Tuesday, August 6, 2019

ROADTRIP TO BANGKOK: LAST DAY (Ban Phli Thai Food Yang Sedap)

HATYAI,
SAKOM BEACH
BAN PHLI TAI

Assalamualaikum~
Sawadeekaaaa~


Hari keenam ni,
aku teringin sangat nak
makan roti canai dengan kuah dhal.

Kami pun singgah di satu

restaurant makanan halal ni.



KAK SAH MUSLIM KITCHEN
(Maapla matahari terlebih spotlight)

Kat Thailand ni susah

nak jumpa roti canai ada kuah.
Kalau ada pun kari ayam,
aku teringin dhal.
Specific dak keteringinan aku?
Hahaha

Ingat balik Malaysia nak cari,
tapi alhamdulillah,
rezeki Allah nak bagi.
Last day jumpa jugak.
Walaupun a bit tawar dhalnya,
tapi sebab teringin sangat kan?
Bedal ja~~

Dekat sini jugak ada nasi campur.

Bihun goreng pun ada.
Banyak choice la jugak.
Salah satu tempat breakfast
favorite selain Salma Restaurant.

Dah habes breakfast,
kami pun bertolak ke  
"SAKOM BEACH"





Last destination bagi yang
nak beli ikan masin ka,
telur masin ka, ikan bilis ka.
Sini la tempat dia.



Bagi yang taktau nak beli apa,
aku suggest beli telur masin
dengan ikan masin dalam minyak tu.
Yang dalam bekas dengan 
penutup kuning tu~ 100Baht ja satu.

Uiii~ Sekali goreng...
Bau dia semerbak ooo~
Sila la try anda anda semua~



Aku and adik aku macam biasa,
kami mesti cari udang & 
sotong celup tepung ni.

3 ekor udang tepung tu 
10Baht ja, ada jugak yang 15Baht.
Takdak la besar mana pun udang dia,
tapi ok la dengan harga.

Sotong pulak yang kecik 10Baht,
yang besar 20Baht. 


Cucuk-cucuk ni pun ada jugak.
Harga 15-30Baht secucuk.
Kalau dekat sini, kami suka
sosej cheese & pulut.
Sedap! Try la~
Yes, halal! Don't worry~



Tapi yang paling recommended
adalah ikan sardin bakar dia ni.
3 ekor 100Baht ja.
Dulu adik aku manja-manja
dengan ayah aku depan tuan kedai tu
(manja sebab nak jek lebih)
Dia bagi 5 ekor 100Baht.
Hahaha ikut kemurahan hati dia la.

Ikan sardin ni berlemak sangat.

Tapi kalau bawak balik
 and masuk microwave,
dia jadi keras and tak sedap dah.

So sesapa yang nak beli, 

jangan tunggu lama-lama,
makan ja terus. Hehe

Lepas dah shopping disitu,

Pak Chu bawak kami 
makan kedai sedap dia kata.

Kedai ni terletak dalam

satu kampung di kawasan
NA THAWI.

Nama kampung ni,

BAN PHLI TAI



Kedai dia kecik ja,
tapi sangat bersih,
and makanan dia,
ya Allah sangat sedap!

Sebenarnya aku dah bosan

dengan tomyam dan ikan siakap
dan jugak telur dadar
(surprise~ surprise~)

Dekat sini Pak Chu order 

lain la sikit menu dia.



Tom Sep.
Hot and sour soup.
Dia macam sup campur siam.
Sup siam kan masam dan pedas.
Macam tu la rasa dia.
Ada daging, perut dan paru.
Sedappp sangat~


Ah~~ My favourite ayam bakar.
Aku hadap yang ni ja,
dengan tom sep.
Yang lain tak lalu.
Dua ni pun dah sedap gilss~


 Yang ni tak sure apa.
Macam somtam, 
tapi ada sengkuang, jagung,
epal, tomato & udang.
Semua main ngap ja
tak cakap banyak dah. Haha



Yang ni macam kerabu daging.
Sangat pedasssss~
Sampai keluar habis air mata,
air hidung semua.
Kalau makan tu rasa cam
FUHHHHHHH~~!!
Ha~ Gitu~ Hahaha

Yang bestnya masa makan disini,
lepas habis ja lauk,
Pak Chu tambah lagi,
lepas habis, tambah lagi.
Ayam tu ja 3 kali dia tambah.
Memang puas yakmat la kisah dia~


Lepas habis makan, 
kami dihidangkan 
dengan dessert ni.
Cincau/Lengkong dengan gula melaka.
Letak ais dengan air sikit.
Hah~~ Legaaa~~~~

Sangat sesuai dengan cuaca panas 
badan yang dah panas makan 
menu-menu pedas tu semua.

