Penang memang famous
dengan nasi kandar dia.
Masa aku p sana dengan adik aku,
kami pusing se Penang nak cari nasi campoq.
Bila jumpa terlepas pulak.
Asik-asik nampak kedai nasi kandar.
Tapi dh tengah hari ni mesti la
nak cari nasi campoq jugak.
Huhuhuhu ada banyak ja.
Cma kalo spisis cam aku jenis bawak
cam F1 memang tak dapek la dik.
Las-las makan KFC Green Curry
sebab lapowww sgt baq hang.
Ada yang aku dapat singgah makan,
ada yang aku singgah kedai tutup
ataupun tak redi lagi.
So aku bagi nama kedai ja la no.
'Tapi takdak la banyak mana.
Yang aku besa p pon 3 kedai ja.
Huhuhuhu
Tapi boleh la kalo nak jadi guide
pada sapa2 yang teringin
nak makan nasi campoq tu.
RESTORAN LIDIANA,
TANJUNG BUNGAH
No.5, Arked Tanjung Bunga
Lokasi restoran ni dekat dengan
Masjid Terapung di Tanjung Bungah.
Kira berdepan betui la dengan Masjid.
Masa 1st time aku pi cari memang
tak jumpak pun.
Rupanya depan masjid tu,
seberang jalannya.
Ada satu jalan cam kena naik
bukit skit, ada medan selera
dekat situ.
Baru la jumpak kedai ni.
Lauk dia memang banyak.
Tapi aku sempat snap skit ja gambaq,
sebab abang kedai tu tanya,
"Awat tangkap gambaq dik?"
Aku cakap, nak boh blog bang.
Oooooo, dia pun bagi kad nama.
Sebab malu depa tanya aku pun
tak tangkap dah gambaq.
Hahahaha...
Tapi masa aku pi makan sini,
ada cameraman and krew2
dok rakam gambaq lauk
kedai depa ni.
Tak tau la untuk apa.
Tapi sini memang banyak
lauk-lauk dia.
Memang puaih la makan sini.
Recommended!
NASI PADANG MINANG,
No. 92, Transfer Road, Penang
Dia bawah Hotel International.
Kalo nak cari kedai ni thru WAZE,
bleh la taip nama Hotel tu.
Sini parking susah skit.
Aku pun parking dekat Caltex
depan kedai makan tu.
Tapi, unlucky for me,
masa sampai tu makanan belum siap.
Ada dalam 10% ja yang dah siap.
Tu pun ayam goreng and sayur-sayur.
Huhuhuhu tapi apa yang aku
baca from other bloggers,
Kedai ni memang sedap.
Lauk dia banyak jenis.
Katanya bukak seawai 10.30 pagi.
Tapi kalo nak elok tu kul 11.00 lebey la kot.
Cumanya nanti parking la susah skit.
Huhuhu
Nanti kita sama-sama try na.
Tapi yang paling banyak masakan
kampung/Melayu ni kan
Adalah kat Teluk Bahang.
Especially line nak ke Taman Negara tu.
Aku dengan adik aku asainya nak
makan dekat kedai nasi Padang tu,
disebabkan makanan belum siap,
so aku pun nak pegi la
ke Restoran Lidiana tu.
Arakian kalo da bawak
keta ala-ala Schumacher kan,
harusla terlepas.
So aku cakap ngan adik aku,
kita pergi je la kawasan Teluk Bahang.
Mungkin ada.
Sekali masa on the way hujan lebat da.
Aku punya fokus kat jalan sampai
tak sempat nak reling kedai makan.
Sampai ja Tanjung Bungah terus
kami singgah boh minyak.
Adik kedai minyak tu cakap
dekat Teluk Bahang banyak.
Apa lagi terus menuju ke sana.
KEDAI MAKAN MELATI
Teluk Bahang, Penang
Tu la ubi kentang feveret aku.
Carrot pun ada. Adoila lapaqqqq~!
Boleh la kan.
Lauk dia memang tak sebanyak
Minang dengan Lidiana tadi.
Tapi masakan dia memang sedap abes.
Ka pasai aku tengah lapaq.
Tapi aku rasa pasai masakan dia
memang kena dengan selera aku.
Aku amek ayam masak kicap,
ubi kentang dengan
sotong goreng kunyit.
Oh dengan nescafe ais.
Semua dalam RM 8 macam tu.
Ok la kan untuk lauk
banyak macam tu.
Huhuhu
Ok sila la singgah kedai ni.
Tapi gerai biasa ja la.
Janji sedap.
Bukan apa, aku mai Teluk Bahang
ni pasai nak p Toy Museum.
Seb bek ada kedai Melati ni,
kalo dak habeh mainan kat
museum tu kena kokak.
Kehkehkeh berani plak kannnnnn~
Kawasan ni memang banyak kedai
nasi campoq dan masakan melayu.
Sedap sebab dia punya masakan
tu adalah masakan kampung.
Ada a few kedai lagi di kawasan ni
yang menjuai nasik campoq jugak.
Pandai-pandai la cari no.
Aku try 2 kedai ja.
Melati dengan kedai
sebelah dia.
Memang dua2 sedap.
Ni ja la kedai-kedai yang
aku tau.
Yang dalam pulau.
Dan kedai dia pun agak jauh
dari pekan, melainkan
Nasi Minang tadi.
So, sapa2 yang bawak keta
pi Penang tu yang teringin
nak makan nasi campoq
boleh la try kedai2 ni.
Ada lg 1 yang famous
tapi kedai ni betui-betui
exit Tol Sungai Dua.
Terletak di sebelah kiri jalan.
RESTORAN GULAI SEMBILANG,
Sungai Dua
Sini pun lauk dia banyak.
Sori takdak gambaq.
tapi tak susah nak cari.
Aku memang suka ikan
sembilang nih.
Memang bes la dah
kalo jumpa kedai camni.
Huhuhu
Ok tu ja yang aku bleh cita.
So hampa boleh la mai try sniri.
Ok, nanti kita sambung lagi entry
pasai Penang nih.
Ok, assalamualaikum!
=D
No comments:
Post a Comment