Saturday, October 10, 2015

EXPLORING PENANG 6: NASI CAMPUR DI PENANG

Penang memang famous
 dengan nasi kandar dia.
Masa aku p sana dengan adik aku, 
kami pusing se Penang nak cari nasi campoq.
Bila jumpa terlepas pulak. 
Asik-asik nampak kedai nasi kandar.

Tapi dh tengah hari ni mesti la 
nak cari nasi campoq jugak. 
Huhuhuhu ada banyak ja.
Cma kalo spisis cam aku jenis bawak 
cam F1 memang tak dapek la dik.
Las-las makan KFC Green Curry 
sebab lapowww sgt baq hang.

Ada yang aku dapat singgah makan, 
ada yang aku singgah kedai tutup
ataupun tak redi lagi.
So aku bagi nama kedai ja la no.

'Tapi takdak la banyak mana.
Yang aku besa p pon 3 kedai ja.
Huhuhuhu

Tapi boleh la kalo nak jadi guide
pada sapa2 yang teringin 
nak makan nasi campoq tu.

RESTORAN LIDIANA, 
TANJUNG BUNGAH
No.5, Arked Tanjung Bunga


Lokasi restoran ni dekat dengan
Masjid Terapung di Tanjung Bungah.
Kira berdepan betui la dengan Masjid.

Masa 1st time aku pi cari memang
tak jumpak pun.
Rupanya depan masjid tu,
seberang jalannya.
Ada satu jalan cam kena naik
bukit skit, ada medan selera
dekat situ.
Baru la jumpak kedai ni.

Lauk dia memang banyak.
Tapi aku sempat snap skit ja gambaq,
sebab abang kedai tu tanya,
"Awat tangkap gambaq dik?"
Aku cakap, nak boh blog bang.
Oooooo, dia pun bagi kad nama.
Sebab malu depa tanya aku pun
tak tangkap dah gambaq.
Hahahaha...

Tapi masa aku pi makan sini,
ada cameraman and krew2
dok rakam gambaq lauk 
kedai depa ni.

Tak tau la untuk apa.
Tapi sini memang banyak 
lauk-lauk dia.
Memang puaih la makan sini.
Recommended!



NASI PADANG MINANG,
No. 92, Transfer Road, Penang
Dia bawah Hotel International.


Kalo nak cari kedai ni thru WAZE, 
bleh la taip nama Hotel tu.
Sini parking susah skit. 
Aku pun parking dekat Caltex 
depan kedai makan tu.

Tapi, unlucky for me, 
masa sampai tu makanan belum siap.
Ada dalam 10% ja yang dah siap. 
Tu pun ayam goreng and sayur-sayur.

Huhuhuhu tapi apa yang aku
 baca from other bloggers,
Kedai ni memang sedap.
 Lauk dia banyak jenis.
Katanya bukak seawai 10.30 pagi.
Tapi kalo nak elok tu kul 11.00 lebey la kot.
Cumanya nanti parking la susah skit. 
Huhuhu

Nanti kita sama-sama try na.

Tapi yang paling banyak masakan 
kampung/Melayu ni kan
Adalah kat Teluk Bahang.
Especially line nak ke Taman Negara tu.

Aku dengan adik aku asainya nak 
makan dekat kedai nasi Padang tu,
disebabkan makanan belum siap, 
so aku pun nak pegi la
 ke Restoran Lidiana tu.
Arakian kalo da bawak 
keta ala-ala Schumacher kan,
 harusla terlepas.

So aku cakap ngan adik aku,
 kita pergi je la kawasan Teluk Bahang.
Mungkin ada. 
Sekali masa on the way hujan lebat da.
Aku punya fokus kat jalan sampai 
tak sempat nak reling kedai makan.

Sampai ja Tanjung Bungah terus 
kami singgah boh minyak.
Adik kedai minyak tu cakap 
dekat Teluk Bahang banyak.
Apa lagi terus menuju ke sana.

KEDAI MAKAN MELATI
Teluk Bahang, Penang


Tu la ubi kentang feveret aku.
Carrot pun ada. Adoila lapaqqqq~!



Boleh la kan.
 Lauk dia memang tak sebanyak 
Minang dengan Lidiana tadi.
Tapi masakan dia memang sedap abes.
Ka pasai aku tengah lapaq.

