Wednesday, July 1, 2020

Makanan Halal & Yang Di Recommend Oleh Orang Ramai Di 7 Eleven Thailand

Assalamualaikum.
Finally, tergerak jugak hati 
nak share makanan di
7 Eleven Thailand
yang aku PERNAH CUBA.

Kebanyakkannya makanan
segera yang cuma perlu
dimasukkan dalam microwave.

Tapi aku tak makan terus tau,
aku bawak balik Malaysia
and makan di rumah.
Lepas beli, balik hotel
& simpan dalam peti ais.
Takut tak tahan.

Ok jom kita start.

Burger:


Black Pepper Chicken Steak
Yang ni series sedap.
Kalau ada yang suka GCB 
(dari Restaurant M),
rasa dia lebih kurang sama.
Harga 39 baht ja rasanya.


Burger Seafood
Aku expect rasa dia macam
filet-o-fish la, tapiii....
harus la tidak.
Haha sos tu manis.
Sos ka mayonis tu?


Boleh la nak makan kan.
Not bad. Cuma manis sikit ja.
Harga dalam 29 baht.


Spicy Chicken Burger
Yang ni pun sedap.


Ayam dia pedas.
Tapi pedas light-light ja.

Kebanyakkan
burger-burger dekat 7E ni
antara 29 ke 39 baht ja.
Sangat affordable.

Hotdog:


Hotdog Cheese
Adik aku cakap rasa macam
hotdog dan cheese ðŸ˜ž
So, aku rasa thats pretty
much sums it up kan...
Ada lagi satu,
hotdog chilli cheese.
Boleh la try dua-dua ni.

Neo Pizza:


Neo Pizza Seafood
Biasa la kalau dah seafood,
mesti manis punya.


Sebab mayonis atas dia tu kot.
Tapi cheese banyak jugak.
Harga 39 baht saja.


Mini Neo Pizza
Seafood Mayo
Rasa dengar pun tau kan.
Sama ja dengan yang diatas.


Pizza Roll
Yang ni dalam dia ada
chicken sausage with
creamy Italian sauce.


Sedap~
Ni letak dalam sandwich maker.
Lepastu lupa~
Maka......


Pizza Roll
Smoked Chicken Slice 
Carbonara Sauce
Yang ni dalam dia ada
ayam and mushroom.
Paling tak sabar nak
try yang ni.
Tapi rasa dia so-so ja la.
Yang atas sedap lagi.


Pizza Pocket
Chicken Spicy Barbeque
Dah macam taco dah rupanya.
Isi dia padat.
Tak kedekut la senang cerita.
Sedap jugak yang ni pun.
Bau oregano dia tu..
I like~

Sandwich:


Seafood Deluxe Pizza Sandwich
Kalau dah seafood ni,
confirm la manis jugak.
Balik di rumah and masukkan 
dalam sandwich maker.

Siap!
Cheese tak kedekut.
Tapi takdak la leleh~
32 baht ja.

Ada yang halal, ada yang tak,
untuk product sandwhich 7E ni.
Tapi seafood ni ada logo halal.
Perhati betul-betul ya~

Nugget:


Chicken Ring
Chicken nugget ja.
So, taste also like nuggetlah.
Tapi 29 baht murah la bagi aku.
Nugget dia pun banyak.
Boleh la bagi anak-anak makan.

Dessert:


Mochi Choux Cream
Rasa macam makan creampuff ja.


Yang ni takdak tanda halal.
Tapi ramai recommend.
Katanya bahan yang diguna 
tak meragukan.
(Ni bukan aku beli, 
tapi dah makan segigit)


Lepan Banana
Ni favourite aku la
kalau masuk Thailand.
Harga 12 baht ja satu.


Kek pisang yang lembut
dengan filling pisang ditengah.
Yang ni pun takdak tanda halal.
Tapi ramuan tak mencurigakan.
Dekat cover dah ada
 gambar ingredient nya.
Banana + Sugar + Egg +Flour

⚠ Makan atas keyakinan sendiri na.
Kalau tak yakin jangan makan ⚠

Jele's Product:


Jele Lychee Juice
Ni pun favourite aku.
Jelly ja sebenarnya.
Tapi kalau minum 
masa hari panas,
 memang lega tekak baq hang.
Logo halal ada dibelakang.


Lele Low Sugar Series
Yang ni pun sama dengan
yang atas, cuma kurang manis.
Tapi still manis bagi aku.