Lepas semua dah kenyang,
kami pun meneruskan perjalanan 
ke Ban Prakob & singgah
satu kedai yang ada jual
beras siam and beras pulut.
Semua pakat turun,
tapi aku dah jadi ular sawa
dalam van tu~

Shopping la kome~

Aku nak tidooo~

Pukul 5PM kami sampai di border.
Lepas dah cop-cop passport,
kami pun bye bye Pak Chu and geng,
and meneruskan perjalanan
ke rumah masing-masing.

Overall, ok la roadtrip ni.

Cuma hotel ja aku tak puas hati.
Hopefully, pihak pengurusan
boleh lebih peka bab hotel.

Plus, roadtrip ni sangat la penat.
Sebab most of the time 
duduk ja atas van.

Tapi, alhamdulillah,

semua ok, perjalanan pergi 
and kembali selamat.
Yang tu yang penting.

Yang aku suka sangat-sangat

bab roadtrip ni is,
kami boleh tengok tempat-tempat
di Thailand yang jarang orang
datang bercuti.

New experience bagi aku~

And I love it sooo much ❤



Ok lah, setel pun blog kali ni.
Next year maybe kami akan
roadtrip lagi ke Phuket/Krabi 
lagi sekali and singgah Satun.

Kita tunggu dan lihat ja ya~

Hehe 

Assalamualaikum~
Sawadeekaaa~

ROADTRIP TO BANGKOK: DAY5 (Back To Hatyai, Oh~ Those Pitstop!)

SUAN NAI DUM, 
PATTAYA RNR SUGARREE,
NAPOKAE, LOTUS LAKE
& HATYAI

Assalamualaikum,
Morning peeps~
Pagi ni kami breakfast 
di Khun Sarai again.


Harini rasa nak makan
Nasi Goreng Seafood,
sebab takut lunch lambat lagi.
Nanti sakit perut lagi.
Tanak~~~

Lepas sejam atas van,
kami singgah di
"SUAN NAI DUM"
FRUIT ORCHARD.



Aku sampai-sampai
nampak ni dulu.
Kopi~ Hahaha~



Tempatnya cantik,
tapi semua landskap dia
bertemakan jamban macam ni ha~
Tu Pak Chu tengah ajar
macam mana nak ambik
gambar di kawasan ni.


Tud Moo's Toilet

(I'm sure they built this for fun,
I try to read the description 
but the English is a bit everywhere 😅
Can someone explain to me the purpose 
of this Tud Moo's Toilet? Haha~)



Kerusi yang bertemakan toilet jugak.
Duduk la kalau penat,
InsyaAllah tak rasa apa-apa 😆



Peti surat pun nak ditoiletnye~
*tepuk dahi*
Haha


Tapi view disekitar sangat cantik.
Ada pokok-pokok and bunga jugak.



Tree house yang famous.
Semua nak berebut ambik gambar disini.
Siap ada buaian.
Boleh la naik buaian tu sambil nyanyi lagu
"laju laju buaiku laju~"
Mungkin bertemu jodoh
dengan Nak Raja mana-mana~
😉



Cute patung-patung
surrounding this place.
Tapi semua bambam
dan comey.. Hehe



Jumpa my nephew tengah tidur.
Shhh~


Another patung dibalik pokok~


Tempat ni ada jugak
jual product barangan Thailand,
like ubat, balm, makanan
 and banyak lagi.



Kopi pun ada~
Boleh la nak shopping disini.
Kami tak beli apa pun,
kecuali kopi dan buah.
Makan tu paling penting~
Heeee~~

Tak banyak yang boleh
dibuat dekat sini pun.
Lepas dah puas bergambar,
kami meneruskan perjalanan 
kami ke Hatyai.

Harini jadual agak pack.
Banyak tempat nak singgah.

Sampai ja di Surat Thani,
kami singgah di kedai
telur masin buatan muslim ni.
Untuk beli cenderahati for family
& friend di Malaysia.



