Tuesday, October 6, 2015

Day 2: PHUKET, KRABI & HATYAI

KILANG BAJU,
KILANG GEMS JEWELLERY,
KEDAI MUTIARA,
KILANG GAJUS PORNTIP, 
RAWAI BEACH,
SUNSET AT PROMTHEP CAPE,
 & PATONG BEACH.

Bangun pagi kami berjalan kaki
ke kedai Melayu yang 
berhampiran untuk breakfast.


Aku makan roti canai
 cicah gulai ayam.
Makanan lain yang 
ada is nasik putih
dengan kemsom (asam pedas).

Katanya tempat ni memang glamour.
Ramai artis pernah breakfast sini.
Artis Thailand laaaa~
Kat wall kedai ni 
penuh gambar artis saja~
Tak kenal pulak aku.

Aku cuma kenal
 Bird Thong Chai,
Ananda Everingham 
dengan Nichkhun ja.

Ok so balik dari makan.
Betul-betul tepi hotel ada Cat Cafe.
Snap gambaq satu.


Pastu kami terus naik bas untuk
explore Phuket ni.

Tempat 1st yang dituju 
untuk harini ialah
KILANG BAJU
Yang katanya the cheapest 
one in Thailand.


The Center Cheapest Widest Variety
of Tshirt & Souvenir
(Sori tak clear, wayar talipon berselirat.
Depa panggey wayar Telekom (telefon))



Masuk saja dalam kedai ni
kita akan diberi penerangan sikit
oleh tuan kedai tentang baju2 dalam ni.
Dengan loghat Kelantan campur Siam dia.

Katanya semua baju dari Hard Rock yang
mahal gila tu semua depa buat.
Kat sini murah saja kalau beli.
Dalam 200 Bath ++ saja katanya.

Memang banyak t-shirt 
HardRock kat sini.
Semua pakat dok tuju 
shopping situ ja.

Mama bli baju yang 
ada lukisan masjid.
Memang cantik.


Dan tulisan arabic yang lain.
Katanya cuma tulis pasai
Phuket sebuah pulau yang
indah, tu jaaa~ Huhuhu

Awat tah aku pun dok shopping 
tshirt hard Rock.
Tak paham betui.
Hahaha...

Abah suruh kami ambil sorang satu.
Dia belanja katanya.
Orait.... Janji dapat jugak 1 kan.

Banyak lagi tshirt2 dengan 
ayat-ayat yang merapu.
Yang lucah pun ada.
Jadi pandai-pandai tapis na kha.
Besa la Telen (Thailand).


Pastu kat sini jugak ada dijual 
keronsang-keronsang yang cantik
dengan harga 100 Bath saja.
Ada jugak keychain and 
cenderahati yang lain.

So lepas shopping-shopping sini
kami pakat naik bas nak menuju ke 
Kilang Permata pulak.

GEMS GALLERY

Ok, obviously kalau datang 
tempat macam ni
all we can do is cuci mata only kan.
Nak beli harus tidak kan.

Elok saja sampai, 
hampa akan disambut
oleh awek-awek Thai yang memakai 
baju cam kebaya yang
ketat-ketat dengan kain terbelah.
Hahaha
Marketing beb~


Ada jugak aquarium di dalam bangunan
yang mana bagi aku lebih menarik dari
akak-akak Telen tadi.

Masa ni tour guide 
 kalut dok gamit (panggil)
suruh beratur untuk naik
GEMS GALLERY THE RIDE


So once kita naik saja train ni,
dia akan bawak masuk 
ke dalam bangunan 
dan dia akan bawak kita
on a tour yang akan diceritakan
 dalam Bahasa Malaysia
(ikut negara guest yang datang).
Boleh pilih bahasa yang kita nak di kaunter. 
Tu tour guide urus. Kami naik saja.


Untuk Malaysian, penerangan
dalam Bahasa Malaysia, siap
ada bendera Malaysia dekat situ.
Hehe

Dimana didalam ni akan diceritakan
tentang asal usul gems
macam mana depa jumpa, 
macam mana depa proses,
macam mana gems ni menjadi 
bahan perdagangan.







Di akhir show ni akan ada
akak ikan duyung melambai-lambai
kita tanda berakhirnya
show depa.

Lepas turun dari ride ni, 
kita akan dibawak pulak
ke tempat pembuatan gems ni
menjadi jewellery.


Boleh tengok live macam mana 
permata-permata tu dijadikan 
barang perhiasan.
Lepas tu macam biasa,
terus sampai ke pusat jualan dia.

Memang mahal-mahal.
Aku cuci-cuci mata kejap,
pastu terus keluar ke cafe.
Di mana disediakan air free
untuk rombongan kami.
Coffee & Tea...

Next stop....

KILANG GAJUS PORNTHIP


Dekat sini yang uniknya adalah
kudap kudapan yang diperbuat dari
gajus dan buah-buahan.



Ada jugak ketam-ketam kecil
yang dikeringkan dan disalut cili.
Macam makan keropok ja.
Kami beli la sebungkus ketam cili ni.
Nampak sedap weyh!

Pastu katanya ketam ni ketam batu.
Tak boleh nak makan.
Makan jadila hiasan dalam peti ais.
Hahaha

Macam-macam lagi ada dijual dekat sini.
Paste tomyam pun banyak kat sini.