Jele Double Jelly
Yang mix berry sedap!
Ikut selera aku la..

⚠ Jele pun kena cek tanda halal.
Sebab ada yang ada,
ada yang takdak.
Kilang lain-lain 

Foremost Products:


Sea Salt Caramel
Hello? Hello?
Neno~ Neno~
Yang ni sedap amattt~
Ya ampunnnn~
Aku suka sangat susu ni.
Rasa dia masin manis.
Tapi bukan masin sangat pun.
Macam ada a hint of 
saltiness to it.
Recommended!
Pergi la try!


Chocolate Nutty Praline
Yang ni di recommend 
oleh orang ramai.
Rasa nutty chocolate tu
memang sedap, tapi
manis dia tu aku tak tahan.
Too sweet for my liking.

Arabus Products:


Masa aku blog-walking
untuk makanan must try 
in ThailandArabus antara 
yang sangat direcommend 
oleh orang ramai. 

Ada 4 jenis perisa.
Caramel Macchiato, Latte, 
Mocha & Espressso.

Antara semua ni,
aku paling suka latte & mocha.
Satu ni cuma 35 baht.
Kalau di 7E Malaysia 
dalam RM6++.
Rasa dia light ja.
Tak terlalu kuat.
Untuk aku sedap la.
Kalau masuk 7E, 
sedar tak sedar
sebakul jugak aku angkut.

Meiji Products:


Ada macam-macam perisa
produk minuman Meiji ni.
Ada melon, banana,
strawberry, coffee
& chocolate.
Ni antara yang aku tau ja la.
Tapi Meiji melon ni aku
punya favourite.
Wangi melon tu aku suka.


Tapi ramai yang suka banana.
Yang ni pun sedap jugak.
Rasa vanilla and banana.

Yang kecik 15 baht,
yang besar 27.5 baht.

Dekat Padang Besar
senang dapat product ni.
Kecik RM3 kot,
yang besar RM6.

Pringles Bites:


Size dia kecik-kecik ja.
Besar duit 50sen.
Sama ja rasa dia dengan
Pringles dekat Malaysia ni.
Cuma yang ni comel la.
Hahaha

All Cafe:


All Cafe ni ada dalam
kebanyakkan 7E di Thailand.
Ada macam-macam 
jenis minuman and 
harga pun murah-murah.

2 ni aku punya favourite 👇


Ice Chocolate
(Large 45 baht)


Ice Macchiato
(Large 40 baht)

Ada jugak air 7Eleven
yang lain.


Macam teh ais,
kopi ais &
ovaltine.


Teh ais sedap 👆
(Throwback again)

Dulu sebelum ada All Cafe,
memang wajib la teh ais ni.
Sekarang lebih kepada
air coklat ja~ Haha..

Memang recommended
air-air di 7 Eleven ni.
Sila la cuba sendiri.
Ada yang cakap manis sangat.
Ada yang suka.
Taste manusia lain-lain.

Other product
-additional-
(Cosmetic):


Olay 119 baht.
Selalu pakai product Olay
tapi dekat Thailand banyak
travel size punya product,
so this one is a must
setiap kali masuk Thailand.


Kalau agak-agak malas
nak angkut sabun, syampu,
pencuci muka semua naik flight,
boleh la beli ja di 7E ni.
Murah ja.


Deodorant ni 20 baht ja.
Beli sebab comel.
Tahan la seminggu dua.
Sangat sesuai untuk traveling


Ni semua tengah promosi.
Sebab tu shopping tak hengat.
Hehe


Ni saja gatai nak shopping.
Nak try Rexona baru tu.
Tapi tak reti pakai.
Hahaha

Punya la banyak pilihan
barangan dekat 
7 Eleven Thailand.
Mungkin sebab Thailand
tempat tumpuan pelancong.
So kebanyakkan barang yang
dijual adalah barangan
travel size & murah-murah.

Macam tu jugak makanan.
Banyak pilihan.
Bersyukur sebab makanan
halal masih senang 
nak dapat di Thailand.

Cuma harap diaorang
lebih sensitif dan susun
barangan halal and 
non halal berasingan.
Sebab ada yang campur-campur.

Tapi ada ja 7 Eleven
yang asingkan.
Memudahkan pembeli Islam
nak membeli.

Ok itu ja setakat ni,
yang aku pernah beli & cuba.
Harap enjoy la membaca.
Ni pendapat dari aku ja.
Nanti kalau ada yang aku try lagi, 
aku masukkan di sini ok?
Rindu nak masuk Thailand lagi...
😭

Assalamualaikum..