Dekat sini ada dijual,
telur masin, ikan masin,
kacang dan jajan. 


Telur masin dah di pack
dalam box ni siap-siap.
So boleh beli and hadiahkan 
terus dengan kotak-kotak
pada family & friend 
& jugak untuk diri sendiri.


Ikan masin pun ada,
tapi tak banyak sangat choice.



Ni apa sebenarnya ya?
Colourful pulaktu~
Rasanya telur masin yang
dah siap direbus.

Sebab di Thailand ni,
selalunya dijual telur masin: 

1. yang belum rebus, 
2. yang dah rebus; &
3. telur kuning kembar tu ja.

So aku assume yang ni
yang dah direbus, 
yang belum rebus ada dalam kotak.
Iyakan ja la eh~



Ni jajan yang aku 
maksudkan tadi.
Hahaha boleh borong
untuk makan atas van.

Dah shopping semua,
kami pun terus menuju ke
RNR di Surat Thani ni
yang bernama
"SUGARREE"

Dekat sini ada dijual
nasi campur, 
mee, kueteow, bihun sup,
pau and sebelah petangnya
ada Ramly burger.



Aku dah tak lalu nak
makan nasik.
Esp nasi campur.
So aku makan koeyteow sup ni.
Sedap sangat~~
Atas dia diletak cili flakes for
that extra spice, and keropok ayam.

(Tak salah aku la sebab dia 
ada sebut gai (ayam).
Dia explain dekat Pak Chu,
Pak Chu nak explain dekat aku.
Tapi dua-dua taktau nama benda ni,
aku malas nak tunggu,
aku ambik ja and terus gi makan. Hahaha)


Adik aku makan nasi campur,
dia kata biasye biasye je.
Haha sebab gabungan
tak kena katanya.
Ada telur goreng, ikan goreng,
kerang petai & ulam terung.
Hmmm~


Disebabkan aku risau 
nanti petang lapar,
so aku tapau pau pandan 
dengan mandou ni.

Haha prepare abes kaedahnya~

Dekat sini jugak ada surau.
So lepas makan dan solat,
kami meneruskan perjalanan.

Lepas 4 jam atas van,
kami sampai ke tempat
sawah padi yang cantik.

"NAPOKAE"


Sawah Padi Nenek Moyang
(Na is sawah, po is grandfather,
& kae is ancestor)

Sebenarnya ni learning centre
maybe untuk belajar cara bersawah.
Kerja nenek moyang turun temurun
dan jugak kerja para pesawah
di kawasan Phattalung ni.

Tapi aku rasa ni lebih
kepada introduction kepada 
Nak Muda dan orang luar
kehidupan/pekerjaan di sawah.


Depan entrance ada 1 replika
kerbau yang besar
yang dibuat dari jerami.

Kerbau la yang paling
 banyak berjasa kepada pesawah 
dari zaman dulu.
Terutamanya untuk kerja membajak.



Di tengah-tengah bendang 
pulak ada satu bakul gergasi.
Selalu kan orang tangkap ikan 
dekat sawah lepas tu dia simpan
dalam bekas ni kan? kan?
Haha confius~
I thought its a bubu tapi
tak nampak macam bubu.

So aku rasa tempat ni lebih kepada
 introduction to worklife at sawah.
Disebabkan takdak explanation
dari pihak tour guide atau
dari pihak Napokae.
So aku kena guess ja la.. Haha

Kira macam Muzium Padi
di Kedah, tapi pameran dia lebih "live"..
😁



Kedai cenderahati pun ada.
Ni aku rasa antara mainan
kanak-kanak zaman dulu.
Aku pun tak tau apa benda ni.



Ada jual baju, kain pelikat,
and barangan cenderahati
yang dibuat dari tempurung.



Ni pulak pelita minyak tanah
yang banyak digunakan dulu
terutamanya untuk pesawah
yang bekerja di waktu malam.



Kincir air yang digunakan
untuk menyalurkan air ke sawah.



'Orang-orang' yang wajib ada
di sawah padi, untuk halau
burung yang suka makan padi.
Biase dia ni~

Tapi orang-orang dia all out nih.
Kita letak kayu sarung baju ja.
Dia siap buat dari jerami,
pakai seluar lagi. Hehe



Ada jugak kambing ni,
yang boleh kita pet and
bagi makan.

Tapi highlightnya adalah
sawah padi yang menghijau ni la.
Sangat cantik dan menenangkan.





