Tuesday, August 6, 2019

ROADTRIP TO BANGKOK: DAY 2 (Finally in Bangkok)

(ARRIVAL IN BANGKOK, PLATINUM MALL, MBK CENTER CHAOLAY SEAFOOD RESTAURANT & BUDDY MANSION)

Assalamualaikum.
Pagi ni pukul 7AM,
kami dah siap-siap
posing depan bilik.
Sambil tunggu driver yang
mekap lama sangat tu.
Pukul 7.30AM baru keluar bilik.
😆

Lepas semua dah ready,
kami terus menuju ke
KHUN SARAI STATION lagi sekali.


Baru nampak~
Semalam gelap tak
 nampak dia tulis apa.
Tapi yang faham pun yang
 tulisan bawah tu ja~
Hehe

Kali ni nak breakfast dekat
 bangunan sebelah surau pulak.


Ni ha suraunya~
Besar jugak~


Antara gerai yang ada,
 basically makanan dia
sama ja dengan bangunan semalam.


Aku makan KHAOMOK GAI ni
atau nasi briyani ayam. Sedap!
Tapi adik aku cakap
 seasoning dia kuat sangat.
Tapi aku rasa ok ja~


Breakfast abah and mama
ROTI CANAI takdak kuah~

Terpaksa la mintak
 kuah masak merah kedai
sebelah sebab nak menyicah jugak.


Ni makcik pakcik aku punya.
MOI/BUBUR NASI.
Roti canai ada jugak~


Yang ni NASI DAGING MERAH.

Ha~ Alhamdulillah~
Kenyang baq hang~

Oklah, jom kita teruskan
perjalanan ke Bangkok.

JOM PI BANGKOK

Masa dalam perjalanan ke Bangkok,
kami singgah di satu stesen minyak ni
di PRACHUAP KIRI KHAN.
Dekat sini ada satu kedai jual barangan 
dari kulit lembu tak salah aku.


Harga pun murah.
Makcik aku beli kasut
 ni dalam 500Baht ja.
Orang kedai tu buat sendiri.

Semua pakat shopping dekat sini.
Aku?


Aku duduk dalam van, 
sambil menikmati kopi
BIRDY ni, yang abah belikan.

Menyesal?
Of courseeee~~

Huaaaaaa~
*Menangis tepi bucu katil*

Lepas shopping, Pak Chu bukak
Ali Baba Bujang Lapuk dalam van.


Bagus Pak Chu!
Terhibur sat aku dari kesidihan yini~

Sampai ja di PETCHABURI
Jam dah pun pukul 2.30PM.
Semua dah lapar.

So, kami singgah satu kedai ni,
tak salah aku nama dia
MUSLIM PROCHANA RESTAURANT.

Ada nasik campur dengan mee celup.
Jadilah, dah lapar ni, tak kisah apa pun.
Semua ku bedal Jebat!


Aku pun ambik 2 jenis ayam,
dengan telur mata. Lapar kan..

OHHH EMMMM GEEE!!

Ayam kicap ka apa tak tau,
seasoning dia kuat gilaaaaaa!!!
Sampai rasa perit dalam mulut.

Ya hampun, 
trauma Nabila ya Allah~

Nasib baik la sebelah kedai ni
ada stesen minyak yang ada
7 Elevennn~ Ting Tong~


So aku masuk and beli 
JELE' ni and keropok LAY'S.
Jadi la buat lapik perut
kalau kalau lapar balik satgi.

5.30PM, kami sampai ke Bangkok.
1st thing first, cari masjid dulu.
Belum sembahyang ni.
So kami singgah di 
MASJID DARULAMAN.


Memang orang Kedah kena
cari yang Darulaman jugak
ka camna ni? Hahaha

Lepas sembahyang, kami singgah di 
PLATINUM MALL.

Yes, I'm back baby~!


👆
Dulu menyesal tak beli.
Kalini mai balik pun tak beli jugak.
Hahaha

Beg rotan famous~

Dreamcatcher~

Tapi kali ni tak beli apa-apa.
Cuma nak bawak parent
and uncle auntie aku jalan ja.
Sebab dekat sini ada jual baju murah-murah.
Kot la nak beli untuk cucu kannn~


Oh lupa, aku beli jugak
T-shirt sehelai dari kedai RM10.
Baju Deadpool yang aku tak pernah 
tengok pun cerita dia tu. Haha~


Dekat luar Platinum Mall ni,
ada jualan street food Thailand.
Tapi harga dia, mak aiiii~ Mahey naw~

Makanan halal ada,
tapi kena cari logo halal tu la na.

Ada satu kedai jual 
Chicken Cheese Cutlet,
ada 3 piece, harga 200Baht.
Uiii~ Tak mampu le teman~
Nengok aje leee~

Lepas window shopping disini,
kami meneruskan perjalanan ke
MBK CENTRE untuk dinner.


Yeah! I'm back again bebeh~!


Cantik siot~
Hijau yang menenangkan~

Dulu makan dinner di
 Yana Restaurant kan,
kali ni kami makan di
 CHAOLAY SEAFOOD


Pak Chu yang order untuk kami kalini 
selepas persetujuan dari kami semua.

So, kami order.....

Siakap 3 Rasa

Siakap Stim

Prawn Cake
(Rasa macam shrimp nugget KFC.
Tekstur dia la..)

Tomyam Kung

Kailan Ikan Masin

dengan telur dadar.

Semua sekali 2000Baht.
Untuk 6 orang makan.
Boleh la tahan dengan kedai tu,
dengan ikan siakap 2 ekor tu,
prawn cake lagi..

Hehe tadi ayam 200Baht
sikit punya la mahal.
Yang ni ok pulak. Hahaha!
Kedekut betui~

Lepas dah makan malam,
kami pun terus ke hotel.
Mengantuk benor rase~

Kalau ikutkan itinerary,
kami stay di Chaleena Hotel.
Aku excited sebab ada 7Eleven 
& Family Mart dekat dengan hotel.
Tapi maybe hotel tak dibooking awal.
So bilik semua dah penuh.
Mungkin jugak mahal.

So kami dibawak ke 
BUDDY MANSION


Semalam 500Baht.
Rasanya ni salah satu sebab
why we have to sleep here tonight.
Sebab murah~

Redho ja la~

Tapi aku start rasa ralat,
 sebab wifi takdak.
Ada dijual di bawah (kaunter) 
tapi harga 500Baht/day.
Watahe------!!!

Uih~ Sentap baq hang masa ni...

Maafla takdak gambar dalam hotel.
Majuk!
😆

Tapi sejujurnya bilik dia luas and selesa.
Tapi semua barang dalam bilik kena bayar.
Yang free air mineral dengan toilettries.

Dekat luar ada beranda, siap ada ampaian.
So sempat la aku basuh baju.
I have to give credit for the ampaian la~
Not bad la~

Sebenarnya, dekat bawah
Buddy Mansion ni ada mesin basuh.
Yang masukkan duit tu.
Malas dah nak turun, 
basuh guna sabun badan ja lah.


Ni view dari beranda.
Masa ni tak nampak lagi view 
dia yang cantik tu. Haha

Nak tengok view sebenar,
kita tunggu entry next daynya.
Hehe ok good night peeps.

Assalamualaikum~











No comments:

Post a Comment

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....