Monday, March 27, 2017

LANGKAWI FEB 2017: HOMESTAY KAMPUNG TOK LEMBUT

Untuk ke Homestay Kampung Tok lembut ni,
boleh ikut Temoyong ataupun
Pantai Cenang & Pantai Tengah.
Kalau ikut Waze or Maps lagi senang.


Jangan lupa cari signboard ni.
Homestay ni tepi jalan ja,
tapi kena tengok betul-betul.
Takut terlepas pandang.

Kalau dari Temoyong,
homestay ni disebelah kiri,
kalau dari Pantai Cenang or Pantai Tengah
homestay ni disebelah kanan.

Ok, homestay ni terletak di 
Jalan Pantai Tengah.
Lebih kurang 2 kilometer ja ke
Pantai Tengah and Pantai Cenang.
Kalau drive dalam 5 minit dah boleh sampai.



Yang buat aku jatuh chenta dengan homestay
ni semata-mata sebab konsep
Rumah Kayu dia ja.
CANTIK KAN?

Jarang la tidur rumah kayu punya homestay.
Ni first time.

Langkawi sangat la panas bila musim panas.
Hahahaha isn't it obvious??

Rumah ni tidaklah sejuk diwaktu siang 
na kawan-kawan sekelian.
So agak panas.


Ada 2 bilik tidur yang dilengkapi 
dengan penghawa dingin.
So kami siang-siang kalau tak jalan
mana-mana memang terperap dalam bilik.

Malam-malam maybe ada nyamuk,
so disediakan kelambu sekali.
Unikkan?
Cheq suka sangat~



Ada tilam extra lagi as requested.
Thank you so much.
Sebenarnya ada 4 tilam extra,
tapi aku mintak lagi 1.

Plus boleh request nak check in awal.
Ikut kekosongan la.
Sebab hari Jumaat, 
The boys nak pergi sembahyang Jumaat.

Antara yang disediakan di homestay ni
adalah:


Semua yang dinyatakan dalam gambar ni.
And boleh check it out sendiri di
laman mukabuka homestay ni 👇

Yang penting ada Astro Njoi & Wifi.

Ni antara gambar yang aku sempat snap:


Ni ruang tamu.
The boys sleep here.
Belakang tu meja makan.
Siang hari kami buka tingkap.
Siap belakon iklan Adabi lagi.
Hahaha

Tapi rumah-rumah lain tutup.
Maybe macam tu sejuk lagi kot. 

(Tapi kalo tutup camna nak
belakon iklan Adabi?)



Ni pulak dapur.
Yang penting ada rice cooker
dan alatan memasak yang lain.
Sebab esok paginya 
nak masak nasi lemak!
Nak berkelah dekat Pantai Cenang.
Yippeee~

Dekat luar ada mesin basuh.
Tapi hati-hati kalau sidai baju,
sebab ada baju kami yang hilang.
Kasut pun kalau boleh bawak
masuk dalam rumah.
Pendek kata, jagalah barang berharga anda.
Another friendly reminder from me 😁



Ada 2 toilet yang sangat bersih.
Ada hot shower lagi.
Toilet duduk bukan cangkung.
Good! Sebab masing-masing lutut
tak boleh bengkok.
Huhuhu

Malam-malam kalau rumah kayu
macam ni mesti la sejuk kan.
Nasib baik bukan atap zink.
Kalau dak, gigilllllll, menggigil akuuuu~

Macam balik kampung 
time puasa dulu-dulu.
Nak bangun sahur tak mampu.
Sejuk, sedap tidur.

Tapi kan, apa yang penting adalah
view diaaaaaa~
Tada~~~~

Aku suka sebenarnya view sawah ni.
Feeling sangat kan?