Green green everywhere~


Dekat sini ada team manora
menyanyi-nyanyi lagu Thai
yang mendayu-dayu.
Dengan angin dan kehijauan
dan lagu yang mendayu-dayu tu,
memang feel habis lepak sini.



Untuk masuk ke sini 
FREE SAJA!!
Dibuka setiap hari.

Untuk pencinta alam,
atau yang taktau nak kemana
di kawasan Phattalung ni,
sila la berkunjung ke sini.

Lepas dah puas jalan-jalan
and ambik angin dalam ni,
kami pun bertolak pulak ke
"PHATTALUNG LOTUS LAKE"



Tempat ni adalah laut
air tawar yang terbesar di Thailand
dan ditanam dengan 
beribu ekar bunga teratai.

Kalau nak mai sini,
aku recommend mai pagi.
Sebab masa ni bunga teratai tengah
berkembang, memang cantik!



Masa kami sampai sini
dah pukul 6PM.
Jadi semua bunga kuncup.
Macam teratai layu ditasik madu.
(Saja kuncupkan diri sebab 
nak suruh kami mai lagi la tu....)



Perkhidmatan bot ada
disediakan bagi yang nak
 ronda-ronda kawasan tasik ni.
Satu bot boleh naik 7 orang,
dan bayaran cuma 100Baht/head.

Kalau datang petang and 
tak boleh tengok bunga, 
boleh jugak tengok 
burung-burung & KERBAU AIR.
(Why kerbau air? 
Satgi akak cerita)



Subhanallah~
Tenang sangat tempat ni~
Cuaca panas tapi sebab
naik bot laju kan~
Tak terasa panas dia,
rasa nyaman ja~

Kalau ikut pakcik bot kami,
kawasan ni adalah sawah padi,
tapi masa Thailand banjir besar,
air laut masuk ke dalam 
kawasan sawah dan 
tanah dah rosak.
Dah tak sesuai nak tanam padi lagi.
Jadi depa pun tanam
2000 relung pokok bunga teratai.


Bot akan bawak kita redah
bunga-bunga teratai ni.
Tapi bila sampai di kawasan bunga teratai
banyak macam ni, dia akan dayung la,
tak guna enjin.
Takut tersangkut.



Bayangkan kalau bunga 
tengah kembang?
Mesti lawa kan?

Ok jom kita melawat kerbau air.
Kenapa kerbau air you ask?
(Tiba~)



Sebab dia memang hidup 
ditengah-tengah laut air tawar ni.
Dikawasan yang berumput macam atas tu.


Kerbau-kerbau ni diternak oleh
pakcik bot kami dengan kawan-kawan dia.
Ada lebih kurang 100 ekor kerbau dekat sini.



Kalau air pasang,
kerbau-kerbau ni tak ke mana.
Dia akan duduk ja di situ.
Kadang-kadang nampak kepala ja.
Sebab tu kerbau ni dipanggil kerbau air.
Bayangkan tengah laut, 
nampak kepala kerbau ja.
Hahaha
(p/s: They can swim. Don't worry..)



Dekat sini jugak ada jambatan 
sepanjang 5500meter merentasi
laut air tawar ni.
Kalau nak ke Hatyai naik jambatan ni la.



Kawasan ni jugak ada banyak
burung-burung, so boleh la tengok
burung-burung ni makan.
Ada yang berjalan atas daun teratai.
Dari jauh nampak macam 
berjalan atas air la.
Hebat la kekdahnya.
Hahaha



Oh ya, dekat sini jugak 
dengan kebenaran pakcik bot,
boleh la petik lotus punya flower bud
ka apa tu, yang orang geli tu.
Macam kat atas ni ha.
Nanti dia suruh rasa one of the seed.
Dia baik untuk kesihatan.
Ada yang a bit pahit, ada yang manis.
Kata PakCHu la. Aku tak try pun.


Tu ha Pak Chu kena ambik lotus bud nya~
Kami dok jerit-jerit  sebab takut dia jatuh.
Sebab dah dekat hujung bot sangat dah tu~

Tapi komitmen pakcik ni tinggi der~
Hahaha
Dia usaha sampai dapat.



Kalau dah sampai petang-petang ni,
harusla ada sunset.
Sila la tangkap gambar sunset yang lawa tu.


