Al kisahnya, abah aku rasa bersalah
kami pi Phuket tak bawak
2 orang lagi adik aku.
So, lepas 2 minggu balik dari Phuket.
We are preparing ourself for
another journey to Hatyai & Songkhla~!
Yeay!!!
Walaupun cuma 2 hari, 1 malam ja.
Jadi la nakkkkk...
Ubat rindu katanya.. Ekeleh!
So, dalam pukui 8.00pg tu kami
pun bertolak ke Bukit Kayu Hitam again.
Kali ni abah kata nak buat
lain dari yang lain.
Pelik jugak.
Rupanya nak pi masuk Siam dengan teksi.
Tu ja pon. Hahaha
Seakan akan backpacking la kunun.
So kereta di park di dalam
KOMPLEKS BEBAS CUKAI
BUKIT KAYU HITAM
Dalam tu dah berteraboq teksi
& van dok tunggu nak bawak
kita masuk Thailand.
Drebar kami nama Zakaria.
Dia yang urus kan semua urusan di border.
Kami pi cop borderpass ja.
Dia kata untuk pi ke Hatyai
dia ambik dalam 800 Bath camtu.
Tapi kalau kami nak dia jadi tour guide
sepanjang kami ada sana.
Bayaq kat dia 3500 Bath/ RM350.
Dia akan bawak gi
tempat makan halal,
jalan-jalan Songkhla,
ronda-ronda Hatyai,
dan bawak kami balik
ke Bukit Kayu Hitam.
Kiranya perjalanan di sana semua
dia yang urus, cuma habaq nak pi mana ja.
Dia kata, "Duit Bath, duit Malaysia takmau"
Masa ni duit Malaysia dah rendah dari Bath.
Hmmmmm~
Masuk ja Siam, dia teruih bawak kami
jalan-jalan di kawasan Songkhla.
Selalu kalau mai sini dengan rombongan,
depa akan bawak straight ja pi
SAMILA BEACH,
TANG KUAN HILL
& DRAGONHEAD STATUE.
Tapi, Zakaria ni bawak kami jalan-jalan
dalam kawasan perkampungan
tepi laut sambil tengok view-view
yang menarik & menenangkan.
Huhuhuhu
Lain la sikit dari yang lain.
Pastu dia bawak kami makan di
gerai-gerai tepi laut berdekatan
dengan Songkhla University.
Memang seronok makan tempat ni,
sebabnya angin laut dia tu..
Huhuhu ditambah dengan pasir putih,
pantai bersih, angin sepoi-sepoi bahasa.
Kawasan Songkhla ni banyak
universiti, jadi makanan dia agak
murah & ada 1 perkampungan
nelayan Islam, Kao Seng Village.
Jadi makanan halal pun banyak di sini.
Kami pernah singgah makan
dan sembahyang di sini.
Lepastu dia bawak kami pi
Samila Beach untuk lepak-lepak.
Makan aiskrim Nyoq/Kelapa tepi pantai.
Disebabkan adik lelaki aku 1st time
mai sini, aku pun teman la
dia tangkap gambaq dengan mermaid.
Huhuhu
Apa hal la adik aku sorang ni~
Haha kat sini ada orang juai
buah-buahan, yang paling
sedap di Thailand ni yang aku
suka makan is nenas dia.
Sebab manis sangat. Sedap!
Teloq pun depa juai.
Ada teloq rebuih dengan
teloq pindang ka nama dia.
Pastu di Samila Beach ni jugak hampa
boleh naik kuda di tepi-tepi pantai.
Ada jugak orang juai kuda kepala
angguk-angguk tu.
Gambaq curi ja mampu,
sebab kalo kalih nak tangkap
ja satgi dia suruh beli 1.
Nak buat pa kan..
Dok lawan angguk ja satgi.
Hahaha
Dan opkos ada banyak cenderahati
dalam bentuk mermaid.
Huhu
Topi-topi pn ada juai.
Harusla kalo dah mai tepi pantai ni.
Lepas makan-makan, Uncle Z teruih
bawak kami ke 1 hotel yang terletak
di tengah pekan Hatyai, nama
YONGDEE HOTEL.
Hotel ni wifi dia cuma di lobby.
Mintak password dekat auntie kaunter.
Famili aku kalo mai Hatyai
memang akan tidoq di hotel ni
atau hotel sebelah menyebelah dia.
Hotel lama ni.
So, memang biasa-biasa ja.
Aku bagi 2 1/2 star ja kot.
Semalam cuma RM90.
Huhuhu murah le tew.
Bilik family room
dengan 2 queens bed.
Selesa ya amat.
Bagi aku sangat ok dan memadai.
Kalo hampa nak selesa lagi dan ada star skit,
bleh la pi try di kawasan Lee Garden Plaza.
Macam yang aku cadangkan
di 1st entry pasai Hatyai ni.
Situ banyak hotel 3-4 bintang.
Lagipun malam-malam memang
situ la tempat lepaknya.
Banyak orang juai makanan
& barang-barangan menarik.
Tapi, petang pukui 5 abah suruh
Zakaria mai amek kami untuk ke
KHLONGHAE FLOATING MARKET.
