Pagi ni kami dah nak
check out hotel.
Rasa sedih la plak,
sebab 2 hari duduk sini,
rasa seronok pulak. Huhuhu
Kami pun di bawak breakfast di
satu kedai ni yang menjuai
macam-macam jenis makanan.
Pilih saja, kueh mueh pun ada,
goreng-goreng pun ada.
Aku pun makan nasi briyani,
dengan gulai ayam.
Rasanya nasi briyani.
And aku amek 1 gula melaka
yang gula dia tak cayaq (cair) pun.
Huhuhu pastu aku order 1
KAPE YEN.
Hahaha bajet Siam sangat
order dalam bahasa depa.
Last-last dia bagi nescafe ais.
Aku memang tak boleh nescafe ni.
Pening!
Sepanjang perjalanan
aku rasa horrible gila.
aku rasa horrible gila.
Nasi baik la perjalanan jauh.
Aku pun tidur la atas bas seround.
Jadi pagi ni kami nak ke
PANYEE ISLAND pulak.
Atau lebih dikenali sebagai
KOH PANYEE.
Pastu kami akan bermalam di Hatyai.
Perjalanan ke Koh Panyee
memang jauh.
Dari darat ke laut. Huhu
Tapi, memang berbaloi
sebab scenery dia
sangat breathtaking.
Kami kena naik bot
di Surakul Pier,
yang terletak di
Phang Nga Province.
Boleh bergambar dekat sini.
Melalui pemahaman
aku katanya
harga satu boat panjang
yang akan membawa
kita ke Koh Panyee ni dalam
1700 Bath untuk 3 jam.
Satu boat tu muat ramai jugak.
Daripada pier tu
ke Koh Panyee
memakan masa
lebih kurang 1/2 jam.
Tu pun sebab kami berhenti
untuk usha-usha
James Bond Island.
Tak turun pun.
Nak masuk ke James Bond Island tu
katanya kena bayaq 200 Bath.
Pelik no dunia. Semua duit.
Haha
Haha
Sepanjang perjalanan,
kita boleh tengok kawasan paya
dan pulau-pulau batu
yang banyak kat sini.
Siap kena lalu dalam gua lagi.
Best la bagi aku experience yang
aku dapat kali ni.
Sebab aku memang suka kalau
bercuti dapat tengok alam
semulajadi ni.
Tenang rasa.
Koh Panyee ni adalah pulau terapung
yang penduduknya majoriti orang Islam.
Dalam ni ada masjid terapung,
stadium bola terapung, sekolah terapung.
Semua terapung la.
Perkampungan depa~
Sekolah depa~
Al kisah katanya dulu-dulu
ada nelayan-nelayan
dari Terengganu
yang terhanyut dan
tersesat di kawasan ni.
Jadi nelayan-nelayan ni pun
buat la satu perkampungan di sini.
buat la satu perkampungan di sini.
Im not 100% sure la.
Ni apa yang tour guide crita.
Kat atas Koh Panyee ni ada
banyak restoran-restoran dan
kedai-kedai yang menjual
cenderahati dan baju-baju.
Aku masuk ja terus jumpa
baju yang sama dengan
baju yang aku tengah pakai.
Hahahaha
Pastu aku sambaq pulak
baju yang seakan akan dengan
baju aku tu tapi design lain.
Katanya nak masuk pulau ni kena jaga
aurat, katanya lagi, penduduk
marah pakai seksi-seksi.
Biasala nama pun perkampungan Islam.
Kami pusing-pusing jap dalam ni.
dan melawat masjid, stadium
dan sekolah terapung depa.
Budak-budak pulau ni
memang ramah.
memang ramah.
Ikut ja kami berpusing-pusing dalam tu.
Hahahahaa siap tunjuk
mana stadium, mana sekolah,
mana masjid.
mana stadium, mana sekolah,
mana masjid.
Tour guide kecik yang comel.
Masa makan tengah hari.
Kami makan di
PANYEE MUTEARA SEAFOOD
Lauk dia marvelous.
Ada tomyam ikan, siakap 3 rasa,
ketam cili, sotong, begedil ikan
(macam otak-otak pun ada jugak)
telur dadar wajib & sayur campur.
I had a good lunch.
Series best masakan dia.
Aku paling suka
begedil/otak-otak tu.
Aku keja ratah tu ja.
Huhuhuhu
Lepas balik dari Koh Panyee.
Kita akan dihantar ke jeti
tadi balik, dan dekat sini
ada dijual ikan kering,
ikan bilis dan macam-macam
lagi makanan kering.
Boleh la shopping-shopping
sebelum ke Hatyai.
Lepas shopping-shopping
kami pun naik bas dan
meneruskan perjalanan
lagi sekali ke Hatyai pulak.
Another day in bus.
Oh my poor butt~
Tapi kami sempat
singgah di Krabi.
Untuk tangkap gambar dengan
beberapa ekor statue ketam.
Ketam besar and ketam kecik.
Krabi katanya asai dari nama
ketam la KRAB BIG.
