Friday, March 31, 2017

~LANGKAWI ISLAND HOPING WITH BUDDIES~


Well, memandangkan my friend 
nak datang Langkawi sesangat.
So, they request me to be their
travel agent "terjun".
Hahaha...

Masa tengah kerja di langkawi pun
dah siap booking.
Tapi sampai aku berhenti kerja
baru la plan nak jalan-jalan Langkawi menjadi.

So, aku naik feri dari Kuala Kedah.
Sampai ja jeti Langkawi terus ambil keta sewa.
Tengah hari my friends sampai Langkawi
and I have to pick them up dekat airport.

Masa ni, kami duduk di CD Motel.
Sebelah Underwater World.
Ok la, so memang niat minah 2 orang ni
nak datang Langkawi untuk island hopping.

So kami pun berjalan-jalan sekitar Cenang
and terjumpa la 1 ofis depan AB Motel.
Harga sekepala RM25 ja.



Dapat sticker sorang satu.
Lekatkan kat baju.

Kami akan dibawak meronda 3 pulau
& boleh tengok helang makan
(eagle feeding)
Antara tempat lawatan adalah,
Pulau Beras Basah,
Pulau Singa Besar &
Pulau Dayang Bunting.

Boleh pilih nak pergi pagi or petang.
Kami pilih pagi la baru fresh.
Haha

Pagi esoknya kami tunggu transport
untuk ambil kami di depan 
McDonald di Underwater World.

Kami naik dari Pantai Tengah.
Memang ramai orang pagi tu.
Excited sebenarnya sebab dulu aku
pernah join Island Hopping di Sabah.
Memang gorgeous bah, pantai sana.

So elok ja naik bot tu,
kami di beri jaket keselamatan
sorang satu.

Masa tu semua nak duduk depan.
Abang bot tu start susun kami di tempat
duduk masing-masing.
Bukan apa, nak imbangkan bot tu.

PULAU BERAS BASAH



Pulau ni memang cantik dan bersih.
Tapi takdak aktiviti yang boleh dibuat
sangat disini melainkan
tangkap gambar dan mandi.



Masa ni ada satu group sukarelawan
tengah bersihkan pantai ni.
Good job guys~

Dengarnya dah ada banana boat bagai.
Tak sure pulak aku.
Masa aku pergi memang takdak apa.



No place to sit, no place to eat.
Cuma tangkap-tangkap gambar saja bah. 
Eh?!

Masa ni matahari dah naik.
Dah start rasa panas.
Perut pun dah lapar.
Tapi mampu telan air liur ja la.

Aku teringin sangat nak tangkap 
gambar di signboard 
Pulau Beras Basah.
Tapi ramai betul orang beratur 
nak tangkap gambar di situ.
So kami pun give up.

Beralaskan selipar,
kami duduk and cuma tengok
pemandangan ja sampai
bot datang untuk bawak kami
tengok helang makan.

PULAU SINGA BESAR


Disini kita boleh tengok 
helang makan.
Abang-abang bot akan baling/lemparkan
kulit-kulit ayam,
nanti helang tu akan sambar dan makan.


Nampak tak helangnya?
Uih menjunam la helang-helang ni.
Kata abang bot, kalau helang dengar
bunyi bot, dia akan keluar dari
tempat tinggal masing-masing
sebab dia dah tau.
Bunyi bot = Masa makan.
Cerdik kan kekdahnya.



Bot-bot akan mengelilingi Pulau ni 
untuk menjamu helang-helang ni makan.
Just wait patiently la.

PULAU DAYANG BUNTING


Last destination untuk island hopping adalah
Pulau Dayang Bunting or 
Pregnant Maiden Island.



Nama Pulau Dayang Bunting adalah
sebab bentuk pulau ni sendiri.
Seakan-akan seorang perempuan 
yang hamil/bunting sedang tidur.

Kata abang bot,
tu kepala dia, tu ehem ehem,
tu perut dia. 

Mitos Pulau Dayang Bunting ni
dimana dikatakan seorang puteri kayangan,
Puteri Dayang Sari yang telah berkahwin
dengan seorang raja bernama Mat Teja.

Selepas berkahwin, Puteri Dayang Sari pun hamil.
Tetapi bayi yang dilahirkan mati akibat sakit misteri.
Puteri pun menanam bayinya di Pulau ini
dan dipercayai air di Tasik Dayang Bunting ini
boleh mengubati kemandulan.
Setakat mana benarnya keberkesanan
untuk hamil dengan minum air tasik ni,
aku pun tak tau.

