Sunday, November 22, 2015

FAVOURITE PLACE IN LANGKAWI

PULAU LAGENDAKU SAYANG




Nak dijadikan cerita.
Aku dari kecik memang
suka pi Langkawi.
Siap bercita-cita 
nak keja kat Langkawi.

Hinggalah suatu hari,
aku dapat keja di sana.
Alhamdulillah.


Merasa jugak aku keja
di pulau favourite aku ni.
Tapi rupanya aku tak boleh
jauh dari family.
Plus ada a few masalah lain
yang mengganggu aku.
So 3 bulan ja aku keja sana
pastu aku berhenti.

Lagi 1 sebab aku dapat
better offer di Alor Setar.
As a lecturer kat salah
satu kolej di Aloq Staq.
Aku pun hntaq surat berhenti.
1 month notice.
Esoknya bos kol suh benti 
ja siap-siap, tak payah 
tunggu sampai sebulan.

Elok aku balik Aloq Staq 
untuk interview,
depa kata jawatan tu 
dah ada yang isi.
Allah, patah hati aku.
Aku dah quit pun keja di Langkawi.

Sebab pa aku quit? 
Sebab jawatan tu dah
dijanjikan akan di simpan
untuk aku sebab jawatan tu
memang dah lama kosong.

Memandangkan aku berpegang
kepada, "REZEKI TU DARI ALLAH"
Maka aku pun redha dan 
mencari kerja lain di Aloq Staq.
Alhamdulillah, jumpa!

Tapi sepanjang di Langkawi
ada a few tempat yang aku
suka pi melawat bila
time gaji or time boring
or time nak hilangkan stress.

2 tempat favourite aku
adalah:-
PANTAI CENANG &


GUNUNG MAT CHINCHANG


Ni aku tulih blog ni nak cerita
la tempat-tempat yang boleh
dilawati bila hampa mai Langkawi.
Tapi di next entry la na.
Aku cerita satu-satu.

Tapi tempat yang aku bagi ni
cuma tempat-tempat common
yang orang dok besa pi ja la.
Kalau ayaq terjun ka,
pantai-pantai tesembunyi ka
yang tu hampa kena tanya 
penduduk tempatan sana la.
Aku tak arif pasai tu.

Tapi 1 tip aku nak bagi.
Kalo mai Langkawi ni,
agak-agak nak tersesat tu,
hampa boleh guna WAZE nak
pi mana-mana pun atau
hampa jalan straight ja.
Nanti hampa akan 
jumpa signboard.

Jadi tak susah nak berjalan
dalam pulau ni.

Sepanjang aku duduk sini,
bila aku boring ja.
Aku akan pi tengok WAYANG di
LANGKAWI PARADE.

Tapi kadang-kadang susah
kalo pi sorang.
Kalo takdak orang depa
tak tunjuk la show 
untuk hari tu.
At least kena ada 3 orang,
baru akan ada show.
Kalo ada 2 org ja,
kena bayaq harga tiket
untuk 3 org baru depa bagi tengok.

Kalo nak KARAOKE plak
aku pi JETTY ja la.
Sejam RM15 rasanya,
ingat-ingat lupa dah aku.

Rasa-rasa nak mencari ketenangan
di pantai, aku akan ke
PANTAI CENANG.
Bleh SHOPPING sekali.

And dulu aku selalu lepak
di gerai tepi Airport,
LAKSA POWER.

Aku bukan la fan laksa sangat
tapi kat sini ada juai PASEMBOT
favourite aku.

Lagipun pantai dia menenangkan.
Sebab tu aku selalu lepak sini.

Dan lagi 1 tempat yang aku
suka lepak-lepak dan 
menenangkan aku adalah 
CABLE CAR, GUNUNG MAT CHINCANG

Dekat sini kalo time redup 
memang bes la lepak-lepak.
Kalo dak, panaih lit lit.
Kalo ada duit lebih aku akan
naik cable car and lepak
kat ataih sambil tengok
view yang superb tuh 
sambil makan burger yang
dijuai di ataih gunung nih.

Okay, la ni aku bagi
tempat-tempat yang hampa 
boleh pi melawat dlu na.
Cerita detail pasai tempat
tu nanti aku akan cerita
satu-satu di lain entry.

Antara tempat yang
sesuai nak bawak anak-anak
jalan-jalan adalah:-

1. Wildlife Park Langkawi
2. Underwater World langkawi
3. Taman Buaya Langkawi
4. Cable Car Gunung Mat Chincang
5. Dataran Lang
6. Taman Lagenda 
7. Art Paradise, Oriental village
8. Believe 5D Museum

Tempat ala-ala muzium
or educational:-

1. Makam Mahsuri
2. Galeria Perdana
3. Pusat Kraf ( Mini Muzium)
4. Laman Padi
5. Buffalo Farm

Adventure:-

1. Kilim Geoforest
2. Island Hoping
3. Snorkeling di Pulau Payar
4. Telaga Tujuh Waterfall
5. Durian Perangin Waterfall
6. Skytrek Langkawi

Shopping-shopping:-

1. Haji Ismail Group Mall
2. Idaman Suri
3. Ram's
4. Beras Terbakar, Pdg Matsirat
5. Pantai Pasir Hitam
6. Cenang Mall
7. Langkawi Parade
8. Langkawi Fair Mall
9. Jetty Langkawi
10. Pantai Cenang Uptown
11. Kuah Uptown

Beaches (boleh mandi 
termasuk sun bathing =) :-

1. Pantai Cenang
2. Pantai Tengah
3. Tanjung Rhu 
4. Pantai Tengkorak
5. Pantai Kok

Aktiviti Pantai:-

1. Parasailing
2. Jetskiing
3. Banana Boat
4. Main pasir.. Hehehe

Others:

1. Helicopter Ride
2. Ayer Hangat Village
3. Shopping Gamat 
4. Makam Malam atas 
Kapal Hang Li Po

Okay, ni antara a few 
activity and tempat-tempat
yang hampa boleh pi try
di Langkawi.

