakang.
Aku hampir muntah naik ride ni.
Memang pening.
Sebab kawasan dia gelap.
And roller coaster tu memang laju gila.

Kat luaq tu dah tulih,

pregnant, heart condition,
high blood and ada a few 
lagi penyakit memang tak
digalakkan naik ride ni.
Sebenaqnya most ride dalam
USS ni ada warning tu di pintu masuk.

Lagi 1 ride is TREASURE HUNTERS.
Ni untuk kanak-kanak sesuai la.
Ada 1 jeep yang akan membawak kita
meronda dalam kawasan padang pasir
(kononnya laaaa).

Antara tarikan lain adalah
bila show time, akan ada
ARMY of ANUBIS.
Jadi bleh la tangkap gambaq dengan depa.

Kedai makan kat sini adalah HALAL.
(Bleh refer www.rwsentosa.com)

Dia juai makanan middle eastern.
OASIS SPICE CAFE nama dia.
Makanan nampak cam sedap ja.
Especially mutton masala 
dengan nasi briyani dan bendi.
Aku pernah tengok 1 blog ni up gambaq.
Oh emm gee gorgeous!
If I'm back, Im gonna try it!!!
Nekad!


Carter's Curiosities

Kedai dia ada la menjuai 
artifak, patung mummy dan fosil2.
Sapa yang obses dengan mummy ni
bleh la bawak balik 1,2 sebagai kenangan.
Aku tak minat sangat.
So, pass~~~

Ni antara yang sempat di snap.



Pharaoh's

 Cairo Market~

Peace yo~

THE LOST WORLD
JURASSIC PARK & WATERWORLD


Dekat kawasan Jurasssic Park ni
ada kawasan rock climbing tau.
Nama AMBER ROCK CLIMB.
Tapi aku tak try la.
Pakaian tak seswai.
Kalo seswai pon cheq tak mau.
Haha lagipun kena bayaq asing.

Yang nampak happening sangat tu
CANOPY FLYER dia.

Macam naik kerusi pastu dia terbang
dengan kaki hang dok tegantung-gantung.


Camnih~
Seram cheq. Ni pun tak naik. 
Tengok ja dari bawah.

Paling teringin nak naik is
JURASSIC PARK RAPIDS ADVENTURE
Macam naik boat bulat tu,
And travel thru the jungle of Jurassic Park.
Nampak memang best, tapi manusia
punya la ramai. Tak dan.
So saddd~~~

Lagi satu yang tak dan is
(Amboih takdan belaka)
WATERWORLD!

Dia buat macam stunt show tu.
Tengok gaya macam memang happening.
Tapi apakan daya~~

Huhuhu salah satu tarikan di kawasan ni jugak
adalah seekor anak Dinosor spisis
Triceratops bernama Diane.


Tu muka takut sebab dia nak gigit.

Memang garang or shes just being cheeky.
Hahaha tak tau la.
Memang alive sangat,
sampai ada a few sec tu aku
dok pikiaq logik ka dinosor ni hidup balik.
Hahaha *tepuk dai*



Kat kawasan ni ada FOOD COURT.  
Tapi makanan dia tak dak sijil halal.
Belakang 2 dinosour ni.
DISCOVERY FOOD COURT.


Jurassic's Snack

Zoom skit harga dia~

Jungle Bites..

Paling geram is FOOD CARTS around USS ni
kebanyakkan juai makanan yang takdak
sijil halal, yang bleh minum 
pun ayaq dia ja.
Sebab masa tu teringin corndog dia.
Huhuuuu~

Kat kedai dia ada juai menda-menda ni.
Sila la jamu mata anda.

DINO STORE.







Dan ni pemandangan dekat
kawasan Jurassic nih.



Aku ingat lagi Dino ni
dari Jurassic 1st movie.

Ala mati la nakkk~

MADAGASCAR

I like to move it! move it!
Kalo hampa lucky enough
dan la jumpa characters from movie dia.
Bleh bergambar. 

Dia punya ride ada 2.

1 tu KINGS JULIEN MARRY GO ROUND
& 1 lagi MADAGACAR CRATE ADVENTURE.

Dua2 pun aku tak naik.
Marry Go Round to harusla tak layak.
Yang crate tu tak tau pun wujud
masa tu~ Jadi... Melepas~~~


Padahai gambaq dan tangkap,
cuma taktau ada ride dalam ni. Haha

Sini pun ada kedai makan.
MARTY'S CASA DE WILD FOOD COURT
 (HALAL) 
(nampak macam nasi & satay pun ada sini. 
Lagi pelbagai makanan dia)

GLORIA'S SNACK SHACK.
Makanan Jopun~
(tapi takdak tanda halal)


 Poosa Joosa

Ni antara kedai yang aku

sempat snap gambaq.