Ada 4 buah rumah ja dekat sini.
Siapa cepat dia la yang dapat~
Haha



Tambah pulak ada ndoi ni..
Hehe orang utara panggil ndoi/buaian.
a.k.a. hammock.
Dengan angin petang sepoi-sepoi bahasa,
tambah pulak bunyi ayam berkokok,
burung berkicau, pokok buluh depan
tu berlaga-laga.
Nikmat sungguh la.
Betui-betui mendamaikan.
(Amboi skemanya bahasa. Hahaha)

Ni view dia lagi.....





Tu pokok buluh yang dok berlaga-laga tadi.
Sebelah kiri atas.



Ni view sesudah subuh.
Tenang ja tengok kan?


Kalau lapar tapi malas 
nak jalan jauh-jauh cari makan,
jangan risau!
Depan and tepi homestay ni ada restoran.
Order la nak makan apa.
Tapi tak sure siang dia buka ka dak.


Oh iya, kok lupa.
Ni ha ada kolam renang.
Untuk kanak-kanak saja na.
Kalau orang dewasa pun boleh.
Tapi sampai lutut ja la..


Ada pondok guard and gazebo jugak.
Boleh la lepak petang-petang.
Bawak la chess ka, Saidina ka.
Hahaha sambil teman anak mandi tu kann~
Nak berkelah and BBQ kat situ pun boleh.



Kalau ada yang teringin nak try,
boleh contact no yang 
tertera di pondok guard ni.

Kalau tak nampak:

RIZAL: 012-3353872
RASHDI: 012-2736860

UNTUK CHECK IN /CHECK OUT
ASMADI: 011-12523655

Masa check in, Encik Asmadi akan
serahkan kunci dan boleh buat 
payment dekat dia jugak.

Tapi aku whatsapp En Rizal dulu
untuk tanya kekosongan.

So sesiapa ja yang nak try stay sini.
Just give this guys a call.
Sangat senang nak berurusan.
Good job.

Oh lupa, sini jugak ada disediakan
alatan untuk BBQ. 
RM25 satu set.
Sila la try ya~

KADAR SEWA:

RM 300 semalam (hari biasa)
RM 350 semalam (cuti sekolah)

Check in: 2.00 PM
Check out: 12.00 PM

Pendek kata, memang aku suka duduk sini.
InsyaAllah akan repeat lagi next time.
Suasana dia best and nyaman.
Dengan keserabutan aku dengan 
masalah kerja,
stay sini, sikit sebanyak boleh
releasekan tension aku.
Alhamdulillah~

So korang, kalau nak lari dari hiruk piruk
kesibukan kota (keluar lagi ayat skema)
sila la cuba-cuba stay dekat
HOMESTAY KAMPUNG TOK LEMBUT ni.
✌ ✌ ✌

Ok ok next entry nak cerita pasal 
pantai-pantai indah yang ada di Langkawi
yang sesuai untuk berkelah pulak.
Stay tuned... 





LANGKAWI FEBRUARI 2017: Arrival & Kak Ani Nasi Campur

Arrival 

Assalamulaikum semua.
Finally, ada masa nak update blog 
pasal Langkawi nan indah.
(Keja banyak, so aku curi-curi masa
untuk update ni. Pulun dak?)

Baru-baru ni kami buat 
family vacation ke Langkawi.
Kali ni, bawak tok, tokwan,
pakcik, adik ipar dan anak sedara
aku jalan-jalan.
Tapi tak meronda mana.
Cuma nak berehat ja.

So sehari sebelum pergi,
tugas aku adalah untuk beli tiket.
Aku beli 9 tiket ke Langkawi jam 10 pagi.
Sebab masa ni air laut tak berombak sangat.

(Kena consider adik ipar aku, pakcik
and tok aku yang tak pernah
naik feri tu. Takut mabuk..)

Masa aku kerja Langkawi dulu,
aku selalu naik feri paling awal.
Jam 7pagi. 
Masa tu memang berombak habis.
Sebab bertembung dengan bot-bot nelayan
yang baru balik dari tangkap ikan.