Aku try keropok kelapa.
Isi kelapa yang dikeringkan.
Dan dikeropokkan. 
Mak aiii penerangan.
Memang sedap. Berlemak lagi.
Tapi tak beli pun.
So sad & menyesal jugak la.
 Sebab balik teringat-ingat.


Ni antara gajus yang dijual
dalam kotak dalam bentuk
bangunan-bangunan yang comey.
Gajus dalam kotak ni ada
pelbagai perasa, antaranya
natural flavour, tomyam flavour,
ada jugak roasted with honey
and macam-macam lagi.

Pastu kotak-kotak tu dia jadikan
bandar mainan yang comel
sebagai tarikan kepada pengunjung.
Ni antara yang sempat aku snap.







Banyak jenis makanan
ada dijual di sini.
WIFI pun laju.
Bleh mintak password 
di kaunter penerangan dia.

Next stop kita pi
KEDAI MUTIARA

Dekat sini ada dijual 
macam-macam jenis mutiara.
Harga pun a bit expensive 
bagi aku yang tak berkemampuan ni.

Masa yang lain tengah
shopping-shopping,
ada disediakan air sirap
& teh panas untuk pengunjung.
Jadi kami pun minum-minum 
sambil tunggu yang lain shopping.




Pas shopping-shopping,
maka, kami pun bertolak
 dan singgah makan
di sebuah kedai makanan halal.

MARINA'S KITCHEN, PHUKET


Ada ikan 3 rasa lagi,
tomyam, teluq dadar,
sayur & ayam masak kicap.
Dan WIFI sini pun laju.

Lepas selesai makan.
Kami singgah plak di
RAWAI BEACH


Dekat sini ada banyak restoran.
Depan restoran-restoran ni
 ada gerai -gerai yang jual 
seafood fresh-fresh.
Jadi, kita beli di gerai 
 dan kita upah restoran 
disitu untuk masak.

Tapi aku rasa tokey
dia orang yang sama ja.
Hahaha

Bagi aku agak mahal 
harga seafood dia.
Kami pun baru lepas makan.
So, kita pun tengok-tengok suasana ja.
Dah sampai tempat orang kan.
Orang kata, "Jauh perjalanan,
luas pemandangan". 
Eceh! Ya ka gitu bunyinya?
Hahaha



Dan kawasan ni jugak ada
perkampungan orang asli
yang lebih dikenali sebagai 
SEA GYPSY VILLAGE.




Kami masuk melawat-melawat jap.
Senyum sana senyum sini.
Tangkap gambar sekeping dua~

Lepastu semua terus berkumpul di 
RAWAI LANDING PIER



Disebabkan laut dia cantik baq hang.
Maka kami pun ambik la gambar...





Dekat sini pun ada jual cenderahati.
Kebanyakkannya barangan laut.







Gajah ni wajib ada.
Huhuhu dah puas snap gambar
maka jom kita ke next stop.

Tengok sunset di
PROMTHEP CAPE


Tempat ni memang series cantik.
Malang sungguh masa sampai 
baru pukul 5 lebih camtu.
Jadi kami pun snap a few picture ja la.




Adik aku tringin nak beli tshirt
sebagai kenang-kenangan.
Tshirt orang tengah bertomoi.
Hahaha


Pastu semua cari bas sebab penat.
Nak sampai sunset view point tu
kena panjat tangga yang agak tinggi.
Huhuhu 

Malamnya kami dibawak ke
PATONG BEACH


Yang pastinya dekat kawasan ni
dipenuhi dengan bar-bar 
yang ada penari tiang.
Hampir kesemua ada.
Ditepi-tepi jalan ja.

Ce zoom sikit~

Kami ni mai nak shopping.
Bukan tengok orang menari tiang.
Manusia 2 alam pulak tu.
Harus tak berminat langsung.
(Kalo 1 alam pun tak berminat jugak)

Punya la mahal barangan
 dekat kawasan ni.
Takdak yang aku mampu.
Sebab aku tau ciplak ja.
Jadi buatpa la depa 
juai mahai-mahai.

So sebab kedekut, hahaha
aku cuma beli 1 tshirt untuk aku dengan
seluar ala-ala pelikat pants
and 1 tshirt unt anak sepupu aku.




Masa nak balik tu aku
beli satu beg sebagai 
kenangan aku kat sini.


So, masa atas bas nak balik hotel, 
kami ternampak satu kawasan 
yang macam night market.
Aku & adik aku punya bengang,
sebab pa yang pi dok hantaq 
tengok pondan menari tu 
sedangkan ada kawasan lain
yang boleh kami tuju.

Dah la bawak geng-geng ustaz belaka.
Aku tak paham sungguh.
They must be proud of Patong Beach.
Sebab tu depa tinggal kami kat situ
walaupun depa tau theres nothing
we can do or enjoy there.

So, malam tu kami balik hotel
and terus kebabom ja tidoq.
Sebab geram tak habis lagi.

Zzzzzzzzzzzzzz~

Additional info:-


Setiap tempat kita pergi tu
 akan bagi pelekat ni
dekat rombongan yang datang
supaya boleh dapat diskaun 
bila shopping barang di kedai nanti.

Tapi selalunya untuk kedai-kedai 
macam Pornthip, Kilang Baju,
Kilang Gems dan Kedai Mutiara 
tu saja la.


No comments:

Post a Comment

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....