Kami memang suka sungguh mai sini.
Bukan mai beli apa pun.
Saja jalan-jalan.
Macam aku cakap dulu,
makanan dalam sampan adalah
HALAL
Sebab Majlis Agama Islam depa
takkan benarkan depa berniaga
kalo takdak sijil Halal.
Kat sini ada 1 kueh favourite aku.
Tak tau nama pa.
Camni la rupa dia.
Macam kueh cara,
tapi ataih dia taboq nyoq/kelapa parut.
Dulu masa aku pi dengan kawan-kawan
depa taboq gula.
Yang tu pun sedap jugak.
Lagi 1 ada chicken/ beef barbeque.
Aku suka sos dia.
Sedap.
Lepas makan-makan
kami pun berjalan-jalan
di sekitar market ni.
Tengok barangan yang depa juai.
Kami jarang keseberang titi,
rupanya baru lepaih Songkran Festival.
Sayang la mai lambat.
Kalo dak boleh main tembak-tembak ayaq.
Hahahaha
Masa kami ke seberang titi tu
dapat la tengok cengkerik goreng
dan kueh mueh yang depa juai.
Ni ada Thais crepe
dengan sosej yang
dibalut dengan pancake.
Pastu ada kedai jual aromalamp.
Memang bes.
Lampu tu bleh letak
minyak aromaterapi.
Satu lampu 100 Bath,
Aromaterapy Oil 25 Bath.
Barangan lain yang dijuai
termasuklah t-shirt
Couple T, dan tshirt untuk 1 family
dari mak bapak ke baby.
Ada jugak topi-topi,
dan souvenir untuk hampa
beli & bawak balik ke rumah.
Lepas snap a few pics,
kami pun beransur la ke
Lee Garden Plaza
untuk beli makanan.
Macam besa favourite aku,
nasi goreng seafood,
teh ais 7E & ayam goreng.
Ni kedai nasi goreng tu.
Ni plak kedai aym goreng feveret tu~
Parents aku makan nasi lemak
dan pulut pelam/mangga.
Ni kedai nasi lemak tu.
Betui-betui di kawasan
Lee Garden Plaza.
Nak shopping memang dak dah la.
Sebab pagi-pagi kami suka
pi shopping di Hatyai Plaza.
Balik hotel, makan-makan,
tidoq, sebab esok nak bangun awai.
So pagi esoknya kami bangun
Dan teruih pi ke
SALMA RESTAURANT.
Kena bertanya skit kalo
Hampa nak try mai restaurant ni.
Dia dalam kawasan tu jugak.
Cuma kena jalan kaki sikit.
Restoran ni ada wifi.
So kalo makan tu amek masa skit.
Sebab nak upload status lagi,
nak makan lagi.
Hahahaha
So macam biasa kalo mai sini
aku suka makan western
style breakfast.
Termasuklah adik aku yang bongsu.
Ni memang geng aku.
Aku suka makan yang ni~
Adik aku suka makan yang ni~
Kalo adik aku yang laki
wajib ada nasi lemak.
Kalo mak bapak aku plak
suka makan roti canai.
Kalo adik aku yang lagi
soranx tu mesti ada bubur ayam.
Di Hatyai Plaza,
di bahagian belakang tu
ada satu bangunan lama
macam market skit.
Tingkat 2 market ni ada
jugak tempat makan.
Ada 2 bahagian,
satu halal, satu lg dak.
Lepaih shopping t-shirt (again)
sorang satu, adik-adik
aku beli kasut & beg nak
pi kelas, aku tak dapat dah,
sebab masa pi Phuket aku
dah belanja banyak.
Hahahaha
Tapi dapat gak 1 tshirt
TUK TUK.
Jadi la wey.
Janji tak balik tangan kosong.
So dah habeh shopping.
Abah pun call Zakaria
menggunakan talipon di
kaunter receptionist.
Dia kata lambat sikit,
YEM! (jem)
Depa ni yang Y bunyi J,
Yang J bunyi Y.
Pelik kan.
Cth:- Jem jadi Yem,
GaJah jadi GaYah.
Huhuhu
Masa dia sampai,
dia tanya, takmau tengok gayah ka.
Hahaha
Takmau aih...
Tak larat tengok dah.
So disebabkan kami bayaq dia
dah mahai naw,
dia bawak la kami jalan-jalan
Pekan Hatyai.
Ronda-ronda ja.
Tengok pemandangan.
Huhuhu
Masa sampai ja di Danok,
Abah nak pi makan di
RESTORAN NURLAILA.
Ni antara restoran yang
Famous di Danok dikalangan
Orang Islam.
Ni antara lauk yang kami makan.
Asparagus Goreng
Kerabu Sotong
Siakap 3 Rasa
Daging Masak Merah
Telur Dadar
Tomyam Campur
Sup Tulang
Tu cabai dia.. Berenang renang.
Haha
So dah makan kenyang-kenyang
mula la perjalanan balik ke
Aloq Staq balik.
Huuuuu..
Again, so sad.
Sebab cuti dah abeh.
:(
No comments:
Post a Comment