(P/S: Masa ni boleh la lambai-lambai
kat nelayan-nelayan ni.
Kadang-kadang pakai baju,
kadang-kadang pakai spender ja. 
Hahahaa.. Shhhhh~)

Tapi masa beli tiket tu something happen.
Masa tengah sibuk masukkan duit dalam purse,
aku tersedar, tiket kat tangan aku hilang.
Maybe jatuh masa tengah masukkan duit tu.
Aku rasa tak sampai 5 minit pun.
And jarak aku dengan kaunter tiket tu 
tak sampai 25m pun.
Aku pusing kiri kanan tak jumpa.
Tapi, masa aku tengah masukkan duit,
aku sedar ada sorang laki depan aku.
Nampak lain macam.
Dari cara dia tengok aku la.
So, aku pergi tanya abang-abang
travel agensi dekat situ.
Memang agak kecoh kat situ.
Salah sorang terus pergi kat laki tadi,
and tiba-tiba dia panggil aku,
dia cakap tiket aku ada kat laki tadi.
And dia bisik, "bagi duit kopi kat dia sikit"
Aku sedar laki tu tengok aku 
masa aku tengah masukkan duit.
We make eye contact.
No one else ada belakang aku.
Kecuali sorang dua tengah
berurusan dekat kaunter.
Tiket sapa lagi kalau bukan tiket aku kan.
Dia cakap, dia terjumpa.
Anyway, memandangkan ni salah aku jugak
sebab cuai, aku bersyukur la
dia bagi balik tiket tu
tanpa apa-apa jadi kat aku.
(Ye aku bagi duit kupi tersebut)
So berhati-hati la ye kawan-kawan
Dengan your precious things.
We never know.
Just a friendly reminder.
Siap guna font biru. Friendly kan?

Oklah, so sesampainya kami ke Langkawi.
Abah dah booking van besar untuk 12 orang tu.
So memandangkan dah pukul 12 tengah hari,
Kami decide nak makan dekat kedai favourite kami.

RESTORAN KAK ANI

Terletak di Jalan Padang Matsirat, Kuah.
Boleh search maps
"Kak Ani Nasi Campur"


Ni ha kedainya, telindung balik pokok sikit.
Lauk dia memang banyakkkkkkkk~

Ha~ Adik-adik aku suka sambal belacan dia.
Pedaih baq hang depa kata. 
Aku suka sebab lauk dia banyak pilihan.
Nanti kalau pergi, cuba la ayam goreng dia.
Marvellous bebeh~


Ok ni antara lauk-lauk yang ada.
Gambar tak banyak sebab lapar sangat.
Ok tengok la lauk-lauk yang kami ambil ni.


Ni pinggan mama, wajib ada ulam
and kerabu.


Ni lauk tokwan. 
Aku tak berapa nak faham kombinasi tu.
Telur mata, sosej and somtam.. 😂


Ni la ayam goreng tersebut.
Gorgeous kan?
Ni pinggan adik bongsu aku.
Wajib ada 3,4 jenis lauk.
Dan sambal belacan banjir.
Dasyat bukan? 😂😂😂


Ni aku punya pinggan.
Tak lalu ayam 2,3 hari ni.
So makan daging dan wajib ada sayur.


Ni pinggan adik aku lagi sorang.
Sambal belacan wajib jugak. 
Hehe

Huhuhu selamat jamu mata.

Wah kenyang gila weh.
So memandangkan semua dah kenyang,

Jom kita check in homestay.
Next entry ye~

P/S: Aku banyak kali sangat ke Langkawi,
so aku memang berniat nak up blog
satu-satu tentang semua tempat yang aku pi.
Tapi, busy sangat. So bertabah la na.
Huhuhu


Throwback Kelantan Terengganu

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba harini rindu pulak nak ke Kelantan/Terengganu lagi. So sad sebab tak dapat nak melawat tempat best ni lagi....