Tuesday, August 6, 2019

ROADTRIP TO BANGKOK: LAST DAY (Ban Phli Thai Food Yang Sedap)

HATYAI,
SAKOM BEACH
BAN PHLI TAI

Assalamualaikum~
Sawadeekaaaa~


Hari keenam ni,
aku teringin sangat nak
makan roti canai dengan kuah dhal.

Kami pun singgah di satu

restaurant makanan halal ni.



KAK SAH MUSLIM KITCHEN
(Maapla matahari terlebih spotlight)

Kat Thailand ni susah

nak jumpa roti canai ada kuah.
Kalau ada pun kari ayam,
aku teringin dhal.
Specific dak keteringinan aku?
Hahaha

Ingat balik Malaysia nak cari,
tapi alhamdulillah,
rezeki Allah nak bagi.
Last day jumpa jugak.
Walaupun a bit tawar dhalnya,
tapi sebab teringin sangat kan?
Bedal ja~~

Dekat sini jugak ada nasi campur.

Bihun goreng pun ada.
Banyak choice la jugak.
Salah satu tempat breakfast
favorite selain Salma Restaurant.

Dah habes breakfast,
kami pun bertolak ke  
"SAKOM BEACH"





Last destination bagi yang
nak beli ikan masin ka,
telur masin ka, ikan bilis ka.
Sini la tempat dia.



Bagi yang taktau nak beli apa,
aku suggest beli telur masin
dengan ikan masin dalam minyak tu.
Yang dalam bekas dengan 
penutup kuning tu~ 100Baht ja satu.

Uiii~ Sekali goreng...
Bau dia semerbak ooo~
Sila la try anda anda semua~



Aku and adik aku macam biasa,
kami mesti cari udang & 
sotong celup tepung ni.

3 ekor udang tepung tu 
10Baht ja, ada jugak yang 15Baht.
Takdak la besar mana pun udang dia,
tapi ok la dengan harga.

Sotong pulak yang kecik 10Baht,
yang besar 20Baht. 


Cucuk-cucuk ni pun ada jugak.
Harga 15-30Baht secucuk.
Kalau dekat sini, kami suka
sosej cheese & pulut.
Sedap! Try la~
Yes, halal! Don't worry~



Tapi yang paling recommended
adalah ikan sardin bakar dia ni.
3 ekor 100Baht ja.
Dulu adik aku manja-manja
dengan ayah aku depan tuan kedai tu
(manja sebab nak jek lebih)
Dia bagi 5 ekor 100Baht.
Hahaha ikut kemurahan hati dia la.

Ikan sardin ni berlemak sangat.

Tapi kalau bawak balik
 and masuk microwave,
dia jadi keras and tak sedap dah.

So sesapa yang nak beli, 

jangan tunggu lama-lama,
makan ja terus. Hehe

Lepas dah shopping disitu,

Pak Chu bawak kami 
makan kedai sedap dia kata.

Kedai ni terletak dalam

satu kampung di kawasan
NA THAWI.

Nama kampung ni,

BAN PHLI TAI



Kedai dia kecik ja,
tapi sangat bersih,
and makanan dia,
ya Allah sangat sedap!

Sebenarnya aku dah bosan

dengan tomyam dan ikan siakap
dan jugak telur dadar
(surprise~ surprise~)

Dekat sini Pak Chu order 

lain la sikit menu dia.



Tom Sep.
Hot and sour soup.
Dia macam sup campur siam.
Sup siam kan masam dan pedas.
Macam tu la rasa dia.
Ada daging, perut dan paru.
Sedappp sangat~


Ah~~ My favourite ayam bakar.
Aku hadap yang ni ja,
dengan tom sep.
Yang lain tak lalu.
Dua ni pun dah sedap gilss~


 Yang ni tak sure apa.
Macam somtam, 
tapi ada sengkuang, jagung,
epal, tomato & udang.
Semua main ngap ja
tak cakap banyak dah. Haha



Yang ni macam kerabu daging.
Sangat pedasssss~
Sampai keluar habis air mata,
air hidung semua.
Kalau makan tu rasa cam
FUHHHHHHH~~!!
Ha~ Gitu~ Hahaha

Yang bestnya masa makan disini,
lepas habis ja lauk,
Pak Chu tambah lagi,
lepas habis, tambah lagi.
Ayam tu ja 3 kali dia tambah.
Memang puas yakmat la kisah dia~


Lepas habis makan, 
kami dihidangkan 
dengan dessert ni.
Cincau/Lengkong dengan gula melaka.
Letak ais dengan air sikit.
Hah~~ Legaaa~~~~

Sangat sesuai dengan cuaca panas 
badan yang dah panas makan 
menu-menu pedas tu semua.

Lepas semua dah kenyang,
kami pun meneruskan perjalanan 
ke Ban Prakob & singgah
satu kedai yang ada jual
beras siam and beras pulut.
Semua pakat turun,
tapi aku dah jadi ular sawa
dalam van tu~

Shopping la kome~

Aku nak tidooo~

Pukul 5PM kami sampai di border.
Lepas dah cop-cop passport,
kami pun bye bye Pak Chu and geng,
and meneruskan perjalanan
ke rumah masing-masing.

Overall, ok la roadtrip ni.

Cuma hotel ja aku tak puas hati.
Hopefully, pihak pengurusan
boleh lebih peka bab hotel.

Plus, roadtrip ni sangat la penat.
Sebab most of the time 
duduk ja atas van.

Tapi, alhamdulillah,

semua ok, perjalanan pergi 
and kembali selamat.
Yang tu yang penting.

Yang aku suka sangat-sangat

bab roadtrip ni is,
kami boleh tengok tempat-tempat
di Thailand yang jarang orang
datang bercuti.

New experience bagi aku~

And I love it sooo much ❤



Ok lah, setel pun blog kali ni.
Next year maybe kami akan
roadtrip lagi ke Phuket/Krabi 
lagi sekali and singgah Satun.

Kita tunggu dan lihat ja ya~

Hehe 

Assalamualaikum~
Sawadeekaaa~

No comments:

Post a Comment

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....