Hatyai With Train (Day2 & 3- Masjid Songhkla, Lee Garden Plaza & Balik)


The Central Mosque of Songkhla


Semua tau kan masjid ni.
Famous sangat ni 
dengan orang Malaysia.
Masjid tambah lagi satu nama dia.
Hahaha

Pakcik Grab tu berhentikan kami
dekat hujung kawasan kolam.
Dia suruh ambik gambar dari situ.
Lawa katanya.

Aku dah banyak kali 
sangat datang masjid ni.
So, aku tak banyak 
tangkap gambar.
Tapi kalau nak tengok
dalam masjid, 
boleh tengok sini.

Aku decide nak lepak luar ja
sebab cuaca tengah redup,
angin pun sepoi-sepoi bahasa ja.

Member aku dah hilang ke dalam.
Dekat sejam lebih jugak tunggu.


Aku memusing cari dia dan toilet.
Toilet jumpa, dia tak jumpa.
Rupanya dia naik menara tepi tu.
😂

Laa, baru sedar.
Itu ja aktiviti kami harini.
Hahaha

Balik ja bilik hotel,
member aku decide nak 
ronda sorang-sorang dekat
kawasan sekeliling hotel.
Aku dah penat.
Kena food coma..
So, aku tak join.

Malamnya, 
kami ronda-ronda kawasan
 Lee Garden Plaza pulak.

Maybe sebab hari Isnin,
orang tak ramai.
So, tak meriah sangat.



Lengang ja~
Yang warna merah tu hotel kami.
Depan dia ada banyak
gerai makanan Muslim.
Yang huruf M kuning tu
tak halal na.. Haha



Ni wajib la ada jual dimana-mana.
Pulut ayam, nasi khaomok,
sosej,dan udang gorgeous..

Aku jarang beli udang tu.
Sebab DULU pernah kena,
200 baht sepinggan.
Tapi udang tak fresh.
Gatai habeh badan cheq.
Taubat terus~


Aku beli pulut ayam tomahawk
ni ja 100 baht.
Tapi last-last ratah ja ayam tu.
Sebab tak berapa reti nak 
makan pulut dengan ayam.
Kalau ikan masin laju la aku~
Hehe



Ada jual buah-buah jugak.
Aku beli betik ja dekat sini.



Kedai nasi goreng.
Dulu selalu makan sini.
Sebab nasi goreng dia sedap.

from 2015)

Kalau beli nasi goreng tu,
siap tapau sekali ayam goreng
tadi dengan teh ais 7E.

Uiii~ 
Abeh meta la orang Kedah kata~
😂

Tapi masa ni meja penuh
dekat kedai ni.
Sebab tu decide nak 
makan pulut ayam ja.

Dah selesai shopping,
aku balik hotel dulu.
Member aku decide 
nak pergi mengurut.

Dekat sini urut-urut
untuk kaki and bahu 
rasanya dalam 200 ke 300 baht.
Semua kedai offer harga yang sama.
Pilih ja mana berkenan.

Esoknya kami decide nak jalan
kaki ja ke stesen keretapi,
sambil cari kedai makan 
untuk breakfast.

Train pagi pukul 7.30am (Thai),
pukul 6.45AM kami dah check out.
Masa on the way ke stesen,
 terjumpa la kedai ni.



Maliam Restaurant




Aku order roti canai sardin ni ja.
Sedap sangat bagi aku.
Sebab sardin dia tak banyak sangat.
Kalau banyak nanti dia masam.
Tak suka!
Roti canai and kopi o ais 
total lebih kurang 100baht.


Ok lah, nak balik dah ni.
Sedihnya.
Bila pulak la nak sampai lagi kan~

Masa ni taktau lagi,
akan kena PKP.
Tapi alhamdulillah, 
masa kami dekat sini,
takdak apa-apa jadi.
Semua selamat.



 Sebelum kawan aku balik KL, 
dia teringin sangat nak rasa
NASI LEMAK ROYALE.
Ni kedai yang 24jam punya.
Bagi aku bolehla.
Aku lagi suka Nasi Yasmeen.
Tapi selera masing-masingkan~

Ok ok, dah habis dah cerita
ke Hatyai dengan member by train.
Kita jumpa lagi next entry
dengan cerita-cerita throwback
Sebab tu ja mampu sekarang ni.
Hahaha

Assalamualaikum~ 😊












Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....