PEGUINS MERCHANTILE


Kebanyakkannya memang juai
patung, tshirt dan cookies ja.
Sila la tabahkan hati.
Sebab barang-barang dalam
USS ni memang semua cute.

FAR FAR AWAY



Woaaaaaaaaah~!
Itu la reaksi aku masa masuk USS ni.
Aku nampak Far Far Away Castle
yang tersergam indah. Gituu~

Sini nampak macam banyak aktivitinya.
Sebab kawasan dia paling besar.

Aku cuma masuk DONKEY LIVE SHOW.
and I'm lovin it.

Sebabnya kita bleh tengok Donkey menyanyi
dan berinteraksi dengan peminat dia.
Memang bes. Dapat la duduk sat.
Yang penting ada aircond~


Tapi line diaaa~

Antara tarikan lain:-

1. Shrek 4D Adventure
2. Magic Potion Spin
3. Enchanted Airways
(Naik dragon, slow speed roller coaster)
Dan tarikan paling latest is 
4. PUSS IN BOOTS GIANT JOURNEY


Kalo bernasib baik, dan la jumpa
Puss In Boots & Kitty Softpaws 
in the dance with the Magic Beans.

Masa sampai sini tak sempat 
nak snap gambar betui-betui.
Sebab nak kena beratur tgk Donkey Show.

Karakter Shrek & Fiona pun ada.
Untuk bergambar.
Tapi haritu takdak pun.
Ka takdan jugak. Hahaha

Jadi bergambar dengan rumah depa ja la.

Kat sini ada 3 tempat makan:

1. Fairy's Godmother Juice Bar

2. Friar's (HALAL)
Sini ada macam-macam jenis fast food
punya makanan. Fish & chip pun ada.
Ice cream pun ada.

3. Goldilocks (HALAL)
Ada sandwhich & fried chicken
& also Ben&Jerrys ice cream. Yummy!

Kedai dia ada Fairy's Godmother Potion Shop.
Tapi most of the kedai dalam USS ni
juai patung character kartun dari cerita dia.
So kalo ada anak-anak yang tengok 
kartun-kartun dia maybe akan
berguling di situ nak membeli.
Huhuhu good luck la no.

 Donkey & his mutant babies


Gingy's House of Sweet

Tu la sedikit sebanyak pasai USS
Masa aku pi melawat haritu.
Memang best, and rasa nak pi lagi.
Kali ni nak try semua ride dia.
Nekad!!

Ni ja apa yang aku beli dalam nih.
And 2 helai t-shirt Sesame Street
yang aku akan pakai esok dan hari balik.
Hahaha

REFRESH!!

KEDAI MAKANAN HALAL as in 
www.rwsentosa.com

1. Mel's Drive In in Hollywood
2. Oasis Spice Cafe in Ancient Egypt
3. Marty's Casa De Wild Food Court 
in Madagascar
4. Friar's & Goldilock in Far Far Away

SURAU ada di dalam USS SIngapore ni.
Terletak diantara Sci Fi and Ancient Egypt.
Tak besar mana pun surau tu dengar ceritanya.
Kena cari-cari sikit.

PAKAIAN YANG SELESA & SESUAI
Kalo ada yang nak naik boat tu
memang akan kena percikkan air.
Takdak shower room disediakan.
Cuma ada Drying Pods di kawasan Jurassic.

DUIT YANG SECUKUPNYA.
Bagi yang berkemampuan boleh la
bawak duit banyak2.
Yang tak berapa tu jangan masuk kedai dia,
Satgi keluaq teriak. 

BEKALAN MAKANAN.
Macam roti & air mineral.
Makanan lain tak dibenarkan.
Bagi yang nak berjimat la.
Makanan yang dijuai dalam ni cost
15 SGD and below tak salah aku.
Tapi kalo convert menangis.

CAMERA.
Bawak yang kecik2 macam Go Pro sudah.
Takpon guna camera fon ja..
Kalo bawak besaw cam DLSR tu nanti
susah nak naik ride.

BOTOL AIR KOSONG
Untuk toilet yang takdak paip air.

EXPRESS PASS
Bagi yang malas beratur lama-lama.
Bukan lama sikit2, ni makan jam tau.
Sapa takdak tenaga tu sila la beli.

OTHER FACILITIES:-
Locker
Stroller
Nursing Area & Baby Centre
Facilities for handicap


Map bagi yang memerlukan
(sumber: ussonlinebooking)

Ok itu la sikit sebanyak kisah di USS
Jom balik sebab esok nak pi
Singapore Zoo & SEA Aquarium
Yeah~~~!!!


Next entry!!!!

1 comment:

  1. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔵Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60...

    Juga ada promosi; 🔥Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price!

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....