Sebagai umat Islam, rezeki mendapat 
anak ni semua terletak di tangan Allah.

Ada jugak yang kata, 
perempuan tu adalah rasaksa
yang menjaga pulau ni.

Kata abang bot, sebenarnya dulu 
Tasik Dayang Bunting ni gua,
tapi dinding-dinding dah roboh,
jadi terbentuk la tasik yang sangat dalam.

Dari jeti nak ke Tasik agak jauh perjalanan dia.
Kena naik tangga yang agak tinggi,
dan turun tangga yang agak tinggi jugak.
Tapi view dia worth it la berpenat lelah tu.


(Tempat sewa jaket keselamatan,
ada juga jual air and jajan,
boleh la nak alas perut.)

Disebabkan kami tak tau berenang
and jaket keselamatan pun dah habes disewa.
So kami kocak-kocak kaki ja dalam air.
Sambil tengok pengunjung-pengunjung lain
buat back flip terjun dalam air.


Ada jugak disediakan kolam kecik 
untuk budak-budak mandi.
Teringinnya nak join.
Tapi ramai sangat orang dok keliling kolam tu.
Jadi marilah kita teruskan melihat
aksi backflip abang-abang tadi.

A few friendly reminder from me:

1. Sediakan makanan siap-siap
in case lapar. Sebab susah nak jumpa
kedai makan. Nanti kebulur.

2. Bawak tikar or surat khabar 
sebagai alas nak duduk-duduk.
Sila buang balik ok.

3. Tolong jaga kebersihan pulau.

4. Di Pulau Dayang Bunting,
hati-hati dengan beruk yang
akan selalu aim makanan 
or bag plastik.

5. Nak ke Tasik agak jauh
and kena panjat and turun
tangga yang tinggi.
Sesiapa ada masalah lutut
bleh la duduk di bawah or
naik pelan-pelan.

6. Hati-hati di tasik,
jangan buat kotor or 
buat sesuatu yang tidak patut.

7. Untuk tau sejarah, mitos or lagenda
pulau-pulau ni, duduk la
sebelah abang driver.
Nanti dia cerita boleh dengar
atau kalau nak tanya apa-apa
pun senang sikit.

Bagi aku, this is a once in life time
punya experience ja.
Tak mau dah.
Penat naik tangga. 
Lagipun aku tak pandai berenang.
Tak syok la tengok orang lain
mandi ja, kita tak kan?
Huhuhuhu

Apa-apa pun, for those
yang nak pi Island Hopping tu,
just enjoy yourself ok?

Peace yo~ ✌✌✌
Assalamualaikum~

(p/s: Tunggu next entry plak.
Tah bila la lagi kan. Haha)







Kong: Skull Island (2017)

credit to: http://www.gsc.com.my/Kong-Skull-Island

Its finally here!
 I've been waiting so long
 for this movie to come out.
 Well, I'm a very big fan of 
King Kong movies by the way. 

So, as the movie about to start,
 I'm so excited to see Kong 
(and Tom Hiddleston of course )
*winkwink*
I thought it's going to be draggy
 and it might take a while
 for Kong to come out. 
But not in this movie. 
It came out right after
 a few minute this movie start. 
Yes! I screamed! 
Good sign ha?

The excitement grew bigger 
when I saw Skull Island. 

credit to: http://www.vietvisiontravel.com

The beautiful mysterious island,
 surrounded by thick cloud, 
splashing stream, 
I thought to myself, 
the smell of this forest must be great. 
You know, the smell of the ground 
after the rain kinda smell.
 What a wonderful yet dramatic location.
 It look so peaceful,  
like a place where we can come 
to hide a way  from 
the world kinda place. 
Like a secret hideout. 

I even told my cousin
 (who happen to be watching this with me),
 "This is my kinda place. 
To run away from all the stress and
 hectic life kinda place, you know." 
She said, "Me too! That sooo us!" 
Hahaha. 

Of course, this is before they meet 
Kong and the creatures/ monsters.

In this movie, Kong look so tough and heroic. 
Especially when he fight those soldiers. 
He just mad that people trespass his place 
placing bomb here and there. 
Who won't be mad? Right? 
Don't kill Kong Mr Jackson!

credit to: http://www.themovienetwork.com

I really love Tom Hiddleston in this movie, 
but besides him, 
I secretly adore Brie Larson's character 
as the photographer who join in 
the mission to Skull Island. 
With the camera hanging from 
her neck all the time. 
Taking pictures here and there. 
Capturing a lot of new and weird scenery, 
people and creatures, 
that no one ever met before. 
Its just amazing.