Kalo ada kekurangan
maafkan la no.
I Really LOVE Langkawi,
kalo boleh, setahun sekali
mesti nak kena mai sini.
Walaupun kadang-kadang
taktau dah nak pi mana.
Semua tempat dah penah pi.
Tempat familiar ja la 
and affordable.

Sapa nak pi Langkawi tu,
harap hampa enjoy la no.
Cantik tempat ni, 
makanan pun sedap-sedap.

I MISS LANGKAWI SO MUCH............




Sunday, October 11, 2015

EXPLORING PENANG 7: 1926 HERITAGE HOTEL

Hotel ni terletak di Jalan Burma, 
Georgetown Penang.


Aku mai sini masa YBGK and
lagi sekali masa mai sini
cuti-cuti dengan adik lelaki aku.

Walaweyyyy, 
asai lalu ja depan hotel ni 
keja dok jelingggg ja. 
Sebab lawa. 

So memandangkan sebenarnya 
YBGK tu akan diadakan di 
Woman Centre for Change 
(sebelum depa tukaq pi Bayview) 
dekat Jalan Burma jugak, 
so aku pun amek la hotel ni 
yang dah on the way ja ke WCC. 
Takdak la dok tergagau sangat kan.

Aku pun amek fon and kol hotel nih. 
Dia cakap standard room cuma 
RM148.40 saja per night.

Bagi aku ok la kan sebab 
musim cuti sekolah, weekend lagi. 
Kalo hari biasa RM110.00. 

Aku call jugak hotel yang lain 
including Bayview sniri. 
But this one memang paling murah 
and ada available room on the date 
yang aku nak tu.


Hotel ni adalah bangunan lama masa 
zaman British dulu. 
Dibina pada tahun 1926. 

Cantik, macam sekolah 
lama aku dulu ja. Hihihi 
Ok, ni history dia sket...

"Built in 1926, the property once served as a 
home to British colonial immigration officers
 and local administrators of Penang. 
Located off Imigresen Road and Burma Road, 
1926 Heritage Hotel occupies 24 heritage link houses 
beautifully restored to its former glory.

In 1999 The State Government of Penang under 
PDC (Penang Development Corporation) 
invested a significant amount of funds to refurbish 
this colonial property as a heritage hotel 
with most of its Anglo-Malay 
 architectural essence still intact. 
Surrounded by spacious rooms, 
wooden interiors, long corridors, 
balmy balconies, beautiful victorian windows 
as well as pictures of the old Penang,
 a sense of nostalgia can be felt throughout the property. 
And we top that experience with warm, friendly service.

The Hotel is conveniently located in the heart 
of the historic city of Georgetown, f
ounded in 1786 by Captain Francis Light. 
Listed as a UNESCO heritage city, Georgetown 
is a one of a kind melting pot of cultures, 
heritage, foods and festivals from diverse communities."

Sumber and segala info yang lain
bleh tengok dekat www.1926heritagehotel.com 
Semua info ada. 

Aku suka web hotel yang macam ni. 
Bagi tepukan please!
Ada gambar bilik and room rate. 

Tu yang penting,
 bila call ada bilik kosong pulak. 
Lagi chek berkenan. Hahahahah

Antara yang aku sempat snap.

Lorong nak pi bilik~
Agak suram & seram,
tapi takdak pa pun sebenaqnya.
Ok jaaa~ Huhu

Lorong nak ke bilik aku~

Bilik aku di tingkat bawah~

Ni bilik di tingkat atas~
Untuk 2 orang, harga lebih
kurang RM150 gitu ja~

Siap ada tangga bagai.
Love it~

Kolam renang pun ada senah~

Dalam 1926 Heritage Hotel ni ada 
1 kedai makan yang aku memang teringin
sangat nak try makanan dia.
Katanya pork free. 
Tak sure halal ka dak.
Jadi sapa yang berani nak cuba sila la. 
Aku was-was skit.

HAINANESE DELIGHT


Aku tengok menu dia harga boleh tahan la.
Standard harga hotel.

NASI KANDAR NS

1421, Jalan Burma 10050 Penang

Masa aku duduk di 1926 Heritage Hotel, 
kedai ni depan hotel ja.
Bukan la betui-betui depan, 
ke kanan skit. Huhuhu
Ok sini memang recommended.

Aku makan dengan adik aku 
masa 1st day sampai Penang.
Rasa nasi dia memang marvellous. 
Kena dengan selera aku la.

Aku amek nasi putih, ayam gulai dengan 
kuah gulai sama itu tulur juga.
Semua RM 9.50. Ok la harga tu kan. 
Nama pun nasi kandar.

Sapa yang pernah makan Nasi Yasmeen 
depan Hospital Lama Alor Setar.
Rasa dia sedap macam tu la. Huhuhu 

Kat kawasan sekitar dia ada 
7 Eleven, and ada jugak kedai
makan cam kopitiam tu nama
Old Green House kot.
Tapi tak halal le~ Huhu

Ok la sesapa yang suka kan 
Hotel Heritage macam ni,
this is recommended.
I love staying here.

Cuma yang tak bes TV ja la,
ada siaran 1,2,3,AlHijrah & NTV 7 ja.
Ikut bilik la. Ikut nasib.
Hahaha tapi kalo mai nak tidoq ja
no hal, mai la... 

Enjoy!

Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....