Tapi aku rasa pasai masakan dia 
memang kena dengan selera aku.
Aku amek ayam masak kicap, 
ubi kentang dengan 
sotong goreng kunyit.
Oh dengan nescafe ais.
 Semua dalam RM 8 macam tu.
Ok la kan untuk lauk
banyak macam tu.
Huhuhu

Ok sila la singgah kedai ni.
Tapi gerai biasa ja la.
 Janji sedap.

Bukan apa, aku mai Teluk Bahang 
ni pasai nak p Toy Museum.
Seb bek ada kedai Melati ni, 
kalo dak habeh mainan kat 
museum tu kena kokak.
Kehkehkeh berani plak kannnnnn~

Kawasan ni memang banyak kedai
nasi campoq dan masakan melayu.
Sedap sebab dia punya masakan
tu adalah masakan kampung.

Ada a few kedai lagi di kawasan ni
yang menjuai nasik campoq jugak.
Pandai-pandai la cari no.

Aku try 2 kedai ja.
Melati dengan kedai 
sebelah dia.
Memang dua2 sedap.

Ni ja la kedai-kedai yang
aku tau.
Yang dalam pulau.
Dan kedai dia pun agak jauh
dari pekan, melainkan
Nasi Minang tadi.

So, sapa2 yang bawak keta
pi Penang tu yang teringin
nak makan nasi campoq
boleh la try kedai2 ni.

Ada lg 1 yang famous
tapi kedai ni betui-betui 
exit Tol Sungai Dua.
Terletak di sebelah kiri jalan.

RESTORAN GULAI  SEMBILANG,
Sungai Dua

Sini pun lauk dia banyak.
Sori takdak gambaq.
tapi tak susah nak cari.

Aku memang suka ikan
sembilang nih.
Memang bes la dah 
kalo jumpa kedai camni.
Huhuhu

Ok tu ja yang aku bleh cita.
So hampa boleh la mai try sniri.
Ok, nanti kita sambung lagi entry
pasai Penang nih.

Ok, assalamualaikum!
=D


Wednesday, October 7, 2015

HATYAI WITH THE REST OF MY SIBLINGS


Al kisahnya, abah aku rasa bersalah
kami pi Phuket tak bawak 
2 orang lagi adik aku.
So, lepas 2 minggu balik dari Phuket.
We are preparing ourself for 
another journey to Hatyai & Songkhla~!
Yeay!!!

Walaupun cuma 2 hari, 1 malam ja. 
Jadi la nakkkkk...
Ubat rindu katanya.. Ekeleh!

So, dalam pukui 8.00pg tu kami 
pun bertolak ke Bukit Kayu Hitam again.
Kali ni abah kata nak buat 
lain dari yang lain.

Pelik jugak. 

Rupanya nak pi masuk Siam dengan teksi. 
Tu ja pon. Hahaha 
Seakan akan backpacking la kunun.

So kereta di park di dalam 
KOMPLEKS BEBAS CUKAI
BUKIT KAYU HITAM

Dalam tu dah berteraboq teksi
& van dok tunggu nak bawak 
kita masuk Thailand.

Drebar kami nama Zakaria.
Dia yang urus kan semua urusan di border.
Kami pi cop borderpass ja.

Dia kata untuk pi ke Hatyai 
dia ambik dalam 800 Bath camtu.
Tapi kalau kami nak dia jadi tour guide
sepanjang kami ada sana. 
Bayaq kat dia 3500 Bath/ RM350.

Dia akan bawak gi 
tempat makan halal,
jalan-jalan Songkhla, 
ronda-ronda Hatyai,
dan bawak kami balik 
ke Bukit Kayu Hitam.

Kiranya perjalanan di sana semua
dia yang urus, cuma habaq nak pi mana ja.
Dia kata, "Duit Bath, duit Malaysia takmau"
Masa ni duit Malaysia dah rendah dari Bath.
Hmmmmm~

Masuk ja Siam, dia teruih bawak kami
jalan-jalan di kawasan Songkhla.
Selalu kalau mai sini dengan rombongan,
depa akan bawak straight ja pi 
SAMILA BEACH,
TANG KUAN HILL
& DRAGONHEAD STATUE.