 As a (wannabe) traveller, 
that's what I want to do. 
Travel the world,
 snapping pictures here and there.
 Experiencing new world. 
Capturing memories that 
I can cherish forever.
Forgetting about all the 
worries that I have.
Come back home and share
 the experience with everyone.
Becoming a STORYTELLER.

Ok back to the movie.
The truth is, I never expect that there 
will be a lot of creatures/
 monsters in this movie.
 I've seen King Kong 
defeating dinosaurs before. 
But this one is something else. 

My favourite moment.
Credit to: www.youtube.com

And the local tribe
 in this movie also look clean 
and well kept compared to 
the previous King Kong movie. 
And they don't sacrifice 
their people for Kong. 
Kong is their protector. 
He is protecting them from 
the creatures/ monsters. 

There's a lot of element of surprise
 in this movie, seriously. 
Not forgetting a few 
sarcastic funny moment
 that made us laugh here and there. 

But to me this is one beautiful film, 
with a lot of thrills, suprises, 
suspends and actions. 
A lot of people die of course, but still. 
This is the best Kong in 
all Kong movie series. 
AND it don't have that typical 
blondie and Kong moment 
(I've seen it in many version before, don't us all?) 

By the way, since all Kong movies involve 
Kong 'falling in love' with blonde girl. 
This is different.
 The moment is there, 
but its not too much. 
The girl and Kong  are just like 
'Hey-I-know-you-dont-worry-
i-won't-hurt-you-I-got-your-back' 
kinda relationship. 
I think you just have to watch it
 to know for yourself what I really meant. 
Hahaha

By the way, I'm not a movie critics.
 I'm just a fan sharing my experience. 
But I really love this movie. 
Good job everyone. 
XOXO

Seriously, I can't wait for 
War for the Planet of The Apes next. 
Caesar!!! 

Rating I'd give: 4.5 star
Worth every cent spend for this movie.
 (p/s: Its too fast, I need more.
 3 hours next time ok guys?)

GSC, always my no 1 choice ❤❤❤

Tuesday, March 28, 2017

PANTAI-PANTAI BEST DI PULAU LANGKAWI



Assalamualaikum semua.

Dah jadi kebiasaan kalau pergi 
Pulau Langkawi mesti nak
 stay tepi pantai kan?
Ok so kali ni aku nak
 update pantai-pantai
yang aku SELALU DAN BIASA pergi 
dari kecik sampai 
sekarang ni yang ada around Langkawi.

PANTAI CENANG


The famous Pantai Cenang ni memang
selalu jadi pilihan aku and family.
In fact, kalau ada kawan-kawan nak ke
Langkawi pun aku akan 
rekemenkan hotel/motel
around Pantai Cenang ja, senang.
Cenang Senang. Hahaha

Kenapa Pantai Cenang?

1. Sebab sini ada banyak hotel dan motel
yang affordable a.k.a. murah.

Termasuk la yang betul-betul
 terletak depan pantai.
Around RM150 ke RM200 
dah boleh dapat tepi laut.
Seberang jalan pun banyak hotel/motel.
Jalan kaki ja dah sampai.
Seberang jalan ni murah lagi,
yang RM70 pun ada.
Tapi kipas la. Panas panas. 
Tak tahan. Hehe

Untuk dapat harga yang lebih murah,
boleh la cek Tripadvisor (my favourite),
Booking.com (my favourite jugak), 
Trivago or mana-mana
enjin pencari hotel yang lain.


Ni view dari depan bilik kami
Bilik dia 2 Star ja.
Tapi view depan bilik memang berbaloi-baloi.
Harga bilik pun murah RM90 tak salah aku
untuk family room masa kami tempah.
Tahun 2014 dan bukan musim cuti.

2. Banyak sangat kedai makan.

Segala jenis ada. Seafood ada,
Arabic ada, Italian ada.
Kedai roti Bread Story ada (my favourite lagi)
Macam-macam ada. 
Pilih saja.

3. Uptown/Night Market

Ada macam-macam barangan yang
ada dijual dekat Pantai Cenang ni.
Ada cenderahati, macam-macam lagi.
Cenang waktu malam memang 'hidup'.
So dari Underwater World,
membawa la ke Laman Padi,
ada macam-macam kedai, 
gerai jualan, gerai makan dan restoren.
Ronda la sampai sakit kaki tu.
Kalau sakit kaki tu Spa pun banyak...
Kalau tak cukup ronda sambung esoknya pulak.
Hehe

4. Pantai Yang Bersih


Ni pantai yang paling dekat dengan
Underwater World Langkawi.
Sebelah ja.
Berdepan dengan DELTA MOTEL.

