Wednesday, July 1, 2020

Hatyai With Train (Day 1- Perjalanan & Check in Hotel)

Komuter, Keretapi,
Centara Hotel,
Hamid Restaurant
& Kim Yong Market

Assalamualaikum
Sawadeekaa~

Dah lama tak bersiaran~
Kekdahnyaa~

Ok, nak cerita la sikit,
bulan 12 tahun lepas (2019)
member ajak masuk Thailand.
Nak jalan-jalan Hatyai katanya.
Nak stay sana 3 hari 2 malam.

So, memandangkan aku
tak berani nak drive masuk
ke dalam, kami pun decide 
nak naik train ja dari Alor Setar.

So, nak cerita la sikit
pengalaman jalan-jalan
dengan member ke Hatyai
naik komuter, train and Grab.

Hotel ditanggung, 
so aku tak payah
pening-pening nak 
fikir bab tu dah.



So, dari Alor Setar,
kami naik komuter ke
Padang Besar.
Harga tiket RM4.60 ja.

Masa perjalanan 
tak lama mana pun.
Dalam 45 minit macamtu.
Kami pi hari Ahad,
orang tak ramai sangat.
Nasib baik la.

View sepanjang jalan 
memang cantik.
(Masa di Perlis la)
Tapi tak boleh nak
 tangkap gambar,
sebab ada orang
 dekat kerusi depan.
Satgi dia kata kami 
stalk dia pulak.
Mampuih~ 😁

So, elok ja sampai 
Padang Besar,
kami turun di Platform 1.
Semua urusan cop border 
semua di platform 1.



Disebabkan kami sampai awal,
jadi kami lepak di
 kafeteria dekat tingkat 2 dulu.

Ada nasi lemak and kueh-kueh.
Boleh la sarapan dulu
sementara tunggu train sampai.


Kaunter tiket pulak ada dekat 
hujung bangunan dekat 
sebelah platform 1 ni.



Tiket masuk Hatyai
dari Padang Besar ni,
cuma 50Baht ja satu,
or RM8 kalau takdak duit Siam.

Waktu operasi train
(waktu Malaysia):

Padang Besar ke Hatyai
9.55am dan 4.40pm

Hatyai ke Padang Besar
8.30am dan 3.00pm


Kaunter cop borderpass/passport
dibuka pukul 9.30am.
Nanti bila dah beratur nak
cop borderpass/passport tu,
akan kena isi 1 borang putih.
Ada yang akan distribute dekat 
kawasan platform 1 tu.
Boleh upah orang isikan
untuk RM 2 rasanya per head.
Or boleh ja isi sendiri.



Nanti lepas dah cop-cop semua,
kita akan keluar ke Platform 2.
Oh ya, stesen komuter dan
keretapi ni di bangunan 
yang sama tau.
Tak payah jalan mana-mana dah.
Kalau agak blur sangat.
Tanya ja sesapa dekat situ.
Malu bertanya sesat jalan orang kata.
😁



Selesai urusan cop-cop semua,
 keretapi legend Siam
dah tunggu diluar.
Tangkap la gambar 
seround dua dulu.
Bukan selalu naik keretapi
legend ni..



Rahullll~~~~!!!
(Bajet Anjali 😂)

Masa kami naik tu free seat.
Mungkin sebab orang tak ramai.
Boleh la duduk seat sorang satu.


Seat dia menghadap 
each other macam ni.


Dalam pun pakai kipas pusing ja.
Haha tapi tingkap terbuka luas.
So, tak la panas.

Seronok la kekdahnya,
kalau dah jenis perak (perghak)
macam aku ni.
Last naik train ke Siam pun
zaman sekolah dulu.
Mana tak syok...

So aku dengan member
masing-masing 
duduk tepi tingkap.
Tapi masa separuh jalan,
ada labah-labah besar keluar
dari celah tingkap tu.
Tanjat gegirl~
Nasib baik bukan spisis
geli labah-labah.
Hahaha~




View-view sepanjang jalan
nak ke Hatyai.


Belakang rumah orang pun boleh.



Ni di stesen Padang Besar
sebelah Thailand punya.
Ada satu ja perhentian.
Lepas tu dia akan straight ke Hatyai.


Finally~~~
Selepas lebih kurang 
sejam dalam train tu,
sampai jugak ke Hatyai Junction!
Kami terus serbu satu stall
yang jual simkad Thailand.
Sebab kami berdua ni
jenis jalan sendiri-sendiri,
takut hilang, satgi nak balik,
susah nak deal, tunggu dimana.



Lepas beli simkad,
kami keluar ja dari stesen,
dah ramai uncle 
TukTuk menunggumu.
Semua berebut nak suruh naik
Tuktuk depa...
Pilih ja mana berkenan~ 😉

Kami stay di Centara Hotel.
Kalau jalan kaki dari 
Hatyai Junction cuma 10 minit.
Tapi gatai nak naik TukTuk kan.
Kena la tibai sorang 30 bath.
Haha


Sementara tunggu kawan aku
uruskan hal-hal check in,


Dapat la complimentary drink ni.
Chrysanthemum tea..
Alhamdulillah~


Cantik kekdahnya,
kena la tangkap gambar.


Ni bilik untuk 2 orang.
Bilik luas dan selesa.
Katil and bantal lembut.
(Free lagi~ 😂
Ah~~~ 
Vacation mood: On!)


Complimentary drink dalam bilik.
Dalam kotak yang ada nama aku tu,
ada kopi and teh.



Lotion dalam toilet.
Lotus flower body lotion.
Ada dijual kalau nak beli.
Bagitau ja pihak hotel.



Syampoo &sabun
lotus flower jugak.


Suka sangat aku
dengan bilik ni.
Recommended!
Tapi taktau harga 
semalam berapa.
Rasanya RM200++/night.

Lepas check in,
kami terus turun untuk lunch.
Selalu kalau mai dengan family,
kami akan makan di 



Tapi kalini rasa nak makan di
Hamid Restaurant pulak.

Makanan sedap.
Harga pun boleh tahan.
Sama ja dengan Salma.



Kawan aku makan 
bihun tomyam.



Aku makan nasi goreng 
daging merah ni
dengan telur mata.

Total nasi goreng dengan
kopi o ais RM15 lebih kurang.
Standard la kan..



Lepas makan, 
kami berjalan kaki ke
Kim Yong Market
sebab member aku nak
beli gajus untuk family dia.



Ada macam-macam jenis
grade gajus ni pun.
Kita boleh rasa dulu sebelum beli.
Aku takdak niat nak membeli pun.
Tapi sebab rasa besalah
bukan main lagi semua gajus aku rasa,
so aku ambik jugak satu.


Untuk mama & abah dirumah.
Baikkan aku?
Hahahaha



Ada jugak udang pedas ni.
Tapi tak sure pulak berapa.




Baby crab pun ada.

Lepas shopping gajus,
of course aku kena singgah 
kedai keramat, 7 Eleven dulu.
Nak beli pencuci muka
dengan makanan-makanan segera tu.



Beli pencuci muka dengan
deodorant ni dulu.
Satu 590 baht ja.
Saja teringin nak shopping.
Haha

Makanan nanti aku buat blog lain.
Hehe nak himpun bebanyak dulu.

Selesai ja shopping,
kami naik bilik dulu untuk
solat dan rehat-rehat.
Sebab petang pukul 5pm (Thai) 
kami nak ke 
Khlonghae Floating Market.

Ok ok, jom sambung sebelah.. 












No comments:

Post a Comment

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....