Tapi, Zakaria ni bawak kami jalan-jalan
dalam kawasan perkampungan
tepi laut sambil tengok view-view 
yang menarik & menenangkan.
Huhuhuhu

Lain la sikit dari yang lain.
Pastu dia bawak kami makan di
gerai-gerai tepi laut berdekatan 
dengan Songkhla University.

Memang seronok makan tempat ni,
sebabnya angin laut dia tu..
Huhuhu ditambah dengan pasir putih,
pantai bersih, angin sepoi-sepoi bahasa.



Kawasan Songkhla ni banyak 
universiti, jadi makanan dia agak
murah & ada 1 perkampungan
nelayan Islam, Kao Seng Village.

Jadi makanan halal pun banyak di sini.
Kami pernah singgah makan
dan sembahyang di sini.
Lepastu dia bawak kami pi
Samila Beach untuk lepak-lepak.


Makan aiskrim Nyoq/Kelapa tepi pantai.
Disebabkan adik lelaki aku 1st time
mai sini, aku pun teman la
dia tangkap gambaq dengan mermaid.
Huhuhu

Apa hal la adik aku sorang ni~

Haha kat sini ada orang juai
buah-buahan, yang paling
sedap di Thailand ni yang aku
suka makan is nenas dia.
Sebab manis sangat. Sedap!
Teloq pun depa juai.
Ada teloq rebuih dengan
teloq pindang ka nama dia.


Pastu di Samila Beach ni jugak hampa
boleh naik kuda di tepi-tepi pantai.
Ada jugak orang juai kuda kepala
angguk-angguk tu.

Gambaq curi ja mampu,
sebab kalo kalih nak tangkap
ja satgi dia suruh beli 1.
Nak buat pa kan.. 
Dok lawan angguk ja satgi.
Hahaha



Dan opkos ada banyak cenderahati 
dalam bentuk mermaid.
Huhu


Topi-topi pn ada juai.
Harusla kalo dah mai tepi pantai ni.

Lepas makan-makan, Uncle Z teruih 
bawak kami ke 1 hotel yang terletak
di tengah pekan Hatyai, nama
YONGDEE HOTEL.

Hotel ni wifi dia cuma di lobby.
Mintak password dekat auntie kaunter.
Famili aku kalo mai Hatyai
memang akan tidoq di hotel ni 
atau hotel sebelah menyebelah dia.
Hotel lama ni.

So, memang biasa-biasa ja.
Aku bagi 2 1/2 star ja kot.
Semalam cuma RM90.
Huhuhu murah le tew.

Bilik family room
 dengan 2 queens bed.
Selesa ya amat. 

Bagi aku sangat ok dan memadai.
Kalo hampa nak selesa lagi dan ada star skit,
bleh la pi try di kawasan Lee Garden Plaza.

Macam yang aku cadangkan 
di 1st entry pasai Hatyai ni.
Situ banyak hotel 3-4 bintang.
Lagipun malam-malam memang 
situ la tempat lepaknya.
Banyak orang juai makanan 
& barang-barangan menarik.

Tapi, petang pukui 5 abah suruh
Zakaria mai amek kami untuk ke
KHLONGHAE FLOATING MARKET.
Kami memang suka sungguh mai sini. 
Bukan mai beli apa pun.
Saja jalan-jalan.


Macam aku cakap dulu,
makanan dalam sampan adalah 
HALAL
Sebab Majlis Agama Islam depa 
takkan benarkan depa berniaga
kalo takdak sijil Halal.


Kat sini ada 1 kueh favourite aku.
Tak tau nama pa.
Camni la rupa dia.
Macam kueh cara, 
tapi ataih dia taboq nyoq/kelapa parut.

Dulu masa aku pi dengan kawan-kawan
depa taboq gula. 
Yang tu pun sedap jugak.
Lagi 1 ada chicken/ beef barbeque.
Aku suka sos dia. 
Sedap.


Lepas makan-makan 
kami pun berjalan-jalan 
di sekitar market ni.
Tengok barangan yang depa juai.