Family aku kalau booking homestay
yang jauh dari pantai.
Pagi-pagi kami akan berkelah disini.
Menu utama setiap kali of couse la
Nasi Lemak and Sandwich.

Taraaaaa~
Nampak sedapkan?
Hehe


Best berkelah sini~


My granddad enjoying the air laut.
Turun sampai situ ja, naik balik.
Sejuk dia kata. Haha so cute~



Ni tokwan kami dari belakang.
Cucu suruh pegang cap sat.
Dia pun 'pegang' di kepala.
Teruih jadi HIPSTER!
Hahahaha

5. Aktiviti Pantai

Sini ada macam-macam aktiviti pantai,
dari banana boat, parasailing,
jet ski, island hoping.
Tunggu pilih ja.
Yang percuma sunbathing.
Haha

6. Tempat lawatan menarik

Ada Underwater World 
bagi pencinta haiwan laut,
dan Laman Padi,
bagi yang nak merasa bersawah padi
or yang nak makan tepi bendang.
(nanti akan diupdate di entry yang lain)

7. Cenang Mall and Shopping Heaven


Ok, kat sini jugak ada Cenang Mall.
Sori gambar a bit gelap. Berniat.
Takdak la banyak sangat kedai dalam tu.
Tapi ada dalam ni ada Starbuck, 
KFC, Oldtown White Coffee,
Tealive, The Loaf and banyak lagi.
Yang penting, dalam ni ada mesin ATM.
Hehehe

Kat luar ada banyak lagi kedai
yang kita boleh 'serang', 
memang seronok la Pantai Cenang ni.
Shopping sesaja.
Dari cenderahati sampai la ke barang kraf.
Semua ada kat sini.


One of the kedai yang jual barangan
cenderamata hasil kraft.


Cute ja gendang ni. Hehehe


Kedai jual sunglasses pada 
harga yang murah~ Suka~

Tapi ada jugak Bar and Pub,
so maybe a bit bising.
So pandai-pandai la pilih hotel nanti,
kalau anda bukan kaki stay up. 

So bagi yang pening-pening nak stay mana
tu especially untuk release tension.
Aku rekemenkan Pantai Cenang ni.
Tapi time cuti sekolah,
weekend, LIMA dan Le Tour De Langkawi,
kena booking awal. 
Selalu penuh, fully booked.
Siapa cepat, dia dapat. 😆

PANTAI TENGAH



Pantai Tengah dengan Pantai Cenang ni
terletak bersebelahan each other ja.
Gambar ni diambil masa aku and family
stay di Charlie Motel, Pantai Tengah.

Masa kami mula-mula sampai sini,
ombak dia memang kuat.
Memang puas mandi laut 
kalau ombak kuat ni.

Sama macam Pantai Cenang, sini ada 
banyak aktiviti air, macam banana boat,
parasailing semua.

Cuma yang membezakan takdak
night market and all the fun macam di
Pantai Cenang ja.
Tapi kalo dari sini ke Pantai Cenang
tak sampai 5 minit drive pun.
So you guys can stay here and still can
enjoy the Pantai Cenang nightlife.

Macam Cenang jugak,
hotel and motel disini memang 
akan fully booked kalau musim cuti.
So kena booking awal-awal jugak.

PANTAI TEPI AIRPORT



Cantikkan?
Ada ja orang mandi manda di sini.
Tapi jarang la nak jumpa.
Kalau ada pun budak-budak ja.

Apa yang famous kat sini?
Mesti la gerai-gerai makan dia
yang banyak gila tu.
Macam-macam jenis.

Tapi, kalau dah sampai sini,
aku and family akan terus ke
LAKSA POWER
Cendoi pun ada...


Memang power beb laksa dia.
Masa aku mula-mula makan dulu,
memang sedap. 
Sampai teringat-ingat.
Kali kedua pergi macam manis sikit.
Macam laksa penang pun ada.

Tapi tak pernah putus asa.
Tetap pergi and sampai sekarang
memang menjadi port favourite aku.
Tapi bukan laksa yang aku berkenan tu,
PASEMBUR dia tu yang buat aku termimpi tu.
Adoi sedapnyaaa.... Teringat-ingat aih!


