Wednesday, July 1, 2020

Hatyai With Train (Day 2- Dimsum Chabura)

Assalamualaikum,
arun sawad..

Hari kedua ni,
kami decide nak breakfast
di Dimsum Chabura.

Memang itu la highlight
trip kami ni sebenarnya.
Haha nak makan dimsum.


DIMSUM CHABURA
Khlonghae, Hatyai District,
Songkhla, 90110, Thailand.

Buka dari 6am-2pm (Thai)

So, pukul 6am (Thai)
kami pun la turun dari hotel.
Ingat nak turun awal lagi,
sebab katanya selalu ramai orang.
Maybe time weekend ja kot.
Kami pergi hari Isnin.
Berebut with each other ja lah~
Haha

Dekat bawah hotel
penuh TukTuk tengah tunggu.
Siap tanya, 
"Chabura? Chabura?"
Tapi TukTuk agak mahal.
So kawan aku decide 
nak cari Grab again.
Murah sikit la dari TukTuk.


Sambil tunggu grab,
sambil cuci mata tengok
kek-kek yang ada dijual
di bawah hotel ni.

Ya ampun,
sabor~ sabor~

Dah~ Dah~ 
Jom pi Chabura.
Kita makan sampai pengsan!


Kedai dimsum ni ada dua.
Satu yang baru, satu yang lama.

Yang kami try ni kedai baru.
Luas and selesa tempat makan dia.
Tapi orang cakap tak banyak
pilihan macam kedai lama.

Kedai lama and baru
sebelah menyebelah ja.
So dimana Grab berhenti,
dekat situ la kami tuju.
Tak nampak dah kedai lama tu.
Nampak bekas dimsum
tingkat-tingkat tu ja 😂

Tak sabaq weyyy~


Bekas kecik 15 baht saja,
bekas besar 20 baht.
Sangat murah bagi aku.


Dimsum ni dimakan dengan 
sos-sos dalam 3 botol tu.
Ada manis, masam dan pedas.
Ada yang cakap dia ajar
cara nak campurkan 
sos bagi sedap.
Tapi masa aku pi, 
depa buat derk ja..
😞

So kami main campur ja.
Masam sangat aku buat.
Last-last makan saja,
tak cicah sos pun 😂

Ada banyak sangat 
pilihan sebenarnya.
Taktau la kedai lama 
banyak macam mana.
Dekat sini pun dah 
bepinau mato den nak milih.. 
Hahaha


Tapi dia punya mix tu
aku macam tak berapa faham.
Ada salmon and ayam,
udang and ayam.
Ada jugak telur setengah masak,
tapi sebabkan dia letak dalam
peti yang sejuk tu, 
kita kena stimkan sekali.
Bila dah stim,
 telur tu dah fully cook.
So, tak best!
Ka aku yang tak reti makan? 
😅


Udang dengan pau-pau 
comel-comel ni semua 20 baht.


Kueh pau bentuk durian ni
bukan inti durian tapi inti kaya.
(Staff kedai bagitau.
Aku tak makan durian.
Tak berani nak ambik)


Kueh pau bentuk 
lembu comel kaler pink ni,
pau bandung katanya.
Inti dia macam custard bandung.
Sedap! Aku suka la~


Ni pau green tea.
Aku ambik sebab ada
yang recommend.
Tapi aku tak berapa suka.
Rasa dia pelik sikit bagi lidah aku.
Rambut sama hitam kan.....
(sambung sendiri 😂)

Ada jugak jual makanan lain.


Ada lukchup and miangkham.


Ada pulut mangga
dengan pulut warna warni.
Pulut 6 benua ka ni? Haha

Kalau nak makan nasi goreng
or nasi kerabu or tomyam
or daging bakar Danok 
or otak-otak pun ada.
(Berapa banyak OR daaa~)

Roti canai pun ada.


Aku teringin roti pisang ni.
Sedap tapi pisang dia
tak banyak sangat.
Pisyang~
Tapi tengok la presentation dia,
cantik tau~ 
Bunga tu masa makan
kena selit dekat telinga tau.
Wajib!
(Tolong la ada yang percaya 🙈)




Yang ni lagiiii wajib..
Teh ais Thailand and
green tea~ 😍
Sedap wey~



Ni antara dimsum yang ada.

Masa kita tengah pilih-pilih
dekat peti dia tu kan,
dia punya staff akan 
recommend dekat kita 
yang mana yang paling famous.

So, semua dimsum ni
di recommend kan oleh dia.
So aku ambik ja semua, nak rasa. 
Pueh hati den~
Kopak akak dik!
#marhaen



Yang atas tu salmon and ayam,
tepinya udang dan suhun,
bawah tu tak sure dah aku.
Main ambik ja~



Ni yang paling direcommend
oleh staff-staff.
"Orang Malaysia suka ini", dia kata.

Sedap!! Aku suka sangat.
Macam prawn dumpling tu.
Har gow ka apa nama dia.
1 bekas ada 2 ketul ja, 
ni aku gabungkan dalam 1 bekas.


Ni pulak pulut ayam.
Sedap jugak.




Tengok la tu, 2 orang makan.
Bukan main lagi lupa diri.
Hahaha tapi bagi aku ni
masih level biasye-biasye ni.



Last-last kena
 bungkus bawak balik.
Siap bungkuskan 
sos lagi kedai ni.
Memang terbaik 👍

Aku ambik roti pisang,
green tea dengan dimsum
tu semua, kena dalam 300 baht.

Ok la bagi aku,
kenyang sampai malam uols!

Lepas ni kalau sempadan  
dah buka balik,
aku nak pi lagi!

Tolong la~ Teringinnnn~
😢

Sebelah kedai ni,
ada 7 Eleven.
Masa tengah baik punya
menyopping,
tiba-tiba ada sorang 
pakcik ni tegur.

"Dari Malaysia?"

Rupanya dulu dia pernah
mengajar di Pahang.
Sekolah pondok tak salah aku.
Sekarang dia bawak Grab.
Dia offer nak bawak
kami ronda-ronda Songkhla.

Tapi member aku teringin 
nak tengok Masjid Songkhla ja.
So dia ambik 300 baht.
Pergi ke masjid then dia
hantar balik ke hotel.

Ok la tu bagi aku.
Masih murah dari naik TukTuk.
Lagipun, kawasan Chabura ni
tak banyak sangat TukTuk.
Nasib terjumpa pakcik tu.

Jadi, jom la kita sambung 
jalan-jalan di sebelah.
Jom! Jom! 😄












No comments:

Post a Comment

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....