Nak upload IG,
bagi nampak sisi bot sikit,
nampak matahari.
Lepastu hashtag #sunsetontheboat
Gituuu~ Hahaha


Tempat ni dijaga dengan baik 
sekali bagi aku oleh pihak negeri.
Sebab ni adalah salah satu
tarikan pelancong ke Phattalung.

(p/s: yang nak ke toilet boleh
masuk ke sini cari ya..)

Tempat ni jugak no hunting area.
Banyak spesies burung ada disini.
Tapi haritu aku nampak bangau ja.
Jadi la~


Yang nak buat research pasal
hidupan dan eko sistem dalam ni,
kena mintak kebenaran 
Department of National Park dulu na.

Kalau ada yang berminat 
nak datang sini,
for a very nice photo shoot  
with the lotus flowers, 
aku recommend datang awal,  
dalam 7-8AM.
Masa ni bunga tengah kembang elok.

Duration untuk lawatan ni
lebih kurang 1 jam.
So masa kami balik ke pier,
semua muka dah tarik 14 inci
sebab penat yakmat & 
tour kami lambat sangat.

Sorang ja yang still bertenaga 
and happy go lucky.


Kawan ni 👆
Siap berlakon macam dia
yang kayuh bot tu.
Padahal bot pakai enjin.
Dia bye-bye semua yang dok tunggu tu.
Takdak sapa layan.
Hahahahaa kesian aih~

Okla jom balik Hatyai jom.
Semua boleh rehat atas van.
Nak tidur~ 


Tapi berenti sat atas jambatan
yang merentas laut ni tadi.
Ambik gambar and nak tunjuk
kerbau air dekat geng yang
tak ikut naik bot tadi.


Dekat atas ni sunset cantik jugak.
#sunsetonthebridge
Hahaha semua nak hashtag.

Dari Phattalung ke Hatyai
ambik masa 1 jam lebih.
Sempat la tidur seround dulu.

Sampai ja Hatyai,
kami makan dinner dulu di
"HATYAI SEAFOOD"



Tempat ni berkonsepkan
bakar-bakar macam di Seoul Garden.


Masa kami sampai, ramai gila orang.
Nasib baik seat dah direserve 
untuk kami semua.



Dengan bayaran 300Baht,
kita boleh makan apa ja dalam tu.
Ada seafood, fishballs, ayam, daging, kuih.
Macam-macam ada.



Tapi yang buat dia special
sebab ada ikan bakar salut garam
macam di Bangkok tu.
Ambik ja nak ikan apa.
Siakap ada,talapia ada.
Kira ok la dengan bayaran
 300Baht tu kan?



Ni meja kami.
Untuk 15 orang.
Kalau tengok betul-betul,
pinggan dengan tempat bakar
dia dekat sangat,
bila nak suap makan tu,
rasa panas lubang hidung.
Peluh macam apa lagi kami masa ni.
Agak potong la mood nak makan.


Antara semua makanan,
aku paling suka onde-onde ni.
Sedap!
Yang ni ja aku makan berselera pun. 
Haha

Air free flow.
Ada air gas macam-macam jenis.
Yang tu paling banyak kami refill.
Dahaga nok~

So lepas dah makan,
kami nak check in hotel di Hatyai. 

Aku dok berharap biar la
hotel senonoh sikit kan.
Jangan macam di Pattaya.

So, kami check in di
TD RESIDENCE
(Hotel ni dekat dengan 
Asean Night Market).

Tapi bilik dia baq ang,
pintu toilet terkopak,
dinding dengan cat tertanggal,
bumbung pulak ada hitam-hitam
macam kena air tu.
So takdak gambar hotel, faham kan?

Ish! Ish! Ish! Penat dah aku
dengan hotel depa pilih ni.
Harga sama rasanya 
500Baht/night.

Wifi ada.
Tapi masa ni penat 
nak mampuih dah,
tak guna dah wifi tu.

Asean Night Market
pun tak larat dah nak pi.
Cuma sempat ke 7E favourite tu ja.
Huhu

Takpalah Labu, jom la tidur. 
Esok nak balik Malaysia dah.
Happynya aku 
nak balik Malaysia
Allah ja tau.

Selalu aku sedih, but this time,
I'm so darn happy
I'm going back to Malaysia.
Seriously~!
Haha~

Ok good night peeps.
Sambung next entry.
Daaa~

Assalamualaikum..

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....