Sedap nyaaaaa~ 😭

Ni view sekitar pantai tepi airport ni,
dikawasan laksa power tadi.




Memang makan tepi pantai betul lah~



So jangan lupa cari lori kecik putih
and signboard "LAKSA POWER" ok?

Oh tapi, ada banyak lagi kedai lain disini.
Laksa Ikan Sekoq pun ada.


And banyak lagi kedai makan lain.
Sila sila la menjamu selera.

Naik kapai pi Pulau Tuba,
Jangan jatuh dalam ayaq,
Mai cik oi mai la cuba,
Jangan lupa lepaihtu bayaq.

Hahaha hentam ja la no.
Janji ujung dia rhymes giteww~

PANTAI PASIR HITAM


Ok pantai ni memang unik.
Sebab pasir dia hitam.
Obviously~!

Kalau ikut mitosnya, 
ada sorang nelayan
yang dah mungkir janji
 dengan ikan duyung.
Jadi ikan duyung tu pun 
sumpah la pasir pantai
tu jadi hitam tanda dia marah.

Tapi tu mitos ja, sebenarnya 
pasir hitam tu adalah 
campuran beberapa mineral
yang menyebabkannya berwarna hitam.

Untuk ke pantai ni, 
kena turun tangga sikit.
Dekat bahagian atas, 
ada kedai-kedai menjual baju,
barangan cenderahati
dan ada jugak kedai-kedai makan.

Jadi kalau lapar boleh la stop sini,
untuk shopping atau isi perut tu.


Lepas tu boleh la main-main
 pasir kat bawah ni.
Wajib datang ok, and tengok sendiri. 

TANJUNG RHU


Pantai di Tanjung Rhu ni sangat cantik,
bersih dan tenang.
Tiada aktiviti sangat yang boleh dibuat disini.

Dengarnya hotel-hotel 
berdekatan agak mahal.
Tapi aku pun dah lama
 tak tidur kawasan ni.
Agak jauh dari sebarang hiburan.
Hiburan apa tu?
Maksud aku untuk 
shopping or jalan-jalan
waktu malam macam di Pantai Cenang.

Tapi bagi yang mencari ketenangan.
Yang jauh dari hirup piruk dunia 
(Tudia..)
Boleh la kesini.


Ada gerai-gerai kecil yang boleh
dituju bagi sesiapa yang 
hendak membeli-belah.


Bagi aku kawasan ni agak sunyi.
Jadi aku jarang bawak 
kawan-kawan aku ke sini.
Tapi kalau dah datang Langkawi
and nak explore every place,
sila la datang kesini.
Menenangkannn~

TELUK YU


Terletak ke atas sikit dari Pantai Pasir Hitam.
Berdekatan Pusat Kraf.
Teluk Yu ni bagi aku takdak apa sangat.
Cuma boleh la datang rehat-rehatkan minda.
Nama pun pantai, deruan ombak dia tu.
Uihhhhhh~~~
Menenangkan~

Dah berapa banyak ayat tenang aku 
keluarkan dalam blog ni agaknya.
Haha


Aku rasa ada nampak 
budak-budak kecil
mand-mandi di gigi pantai 
masa datang sini haritu.
Tapi atas pengawasan orang dewasa la.
Cuba tengok air dia tu.
Dalam rasanya.
Hehe tetiba seram sorang-sorang.

HARBOUR PARK,
JALAN PANTAI KOK


Ok, masa ni dibenarkan untuk turun and
ambik gambar and feeling-feeling nak
fliphair, fliptudung bagai.
Sekarang tak sure.

Tapi air laut dia memang cantik sangat.
Kaler biru hijau.
Tapi dalam gambar ni nak hujan,
so kawasan sekeliling agak gelap.
Tak dapat nak capture 
kaler air laut tu.
Nanti kalau datang lagi 
aku tangkap gambar lain.

Ikut ja jalan Pantai Kok,
sampai la tempat ni.

Boleh jugak nak rehat-rehat 
and berkelah di Pantai Kok.
Laut dia memang cantik.

Aktiviti disini ada DUCK TOUR.
Dengan bayaran RM38 per head.

(kredit to: http://www.langkawi-insight.com)

Kalau teruskan lagi ikut jalan ni,
akan sampai ke Cable Car 
Gunung Mat Chinchang.
Booth tiket Duck Tour ada di
 pintu masuk Cable Car ni.


Ok, ok, next entry nanti aku nak
bercerita mengenai pengalaman 
ISLAND HOPPING pulak.
Huhuhu so, stay tuned~







Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....