Kami jarang keseberang titi,
rupanya baru lepaih Songkran Festival.
Sayang la mai lambat.
Kalo dak boleh main tembak-tembak ayaq.
Hahahaha


Masa kami ke seberang titi tu
dapat la tengok cengkerik goreng
dan kueh mueh yang depa juai.


Ni ada Thais crepe
dengan sosej yang 
dibalut dengan pancake.


Pastu ada kedai jual aromalamp.
Memang bes.
Lampu tu bleh letak 
minyak aromaterapi.
Satu lampu 100 Bath, 
Aromaterapy Oil 25 Bath.


Barangan lain yang dijuai
termasuklah t-shirt
Couple T, dan tshirt untuk 1 family
dari mak bapak ke baby.

Ada jugak topi-topi,
dan souvenir untuk hampa 
beli & bawak balik ke rumah.

Lepas snap a few pics,
kami pun beransur la ke
Lee Garden Plaza
untuk beli makanan.


Macam besa favourite aku,
nasi goreng seafood, 
teh ais 7E & ayam goreng.

Ni kedai nasi goreng tu.

Ni plak kedai aym goreng feveret tu~

Parents aku makan nasi lemak
dan pulut pelam/mangga.

Ni kedai nasi lemak tu.
Betui-betui di kawasan
 Lee Garden Plaza.

Nak shopping memang dak dah la.
Sebab pagi-pagi kami suka
pi shopping di Hatyai Plaza.
Balik hotel, makan-makan,
tidoq, sebab esok nak bangun awai.

So pagi esoknya kami bangun
Dan teruih pi ke 
SALMA RESTAURANT.

Kena bertanya skit kalo
Hampa nak try mai restaurant ni.
Dia dalam kawasan tu jugak.
Cuma kena jalan kaki sikit.

Restoran ni ada wifi.
So kalo makan tu amek masa skit.
Sebab nak upload status lagi,
nak makan lagi. 
Hahahaha

So macam biasa kalo mai sini
aku suka makan western 
style breakfast.
Termasuklah adik aku yang bongsu.
Ni memang geng aku.

Aku suka makan yang ni~

Adik aku suka makan yang ni~

Kalo adik aku yang laki
wajib ada nasi lemak.

Kalo mak bapak aku plak
suka makan roti canai.

Kalo adik aku yang lagi
soranx tu mesti ada bubur ayam.


Di Hatyai Plaza, 
di bahagian belakang tu
ada satu bangunan lama
macam market skit.

Tingkat 2 market ni ada
jugak tempat makan.
Ada 2 bahagian, 
satu halal, satu lg dak.

Lepaih shopping t-shirt (again)
sorang satu, adik-adik
aku beli kasut & beg nak 
pi kelas, aku tak dapat dah,
sebab masa pi Phuket aku
dah belanja banyak.
Hahahaha 

Tapi dapat gak 1 tshirt 
TUK TUK.
Jadi la wey. 

Janji tak balik tangan kosong.
So dah habeh shopping.
Abah pun call Zakaria
menggunakan talipon di 
kaunter receptionist.
Dia kata lambat sikit,
YEM! (jem)
Depa ni yang Y bunyi J,
Yang J bunyi Y.
Pelik kan. 
Cth:- Jem jadi Yem,
GaJah jadi GaYah.
Huhuhu

Masa dia sampai,
dia tanya, takmau tengok gayah ka.
Hahaha 
Takmau aih...
Tak larat tengok dah.

So disebabkan kami bayaq dia 
dah mahai naw,
dia bawak la kami jalan-jalan
Pekan Hatyai.

Ronda-ronda ja.
Tengok pemandangan.
Huhuhu

Masa sampai ja di Danok,
Abah nak pi makan di
RESTORAN NURLAILA.

Ni antara restoran yang
Famous di Danok dikalangan
Orang Islam.
Ni antara lauk yang kami makan.

Asparagus Goreng

Kerabu Sotong

Siakap 3 Rasa

Daging Masak Merah

Telur Dadar

Tomyam Campur

Sup Tulang
Tu cabai dia.. Berenang renang.
Haha

So dah makan kenyang-kenyang
mula la perjalanan balik ke
Aloq Staq balik.
Huuuuu..
Again, so sad.
Sebab cuti dah abeh.


:(

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....