Tak tau la betui ka bohong.
Hahaha tour guide tu cakap.
Aku tak berminat sangat
nak bergambar.
Sebab aku ternampak kedai juai
ayaq teh ais marvelous.
So aku pun usha-usha pak aku.
Dia bagi greenlight.
So aku pun order la
air teh ais famous depa.
Teh ais ditangan dah.. Haha
Rupanya yang berniaga
tu budak Kelantan.
Dia meniaga situ pun sbb ada
expo promosi makanan apa tah.
Haritu jugak dia akan
balik Kelantan balik.
balik Kelantan balik.
Huhuhu
Bagus!
Berniaga macam ni la bagus.
Berniaga macam ni la bagus.
Rajin!
Aku respek sangat-sangat!
Aku respek sangat-sangat!
Ok ok maka bermulalah
satu lagi perjalanan yang panjang
Ke Hatyai.
Malam kami sampai di
THE REGENCY HOTEL
Memang dekat dengan
Lee Garden Plaza.
So, malam ni acara
makan-makan bebas.
Aku and family aku
kalo sampai sini
kami mesti beli
ayam goreng tepi jalan tu.
Makan dengan
nasi goreng seafood.
Dan teh ais di 7 Eleven.
Perghhhhh~!
Esoknya pagi-pagi
kami pergi breakfast di
SALMA RESTAURANT.
Aku akan cerita
dalam next entry.
So, lepas kenyang kita
teruih ke Hatyai Plaza.
Shopping tshirt sehelai dua.
Tengah hari kami
teruih check out hotel.
Macam sedey la pulak vacation
dah nak habeh.
Wuuuuuuuuu~~
Pastu drebar ni
bawak kami makan dekat
sebuah kedai yang
jual ayam goreng sedap.
DECHA RESTAURANT
Katanya ayam goreng kat
sini memang dari turun
temurun sedap.
Kiranya fried chicken
paling top la kat Thailand.
Depa la kata.
Kat sini, kami makan
semeja dengan
geng tak makan nasi.
Walaupun jauh di sudut hati
rasa segan nak makan
sebab kita ni spisis makan banyak,
tapi ku letakkan semua itu ketepi
kerana ayam goreng feveret
ada depan mata.
Hahahaha
Betui depa kata,
memang marvelous ayam dia!
Meratah ja la kami.
Siap ada kerabu pelam lagi.
Habeh hati la lunch kali ni.
Lepas makan kenyang-kenyang,
kami pun meneruskan perjalanan
ke Songkla kejap.
Tengok naga lagi sekali.
Lepak-lepak dengan mermaid.
Lepastu petang kami terus
ke floating market.
Shopping-shopping
pastu terus balik
Alor Star balik.
Tapi singgah makan daging bakar
dekat Danok jap.
Pukul 11 malam jugak la sampai rumah.
Bagi aku seronok jugak pergi
Phuket & Krabi ni
Sebab laut dia cantik.
Tapi nak pi jauh jauh
macamtu selalu tak larat la rasa.
Walaupun pergi sana asyik
makan tomyam ja.
Dan lauk dia hampir sama.
Tapi aku memang
tabik spring sebab
memang kesemuanya sedap.
Aku betul-betul
enjoy kali ni.
Walaupun team rombongan kali ni
kawan-kawan bapak aku.
But since my sister aka BFF is here too,
So aku tak rasa la bosan sangat.
Cuma 1 saja yang tak memuaskan hati
dalam trip kali ni.
Ke Patong Beach tu~ Haha
Kawan bapak aku sampai tak mau
berjalan dah takut
nampak yang tak patut.
Hahahaha ok tu ja nak
share serba sedikit
pengalaman bercuti aku.
Kalau ada yang lagi tau tempat best
around Phuket & Krabi
tolong la rekemen sat kat cheq.
Rasa cam tak puaih explore lagi haritu.
Huhuhu
Bahasa Thai yang diajar pada
kami oleh Tour guide:-
Cha Ren (sebut yen) Teh Ais
Cha Ron, Teh Panas
Cafe Ren, Kopi Ais
Cafe Ron, Kopi Panas
May Auw, Tak mau
Auw, Mau
Hong Nam, toilet
Neng~, adik
And a few greetings:-
Ka for girls, Kap for guys.
Sawaadeeka, sawadeekap= Hello
Khob khun ka/kap= Thank you
Sabaideemai= How are you?
Raa tree sawad= Good night.
Yang kelakar:-
Pukitua= Brapa banyak ketam?
(katanya pi Krabi ni
bukan mencarut. Haha)
TUK TUK not tut tut
Malaysian katanya suka sebut tut tut
yang bermaksud montot,
tapi sebutan yang betui
is Tuk Tuk.
Hahahaha depa kata
depa layankan ja
sebab tau most Malaysian
panggey tut tut.
Hahahahaha
Ok la tu ja nak cerita.
Nanti kita jumpa lagi no~
Khob khun kaa for reading this.
No comments:
Post a Comment